Memaparkan catatan dengan label masakan indonesia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label masakan indonesia. Papar semua catatan

Ahad, 3 Ogos 2025

Masak Bakso Yang Simple


 Assalamualaikum...

Salam di pagi Senin yang indah, hari yang mulai sibuk bagi teman-teman yang bekerja. Bagi mereka yang tak bekerja, tetap juga sibuk, sibuk dengan kerja-kerja rumah yang tak pernah habisnya. Walaupun apa pekerjaan kita tetaplah jalankan dengan penuh redha mudah-mudahan akan ada ganjarannya disisi Allah swt.

Cerita petang semalam teringin sangat nak makan mee bakso. Dulu sewaktu tinggal di Indonesia, selalu sangat makan mee bakso. Kat mana-mana saja ada je orang jual bakso. Sehinggakan kalau malas nak keluar ke pekan ada je orang datang jual dari rumah ke rumah.

Sekarang ni kalau nak makan bakso kena lah buat sendiri. Ada je orang jual kat gerai orang Idonesia. Buat sendiri lebih puas hati. Jadi saya buat bakso yang paling simple, tak perlu banyak bahan. Tapi tetap juga sedap.

Jom tengok resepinya...



                  
                 Resepi Bakso

bihun [dicelur]

kobis

dau sup

bawang goreng

sos cili



                  Bahan kuahnya:

bebola daging [beli yang dah siap]

air secukupnya untuk kuah

garam, gula serta perasa


Bahan kisar:

1 bii bawang besar

6 ulas bawang putih

3 biji buah keras

2 inci halia

1 sdt lada hitam


Cara masak kuahnya:

1. Panaskan periuk, tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan air untuk kuahnya.

2. Masukkan juga bebola daging. Tambah garam, gula serta perasa secukupnya.

3. Bila kuahnya masak, tutupkan api. Bolehlah dihidangkan.



            Bahan untuk sambal kicap:

10 biji cili api

4 ulas bawang putih

kicap

Caraya:

  Kisar cili dan bawang. Masukkan dalam periuk, masak atas api bersama kicap hingga sambal menjadi pekat.


Bahan taburan:

bawang goreng

hirisan kobis

hirisan daun sup


                                 


Cara menghidang:

Ambil mangkuk, masukkan bihun atau mee. Masukkan kuah bakso beserta baksonya sekali. Tabur dengan bawang goreng, hirisan daun sup serta hirisan kobis. Letak juga sambal kicap serta sos cili.

Selamat mecuba.



Khamis, 10 Oktober 2019

Sambal Terasi


Assalamualaikum...

Salam Jumaat yang penuh berkat, semoga pagi ini anda semua sihat dan ceria2 selalu.

Sambal terasi adalah sambal yang terkenal dikalangan orang Sunda. Terasi bermaksud belacan. Dulu sewaktu saya mula2 ke Indonesia, saya kepasar Warudoyong namanya terletak di Suryalaya, Tasik Malaya. Ingat lagi saya cakap nak belacan, terpinga2 orang yg jualnya. Jadi saya bilang untuk buat sambal dimakan bersama ulam-ulaman. Barulah dia faham... terasi namanya. Itulah yg saya ingat sampai sekarang.




Resepi Sambal Terasi

Bahan-bahan:

2 biji cili merah
10 biji cili api
2 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
belacan
1 biji tomato
1/2 biji limau nipis
sedikit minyak untuk menggoreng 
garam dan gula



Caranya:

1. Panaskan minyak, goreng cili merah, 
   cili api, bawang merah, bawang putih, 
   belacan serta tomato hingga layu.
   Kemuadian angkat dan toskan.

2. Uleg atau tumbuk bahan tadi hingga halus.
   Masukkan garam serta gula kabung. Uleg 
   lagi hingga halus.

3. Perahkan limau nipis. Siap untuk dihidang.




Sedap dimakan dengan ulam-ulaman serta tauhu dan tempe yang digoreng.