FOLLOWERS

Tuesday, April 30, 2013

2D1N get away package to Gold Coast Morib Resort

assalammualaikum =)

mula bercerita tentang short vacation kami ke sini.
menggunakan pembelian voucher dr matta fair tempoh hari.
bezanya dgn promotion voucher dr livingsocial or groupon semua tu, ada free 2 children water theme park ticket.  
lain2 semua sama.


best!
rasanya lagi best dr Tiara Beach Resort.

sy review kemudian lar yer.
ni nak bergegas ke makmal, ada kelas kul 2pm-3pm ni.
bye semua!!

HAPPY LABOUR DAY TO ALL WORKERS OUT THERE!!

SILA EMAIL SAYA JUKA BERMINAT NAK TEMPAH TUDUNG.

ingatkan dah blh bertenang

assalammualaikum =)

jom kita meluahkan perasaan di sini hahaha
ingatkan bila april dah ke penghujung, mei dah nak menjelma, 
kurang ler sikit busy ni sbb dah byk program berlalu. 
jgn harap ok. 
sekolah ganti sabtu lepas, kami ada ad-hoc meeting kat sini
rupanya pengetua baru dpt call dr jemaah nazir memaklumkan mereka akan dtg untuk pemantauan anugerah new deals (baiah) dlm tempoh 3 minggu ni. 
huhuhu...semua mengeluh masa tu
actually SBPISB dah terima anugerah ni beserta imbuhannya utk 2thn berturut2. 
means ini thn ketiga. so kalau dpt jgk thn ni, insyaallah imbuhan nya lbh menarik. 
tapi syarat utama result spm dan pmr mesti sentiasa naik.
bab ni yg merisaukan kami warga sbpisb sbb result spm dan pmr 2012 menurun sedikit. 
susulan dr mesyuarat tersebut maka banyaklah tugasan yg kami dpt terutama berkenaan pengurusan fail.
semalam sy dan en.suami crk. so hari ni ler kami mula kelam kelibut selesaikan apa patut hahaha...
esok pulak cuti labour day yaaaahhhooooooo!!!
dan kemungkinan besar geng nazir akan dtg memantau hari khamis ni. 
dgr2 nya hari ni geng nazir ke sbpi rawang dan sek men sains kuala selangor. ntah btl ntah tidak. 
bersedia jer lar...
alhamdulillah pengurusan fail panitia sains dah selesai.
tu yg blh mengadap blog ni kejap hehehe
byk cerita yg nak dikongsikan kat sini. 
kisah majlis perkahwinan my cousin yg di dalamnya berlaku mcm2 peristiwa...
kisah short vacation kami ke gold coast morib resort.
kisah amal yg disahkan bronchitis
macam2 kisah lagi 
semuanya akan menyusul kemudian hehehe


untuk permulaan kita tempek dulu gambar pengantin lama di atas pelamin baru hahaha

amacam? gorjes tak?
pengantin lelaki pakai selipar dan baju kerja hahaha...
kan pagi sabtu tu kami masih ke sekolah untuk sekolah ganti.
nmpk tu tudung dan baju pengantin perempuan yg sebijik sejibun dgn warna tema.
beli khas untuk meraikan majlis ni tehehehe..
malangnya dlm pic ni tak dapat plak nak view penuh pelamin indah ni.
entry lain nnt sy tunjuk gambar penuh. cantik sgt gabungan warna baby blue and baby pink ni :-)
sekali pandang dh mcm warna PKR. eh??
jgn tak caya...isu hangat masa majlis perkahwinan ni berlansung adalah isu pilihan raya hahaha
tulah kesan mengadakan majlis perkahwinan seminggu sebelum tarikh pilihan raya. 

eh dah panjang plak bebelan ni
kita sambung cerita lengkap dlm entry lain ok
bye semua!!!

ADA SESIAPA NAK TEMPAH TUDUNG BLH EMAIL SAYA YA
SAYA DAH ADA STOCK BROOCH DESIGN BARU UNTUK DIJUAL.
TAPI TAK SEMPAT NAK EXPOSE LAGI

Friday, April 26, 2013

carca merba minggu ini

assalammualaikum =)

dah jumaat...best2.
tapi esok ada sekolah ganti plak, melengkapkan 4 hari sabtu yg bekeja untuk bulan april
sadisss rasanya.
weekend ni akan menjadi weekend yg busy dan meletihkan lagi utk kami.
tapi harap2nya semua org blh bergembira wlupun penat.
lepas sekolah ni terus ambik anak2 dan blk ke vck. lepas solat jumaat kami ber-4 akan berdesup balik kg di sekinchan plak. wahhh bunyi mcm jauh sgt jer kampung tu.
cuma 30min dr vck hahaha
mlm ni ada majlis akad nikah dan malam berinai sepupu sy di kg.
sebelah umah mak jer.
means mlm ni iman x dpt pi taekwando. semua ahli keluarga akan balik berkumpul di kampung weekend ni tu yg wlupun letih tp mesti best dan gembira dpt berkumpul ramai2 di kg. 
majlis perkahwinan aka kenduri kawin plak akan berlasung esok. 
so esok lepas subuh kami akan gerak ke sbpisb dulu. sy dan en.suami habis kelas dlm kul 9am, minta kbnrn pengetua utk balik kg terus lepas kelas tu. kami tak apply cuti pun untuk esok.
pastu ahad, kami berempat akan pi bercuti plak.
alar..short holiday jer pun.
kami nak terjah Gold Coast Australia Morib for 2days 1 night.
maknanya isnin depan kami berdua akan crk mih mih mih.
crk dah approve 2mggu lepas lg yeah!
dah penat sgt bulan 4 ni. harap2 masa kat gold coast ni blh rilex puas2
jgn lar ada berlaku lg perkara yg tidak diingini..doa byk2.
kami masih menggunakan voucher dr matta fair utk percutian ini 
sy citer kemudian ok :)
isnin blk ke vck semula
selasa ketja mcm biasa
rabu cuti lagi...it's labour day! makanya rabu depan diisytiharkan hari utk lipat kain sedunia!
stock seminggu setengah hahaha
minggu ni mana sempat nak melipat :p

berikut adalah gambar carca merba minggu ini:

 antara aktiviti jika berhujung minggu di rumah tak ke mana2: snack and ladders.
pastu main kad pun anak2 suka. hr tu mama joint sama main kad ben10 hahaha

 again klu weekend tak ke mana mesti ada stock buah-buahan kat rumah

 lagi aktiviti hujung minggu di rumah

 view cantik di sbpisb

 bln 10 ni baru cukup 4thn.
pernah dah cuba hantar ke pasti tapi tak berjaya
next year lar br hntr ke sekolah ni
kemahiran psikomotor dia amat memberangsangkan alhamdulillah

 dah blh gunting gambar dgn baik

 wooo wooo nampak semacam jer dia masa ni huhu

 ingatkan diorang bergaduh kat simpang ni. rupanya baru selesai membina jet pejuang pas hehehe

 kemahiran mewarna dia pun baik alhamdulillah...blh warna takde keluar2 tu kira ok ler tu kan.

tugasan PBS untuk band 6. dah siap buku skrap, akan diikuti dgn sesi pembentangan hasil kerja plak.
klu gini ler buku skrap yg budak2 ni buat, agak2 TA cukup baik tak nak bg band 6?
padahal suh buat masa cuti seminggu tempoh hari, mustahil tak cukup masa.
ingat semua budak SBP bagus2 ke? 
inilah kebenarannya...buat apa nak selindung2 kan. 

ok dah...habis citer.
tata titi tutu!


Thursday, April 25, 2013

susulan tuntutan hadiah hari jadi

assalammualaikum =)

eh terima kasih yer buat yg sudi bg pandangan pilihan hadiah tu.
en.suami pun dah baca entry tu, then ada lar sket sesi perbincngan sambil gesel2 kot2 blh bertukar ATAU kepada DAN hahaha...bertuah ler aku klu dapat. nan hado ok.
muktamad pilihan ke-2 dipilih TAPIIIII banyak plak kena cut huuwaaaaaaaaaa
sabor jerlar. nak komplen lebih2 pun x blh. dah dpt tu pun kira beruntung ler tu kan hehe...
so hadiah besday tahun ni will be 1 handbeg, sepasang kasut raya, sehelai tudung raya and 1 set of body care. yg lain2 tak lulus. 
mcm tak berapa aci sebab hadiah hari jadi dah jadi keperluan utk hari raya. pandai dia yer sob sob...
oleh kerana itu... i harap yg satu ni akan lulus plz plz plz....*sambil kelip kelip mata*
i am asking for mother's day present plak!!
wakakakaka....
thn ni hari ibu jatuh pada tarikh hari jadi saya iaitu 12 mei 2013.
so harap2 ada lar hadiah special utk ini.
jgn dia kata pilih 1 dr 4 hadiah yg dah lulus tu dan anggap sebagai hadiah hari ibu udah...
mau merempan nnt kita hehehe...

oklah...nak tunggu apa plak respond en.suami utk hal ini.
harap2 lulus ler permintaan yg satu lg ni.
kalau tak lulus...i akan request for another present plak which is hadiah hari guru hahaha...
tu sbb i suka sgt bln mei kekeke

ok bye semua!

Wednesday, April 24, 2013

wishlist for my birthday present

assalammualaikum =)

en.suami bgtau, dia silent reader tegar utk blog ni
so blh ler i guna blog ni sebagai medan utk sampaikan maklumat ni kekeke...
and also to all my blog readers,  i really need ur opinian to help me choose the present ok?
plz...plz..plz...

antara 

1 HANDBAG COACH

ATAU
diulangi....ATAU ya...bukan DAN
huahuahuahua...klu ler en.suami kata "DAN" alangkah bahagianya...
melampau ok

HEAD TO TOE 
bkn barang kemas lar..i tak suka kumpul barang kemas WHICH IS INCLUDE

~sepasang kasut 
~sepasang persalinan (i nak sepasang blouse and skirt yg sedondon tu)
~ sehelai tudung mawaddah
~sepasang baju renang muslimah (untuk cukupkan kuota RM ni hehe)
~1 handbeg selain coach 
lagi apa ya blh masukkan dlm list head to toe ni?
haaaaaa
~1 set of body care including perfume etc (ngeh ngeh ngeh)

kawan2..idea plz!!!
nak pilih 1 handbag coach or head to toe??

kpd en.suami: bilanya nak bawak pi shopping hadiah birthday ni?
takkan lepas 12mei baru nak pi beli hadiah tak best lar gitu. 

sekian dulu entry tanpa gambar
terima kasih ya hihihi

hiasan baru di Bilik PBS SBPISB

assalammualaikum =)

sy btl2 rushing dgn lambakan kerja ni
tak sempat nak taip panjang2
kadang tu dah rasa mcm robot.
ni kul 2pm-3pm contact hour
3pm-4pm PBB
4.30pm-5.30pm kelab persatuan.
sangapppppp jer rasa 

layankan aje pic hiasan baru bilik PBS SBPISB ni yer
sekarang sedang menantikan banner, bunting dan papan tanda bilik pbs plak siap

 radio yg penuh nostalgia
sy beli masa dpt gaji pertama bekerja sebagai temporary teacher di mrsm kuala kubu bharu
seblum dpt masuk kpli
cover cassette player dah hilang, antena pun dah patah hehe...
hidup segan mati takmau jer tu







jom solat zohor!
kat mana sy solat? tu kat atas tikar tu hehehe...
kat sini ler sy lepak sementara tggu anak balik sek agama kul 5.30pm

itu dulu...bye semua!

Tuesday, April 23, 2013

menang percutian 3hari 2malam :-) tuah ayam?

assalammualaikum =)

tuah ayam nampak di kaki... tuah manusia Allah SWT yang menentukan
syukur alhamdulillah...sy blh lar dikira bertuah hehehe...

dipendekkan cerita ok sbb mcm tak sempat nak citer panjang2. 
jumaat lepas tgh sibuk2 dgn persiapan sambutan HAK di SBPISB, saya dan en.suami dapat call dr Le Touareg Travel and Tour Sdn Bhd maklumkan yg kami menang cabutan bertuah utk hadiah saguhati merupakan percutian 3hari 2mlm di mana2 hotel yg ada dlm senarai mereka. 
cabutan bertuah ni kami joint masa kat mattar fair tempoh hari. 
bila dapat tau kami berdua ni husband and wife, dia tarik semula 1 voucher yang dimenangi tu.
kena datang ambik pd hari sabtu 20hb 4 tu jugak. pilih antara 3 sesi yg disediakan. ada lalui sessi penerangan about 45mins gitu.

-ANTARA PERCAYA DAN TIDAK PERCAYA-

betul ke ni?
ntah2 nak jual produk dia
paling tidak mesti nak suh joint as member for any club yg dia ada...

i pun google...
jumpa lar 'room2u' and 'linkclub'
hehhh ni mesti nak promote suh joint club percutian dia tu dgn bayaran ribu riban.

tapi kalau betul dpt free voucher tu camne?
rugi wooo klu lepaskan peluang ni

so bincang punya bincang, klu nak tau betul ke tipu, kita pi jer lar kan.
ambik sesi terakhir which is at 7pm dgn niat utk solat qasar dan jamak taakhir maghrib ke isyak
klu tipu, anggap jer lar jalan2 makan angin padahal sabtu tu mmg letih gila sbb ada program HAK kat sekolah smpi kul 1.
gagahkan diri jugak pi dataran palma ampang nun. jauh ok dr sabak bernam. sugguh bertabah hahaha...
anak2 tinggal kat umah pengasuh.

di pendekkan cerita, kami sampai sana lbh kurang jam 4pm sbb kena cari dulu tempat ni kat mana. bila dah jumpa, kami pi solat asar and lepak dulu kat mcd ampang point. mengenangkan anak2 tggl kat umah pengasuh pada hari sabtu sdgkan kami di sini dgn tak pasti lg btl ke dpt free voucher tu...mmg libang libu rasa hati. tawakkal je pd Allah SWT.

so pukul 7pm kami pun masuk ke office dia, daftar apa yg patut. seperti yg dijangka, kami melalui sessi promotion syarikat dia untuk joint linkclub, kira mcm kelab percutian lar...dgn bayaran ribu riban. dia kata sesi penerangan ni min 45min. tp kami kena dekat 2jam ko! tu pun aku dah buat muka seposen sbb dah kul 9pm, nak balik cepat nak ambik anak plak.
frankly speaking, klu ko kaya byk duit dan mmg suka pi bercuti, silalah joint club ni. mmg byk benefit dia ok.  tapi kami ni tak kaya...kais pagi makan pagi gitulah. lgpun duit yg ada bkn hanya utk bercuti, byk lagi benda lain nak digunakan duit yg ada tu...tak gitu?

 ginilah suasana masa sesi penerangan tu. masa sesi kul 7pm ni ada 4 pasangan termasuk kami. aku siap kena sound sbb ambik gambo ni. ada aku kisah? aku kan blogger muahahaha...
tak bestnya semua staff dia yg bg sessi penerangan ni adalah melayu yg hampir pasti beragama islam dan tauke yg ronda2 pantau kami adalah cha ya nun alif. cer bayangkan sessi kami kena kul 7pm-9pm, 2jam melepasi waktu maghrib. diorang tak solat!!! kami ni dr jauh blh solat jamak taakhir tp staff diorang ni? aku dah mula rasa tak best. dahle semua sexy2 ada butang baju pun tapi taknak butang..dgn make up tebal. staff yg bg penerangan pd kami adalah lelaki melayu...alahai...kesian tgk dia punya payah mencari rezeki smpi sanggup mengabaikan solat yg wajib itu.

dipendekkan cerita, mujur btl, kami dpt free voucher percutian 3 hari 2mlm itu :-)
anggap jer lar 2jam aku tercongok kat sini sbgi bayaran utk mendapatkan free voucher ni hahaha


sila pilih nak pi hotel mana seperti dlm senarai tu ya.
tak bestnya satu jer, voucher ni hanya valid dlm tempoh 3 bln dr tarikh hr ni huhuhu...

kami pun balik ke rumah dgn 1001 perasaan...
ambik anak dr umah pengasuh kul 12tgh mlm ok. gilar kan adoiiii

hari ahad tu, sy dan en.suami pun bincang lar nak pi mana dgn voucher ni. siap pegang kalendar lagi hahaha...
tapi perancangan Allah SWT itu adalah yg terbaik buat hambanya.
dlm tempoh 3bln ni jadual kami mmg dah pack sgt2. klu nak tangguh yg tlh dijadualkan plak, pun tak blh. pendek kata asik pendekkkkk jer dr td jadual percutian kami mmg penuh dah utk tahun ni. kalau nak menyelit jgk, melibatkan kos yg bukan sedikit.

so dgn senang hati kami jadikan voucher percutian percuma 3hr 2mlm sebagai hadiah perkahwinan sepupu sy yg akan berlansung weekend ni.
seronok gila dia u all...aku plak dah rasa mcm org kaya blh hadiahkan pakej percutian kpd pasangan yg bakal berkahwin ni hahaha...
rezeki dia lar ni kan.

dia pilih utk pi honeymoon ke Tiara Labuan Hotel. 4 star hotel you best best hehe...tumpang gembira utk dia :-)

i plak...buat muka sedih depan en.suami sbb tak dpt guna free voucher ni. dah ler dpt free huhuhu...

itulah yg dikatakan tuah ayam nampak di kaki...tuah manusia Allah SWT jua yg menentukan...
senyum, tak perlu kata apa2...

tapi blh nanges sket kot uwwwwaaaaa!!! sob sob!

itu dulu untuk entry ini ya
apsal tah susah btl nak up new entry masa kerja ni
busy woooooo byk btl keje nak kena buat adehhh

Monday, April 22, 2013

PENGUMUMAN: harga baru untuk tudung gred 2.

assalammualaikum =(

taktau mcm mana nak bgtau pada semua mengenai perkara ini.
terutama pada regular customer saya.
tapi sy tiada pilihan lain.
tailor dah naikkan harga untuk tudung gred 2 dengan alasan harga bekalan kain dah naik. 
apa yg sy blh katakan di sini, dia semakin demand akibat tiada saingan yg lain. 

kalau sy tetap jual dgn harga lama, means x balik modal. setakat lepas duit minyak keta jer ulang alik uruskan tudung ni. tu bkn business namanya huhu...tu welfare huhu..

so ini adalah harga baru untuk tudung kain gred 2:
harga termasuk pos ya.

3 layer saiz S dan M = RM85.00
3 layer saiz L dan XL = RM90.00
3 layer saiz XXL = RM95.00
3 layer saiz XXXL = RM100.00

2 layer saiz S dan M = RM75.00
3 layer saiz L dan XL = RM80.00
3 layer saiz XXL = RM90.00
3 layer saiz XXXL = RM95.00


harga tudung kain gred 1 masih kekal sama.

entry ini akan jadi sticky entry buat sementara waktu.
itu dulu ya. harap semua maklum.
terima kasih.

Sunday, April 21, 2013

angry bird, jewels star and now introducing my pou :-)

assalammualaikum =)

sy bkn jenis yg suka main game sama ada kat tablet ataupun smartphone. 
sugguhpun kat rumah ni ada ipad, ada samsung galaxy tab, ada samsung galaxy grand dan ada 'tuuuttt' 
tapi aku bkn jenis yg leka main game kat semua benda alah ni. 
biasanya anak2 yg conquer semua utk main game.
bapak anak tu pun same 2x5
tapi takdelah sy ni tak tau lansung dgn fenomena game yg melanda dunia it ni. 

dulu pernah gila main angry bird ni
fenomena sungguh burung gila ni kan

pastu terjebak jugak kat jewels star ni
wlupun lbh ramai yg suka candy crush, tp prefer this game lar hehe

and now....fenomena pou pula melanda
sy terjebak lagi huhuhu...


this is how my latest pou looks like in her game room. 
poyo aku shopping wallpaper cantik utk setiap bilik dia
pastu dah banyak kali kena ambik fat burner sbb dah over weight kekeke...
now tgh galak kumpul duit utk shopping her new hat and her new dress
tinggi impian aku utk melihat pou ni jadi lebih cantik hahaha

*camnelar aku blh terjebak dgn game budak2 ni kekeke*

itu dulu...enjoy ur sunday!
bye semua!!

EMAIL SAYA JIKA BERMINAT NAK TEMPAH TUDUNG YA. 

Saturday, April 20, 2013

entry banyak gambar di PIBR final part

assalammualaikum =)

salam hari sabtu buat sama.
dah sabtu yer hehe...skang ni masa mcm cepat jer berlalu.
ok ini entry terakhir mengenai percutian kami di Pangkor Island Beach Resort tempoh hari.
percutian yg sgt2 best tp berakhir dgn tangisan amal nak gasing bayblade huhuhu...
hari ke-dua kami kat sini mmg tak byk snap gambar sbb nak pegang kamera pun x dan. 
so gambar2 dlm entry PIBR ni banyak gambar pd hari pertama di sini.
gambar makan2 kat sini pun xde 
tapi pilihan makanan masa buffet dinner kat resort ni mmg best. 
yg tak bestnya masa tu anak2 tgh menahan sakit kena hot shower tu. 
mujurlar kat resort ni ada klinik. FOC plak tu. so dpt lar iman amal ubat sapu dan ubat tahan sakit. 
so masa dinner kami tu mmg agak huru-hara. amal merengekkkk jer sob sob

jom tgk pic lagi.

 swimming pool di sebelah kiri lobi. lebih dalam dr yg sebelah kanan. 
bestnya kalau dpt dinner kat sini kan? candle light dinner gitu.
mlm tu dptlar menjeling 1 group omputih yg dinner kat sini. meriah jer dgn botol2 hitamnya. 

 nampak omhitam tu? x lama lepas snap pic sana sini sy dan en.suami joint sama alar yg mcm dia buat tu. best woooo
tepi s.pool ni ada s.pool for kids yg lebih kecik dan cetek. so anak2 kami biarkan bermain air di situ. 


ni haa s.pool for kids yg sy maksudkan. 
uiks...dpt beso gini bina s.pool kat rumah pun dah ok kan? 
haihhhh berangan saja ya kikikiki...
redup jer kat sini

 sebab sunlight dilindungi oleh pohon kemboja ini
mandi pool di tepian pantai..indah bangat i told u!

 abg iman tgh swimming :-)

 cer teka kaki sapa yg putih di sebelah kanan tu?

 taaadddaaaaa....kekeke...
korang tgk apa?













apa lagi yg saya blh katakan selain syukur alhamdulillah di atas limpahan rezeki yg Allah SWT turunkan kpd kami hingga kami berpeluang utk ke sini.
syukur sgt2.
sesungguhnya percutian ke Pangkor Island Beach Resort ini benar2 meninggalkan kenangan manis buat kami sekeluarga. panjang umur insyaallah kami dtg lg.
tapi drpd dtg lagi ke sini baik pi pangkor laut plak kekeke....

ok lah itu dulu ya. bye semua!

Hari Anugerah Kecemerlangan SBPISB

Assalammualaikum =)

Sy tgh stand by atas pentas utk kendalikan penyampaian hadiah. T.kasih pd cikgu azlin dan 4 org pelajar yg turut membantu...



Cantik tak dewan ibnu khaldun? Ada lampu lip lap u tehehehe...




And we all cikgu2 wearing baju sedondon hijau pucuk pisang hari ni. Selari dgn hari penamaan calon....eh??



Moga hari ini lebih baik dr semalam insyaallah. Bye semua!!
posted from Bloggeroid

Friday, April 19, 2013

pangkor island beach resort- part 8

assalammualaikum =)

april sgt2 busy utk sy. seperti yg pernah sy maklumkan, 4x sabtu dlm april ni full dgn program di sekolah. it means sy bekerja 6 hari seminggu dlm bln ni. ahad plak masa pulun buat kerja2 di rumah. letih mmg letih. tp x blh nak ikutkan sgt letih tu. buat jer sambil tersenyum. ecewah...bunyi macam suci bebeno. hakikatnya kdg tu merungut jgk hahaha...
esok kena pi sekolah lg untuk sambutan Hari Anugerah Kecemerlangan di SBPISB. ibaratnya mcm sambutan hari raya utk sbpisb. so persiapan utk itu juga memerlukan komitmen. uiks...x best lansung bercerita pasal kerja kan? 
emmm...ok tukar citer lain. percutian kami yg seterusnya dah semakin hampir. tapi cerita percutian kami di PIBR tak habis2 lagi camne? now sy berdua dgn amal di rumah. abg iman pi lthn taekwando. so sy cuba nak buat scheduled entry byk2 skang ni di samping amal yg asiklar nak bergesel. ok ni sambungan entry sebelumnya di sini. masa kami bersuka ria berjet ski, anak2 plak main pasir di tepi pantai. lepas tu kami joint sekali mandi manda di tepian pantai yg pasirnya amatlah putih dan halus. 'sotong2 kering' yang bersidai di tepi pantai mcm heran tgk kami bergelak ketawa bermain air. sbb masa tu cuaca agak panas. sotong kering ni prefer lg sun bathing compare to nak mandi laut. diorang mandi laut waktu malam hehehe...

 nmpk jet ski kat ujung nun? tu lar jet ski yg kami naik hehe

 sambil main air di gigi pantai, sy suap anak2 makan nasi hihi





 byk diorang makan masa ni :-) masa ni kejadian terkena hot shower tu masih belum berlaku. tu yg semua masih riang ria.




 lepas suap anak2 makan nasi, mama joint main lompat ombak dgn anak2. bst sgt. en.suami cepat2 simpan kamera sbb dia nak joint sama. tu yg xde pic kami main lompat ombak kekeke

itu dulu....bye semua!!

Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH