FOLLOWERS

Wednesday, February 17, 2016

kisah cuti 9 + 2 hari

assalammualaikum =)

best gila cuti woi.
ada ke yg tak suka cuti?
aku suka...suka sgt hokay.

alkisah cuti sekolah ni mmg kami plan nak dok umah aje.
tak nak ke mana2.
balik kg tak, berjalan pun tak.
aku dah pernah ke CH masa CNY
dia punya jam hazab ok.
so kami nak dok umah aje. 
anak2 pasrah.
ada gak plan nak ke rumah kak cik di proton city, at last cancel gak.
cuti ni mama abah masak kat umah hoyayyyy..
abah tu tak heran lah.
ni mama masak ok..i repeat mama masak muahahaha
ada sekali tu (dlm cuti ni), mama masak then mama suap semua anak2 makan
habis!! mmg best lar anak2 siap puji2.
smpi mkn mlm mmg tak bersisa langsung mknn

hari ahad pertama cuti tu kami ada jualan car boot sale.
kali ni hangkut semua anak2 sbb pengasuh x available.
nnt lah klu berkesempatan aku buat entry khas citer pasal ni.

hari isnin anak2 aku dah menggelisat ajak berjalan. aduhai...malas btl nak kuar rumah.
nak tgk wayang, takde citer best.
hari selasa gagahkan jugak lah pi aeon manjung. 
bg anak2 main bola byk2 tu kat sana. dr sini ada kisah seterusnya..nnt aku citer.
balik dr aeonmanjung kami menempuh kesesakan luar biasa. 
ye lar kan cuti CNY smpi selasa..then dah tentu selasa tu berduyun org balik kl.
tak pepasal kul 9mlm br kami smpi umah.
patut keluar dr aeon kul 5.30, kul 7pm dan blh smpi..maghrib kat umah aje.
ni maghrib pun singgah masjid.
alahai anak2...
ikut hati aku masa tu mmg tak larat nak outing ke mana.

rabu dok umah.
khamis aku dgn en,suami ke sogo.
actually en.suami ada urusan ke kl..aku pun menumpang sekaki ajak ke sogo.
beli baju tido anak2 aje pun..sbb semua dah ketat2 terutama abg iman yg membesar bagai badang.

khamis malam bermula kisah...irfan demam + muntah2 + cirit birit.
jumaat bawa ke klinik.
sabtu berjangkit plak ke abg iman dan amal..bawa lg ke klinik
hoi teruk wei anak2 aku masa ni.
semua pakat2 muntah dan cb berterabur
mmg penat gila aku dan suami dok handle anak2 masa ni.
mcm mana kami tak dpt rehat, mcm tu juga dgn mesin basuh dan dryer yg tak behenti running.
mujur ada dryer..klu takde lagi parah
byk gila membasuh..ye lah klu dah muntah dan cb berterabur..blh bayang tak? hahaha
tikar depan tv pun kena cuci.
en.suami berus habis-habisan then jemur.
habis semua jenis lapik keluar..
tu blm masuk bab tilam..semua jenis tilam kena cuci dan jemur.
phewwwwww letih gila ok.

doc kata bkn food poisonous sbb tak serentak.
ni jangkitan virus.
kami agak dpt dr kids playground kat aeon tu lah..
ye lar kalau dah bergelumang dlm bola byk2 tu kan..kuman pun dtg hinggap.
mula kat irfan..then berjangkit.
akhir sekali amma pun kena cb huahuahua..
maka semua org dpt mc 2 hari. hari ni baru aku mula kerja ha.
tu pun masih berulang ke toilet aje.
irfan dan amal masih kat rumah, en.suami plak cuti utk jaga anak2.
ptg smlm dah bawa irfan ke spital, mujur tak warded sbb irfan still aktif mcm biasa.
aku paksa dia minum dan susu dgn byk, takut dehydrated.
kesian sgt..melecet dah montot si kecik sebab cb yg teruk. hari ni masih cb lg.
doc kata cb pd kanak2 mmg lambat sembuh sbb takde ubat.

amal juga masih cb, masih cuti hr ni.
abg iman je yg sekolah.

moga cpt sembuh ya anak2 mama huhuhu

so 3-4 hari ni aku di landa keletihan amat sgt.
ni pun rasa mengantuk gila.
mlm td x berapa lena sbb irfan still muntah lepas susu.

 ini masa hari sabtu, masih demam
blh plak dia buat muka sedih landing kat sini huhuhu

ini juga hari sabtu
semua tgh teruk masa ni

 view biasa bila anak2 di rumah. so takyah heran sgt ya.
mama is tauke mainan

 masih ceria alhamdulillah...

ok habis cerita marathon 9 hari cuti sekolah hehehe

i is lemau ok..ngantuk gila ni
ok nak gi lab.
bye semua!

Tuesday, February 02, 2016

anak bongsu saya

assalammualaikum =)

lama dah mama tak story pasal anak kecik mama ni..anak bongsu mama.
dia dah mula tau kot yg dia anak bongsu, manjaaaaaaaa sgt!
lagi 3 bulan je utk dia genap 2 thn. 
semua benda dah faham..tapi cakap blm tau.
ada lar sket2 yg dia dah blh cakap: mama, ahh (abah), pok (keropok), air, miau (Kucing),
wong (burung), ball, bang (abang)..eh banyak jugak yg dia dah blh cakap. walaupun x pandai cakap dgn btl lg, tp mulut bising. mcm2 bunyi dah keluar utk dia communicate dgn semua org. comel.

 setiap ptg, dia akan smpi umah dlm kul 6.15pm.
masa dia nampak je mama, dia akan merengek manja yg semua org akan gelak tgk dia..abang2 dia siap ejek2 dia...sebab bunyi rengek dia sgt mengada. mama dah faham dia nak apa. nak susu atas riba mama sambil layan 613 hehehe..
habis 8oz, dia mesti keluarkan bunyi arghhhhh (tanda dah puas)
tak ke comel tu? hilang penat tgk keletah dia ok. 

 anak2 mama, semua jenis tido lambat terutama time cuti sekolah.
so dia ni pun sama, tido lambat.
akibatnya bgn tido pagi2 pun lambat lah..mama blh selesai byk kerja rumah sblm dia bgn tido.
berat? Allahuakbar, dah lama tak timbang. tapi mama menyenget dah bila dokong dia. terasa beratnya.
alhamdulillah, dah lama tak demam. biasanya kalau demam tu yg dia takmo makan takmo susu maka berat bdn pun susut. sekarang mmg tgh kuat mkn dan kuat susu..
pipi pun dah tembam. 
mama doa sgt2 moga anak2 mama sentiasa sihat. amiinn

 lagi satu kegemaran dia ni, sgt suka membongkar mainan.
part ni mmg dia juara.
mainan mmg byk lah...dah mama tauke mainan hahaha
seronok tgk dia main.
seronok tgk dia naik moto hijau
seronok tgk dia naik car
seronok tgk dia membesar depan mata.

 tido malam pun elok aje sekarang ni. 
buaian tu..actually kalau simpan pun takpe, dia blh je tido bawah tp kena tggu dia btl2 mengantuk lah.
mengantuk mcm mana pun dia takkan merengek..sbb seronok main.
pernah dia terlentok2 depan tv dlm keadaan melutut, punya dah ngantuk sgt.
cpt2 mama baringkan, terus tido.
oh irfan, rindunya mama nak gomol2 kamu sekarang ni.

 kalau mama marah dia, pandai dia pujuk mama. 
dia akan panggil mama dgn nada yg paling lembut: mamaaa..mamaaa..cair mama tau.
kadang saja je buat2 marah sbb nak tgk dia pujuk mama hehehe
sekarang ni kalau balik kg, berkumpul dgn sepupu2 dia, mmg dia dah tak geng dgn mama. 
dia akan join sepupu2 dia main berlari ke sana ke mari keluar masuk rumah atuk.
so mama blh terlentang senang hati depan tv muahahaha

muhammad irfan hadiy
pejam celik pejam celik dah nak masuk 2thn anak bongsu mama ni.
bila menyusu mama masih pegangkan botol dia. actually dia blh aje pegang sendiri tapi saja mama nak pegangkan, anak bongsu...mestilah manjaaa kan??
mama sayang sgt kat dia..
bkn kat dia saja..kat semua anak2 mama

tetiba rasa lambat sgt masa hari ni nak ke petang.
tak sabar nak jumpa dia, peluk cium dia..gomol2 dia.
rindu bau dia

itu aje...bye semua!
Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH