FOLLOWERS

Wednesday, February 29, 2012

sentap

sedang bergembira di pagi hari
tiba-tiba someone cut off my happiness



and it will spoil my mood for whole day...
haihhh susah btl nak rasa happy
beruntunglah bg mereka yg dikurniakan rasa happy sentiasa...
dan aku tergolong dlm mereka yg rugi???
entahlah...takleh pikir btl lg.

Tuesday, February 28, 2012

bicara intelek guru

assalammualaikum =)

termasuk sabtu ni, dah straight 4x sabtu kena kerja. rasa penat yang semacam. ditambah lagi dgn tahap kesihatan ahli keluarga yg tak berapa ok ni, semuanya jd serba tak kena, huru hara. jujurnya saya terasa penat yg amat sgt. kerja di sekolah juga semakin banyak. masa untuk berblogging semakin terhad. tu sbb dah lama tak update blog. sabtu lepas ( 25 feb 2012) seawal jam 4.30am sy dah bgn tidur. husband out station masa ni (khamis-ahad) so semua perkara di rumah sy kene selesaikan terlebih dahulu sebelum keluar. mujur mak dr kg sudi dtg utk menemani anak2. jam 5.30am sy dan rakan2 yg lain dah menaiki bas menuju ke KISAS utk menghadiri seminar Bicara Intelek Guru. 3 slot yg tamat pd jam 4.30pm sgt meletihkan. otw balik, singgah lagi di JJ Bukit Raja atas permintaan kwn2. dan akhirnya sy selamat smpi di rumah jam 10pm. penat!
*thanx pd kak sally yg bg sy sedut semua gambar ni dr kamera dia. sy tak bwk kamera pun hr ni huhu...

mujur seminar ini tidak berbaur politik wlupun ada juga rembesannya. menjelang slot ke-3 pada waktu tempat, hampir separur kerusi telah kosong. kalaulah sy berkawan baik dgn doraemon, pasti dah sy pinjam kipas terbang nya itu utk terbang pulang ke rumah menemui anak2. seksa rasanya bekerja di hari sabtu meninggalkan anak2 di rumah bersama orang tua yg dah semakin uzur.

 senyuman yg dibuat2 di hadapan kamera. hakikatnya hati semua merintih nak balik cepat, tp tak dpt sbb semua dah sentap slps mendgr ayat pedas dr ustaz nordin.

 mujur sy bertemu dgn BFF kat sini...banyak yg kami bualkan masa ni. x fokus pun pd seminar tu hehe. 
thanx sara for being a very good listener to me. harap2 plan cuti sekolah kita menjadi ya.

panjang umur kita jumpa lg insyaallah.. 

Monday, February 27, 2012

UPDATE-sy akan pos esok


Assalammualaikum =)

*DAH SELAMAT DI POS SEBENTAR TADI.

Insyaallah sy skan pos 7 hadiah pemenang friendship GA ni esok. Lg 2 hadiah dah slmt diberi by hand kpd pemenang alhamdulillah.. Kpd penerima 7 hadiah ini, insyaallah plg lewat next week hadiah ni akan tiba pd anda...

TA sgt letih skrng ni. Nak tdo dah... Gud nite semua!

Published with Blogger-droid v2.0.4

riang ria

assalammualaikum =)

jam 8.38am:
me sms: bang, hehe.. ma nak ikut k.mas, k.teha and wani pi ikea tgh hari ni blh x? diorang nak pi beli tudung juma.. hehe.. blh ke? hahaha... (saja try klu tak blh pun xp :D)

hubby reply: boleh...

me sms: oit? ye ke? serius? pastu klu bwk innova blh ke? tp k.mas yg drive sbb bwk innova laju sket. diorang target ptg smpi cni. plg lewat pun dlm kul 8pm.

hubby reply: boleh...

me sms: hahaha sayang abg! muargh muargh muargh!

hubby: huhu janji ma hepi..

*mode happy tahap mentibang laut :D :D :D

Thursday, February 23, 2012

now

I FEEL LIKE I WANT TO

SEKIAN TERIMA KASIH

Wednesday, February 22, 2012

what should i type to be the title for this entry?

RASA BOOOOSAAAANNNNN NAK MAMPOSSSS!!
RASA MENYAMPAH KAT KERJA TAH APA2 NI!!
TAKLEH TERIMA CIKGU PUN KENA JADI DATA ENTRY???
RASA MALASSSSSSS NAK BUAT APA2
WALAUPUN KERJA MELAMBAK TAK BUAT LAGI
SEBAB RASA FRUSTTTTTTTT....

masih ingat dgn nanny mcphee ni?

sama tak??? miahahahaha

ok nak amik iman dr sekolah. bye!!
tamat sudah sesi buang masa..

buat semua pemenang Friendship GA

Assalammualaikum =)



Teacher Azimah baru mulakan proses nak wrap semua hadiah2 GA ni ptg semalam
insyaallah next week TA pos ok.
semua add TA dah dapat tq very much ;-)
sorry ya lambat pos hadiah
all of us tgh tak sihat sekarang ni
harap faham keadaan kami sekeluarga ya
thanx!!

blessed by two

Blessed By Two
© Teresa L. Finke
The two of you will never know
How much my love has grown
To be blessed by two
When others have so few 
From the moment you were conceived
You were all that I would ever need
To hold you, comfort you and love you both
Is all that I could ever hope 
You are my life
You are my hope
To see you both happy
Is my only hope 
My happiness has been through you
I loved you both before you were you
There were aches and pains but it was worth it all
I could not foresee what was to be
From the first moment I held you both
My love has only continued to grow
There have never been two children as beautiful as you
I am so proud of the both of you
The good Lord was good to me and making you both my destiny
Though now you want to be free from me
Just remember there wouldn't be any you without me
Grow up and be strong but don't forget about me
Your futures are bright as anyone can see
when I am gone and in a better place
Remember me more than just a face
I will continue to thank God everyday
For my role that I have played.
As I have been blessed by two


muhammad iman kasyfi

 muhammad amal hafiy

Tuesday, February 21, 2012

aku takut akan kehilangan

assalammualaikum

rentetan dari mimpi yg sy alami mlm td, sy mula merenung diri... mama yg mcm manakah aku ini?? sy takut akan kehilangan. sy akui sy bkn lah mama yg baik. kelemahan yg plg teruk pd diri sy sbgi seorang ibu adalah sy kurang bersabar dgn kerenah anak-anak. sy cepat marah. sy tau itu salah..tp bila anak2 buat perangai..darah sy cpt naik, sy susah nak mengawal kemarahan itu. setiap kali slps solat, doa tetap sy pd Allah SWT adlh memohon diberi kekuatan dan kesabaran yang tinggi dlm melayan kerenah anak-anak. sy mahu berikan yg terbaik untuk anak2. saya xnak marah2..sy taknak buat mereka sedih. sy nak mereka terus gembira dan berbangga punya ibu seperti sy. tp sy juga manusia biasa :-(
mudah-mudahan masih blm terlambat untuk sy berubah menjadi ibu yg lbh baik kpd iman dan amal. mudah-mudahan Allah SWT mengampunkan dosa-dosaku sblm ini dlm menjalankan tgng jwb menjaga amanah yg diberi-Nya itu, anak-anak...
lalu sy mula google info mengenai permasalahan yg sy alami ini. rupanya ramai juga ibu bapa di luar sana yg melalui apa yg saya rasa. sy amat berminat dgn artikel ini:

Bila ibu 'hilang sabar'
Kehidupan bersama si manja biasanya dipenuhi dengan pelbagai “peristiwa”. Baik peristiwa yang mengembirakan, mencuit hati, bahagia, mahupun peristiwa yang menyebabkan kita “terlepas” segala-galanya.
Semua ibubapa akan merasai satu ketika mereka “hilang sabar” dengan anak-anak. Sekiranya tidak pernah, mungkin anda masih kurang bersama mereka.
Bagi saya sendiri, ianya adalah suatu perkara yang berulang kali, mungkin beberapa kali dalam sehari, atau setiap beberapa hari sekali, atau mungkin beberapa minggu sekali. Keadaan “hilang sabar” memang meresahkan para ibubapa dan turut memberikan kesan negative kepada anak.
Seorang ibu atau bapa yang sepatutnya menjadi contoh kepada anak, apabila berada di dalam situasi “hilang sabar” itu terkadang secara tak sengaja akan bertindak “tidak bijak” seperti marah yang terlampau, memukul anak lebih dari sepatutnya, memarahi anak dengan suara yang kuat, malah ada yang sehingga menghukum anak dengan keterlaluan.
Kali ini saya ingin berkongsi dengan pembaca semua mengenai beberapa tips mudah untuk mengelakkan, mengurangkan, atau paling tidak sekiranya berlaku, bagaimana untuk menenangkan diri kembali dengan cepat.
1.    Ikhlaskan niat
Segalanya kembali kepada niat dan kebergantungan diri kita kepada Allah SWT. Anak adalah anugerah dari Allah SWT buat kita. Kita cuma dipertanggung jawabkan untuk mendidik mereka dengan baik. Adapun apa hasilnya kita kembalikan kepada Allah SWT.
Bahkan anak seorang nabi pun belum tentu terjamin keimanan mereka, apatah lagi anak kita, seorang manusia yang serba kekurangan dan banyak dosa. Kembalikan semuanya kepada Allah. Cuma pastikan dihadapan Allah nanti kita boleh menjawab, “Ya Allah, aku telah melakukan semampu aku, adapun sesuatu yang aku tidak mampu, maafkanlah aku ya Allah.”
Apabila kita mempunyai minda seperti ini, maka apapun cubaan dan dugaan yang datang menimpa, kita akan tabah menghadapinya. Seperti sabda Nabi Muhammad SAW, “Aku hairan melihat seorang yang beriman, sekiranya dia ditimpa kesenangan dia bersyukur dan merasakan ianya adalah kebaikan. Akan tetapi apabila dia ditimpa musibah dia bersabar, dan baginya musibah itu juga adalah sesuatu yang baik.”
2.    Rancang Pendidikan Anak
“If you fail to plan, you’re plan to fail”.
Perasaan “hilang sabar” biasanya berlaku apa bila kita buntu menghadapi masalah anak-anak. Pelbagai usaha dah dilakukan namun masih tidak berjaya merubah apa-apa. Mereka tetap berperangai sebegitu. Lama kelamaan ibu pun makin tertekan dengan perangai anak-anak sehingga melabelkan diri sebagai seorang yang gagal.
Di dalam keadaan tersebut, ibu bapa yang sudah tidak tahu bagaimana mahu bertindak, akan lebih mudah menggunakan kekerasan, suatu jalan “short-cut” dalam mendidik anak. Kerana ianya kelihatan “berkesan” dengan serta-merta.
Berlainan dengan ibu bapa yang sudah pun mempersiapkan diri mereka dengan ilmu keibubapaan, mereka lebih kebal terhadap tindakan anak-anak. Mereka sudah mengenai tabiat seorang kanak-kanak dan di dalam minda mereka sudah ada Perancangan, bagaimana menangani setiap satu masalah yang menimpa.
Mereka lebih tenang, lebih bersabar dan lebih bertindak rasional. Akhirnya anak pun turut belajar bagaimana mempunyai sikap yang sama. Suatu pepatah mengatakan,
“Memanah tanpa sasaran, takkan pernah tepat”
Sekiranya kita tiada tempat tujuan, perjalanan kita tak akan pernah tamat. Satu perjalanan yang cantik adalah perjalanan yang dilalui dengan peta yang sudahpun di hadam baik oleh pemandu. Mereka yang menghabiskan sedikit masa memerhatikan peta sebelum mula berjalan dapat menjimatkan banyak masa, berbanding orang yang tidak menggunakan peta kemudian tersesat jalan.
Bina peta tersebut untuk pendidikan anak anda. Dalami ilmu sebelum tersilap langkah. Pesan nabi, “Sekiranya kamu menginginkan dunia maka cari lah ilmu, sekiranya kamu menginginkan akhirat maka carilah ilmu. Dan sekiranya kamu menginginkan keduanya juga, maka carilah ilmu.”
3.    Ingat yang mereka adalah kanak-kanak
“Hilang sabar” biasanya berlaku apabila anak tidak bertindak sebagaimana yang kita harapkan. Kita mengharapkan mereka membesar dalam suasana yang baik, dipenuhi keperluannya, didberi pendidikan dan suasana yang baik, lalu mereka akan membesar menjadi anak yang baik dan mendengar kata.  Kemudiannya anak nantilah yang boleh diharap menjaga adik-adiknya, membantu kerja-kerja rumah, dan menghiburkan kita.
Namun yang terjadi sebaliknya, anak kuat mengamuk, selalu meminta-minta sesuatu yang tidak baik untuk dirinya, liar, buas dan sukar dikawal. Keadaan rumah yang tenang tatkala kita masih cuma berdua, kini sudah lama tak dirasai.
Perumpamaannya adalah seperti dialog ini,
“Kenapalah kamu ni selalu berperangai macam budak-budak! Langsung tak boleh diharap!” Marah ibu.
“Sebab saya memang budak-budak!”dijawab kembali oleh anak.
“oh ye ke…”
Mungkin sudah masanya kita kembali meneliti harapan kita terhadap anak-anak. Ibubapa memang biasanya menaruh harapan yang tinggi terhadap anak-anak mereka. Mengharap anak kita adalah anak istimewa yang mampu buat apa sahaja dan menjadi orang yang apling sempurna.
Sedangkan kanak-kanak adalah kanak-kanak. Untuk mengawal saraf dan otot mereka sendiri pun masih belum mahir, apatah lagi mengawal emosi dan keinginan, suatu yang kebanyakan orang dewasa pun masih tak mampu kawal dengan baik.
Mereka baru hidup beberapa tahun, dengan ilmu dan pengalaman yang begitu cetek, bagaimana mungkin mereka dapat menjadi seorang yang matang? Mereka cuma seorang kanak-kanak. Hadapilah mereka dengan sikap memaafkan dan berlemah lembut.
Insya’allah dengan 3 petua tadi, kita akan lebih mudah mengurangkan atau menjarangkan keadaan “hilang sabar” berlaku, dan seterusnya keadaan rumah tangga lebih harmoni dan bahagia.


*mungkin sy perlu baca semula majalah pa&ma

mimpi

assalammualaikum

malam tadi, sy masuk tidur jam 11pm. jam 1am terjaga sebab amal merengek serba tak kena. tak tau kenapa. slps tidurkan amal dlm buaian, sy plak tak blh tidur..sampai jam 3 pagi. then minta tlg en.suami pulak tgkkan amal, barulah sy blh lelap...dan saya bermimpi: patah gigi bawah. ok sila google sendiri apa tafsiran mimpi ini menurut orang tua dahulu kala. saya jadi takut. bila sy google mengenai tafsiran mimpi menurut Islam, sy terjumpa artikel ini: 

Artikel kali ini ingin mengupas permasalahan tentang mimpi yang ada kalanya  mempengaruhi kehidupan kita hari ini. Mengikut kamus Dewan, mimpi bermaksud sesuatu yang terlihat atau dialami dalam tidur seseorang. Mimpi biasanya berkaitan dengan apa yang sedang menjadi fikiran seseorang. Kadang-kadang apa yang pernah dilihat, dialami dan dirasai oleh seseorang itu sering kali melintas dalam mimpinya. Hakikatnya, mimpi adalah nikmat yang dikurniakan oleh Allah Taala kepada siapa sahaja yang dikehendaki-Nya. Sekiranya mimpi itu datang dari Allah Taala ia disebut sebagai ‘al-rukyah’ Kadang-kadang ada juga yang datang dari iblis dan syaitan yang disebut sebagai ‘al-hulm’.   

Terdapat perbahasan antara ulama mengenai takwil mimpi. Ada mimpi yang boleh ditafsirkan dan ada yang tidak. Walau bagaimanapun tidak semua orang mampu mentafsirkan kebenaran mimpi tersebut. Ramai ulama yang ingin mendalami masalah takwil atau tafsir mimpi tetapi tidak ramai yang mengetahuinya kerana susahnya ilmu tersebut. Imam Ibnu Sirin, dalam bukunya Tafsir Mimpi Menurut Islam, berkata: ‘Tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang terkandung di dalamnya. Ada kalanya mimpi bagaikan angin lalu namun ada yang benar-benar menjadi kenyataan.’  

Mimpi insan yang bertakwa merupakan perkhabaran yang akan berlaku, kerana Rasulullah SAW tidak bermimpi melainkan mimpi baginda adalah wahyu dari Allah. Sedangkan mimpi manusia biasa merupakan berita yang disebarkan oleh iblis dan syaitan. Untuk memahami persoalan mimpi ini, bolehlah kita bahagikan mimpi kepada tiga jenis:  

1.     Mimpi yang baik.  

Mimpi yang baik disebut juga sebagai ‘busyra’ iaitu khabar gembira dari Allah SWT Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW menyatakan melalui sabdanya yang bermaksud: “Mimpi yang baik (soleh) itu dari Allah, sedang mimpi buruk itu dari syaitan.” (Riwayat Bukhari)  

Dalam sebuah hadis yang lain dari Abu Said al-Khudri r.a., dia pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila salah seorang daripada kamu bermimpi dengan mimpi yang menyenangkan, maka itu adalah daripada Allah Taala. Dia hendaklah memuji Allah dan ceritakannya kepada orang lain” (Riwayat Bukhari) Menurut satu riwayat lain, menjelaskan bahawa larangan menceritakan mimpi baik itu kecuali kepada orang yang disukai atau orang yang paling dekat dengan kita. Hal ini pernah dialami oleh Nabi Yusuf a.s. Baginda bermimpi; sebelas bintang dan matahari sujud kepadanya. Ketika itu ayahnya melarangnya untuk menceritakan kepada saudara-saudaranya yang lain, sebab hal itu boleh mengundang fitnah. Mimpi yang baik boleh dibahagikan kepada dua kategori: 

i.       Mimpi para Nabi dan Rasul-rasul. 

Mimpi mereka adalah wahyu yang diturunkan oleh Allah SWT Bukti kebenaran mimpi ini dinyatakan oleh Allah SWT melalui firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah akan buktikan mimpi itu benar kepada Rasul-Nya, kamu akan masuk Masjidil Haram jika dikehendaki Allah dengan aman”. (Surah al-Fath, ayat 27).  

Mimpi bagi nabi dan para rasul berbeza dengan mimpi manusia biasa. Hal ini kerana mimpi pesuruh Allah itu adalah benar. Ia merupakan salah satu cara bagaimana wahyu diturunkan dari Allah Taala kepada mereka. Kisah Nabi Ibrahim a.s. sebagai contoh telah diperintah oleh Allah SWT untuk menyembelih anaknya, Ismail a.s. yang datang melalui mimpinya. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Maka apabila anak itu sampai (kepada peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim a.s. berkata: Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi, bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai bapaku, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insya Allah ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar.” (Surah al-Soffat: 102) 

Kalau ditelusuri sejarah para nabi dan rasul-rasul, bukan Nabi Ibrahim a.s. sahaja yang mendapat wahyu dari Allah Taala melalui mimpi Baginda, tetapi hampir semua para nabi, termasuklah Nabi Muhammad SAW Bahkan hadis-hadis Qudsi yang diterima nabi juga merupakan wahyu dari Allah Taala.  

ii.     Mimpi orang soleh. 

Mimpi yang baik akan datang kepada hamba-hamba-Nya yang soleh. Walau bagaimanapun, mimpi yang baik di sini bukanlah bermaksud mimpi yang berbentuk ramalan atau sengaja-sengaja direka-reka apatah lagi bentuknya seolah-olah melampaui qada’ dan qadar Allah SWT. Mimpi melihat Rasulullah SAW adalah ciri-ciri mimpi orang soleh. Dalam sebuah hadis Nabi SAW Baginda bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang melihatku di dalam mimpi, sesungguhnya dia benar-benar melihatku, kerana syaitan tidak dapat mengambil bentukku.” (Riwayat Bukhari)  

Dalam sebuah hadis lain Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Apabila telah hampir kiamat tidaklah mimpi seorang Muslim itu dusta, mimpi yang paling benar ialah mimpi orang yang paling benar perkataannya dan mimpi seorang Muslim merupakan satu daripada empat puluh enam bahagian daripada mimpi kenabian.” (Riwayat Muslim) 

Justeru itu perlu diingat bahawa mimpi manusia biasa itu tidak mengandungi kebenaran yang mutlak. Kemungkinan tanda kebenarannya berlaku secara kebetulan sahaja, tetapi tidak menutup kemungkinan berlakunya banyak percanggahan yang mengelirukan. Apatah lagi bagi orang yang jahil atau yang memperkuda agama untuk kepentingan peribadi kononnya telah menerima wahyu melalui mimpinya, sehingga membawa kepada syirik dan terkeluar daripada agama Islam. Oleh itu kita yang jahil ini, dilarang mentakwilkan atau menyandarkan segala keputusan kepada mimpi. Sebaiknya berfikirlah lebih rasional dan berpijak pada bumi yang nyata.  

2.     Mimpi yang buruk. 

Mimpi jenis kedua ini sering berlaku kepada mereka yang mengalami masalah gangguan sama ada daripada iblis dan syaitan ataupun terkena sihir. Selain itu makhluk-makhluk halus juga mampu mengganggu mimpi manusia dengan izin Allah Taala melalui penglibatan manusia itu sendiri.  

     Prof. Madya Dr. Amran Kasimin, seorang pengamal perubatan Islam berpendapat, unsur kesedihan, susah hati atau apabila seseorang itu dalam keadaan marah akan menyebabkan pertahanan diri menjadi lemah. Apabila elemen dalaman ini lemah menyebabkan iblis dan syaitan yang sentiasa menunggu-nunggu peluang akan mudah menyerap masuk untuk mengganggu manusia melalui mimpinya. Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW menyatakan melalui sabdanya yang bermaksud: “Mimpi yang baik (soleh) itu dari Allah, sedangkan mimpi buruk itu dari syaitan.” (Riwayat Bukhari)  

     Secara teorinya apabila kita tidur, jasad sahaja yang berada di atas perbaringan. Sedangkan akal manusia masih wujud, tetapi tidak aktif, tidak berfungsi dan di luar sedar. Ketika inilah, sekiranya kita tiada pertahanan diri menyebabkan makhluk-makhluk tersebut menyerang roh kita sehingga menyebabkan berlakunya gangguan-gangguan seperti mimpi-mimpi yang menakutkan dan sebagainya. Rasulullah s.a.w menjelaskan daripada Safiyah binti Huyayn, Baginda bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya syaitan itu berupaya berjalan dalam tubuh anak Adam mengikut pembuluh darah” (Riwayat Bukhari dan Muslim) 

     Apabila ini berlaku, ia boleh mengganggu manusia pada bahagian otak, hati dan mengawal pergerakan manusia dengan izin Allah Taala. Dalam sebuah hadis nabi memberi petua; apabila seseorang itu bermimpi yang buruk-buruk, maka jangan diceritakan sama sekali kepada orang lain, termasuk orang yang paling dekat sekalipun.  

3.     Mimpi mainan tidur. 

Mimpi ketiga ini yang paling banyak berlaku kepada kita. Mimpi jenis ini disebabkan pengaruh menonton cerita-cerita ganas, mengerikan, lebih-lebih lagi kanak-kanak yang kadang-kadang terbawa-bawa ke dalam mimpi mereka hasil daripada cerita yang ditonton ketika jaga.  

Selain itu, mimpi yang melibatkan anggota fizikal juga adalah mainan tidur. Mimpi ini disebabkan oleh gangguan fikiran yang berpunca daripada penyakit tertentu seperti demam, ramuan ubat, dadah atau pengaruh dan khayalan nafsu yang kuat. Walaupun demikian apabila mimpi tersebut berlaku berulang kali, tiga atau empat kali dalam seminggu, ataupun hampir setiap hari, iaitu ketika hampir terlena atau sedang tidur, ia bukan lagi mainan tidur. Ia kemungkinan antara tanda-tanda seseorang itu mengalami gangguan ataupun terkena sihir. 

Dalam masyarakat Melayu Islam hari ini amalan-amalan khurafat yang berpunca daripada mimpi merupakan elemen utama dalam perubatan secara tradisional. Ada antara mereka yang mencari keuntungan segera di sebalik mimpi mereka yang sebenarnya boleh merosakkan akidah pengamal dan orang yang berubat dengannya. Islam amat menitikberatkan soal-soal akidah, syariah dan akhlak untuk menjaga kesucian agama Islam itu sendiri. Amalan yang disabitkan dengan mimpi seperti yang diterangkan di atas tidak akan terlepas daripada amalan khurafat yang menyalahi akidah ini sekiranya: 

   1.

      Meramal suatu peristiwa yang bakal terjadi berdasarkan mimpi.

Perbuatan meramal atau menilik nasib seperti ini adalah perbuatan khurafat. Ia bukanlah satu-satunya cara atau landasan untuk menentukan sesuatu keputusan sementelahan pula mimpi itu sendiri bukanlah pemutus bagi segala-galanya untuk dipercayai. Islam tidak mengajar umatnya supaya meramal mimpi untuk menentukan baik buruk atau ajal maut dalam kehidupan manusia. Manusia bukanlah tuhan yang boleh meramal apa yang berlaku. Perbuatan meramal atau menilik mimpi melalui tukang tilik seolah-olah amalan dan budaya jahiliah yang sangat ditegah oleh Islam. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib adalah semata-mata amalan kotor dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya” (Surah al-Maidah: 90)  

2.     Meletakkan keyakinan atau bergantung harap terhadap petunjuk melalui mimpi. 

Jangan meletakkan nasib kita pada mimpi yang menjadi mainan syaitan. Nasib seseorang Muslim itu tidak terletak kepada mimpinya. Mimpi adalah suatu yang sangat peribadi dan tidak mempunyai kuasa untuk merubah nasib seseorang. Sesungguhnya tempat bergantung harap, memohon perlindungan dan keselamatan hanyalah kepada Allah Taala. Perbuatan terlalu percaya kepada mimpi seolah-olah menafikan zat Allah yang Maha Kuasa. Hal ini boleh menyeret kita kepada perbuatan syirik kepada Allah SWT Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak mengampuni (dosa) kalau Dia disekutukan dan Dia mengampunkan selainnya, sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan sesiapa yang menyekutukan Allah, sesungguhnya dia telah sesat sejauh-jauhnya. (Surah al-Nisa’:116)  

   1.

      Mencampuradukkan antara ibadah dengan amalan khurafat.

Segelintir masyarakat kita sama ada sedar atau tidak telah mencampuradukkan ibadah mereka dengan amalan khurafat. Tanpa disedari fenomena menilik jodoh melalui mimpi dengan perantaraan solat sunat istikharah, terutamanya bagi sesetengah wanita perlu diperbetulkan semula.  

Amalan solat istikharah bukan bertujuan untuk meramal jodoh. Solat istikharah dilakukan apabila seseorang itu ingin melakukan sesuatu perkara tetapi tidak pasti apakah membawa kebaikan ataupun tidak kepadanya. Maka disunatkan baginya untuk melakukan solat istikharah. Pelaksanaannya sama dengan solat sunat yang lain. Dalam sebuah hadis dari Jabir bin Abdullah berkata, Rasulullah s.a.w pernah mengajar kami cara untuk meminta petunjuk dalam beberapa urusan yang penting. Baginda bersabda yang bermaksud, “Apabila salah seorang di antara kamu menghendaki pekerjaan, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian ia berdoa: ‘Ya Allah, sesungguhnya aku minta petunjuk yang baik dengan pengetahuan-Mu, dan aku minta diberi kekuatan dengan kekuatan-Mu. Aku minta kemurahan-Mu yang luas, kerana sesungguhnya Engkau yang Maha Kuasa sedang aku tiada berkuasa. Engkau mengetahui sedang aku tidak tahu, dan Engkau Maha Mengetahui yang ghaib” 

Malah apabila seseorang itu beriktikad bahawa mimpilah yang menjadi penentu kepada pasangan jodohnya maka dikhuatiri ia telah berbuat syirik kepada Allah SWT Islam melarang apa jua amalan baik yang bercampur aduk dengan kebatilan yang mengelirukan. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan janganlah kamu mencampuradukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula pada hal kamu semua mengetahuinya” (Surah al-Baqarah: 42) 

   1.

      Mimpi sebagai medium atau perantara yang menghubungkan antara manusia dengan makhluk lain atau alam ghaib.

Golongan ini biasanya melibatkan diri dengan perubatan tradisional misalnya, bomoh atau pawang yang terlibat dengan amalan semah, menyembah pantai, menurun dan sebagainya. Mereka ini kononnya didatangi oleh makhluk melalui mimpi meminta supaya disembelih binatang tertentu dan darahnya diberi makan kepada makhluk tersebut.  

Ada kalanya jenis mimpi, kononnya mereka didatangi oleh tokoh-tokoh agama atau manusia istimewa yang kononnya diberi keizinan oleh Allah SWT untuk menganugerahkan ijazah kemahiran atau ilmu-ilmu tertentu. Apabila keadaan seperti ini berlaku, orang yang didatangi mimpi itu merasakan yang ia mendapat arahan ataupun hidayah daripada Allah melalui mimpi. Sesetengah daripada mereka meyakini, bahawa yang datang itu ialah malaikat utusan Allah. Kepercayaan atau amalan melalui mimpi ini jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Hal ini kerana mimpi bukanlah medium untuk memperoleh ilmu. Ilmu itu cahaya yang datang daripada sumber yang bersih dan suci. Manakala mimpi khurafat adalah lambang kepada kegelapan dan kesesatan. 

Sesungguhnya beruntunglah bagi hamba-hamba pilihan Allah Taala yang diberi anugerah mimpi yang baik. Sebaik-baik mimpi ialah mimpi bertemu dengan Rasulullah SAW Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Akan datang suatu masa di kalangan kamu dapat bermimpi melihatku lebih disukai olehnya daripada keluarga dan hartanya”  (Riwayat Bukhari)  

Manakala dalam usaha mengatasi gangguan tidur terutamanya mimpi-mimpi yang buruk akibat gangguan daripada iblis dan syaitan Rasulullah SAW telah mengajar doa berikut yang bermaksud: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada syaitan dan daripada keburukan mimpi” 

 Setelah membaca doa di atas, orang yang terlibat hendaklah mengubah posisi tidurnya. Kalau semasa bermimpi dia tidur mengiring sebelah kiri, dia hendaklah mengiring sebelah kanan, begitulah sebaliknya. Adalah lebih mudah andainya dia beralih tempat tidur. Demikianlah kaedah yang diajar oleh Rasulullah SAW Sebuah hadis daripada Jabir, katanya Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: “Apabila seseorang daripada kamu bermimpi dengan mimpi yang tidak disukai, dia hendaklah meludah ke sebelah kiri tiga kali, kemudian berlindung kepada Allah daripada syaitan tiga kali, dan ia hendaklah menukar posisi tidurnya” 

Artikel ini pernah tersiar dalam Majalah I terbitan Karangkraf

selepas membaca artikel ini, terutama ayat2 yg sy tlh bold kan itu, barulah hati saya lega. apa pun yg berlaku selepas ini semuanya adalah ketentuan Allah SWT yg maha mengetahui apa yang terbaik dlm kehidupan kita. moga2 Allah beri kekuatan yg luar biasa kepada sy utk menerima apa jua bentuk ujian dari-Nya insyaallah...

Monday, February 20, 2012

masih blur nak kemana

assalammualaikum =)

dalam pada xnak lg mkn ubat selsema n ubat batuk sbb xnak khayal, tetap jgk kena mkn ubat2 tu haihhh...*mengeluh. tak tahan arr dr pg td batuk semakin teruk, berkahak plak tu. masuk kelas pun x dpt nak all out mengajar sebab ulcer plak naik penuh dlm mulut. kat hujung lidah pun ada! benci arr susah nak bercakap nak mkn. selalu beno TA kena ulcer ni. so blk dr sek td, solat-rehat-kemas rumah then mkn ubat batuk. sekarang TA dlm dunia kayangan...khayal! x bestnya sbb takleh tido. org lain mkn ubat yg mengantuk ni mesti cpt je mata pejam. tp TA ni pelik. khayal tp mata takleh tido. mmg naya arr klu mkn ubat selsema n ubat batuk masa nak tido mlm. confirm smpi ke pagi mata ni terkebil2 xleh lelap. tak bestnya badan lemah dan rasa khayal jer. klu xleh tido tp mata dan badan segar xpe jgk, mcm2 blh buat. 
actually dah lbh seminggu TA dok search nak holiday ke mana cuti sekolah bln 3 ni. cuti semakin hampir kan.. tp xde tujuan lg. mcm susah plak nak cr tempat nak pi kali ni. byk perkara kena ambil kira terutama soal budget dan kesihatan anak2. soal budget: sejak ada innova dan gaji sbpa yg tertangguh ni, budget jd lain mcm sket. soal kesihatan anak2: dua2 tgh x sihat skrang ni and br dpt tau rotavirus semakin menular kat malaysia sekarang. kena berjaga2..kena tambah ilmu lg mengenai rotavirus ni.
plan asal, TA dah berpakat dgn adik beradik lain nak bwk mak jalan ke kelantan cuti sek ni. tapi atas bbrp sebab yg tidak dpt dielakkan, semua plan tu cancel. mujur tak buat apa2 booking lg. 
lately ni, iman selalu request nak mandi laut. mmg dah lama beno kami tak bwk anak2 mandi pantai. so ingat nak ke pulau lah cuti sek ni. plg dekat pulau pangkor.. tapi hati teringin nak ke pulau redang @ pulau perhentian @ pulau tioman. mula lah m'google promotion website yg ada. isk, kalau lah kaya...
kawan2, tlg bg idea pulau mana best nak pi dgn budget yg tak seberapa ni? kot2 ada dpt free coupon or any discount for travel ni, pass arr kat TA hehehe...


having photo-shoot with my lovely canon s-95 yg sgt awesome!
Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH