Memaparkan catatan dengan label masakan thailand. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label masakan thailand. Papar semua catatan

Ahad, 29 Jun 2025

Miang KhamYang Sedap

 Assalamualaikum sahabat semua... moga sihat selalu.

Dah lama terigin nak buat miang kham ni tapi teragak-agak nak buat. Oleh kerana pokok kaduk saya menghasilkan daun yang banyak, jadi saya cuba lah buat miang kham petang ni. 

Miang kham adalah makanan tradisional orang-orang Thailand dan Laos. Gabungan bahannya tu yang membuatkan rasanya jadi sedap. Dan sosnya juga memainkan peranan penting. Jika sosnya sedap, maka semuanya akan jadi sedap.





Ini rupanya daun kaduk, bentuknya seakan-akan daun sirih tapi wangi baunya lain dari daun sirih, ia punya ciri khas tertentu.

Resepi Miang Kham

Bahan-bahan:

daun kaduk

kelapa (dihiris kecil-kecil dan di sangrai)

kacang tanah (disangrai)

udang kering (direndam air panas, kemudian goreng tanpa minyak)

bawang merah (didadu)

halia (potong dadu)

limau nipis (dipotong dadu bersama kulitnya)



Cara buat sosnya:

Bahan-bahan:

1 sdb udang kering

1 ici lengkuas

1 inci halia

gula somtam

belacan

sos ikan/nampla

kacang tanah tumbuk

kelapa kering yang ditumbuk


Cara masak sosnya:

1. Blender udang kering, lengkuas dan halia bersama sedikit air.

2. Masukkan ke dalam periuk, masak diatas api perlahan.

3. Masukkan juga gula, belacan, sos ikan. Masak sehingga kuah menjadi pekat. Angkat dan biarkan sedikit suam.

4. Masukkan kelapa sangrai dan kacang tanah  yang ditumbuk halus. Dikacau-kacau, kemudian bolehlah dihidangkan.


          

Cara membungkus:

 Ambil sehelai daun kaduk, kemudian lipatkan sedikit dibahagian kepala daun seperti kelongsong, masukkan bahan-bahan hirisan. Masukkan juga sos kedalamnya. Akhir sekali barulah dilipat.



Setelah jadi seperti ini barulah dimakan. Sedap dimakan di waktu petang bagi yang suka ngemil. Waktu kecil dulu, suka makan sirih pinang. Sekarang kita makan miang kham pula.




Khamis, 29 November 2018

Ayam Masak Thai


Assalamualaikum...

Selamat malam... semoga anda semua sihat2 sahaja di ketika ini.

Kali ini saya nak share kan mengenai ayam masak Thai yang sedap. Resepi ini saya dapatkan daripada FB.

Jom lihat resepinya...



Resepi Ayam Masak Thai

Bahan-bahan:

Ayam
Bawang merah*
bawang putih* 
cili api*
2 batang serai (dititik)
daun limau purut
sos tiram
sos cili
sos tomato
sos nampla
garam
serbuk kunyit
minyak uk menggoreng dan menumis



Cara memasaknya:

1. Ayam dibersihkan dan diletak garam serta
   kunyit, biarkan seketika. Kemudian goreng
   separuh masak.

2. Bahan-bahan yang bertanda * diblender 
   atau dikisar hingga halus.

3. Masukkan sedikit minyak ke dalam kuali,
   masukkan serai yg dititik, kemudian
   masukkan bahan2 kisar. Biarkan sehingga
   naik minyak.

4. Masukkan ayam, juga masukkan sos- sos tadi
   beserta daun limau purut, sentiasa dikacau
   supaya tidak hangit. Jika kering tambahkan
   sedikit air.

5. Perasakan dengan garam serta perasa, 
   jika dah secukup rasa barulah diangkat utk
   dihidangkan.



Sedap dimakan dengan nasi panas-panas beserta ulam-ulaman dan telur dadar.