FOLLOWERS

Tuesday, April 14, 2009

1st trimester yg baru nak berlalu

rupanya dah sebulan lbh aku tak menulis kat blog ni. patut ramai yg tanya. actually aku baru jer melalui trimester pertama yg sangat teruk. ingatkan 2nd pregnant tak teruk dah. rupanya teruk jgk, tapi aku rasa 1st pregnant dulu lg teruk lar. this time aku kerap muntah belah petang (sama mcm dulu) cuma lepas muntah aku takler flat sgt. tp kali ni yg paling aku tak tahan, angin dlm perut byk sgt. time petang sakit betul ulu hati. dulu tak penah aku sakit ulu hati time pregnant. and lg satu bezanya, dulu aku mula alami simptom pregnant antara 3-6bln (2nd trimester) but this time 1st trimester dah teruk. dulu aku berselera utk mkn, tp this time tak lalu makan lansung, berat pun tinggal 45kg jer :-( . lg satu aku nak citer, yg mungkin ada yg anggap aku mengada2 atas sebab ni, tp tu lar hakikatnya bukan dibuat2 ok. aku takleh makan kat umah sendiri, tak kira lar mknn yg maid masak or yg beli bungkus. confirm muntah!! tp kalau makan kat luar, even kat umah orang @ kat kenduri ok jer bkn main berselera aku makan tak muntah pun. hehe teruk kan? tp itular hakikat yg aku alami skang ni. and this time, aku cepat penat/mengah wlupun perut blm besar. ni klu perut dah besar taktau ler camner... maybe sbb badan dah berumur hehe mcm dah tua sgt jer aku ni. so far skang ni alhamdulillah... aku dah mula nak ok. muntah time ptg masih on tp tak sekerap dulu. mungkin sbb dah nak masuk 2nd trimester. aku dah mula blh main dgn iman mcm dulu... ok citer pasal iman plak.
sian kat anak aku ni.. dah jd mcm anak bibik coz semua benda bibik yg handle. aku mmg tak lalu lar. and bila abah dia ada, baru tinggal bibik. tp mujur sgt iman pandai bawa diri, tak merengek lansung wlupun aku tak pay attention sgt kat dia. malah dia dah blh tlg aku ambil bantal, ambil sapu tgn etc.. maybe sbb dia tgk time aku muntah teruk dulu and aku pun dah explain kat dia knp aku tgh sakit skang ni. nampak gaya mcm dia faham lar explanation aku tu. bila aku rehat dalam bilik, dia masuk kejap jer tgk n cium aku and terus main kat living hall. alhamdulillah sgt aku dikurniakan anak sebaik dan sebijak iman. aku cukup suka dialog ni dgn iman:
mama: iman nak adik girl or boy?
iman: adik girl
mama: siapa nama adik iman nnt?
iman: fatimah...selamba jer dia jwp hehe..

apa lg yer yg aku nak citer, tak byk sgt aktiviti aku yg menarik skang ni selain dr kerja...kerja...kerja... very busy!! sepjg bln april ni kena kerja smpi sabtu, means sehari jer cuti! aduh... penat btl. dah 2org rakan kerja aku kat sek ni yg warded sebab stress kerja. kesian sgt... badan sampai kurus kering. isk...takmo lar aku jd mcm tu... dah ler badan tgh kering. so aku menanamkan konsep berpada-pada dalam bekerja.. nasib lar tak sanggup aku nak abaikan family and benda lain semata2 nak jd hamba kerja huhu... so itu jer dulu utk kali ni. doakan aku cepat sembuh dr simptom muntah2 ni, tak larat btl.
Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH