Memaparkan catatan dengan label Resepi menu sihat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi menu sihat. Papar semua catatan

Selasa, 16 November 2021

Menu Dim Sum Sihat

 Assalamualaikum...

Dalam Program FTOC para peserta diberikan menu2 masakan sihat. Setiap bulan menu2 masakan akan bertukar-tukar. Jadi minggu ni, ada menu dimsum. Tapi versi sihat lah. Jadi kawan2 yang berdiet boleh cubalah ya...



Kobis Gulung Dim Sum

Bahan-bahan:

4/5 helai napa cabbage (kobis panjang)
dada ayam *
1/4 bawang holland *
cili merah *
cili hijau  *
lobak merah *
daun sup *

Bahan yang bertanda * dikisar sehingga sebati.



Cara penyediaannya:

1. Kukus daun kobis sebentar sehingga lembut.

2. Ambil sehelai kobis yang telah dikukus

   lembut. Buang sedikit bahagian yang 

   keras.

3. Letakkan 1 sudu besar bahan inti yang 

   telah dikisar diatas kobis.

4. Gulung seperti popia.

5. Ulang step diatas sehingga kobis habis.

6. Kukus gulungan kobis selama 6-10 minit 

   atau sehingga isi ayam cukup masak.

7. Siap untuk dihidangkan.


Ahad, 7 November 2021

Resepi menu sihat- Ayam Grill, sweet potato serta Salad

 Assalamualaikum... 

selamat petang sahabat semua, moga semuanya sihat swlalu.

Lama tak share resepi, kali ni saya cuba share resepi menu sihat. Mungkin sedikit sebanyak dapat memberikan idea kepada kawan2 yang berdiet.

Kali ni saya share menu yang paling mudah, yaitu ayam grill, sweet potato serta sayur salad.

Resepi Ayam Grill

Isi ayam sebesar tapak tangan

sedikit garam bukit

sedikit kunyit

sedikit serbuk kari

bawang putih cincang

olive oil.

Caranya:

Semua bahan2 diperap gaul bersama ayam kecuali olive oil. Perap sebentar, kemudian panaskan kuali, letak sedikit minyak olive oil, grilkan ayam tersebut sehingga masak.

Sweet potato pula, hanya rebus sahaja sehingga ia masak.

Kemudian boleh hidangkan bersama sayur mentah seperti salad, timun jepun tomato ceri dan sebagainya.

Mudah kan... nak kurus. Makan-makan terkurus nanti.



Di minggu pertama semua peserta perlu share menu masakan diet yang diberi. Sesiapa yang menghias platenya cantik dan menarik akan dapat hadiah dari coach kesayangan. Ha ha.. sungguh menarik gitu.


Simpan di sini selfi menu yang sama dari sahabat-sahabat yang join FTOC bulan ini.


Sebagai panduan kepada saya juga. Jom ikut cara PINGGAN SIHAT MALAYSIA. Makan biar seimbang... cukup protein, karbo, serat serta lemak baik yang diperlukan oleh tubuh kita. Lebih mudah kalau ikut tips SUKATAN TANGAN SENDIRI kan...



Makan ikut potion yang diberi.
Bagi yang berdiet pilih ayam mengikut kalori yang paling sedikit. Barulah berat badan cepat turun jika mengikut cara pemakanan yang betul.