FOLLOWERS

Tuesday, October 20, 2020

Projek PKP 3: Mini Garden Mama @ VillaComelKami

 assalammualaikum =)

lama dah upload gambo, tapi cerita tak terkarang. 
1 lg projek kami masa pkp hr tu adalah mini garden mama. 
sejenis kegigihan.
terima kasih byk kpd en.suami yg memainkan peranan utama. 
mama jd banker :p
bertabahlah mama..udah mama yg nak kan? hahaha.
takleh lupa pnegalaman kami pi nursery sg buloh lps pkp tamat, masa tu sek masih tutup.
ada 4-5 kali jugak kami ke sana huhu..
total damage toksah kira lah kan..dah suka, on aje. 



bicycle planter ni en.suami yg d.i.y dr basikal lama mama. gigih tau..bukan senang nak spray bagai tu. 
pokok bunga yg ada di sini juga dah berubah banyak kali. 
biasalah, yg hidup pastikan mati hahaha.


upload kat fb gambar2 ni semua, dlm group berkaitan. dapat lbh 6k like hahaha
kenangan sungguh.



setiap sudut penuh dgn pokok bunga.





masa ni blh masuk lg dlm pagar putih tu sbb blm penuh. skrng penuh dan merimbun dah.








pokok ati-ati

ok settle tinggalkan kenangan ni kat blog.
alhamdulillah..
gambar je byk hahaha...malas btl nak menulis skrng ni. 

itu aje bye!

Tuesday, July 07, 2020

Projek PKP 2: Jualan gubahan fittonia hidup


assalammualaikum =)

dek kerana dah lama sgt dok rumah time pkp hr tu, maka ku terjebak dgn indoor plant dan outdoor plant. kan ke tgh viral hr tu haaa terjebak hokayyy.
alang2 terjebak, ku buat jualan terus. alhamdulillah..25 gubahan pasu habis dijual. syukur sgt.

Fittonia is a genus of flowering plants in the acanthus family Acanthaceae, native to tropical rainforest in South America, mainly Peru. The most commonly grown are F. albivenis and its cultivars. They are spreading evergreen perennials growing 10–15 cm tall.
sumber: google

kesimpulannya, fittonia ni indoor plant. cannot receive direct sunlight and over watering - blh mati. so sesuai sgt letak dlm rumah. 2-3 hari kita renjis air kat tanah dia. 

 ini gubahan fittonia yg sy buat utk dihadiahkan utk kak cho dan kak cik. suka sgt depa
setiap pasu sy gabungkan 3 jenis fittonia berbeza, barulah nampak cantik.
kerja2 repot ke pasu cantik en.suami yg tlg buat. sy buat bhgn kemasan dan decoration.

sebahagian fittonia yg sy borong dr nurserry di sg buloh utk merealisasikan projek ni.

  pic setelah siap digubah. care card turut sy sertakan so ia kelihatan lbh exclusive.

selesai repot, 25 pasu tersusun depan tv ni sedia utk dijual.

gambar2 di bawah adalah sebahagian decoration of fittonia yg sy buat. saja save sini sbgi kenangan.








yg ni koleksi peribadi sy hihi..cantik tak?

actually bkn mudah tau nak deco setiap gubahan ni. perlu kesabaran tinggi terutama part nak lilit jute rope tu. terbeli pulak jute rope saiz kecil, jenuh hahaha
tp klu dah minat diy tu..semua jd menyeronokkan.
nak pula semua jualan habis..mmg best lah.

itu aje..nnt projek pkp3 lg best tau. mini garden mama! nntkan ceritanya..klu ada masa :p

Tuesday, June 30, 2020

Projek PKP 1: makeover bilik anak

assalammualaikum=)

aku taktau nak buat apa oii dok sekolah students takde ni. online learning pun sejam je 3x seminggu. kerja sekolah semua dah siap. haaaa tu ada masa lebih ni, blh update blog. 

setiap org punya kisah tersendiri sepanjang pkp tempoh hari kan. as for me, bersyukur sgt2 dgn aturan yg Allah tetapkan ni. sgt byk hikmahnya. sgt byk, serious. wlu trip ke perth kami terpaksa dibatalkan, kami berlapang dada dan redha. selebihnya enjoy dok rumah dgn family hehehe. 

so byk projek yg dpt kami laksanakan. salah satu drpdnya, dpt makeover bilik anak. bilik anak TA sblm ni ok je dr segi susunaturnya. cuma lack of proper furniture. katil takde. almari baju pun kecik, pastu pintu habis tanggal. penuh dgn toys je. mmg dah lama plan nak makeover, tp masa tak mengizinkan. so dah ada masa Allah bg ni, kita laksanakan.

projek bermula time PKPB (time puasa tu oii sgt gigih) sbb masa tu dah blh keluar beli barang. tu pun kami byk beli online je. hazab nak tggu barang sampai berminggu2 huhuhu. inilah keadaan bilik anak bila perabot asal dikeluarkan. sudut belajar yg ada wallpaper di dindingnya kami kekalkan. tak usik yg tu. 

 kami guna lebihan cat ruang tamu dulu je. warna turquoise. kerja2 mengecat ni mmg totally husband dan anak2 yg buat. ku rilex je masa ni sbb tau dah lps settle kerja2 mengecat, ku yg kena kemas dan bersihkan. sugguh, mmg btl. nak pengsan rasanya huhuhu. udahler time ni puasa. 

 buat konsep bertingkat mcm ni. idea dr en.suami.

 sudut belajar yg ada wallpaper tu kami kekalkan. 

 pi sg besar, berbekalkan rm2k, kami dpt beli 2 wardrobe utk bilik anak(total 5 pintu) + 1 wardrobe bilik kami yg jenis pintu slide (menggantikan wardrobe lama yg pintu slide nya dah rosak asyik jatuh je stress dibuatnya) + single pull out bed. 
kisahnya single pull out bed kena order, sehari sblm raya baru smpi. jenuh tunggu. 
this time aku pilih tema dan warna yg lebih sesuai dgn remaja lelaki, maklumlah anak dah semakin besar. tp masih ada anak umo 6thn, so toys mmg takleh nak elak lagi. no more wardrobe cartoon bagai. kami pilih tema warna grey and turquoise dgn sentuhan design kayu. gitewwwwww hahahaha.

wardrobe plastik hijau tu asalnya tempat letak baju2 irfan di bilik kami. now letak dlm bilik anak jd tempat simpan toys dia. mmg agak spoil tetiba ada hijau di situ. tp sgt elok lagi, sayang nak buang. maka belasah ajelah, buat jd penyeri bahaha. ada yg suggest wrap dgn wallpaper kaison. ok aku malas. 

toys storage box anak tu takde tempat lain dah nak letak melainkan ku susun aje atas wardrobe. bila nak main, turunkan. anak2 dah tau apa isi dlm setiap storage tu, takde masalah. 

ok ini pula laci katil lama anak yg dah runtuh. sape rajin baca blog picisan aku ni dulu, mesti ingat katil anak kami jenis double decker design kereta siap ada tangga berlaci. tak tahan lama ko. runtuh huhuhu. maka lama lah anak2 ku tido tak berkatil, atas tilam aje. kesian tak kesian lah. tp bebudak ni suka je. so laci katil lama ni kami DIY jd rak komik anak. perghhhh awesome idea sgt kan:p.
en.suami spray dgn warna putih dan jemur bg kering. 

taadaaa. jd hanging book shelf di kepala katil anak.

letak koleksi komik dan sedikit deco2 dr toys anak. terus nampak mcm buku ikea hahaha poyo.

yeayyyy katil dah smpi. set cadar ni aku beli di shopee. bantal 3 ketul tu beli di mr.diy. tp rasa masih tak puas hati dgn set cadar ni. nak kena beli ikea punya jugak. maka ku kirim kat kawan ku yg pi ikea time bulan puasa tu. dia pas pulak kat kwn lain yg blk kg time raya. gigih tak gigih lah kan haha

inilah view sementara tggu langsir baru dan duvet + quiltcover ikea sampai. 

sementara tggu yg tu smpi, kami mulakan pula dgn projek pemasangan wall shelf utk koleksi imaginext anak. masa ni dah lepas raya. raya ke-3 kami balik ke villa comel kami, raya ke-4 start pasang wall shelf ni. beli di shopee juga. saja aku pilih warna kayu ni utk match dgn meja study anak2. tu yg pilih wardrobe pun corak kayu. tau je klu putih lagi cantik, tp kan dah kata td, saja ku pilih corak kayu, nak match dgn meja study anak hehehe

 kerja2 pemasangan en.suami yg buat. idea susunan wall shelf tu idea aku.

dan ini hasilnya...taadaa...selagi ada ruang di dinding, kita penuhkn. ikut idea ikea hehe. bilik ni share 3 org anak tau. bila dah makeover bilik ni, mmg terasa lapang sgt bilik ni di bhgn lantai. dah tarik pull out bed tu, blh bentang 1 lg tilam single. so muat elok utk 3 org. 
haaa tu nampak tu, pasang dah set quilt cover ikea. pilih colour grey corak yg sesuai utk remaja lelaki. bedsheet tu, masa ni tak dpt lg yg plain. so belasah aje apa yg ada hehe. 

 sudut belajar anak2

 suka sgt dgn view ni. puas hati dgn hasilnya. 



 akhirnya langsir yg ditunggu pun tiba. lbh 2 mggu woooo sbb order dr cina nak murah punya pasal hahaha. jenuh menunggu. 

 inilah hasilnya...alhamdulillah. anak2 sgt happy. mama pun happy sgt.

 raya ke-3 kami pi ikea, gigih woooo beratur lbh sejam. tu haa beli pulak storage baru utk toys anak2. yg jenis jaring tu dah koyak sbnrnya. elok pulak ada box turquoise. 




alhamdulillah berjaya juga parking kisah make over bilik anak2 ni dlm blog. 
buat kenangan.
jgn ditanya berapa total damage..beli itu ini sket sket..adeh beribu juga. tu pun dah beli yg murah2 di shopee. 

itu aje bye semua!
Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH