FOLLOWERS

Monday, December 31, 2012

western breakfast

assalammualaikum =)
salam hari isnin buat semua...
hari terakhir dlm tahun 2012
esok dah 1 januari 2013
dah tahun baru....
apa azam baru kalian?

entry ni sbnrnya dah lama berada dlm draft
hr ni baru sy publish hehehe...

budak kecik ni, bila abah dia suh kemas mainan mulalar dia mengelat...
ni smpi dia tertido nak mengelak kemas mainan punya pasal hahaha
padahal masa ni blm lg waktu tido tgh hari dia

ini pula breakfast yg sy sediakan untuk family
tak ingat bila, tp dlm cuti sekolah ni lar
snap guna kamera hs jer tu yg ada dot hitam kat nugget tu hehehe...

bila sesekali breakfast mcm ni, sgt menyelerakan! habis licin semuanya...

itu dulu....jumpa lagi nnt!

Sunday, December 30, 2012

kisah kami di legoland- part 7

assalammualaikum =)

salam hujung minggu buat semua! kami tak ke mana hari ni. just rest kat rumah menikmati saki baki cuti yg dah ke penghujung ni hehehe...ada gak rasa hati pagi td nak ajak en.suami ke pasar shah alam...tp blh plak tetiba fikir positif. kang balik penat jer badan...poket dah tentu penat lar. rabu depan dah mula kerja/ so adalah lbh baik hr ni rest jer kat rumah, buat kerja rumah apa yg patut. kerja rumah ni mmg takkan hbs lar selagi nyawa dikandung badan haha..
ok jom sy sambung cerita kunjungan kami ke legoland baru2 ni. masa abang iman seronok main kapal terbang kecik atas air tu, mama and abah plak bergambo mcm biasa. 


saya sukaaaaaaa sgt pic ni. 

amal plak masa ni busy dgn menekan bom air yg ada di sekitar tempat abang dia bermain tu. 
setiap kali tombol biru tu di tekan, air akan meletup keluar menyembur sesiapa saje yg lalu lalang kat situ siap ada sound effect letupan ok
hahaha itulah yg amal kerjakan smpi dia sendiri turut basah
seronok tgk dia happy berlari dr satu tombol ke tombol yg lain masa ni
yg bestnya ada yg lalu lalang kat situ wondering dr mana plak dtg tetiba letupan dan semburan air tetiba tu hahaha

pastu kami teruskan perjalan menuju ke tempat kuda smlm tu
nak bg amal plak main puas2

semua org bersemangat masa ni, maklumlah semua masih bertenaga...
cer cari mana abg iman dlm pic ni?

ok dah sampai...

my king arthur :D

masa ni nmpk sgt amal enjoy the ride


dah bertukar kuda....bg naik byk kali hehehe

suka gambar ni...

nampak tu iman basah kuyup hehehe...
albert Einstein kat blkng kami ti diperbuat drpd lego tau

ok sambung lg dlm entry seterusnya...
bye semua!

P/S sape nak tempah tudung lagi jgn malu2 email sy yer... :-) 

Saturday, December 29, 2012

the world's biggest book sale

assalammualaikum =)

salam hari sabtu buat semua
cuti dah sampai ke penghujung
nampak gayanya semakin susah untuk sy update blog lepas ni huhuhu
semalam seharian dr pagi smpi ke petang ada mesyuarat di sekolah
letih toksah cakap lar...
pagi semalam sempat juga sy bawa iman ke orientasi pelajar tahun 1 di sekolah nya
so hari ni nak pulun wrap textbook iman plak
pastu nak buat sticker nama utk peralatan sekolah dia
pastu nak tampal lencana sekolah kat baju dia
iron baju pun tak siap lagi...
haiyaaaa.....penuh list to do
kerja kat sekolah pun dah mula menimbun...
good bye school holiday
i will miss you soooo much! sob sob sob...sedih ni sob!

berbalik kepada tajuk di atas....
ramai yg bercerita tentang kemeriahan big bad wolf ni kan?
sy juga merebut peluang ni untuk menambah koleksi buku sy dan anak2..
otw balik dr legoland sempat singgah di sini
hr khamis so masa tu takdelah penuh sgt dgn org
sedang elok nak memilih buku dgn tenang...
anak2 en.abah hantar main kat playground tingkat atas tu.
so kami dpt pusing setiap bhgn jualan buku ni dengan gembira hehehe..

 byk wooo kami borong buku sebab serius murah!
buku hard cover plg mahal pun rm15-rm20
purata harga sebuah buku kat sini rm8

so inilah buku2 yg kami grab kat situ...

 anak2 sy boys so mmg tak layan arr buku2 princess tu semua wlupun hati mama meronta nak beli gak sbb comel2 hehehe

 buku2 anak ni semua best2 sbb byk sticker yg colorful dan kualiti sticker dia mmg terbaik.


 for me and my other half


 suka buku ni sbb byk gambar hehehe







semua buku2 ni berjumlah rm170.00++
klu pi MPH dgn harga rm170 ni sy rasa hanya dpt maksimum 4 buah buku kot
sgt berbaloi

itu dulu untuk entry di hari sabtu...bye semua!!

P/S tempahan tudung dibuka seperti biasa ya. 
email sy jika berminat...tq :-)

Friday, December 28, 2012

VCK: laman bestari bersama cinta hati saya...

assalammualaikum =)

sambungan entry sebelum ni ya.
ada ke yg tertanya2 tertunggu2 pasal cinta hati sy ni?
kekekeke...

 sbnrnya pasal deco2 rumah, pasal susun atur dan hiasan2 lanskap ni en.suami serahkan pd sy untuk tentukan. tapi backyard garden, itu jgn di kacau. itu milik dia hehehe...
later sy story pasal khabar terkini our little backyard garden k.
nampak tak tu...rumput mutiara dah mula memenuhi tanah sekangkang biawak di tepi VCK ni.
sy yakin sgt2 tak lama lg rumput mutiara ni akan menghijau sepenuhnya menutupi lapisan tanah di bhgn bawah. tak sabar rasanya menanti saat itu..ecewah!

 inilah dia kedudukan lebih jelas cinta hati sy yg bertiga itu.
btl2 di blkng tiang payung.

 gigih en.suami memindahkan cinta hati saya ke dalam pasu rendah itu...

 haaa....ok tak? selagi rumput mutiara ni tak memenuhi kawasan tu, selagi itulah rumput liar akan tumbuh di celah2 nya. en.suami yg rajin cabut rumput2 liar ni. sy bukan tak rajin....tp malas!
penah dah cuba tlg, wei...panas arr kat luar tu kekeke...
ada sekali tu, sy tlg dgn cara bawak 3-4 org student yg dah habis exam tp blm cuti sekolah lg masa tu, dtg VCK and tlg cabut rumput liar kekeke...bagus btl TA kan.
alar...diorang pun suka jer dtg ke sini, pastu TA siap belanja mkn aiskrim dan lunch best2 lg.

 abang! tgk kamera dan senyum! tp lupa nak minta dia berdiri tegak hahaha...

dah siap.....dan inilah hasilnya...cepat membesar yer cinta hati saya bertiga ni?

zoom dr jauh sket....suka sgt!

itu dulu...bye semua!

Thursday, December 27, 2012

VCK: laman bestari yg hijau...

assalammualaikum =)

cerita kami di legoland kita masukkan dlm edisi tertunggak ok hahaha...ni nak cerita kisah hari selasa baru ni.  en.suami dgn baik hati bg rm150 untuk beli tudung baru katanya...wahhhhhh gitu?? sayang abg sgt2 lah hehehe...tp sy tak guna duit tu utk beli tudung. sy ajak en.suami pi beli pokok hiasan untuk di tanam di hadapan rumah. sukaaaaa sgt! emm..ok sy tak berapa suka pokok berbunga. jgn ditanya kenapa sbb sy sendiri tak tau jwpn nya. 

 pokok ini menjadi pilihan. nama pokok? ok kita bg nama dia...cinta hati 1, cinta hati 2, dan cinta hati 3 ok? sbb sy tak tau nama btl atau nama saintifik pokok ni wakakaka....ni kalau shila hamzah tau aku bg nama cinta hati kat pokok2 ni mesti dia senyum sendirian kekeke...

 juga pokok ini. nampak sama dgn cinta hati saya yg bertiga tu kan? tp sbnrnya diorang dr jenis yg berlainan.
so kita bg nama yg ni: errr....sy terkedu lama depan lappy tak tau nak bg nama apa hahaha...
korang...tlg bg idea plz!

 pokok takde nama tu nak diletakkan di penjuru hadapan villa comel kami ni. 
kat bahagian luar...akibatnya setiap pagi bgn tido, mesti nak cepat2 intai pokok ni ada lg ke tidak
takut kena curik! hahaha...harap2 tak lar kan. tawakkal jer ni

 ptg selasa tu jgk en.suami pindahkan pokok2 tanpa nama ni ke dalam pasu tinggi.
nmpk mak sy tu? dia ada kat sini hihihi...best sgt!

budak kecik yg tgh demam ni dgn abg dia tlg angkut tanah dr kereta ke tempat abah nak pindahkan pokok2 tu.
mama tlg jugak tau...tlg snap gambo.

 yeah dah nak siap!

lepas en.suami siap pindahkan pokok2 tu semua ke pasu, sy bersihkan kawasan tile yg penuh dgn tumpahan tanah tu. then bersihkanpulak pasu tinggi ni, lap dgn kain basah.

 lepas tu siram....

nampak tak ada kolong besar dgn pokok hutan blkng sy tu?
itu jer lanskap yg disediakan pihak pemaju
sungguh tak patut tahap dewa
tp kami dlm plan to do something to that kolong....tunggu!!
projek transformasi tu nnt akan berlaku tak lama lg hehehe...
berbalik kepada pokok takde nama td tu....

 tadaaaaaa.......dah siap! alolololo they are sooo sweet kan?

zoom dari jauh...

sayang kamu bertiga sangat2... cepat2 membesar ya?

so di mana letaknya cinta hati saya tu??
tunggu next entry hahaha...


ada sesaper nak tempah tudung lagi tak?
email saya yer....bye semua!

Wednesday, December 26, 2012

sebahagian tudung customer yg dah siap -fasa 11

assalammualaikum =)

letih sungguh hari ni menguruskan penghantaran tudung customer. 
part plg letih nak wrap tupperware bulat tu huhuhu...
tp takpe, inilah namanya online business kan? :D
klu ada yg perasan, sy skip entry untuk fasa 10
sbb masa fasa 10 tu sy mmg nak cepat tak sempat nak snap gambar2 tudung.
actually tempahan yg dihantar pagi td adalah tempahan yg ke 14 dah
alhamdulillah... 
business ni semakin menggalakan
hidden story mcm kerenah customer yg pelbagai tu, selagi sy blh tahan sy takkan share kat sini :-)
terima kasih juga buat customer2 yg memahami business sy ni...
kadang rasa dah jd mcm along plak masa nak collect payment wakakaka....
inilah dia dunia perniagaan online...kan?
panjangnya mukadimah hehehe...
jom tgk gambar sebahagian lg tudung customer yg dah siap ni ya
alhamdulillah dah selamat pun di pos td.





 tudung tgh dan yg kanan tu sama warna. sgt cantik combination warna ni


combination warna tudung kanan juga cantik di mata saya...

so tudung yg dihantar tempah td insyaallah siap jumaat depan
sabtu tu pjbt pos tutup sabtu pertama setiap bulan.
maka sy akan pos hari isnin ya.
perkara plg penting, rabu depan dah mula sesi persekolahan 2013
harap anda semua maklum dgn kesibukan sy nnt
so plzzzzzzzz jgn aspect nak cepat2 ya?
bg masa jugak pada sy ya?
kang makin kurus sy kang hahaha...

dgn pengisytiharan di atas, maka tempahan seterusnya dibuka sekarang
dan akan dihantar tempah pd tailor jumaat depan
bersamaan 3 jan 2013 ok
sape2 nak tempah tudung lg sila email saya di azima03@yahoo.com

terima kasih semua...bye!


Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH