Memaparkan catatan dengan label my family. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label my family. Papar semua catatan

Isnin, 24 November 2025

Selamat Menduduki Peperiksaan SPM 2025

 

Assalamualaikum...

Salam dihari selasa yang penuh ceria ini. Alhamdulillah... cuaca pagi ni agak cerah berbanding semalam, hujan dimana-mana. Ada kawasan yang dinaiki air, kenderaan juga ada yang tersadai ditepi jalan terkena air banjir. Kita doakan semoga kita semua dijauhi dari segala musibah.

Hari ini adalah bermulanya peperiksaan SPM. Anakanda Nurul Ezzati juga menduduki peperiksaan SPM Tahun ini. Hari ini adalah bermulanya ujian bertulis.






Didoakan semoga Nurul Ezzati berserta teman-temannya dapat menjawab peperiksaan dengan mudah dan tenang.

Semoga Allah melapangkan hati dan akal fikiran mereka, diberikan kefahaman, diberikan ingatan yang kuat dan semoga berjaya dengan cemerlang, juga berjaya dunia dan akhirat.




Isnin, 10 November 2025

Menjenguk Anakanda Siti Norhaida Di USIM


Assalamualaikum...

Salam di petang Senin yang indah. Alhamdulillah cuaca di hari ini cerah sahaja. Dah lama tak menjenguk blog kesayangan saya, disebabkan kesibukkan setiap hari dengan tugasan harian.

Alhamdulillah anak-anak didikan pun dah menjalani peperiksaan akhir tahun minggu lepas. Jadi minggu ni agak sibuk menanda kertas peperiksaan pula.

Di hujung minggu kelmarin ambil kesempatan menjenguk si kakak di USIM.


            

Oleh kerana dekat dengan hostel si kakak ada taman, jadi kita lepak-lepak sambil santai-santai di sana.





     

                    

               

                                           


Si Nasaie pun seronok bermain di playground di taman tersebut.



  


Sikakak pun melayan si Nasaie bermain.



Sebelum balik santai-santai sambil ngopi dulu. Ramai orang berjualan di taman tersebut. Selalunya ramai student dan penduduk di taman sekitarnya akan keluar jalan-jalan di taman tersebut.




Jumaat, 26 September 2025

Alhamdulillah... Siti Norhaida Sambung Belajar Di USIM

Assalamualaikum...

Salam di hari Jumaat yang mulia ini. Bertemu lagi di update kali ini, moga semuanya beroleh keberkatan.

Selepas balik dari kampung, kegiatan saya agak sibuk sedikit sehingga tak sempat nak update blog ini. Minta maaf juga kepada kawan-kawan blogging tak dapat nak jalan-jalan ke blog kawan2 semua. 

Baru sekarang ada masa terluang sedikit, bolehlah jenguk blog sekejap.

Oleh kerana anak saya Siti Norhaida Hayati mendapat peluang sambung belajar di USIM, maka tempat mengajar di Kafa digantikan oleh saya buat sementara waktu. Jadi hari-hari saya yang banyak terluang sebelum ini, menjadi sibuk kembali.



Selasa kelmarin sempat saya menghantar Siti Norhaida mendaftar di USIM, yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan. Lebih kurang 1 1/2jam dari Rawang. Alhamdulillah dekat sahaja, memudahkan dia untuk pergi dan balik ketika cuti. Dia ditawarkan kos Bahasa Arab dan Kesusasteraan Islam.



Para pelajar sedang beratur untuk masuk ke dalam Dewan Tuanku Canselor, untuk taklimat dan pendaftaran.

Pendaftaran bermula pada pukul 9.00 pagi hingga pukul 11.00 pagi. Pukul 1.00 tengahari baru selesai mendaftar. Sebelum pendaftaran dibuka ramai bakal student dah beratur panjang. Selepas selesai mendaftar, para pelajar dihantar pula ke asrama tempat mereka tinggal.




Masa ni dah pukul 11.00 pagi, masih ramai lagi pelajar yang baru sampai baru nak mendaftar. Kebanyakkan para pelajar datang dari berbagai negeri di dalam Malaysia.



Ibu bapa menunggu anak-anak yang mendaftar di luar dewan dengan penuh kesabaran.



Kemudian para pelajar dihantar oleh ibubapa masing-masing masuk ke asrama bersama barang masing-masing.




Sempat lagi bergambar sebagai kenangan.



Bersama kawannya satu bilik dan satu kos.

Selepas selesai mmenghantar ke asrama, keluar pula membeli barang keperluan apa yang patut. Pukul 4 baru kita bergerak pulang.

Didoakan semoga Siti Norhaida betah disana, belajar dengan bersungguh-sungguh, tuntut ilmu sementara masih muda. Moga dapat menggapai cita-cita dengan membawa segulung ijazah diakhir pengajian nanti, insyaallah.




Sabtu, 20 September 2025

Menghadiri Majlis Kenduri Anak Saudara

 Assalamualaikum...

Bersua kembali di kali ini, moga semuanya sihat selalu.

Hari Rabu kelmarin majlis persandingan anak saudara saya Mohd Aiman dan Hajar di sebelah lelaki. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancarnya.



Pasangan pengantin.



Pengantin bergambar bersama mak ayah serta tok dan tokwan.


Tidak ketinggalan juga, kita sekelurga bergambar bersama pengantin.



Bergambar beramai-ramai saudara pengantin sebelah lelaki.






Menjamu salera dengan makanan yang dihidangkan.



      


         Buah tangan untuk para tetamu.















Time kenduri nilah dapat berjumpa kawan-kawan serta sahabat handai.

Selamat pengantin baru Muhammad Aiman Bin Mohd Fadzil beserta pasangannya Hajar, Moga ikatan perkahwinan yang dibina kekal hingga ke jannah.





Selasa, 16 September 2025

Jom Balik Kampung

 Assalamualaikum...

Sempena cuti penggal sekolah ni, saya dan keluarga berangkat pulang ke kampung. Kita bertolak jam 2 petang ikut jalan WCE,melalu Rawang, Bistari jaya, Tanjung Karang, Sekinchan, Sabak Bernam terus ke Beruas. Alhamdulillah perjalanan lancar je. 

Sampai ke Changkat Jering kita singgah makan di warung Al- Walid Utara, Changkat Jering.






Nasi goreng ayam


Nasi goreng USA


My feberat bihun goreng.

                    

Mee Goreng.


Nasi Goreng Padprik Ayam



Keropok keping dengan sambal sekali.













Perut dah diisi, masing-masing dah kenyang baru sambung perjalanan ke utara tanah air.

Dari Changkat Jering ke Penang memang banyak kereta, ada kala jem disebabkan ada kemalangan. 

Alhamdulillah kami sekeluarga selamat sampai ke kampung pada pukul 10 malam.







Khamis, 11 September 2025

Alhamdulillah Rezeki Anakanda Khairuddin Nasaie

 

Assalamualaikum...

Hari ni di sekolah si bongsu, anakanda saya Mohammad Khairuddin Nasaie mengadakan majlis penutupan sempena Hari Kemerdekaan. Jadi sebelum ini pihak sekolah mengadakan beberapa pertandingan untuk anak-anak murid mereka sempena bulan kemerdekaan.




Maka dia dan kawan-kawannya menyertai pertandingan membuat wau bulan secara berkumpulan. Alhamdulillah... kumpulannya mendapat tempat pertama.

Jadi, hari ni balik sekolah sukanya dia. Bawa balik hadiah.

Saya sharekan photonya disini untuk kenangan.








Jadi di acara penutupan hari ni, masing-masing pemenang mendapat hadiah.

Ini merupakan motivasi juga untuk dia, moga selepas ni dia akan jadi lebih berani mengambil bahagian dalam apa-apa pertandingan yang dianjurkan oleh pihak sekolah.