FOLLOWERS

Saturday, June 29, 2013

TA with mr.universe Dato' Malek Noor!

Assalammualaikum =)

Excited wei hehehe...
Hari ni telah berlansung temasya sukan sekolah di sbpisb. Meriah!! Unit sukan berjaya 'membawa' ikon sukan bina badan malaysia dato' malek noor untuk memenuhi slot bicara tokoh dlm temasya ini. Cer teka sape yg excited lbh?? Ya btl! Cikgu2 yg terlbh excited ok hahaha. Alar xyah ckp org lain ler... TA ni pun sama hihi. Wei...sape tak knl malek noor?? Zaman kanak2 dan remaja sy, malek noor ni menjadi kebanggaan negara tau. Pljr2 sekarang maybe tak brp kenal kot sbb malek noor ni kan 'wira sukan' tahun 80an-90an. Haaa thn remaja TA ler tu hihi. Emm..honestly takde lar minat pun kat malek noor ni masa tu, I lg minat kru awas perangkap! Awas gerak langkahmu itu! miahaha...tp tiap kali sukan sea or sukan komanwel...malek noor ni mmg nama utama yg mengharumkan malaysia. I tumpang bangga tau.
Oklah takmo citer pjg lg...citer pnjang tggu lain entry ya. I tepek sekeping dulu pic TA dgn dato' malek noor, obviously tlh di crop dan diletak sedikit effect utk cover cela2 yg ada pd TA hahaha....muka berminyak ok. Malu. Itu dulu...bye semua!

Thursday, June 27, 2013

Renew passport

Assalammualaikum =)

TA hari ni dr pagi smpi ke ptg berkg di padang sekolah. Ada acara awal sukan tahunan. TA bertugas sbgi penjaga masa acara balapan.
Ptg smlm sempat sy dan hubby pi renew passport.  Dlm pada tak nak berjalan lg tu masih dok renew passport ya hikhikhik... apa blh buat... rugi tak joint trip kali ni sbb byrn ni murah jer hehe
Oklah..itu dulu...bye semua!

Wednesday, June 26, 2013

hujan di sabak bernam

assalammualaikum =)

semua org dok update pasal hujan yer :D
gembira dan syukur tak terkata bila hujan turun
kat sabak bernam, mlm td cuma gerimis. 
tu pun dah sukaaaa sgt
pastu subuh td hujan turun lagi
walaupun tak berapa lebat, tp dah cukup menghilangkan jerebu di sini
alhamdulillah...sgt! 
terang hari ni you all
i is gembira ok 
sbb apa gembira??
dah 2 hari dok berkurung dalam umah tutup pintu tingkap
sgt2 lar tak best
sy jenis yg klu dok umah, semua tingkap mesti buka
pintu juga mesti buka atleast sehingga kul 3pm
lepas tu kena tutup jugak sbb my VCK mengadap matahari terbenam
panas woo klu tak tutup
tapi dlm kul 6pm tu dah buka semula :-)
sebab nak main2 kat luar plak kan
so 2 hari ni dok berkurung dlm rumah sgt lar lemas rasanya
asik on econ jer...siap lar bil api melambung2 huhu

and now...tgh mendung sgt2 kat sini
tak sabar rasanya menanti turunnya hujan lebat
sy sukaaaa sgt hujan!
sejuk jer :-)

apapun syukur alhamdulillah pada mu Ya Allah


hujan turun juga membawa rahmat Mu ke sekalian alam :-)

bye semua!


Tuesday, June 25, 2013

Dah lama tak hujan

Assalammualaikum :-)
Resah gelisah renyah rasanya dgn jerebu ni. Byk iktibar yg kita blh ambil dr jerebu sbgi ujian dr Allah SWT. Teruskan berdoa moga jerebu ini akan cepat berlalu. Seingat sy dh lbh 2minggu hujan tak turun. Kesian kat pokok2 hijau yg di tanam di sekitar vck. Rasa bersalah pulak...kita yg tanam dia, tp x jaga dia elok2. Selalu jer terlupa nak siram.
Balik dr sekolah td..gigihkan diri siram pokok2 ni jap. Kesian...dah mula kekuningan dah.
Selsema dan batuk anak2 sy masih x kurang. Risau benar mama dibuatnya. Moga kita semua terus berada di bawah lindungan yg Maha ESA insyaallah...

libang libu

assalammualaikum =)

libang libu jer rasa...
semua scheduled yg telah disusun dah berombak
semuanya bergantung kpd cuaca semasa
means tak blh buat keputusan awal
sukan sekolah yg sepatutnya berlansung mggu ni, di mana kemuncaknya pd sabtu ni,
ditunda kepada minggu depan (kemuncak 6 julai)
itu pun bergantung pada keadaan jerebu
rugby 10's hubby pun tak pasti lg
dan banyak lagi program2 lain yg dlm position 'tak pasti'
yg 'bestnya' sabtu ni kena dtg sekolah
sabtu depan pun kena dtg sekolah
betabahlar wahai TeacherAzimah 

well...


just


caucincau!

Monday, June 24, 2013

apa yg TA suka beli di pasar tani shah alam

assalammualaikum =)

taukan pasar tani shah alam setiap pagi ahad di stadium tu?
sy suka pi sana
gigih pagi2 dlm kul 7am gerak dr sabak bernam hehe
dlm kul 10am sampai...
kat sana  sy suka belikan toys utk anak2. 
murah2 tau
quality pun not bad
biasanya kami suh IA pilih sendiri apa yg diorang nak

 semalam IA pilih nak beli ironman ni
3 ekor for rm20
ni bkn jenis plastik tau
ni yg jenis getah tu
tapi my IA ni ganas...belum smpi umah dah kepak kepala 2 ekor ironman yg kat blkng tu
biasa dah mcm tu...nnt abah akan bertindak sebagai doctor,
 tlg gam kan semula hehe...

 pastu sy penah beli bantal utk anak2 ni kat sana
bantal kekabu tau..
paling best sarung bantal dia sgt cantik
since beli bantal tu, selalu ler sy beli sarung dia plak utk tukar2

so smlm beli lagi sarung bantal ni
2 besar dan 2 kecik
actually 2 besar tu pun utk saiz bantal budak jugak
bantal ni anak2 guna dlm keta kalau travel ke mana2
dan juga bawak pi umah pengasuh
kat umah ada bantal lain yg lbh cun hehe

kat pasar tani tu pun banyak jual pakaian kanak2.
nak dekat raya ni lg byk stock baru keluar

smlm beli 2 helai t-shirt ni utk amal
bkn bundle ok..baru keluar dr plastik ni
sehelai cuma rm5
cun tak?
skang ni amal tgh suka pakai 'seluar track ada pocket'
hari tu dah belikan dia 2 helai seluar track
so t-shirt ni nak padankan dgn seluar track kegemaran dia skarng.

selain tu...ada lagi tau

lagi toys utk anak2...ironman dan capten amerika
ni jenis yg kena pasang sendiri
so sekali lagi abah yg gigih tlg pasangkan hehe...
cer teka harga toys ni?
kalau kat aeon sekor ni mau rm49.90
kat pasar tani shah alam sekor baru rm10 :-)
bkn plastik ok...ni jenis getah tu jgk
ada jgk yg jenis dah siap pasang with the same price
tp anak2 jumpa set yg blm pasang dulu...terpaksa lar abah jd tukang pasang part2 toys ni hehe

ok itu dulu...bye semua!

outing during haze

assalammualaikum =)

sabtu malam ahad baru ni..sembang2 dgn en.suami, kami decide nak outing on sunday. 
lansung tak teringat pasal jerebu.
plan nak ke pasar tani shah alam, then nak ke seksyen 7 shah alam nak beli tudung pastu nak singgah aeon bukit raja nak beli kasut raya anak2.
konon2 last shopping for raya lar..
rasanya btl lar tu, during ramadhan kami tak outing jauh2 dah
takat sg besar jer lar
dan seperti thn2 lepas, persiapan raya semua dah selesai sebelum ramadhan tiba

kami keluar umah semalam jam 7am
sempat singgah kg jenguk mak yg tak berapa sihat
alhamdulillah mak dah semakin ok

sepanjang perjalanan, jerebu semakin tebal
dgn tak bawa mask, kami nekad meneruskan perjalanan. 
singgah jugak petronas, shell dan 7-11 nak beli mask tp semua sold out.
padahal mask kat rumah ada banyak
lansung tak teringat nak bawak
kat shah alam, terima call dr kak cho, dia kata ok lg ni takyah pakai mask.
so kami pun redah jer masuk pasar shah alam.
org punya ramai. kami ronda 2 lapis jer, pastu masuk keta semula

 inilah keadaan sepanjang perjalanan ke shah alam

 jarak penglihatan dah semakin pendek

 apa yg kami suka beli klu ke pasar tani shah alam ni?
nnt sy review kemudian ya.
masa ni plan nak beli sport shoes abg iman, tp takde saiz plak.
sport shoes abg iman dah rosak, tapak dalam dah tanggal.

 haaaa tu dia habuan utk anak2 dr pasar shah alam.

ni plak otw dr shah alam ke aeon bukit raja
patutnya dr sini dah blh nampak aeon
tapi hilang ditenggelami jerebu
tebal sungguh jerebu masa ni

mlm td dpt plak berita yg mengatakan semua sekolah di selangor dak kl diarahkan tutup
gembira tak terkata.
tapi gembira hanya seketika...

dan sekarang TA ada di sekolah menjalankan tugas sebagai seorang guru
walaupun tanpa pelajar :D

itulah serba ringkas cerita tentang jerebu yg kuat semalam dr kaca mata TA
sekian terima kasih hahaha

TA walaupun mengajar di selangor, tetap kena kerja hari ni

assalammualaikum =)

semua sekolah di selangor dan KL di arah tutup hari ni 
jerebu serius teruk ok

tapi kami cikgu2 di SBPISB diarahkan untuk datang juga ke sekolah
cikgu2 kat sini bernafas menggunakan insang kot
nazir SBT nak dtg jugak hari ni tak blh tangguh2.
memandangkan kami ni timun, diorang tu semua durian, so akur jer lar hehe
students semua kena stay kat asrama, tak blh keluar.
makanya PdP takdelah hari ni
dah tu cikgu2 buat apa takde students ni?
emm...sekarang ni tgh tunggu kedatangan nazir sambil2 tu blogging dulu hahaha
cikgu2 lain nmpknya tgh buat kerja2 yg tak pula diketahui apa
kira meriah lar staff room semua cikgu ada
apa pun alhamdulillah...aturan Allah SWT itu mmg terbaik
memandangkan students takde hari ni, so takdelah pdp
makanya kurang lar sket penat sy berpuasa 


motif letak gambar ni??
ntah taktau!

apapun marilah kita bersama berdoa agar hujan diturunkan di bumi Malaysia
kesian kat anak2 yg turut menerima kesan jerebu ni

itu dulu...bye semua!

Friday, June 21, 2013

Sebenarnya Saya Isteri Dia!

assalammualaikum =)

TA ni susah sgt nak tgk drama2 best kat tv
maklumlah nak tgk tv pun kena deal btl2 dgn anak huhu

antara drama yg TA dpt tgk smpi habis:
nora elena
adam dan hawa
sehangat asmara

itupun hasil promosi kawan2 yg dok kata citer2 ni best bangat

semuanya tgk online atau download and tgk kat laptop
tak dapatnya nak tgk live kat tv hahaha

and now..TA dok follow citer Sebenarnya Saya Isteri Dia! ni ha
8 episod tgk online (smpi habis 4gbs yes and 4gbs celcom broadband huhu)
episod 9 dpt tgk live kat tv last week
tu pun deal btl2 dgn amal hahaha
and jap lagi nak tgk episod 10 plak
citer ni best tau...rugi tak tgk
daripada tak kenal lansung saper itu izzue islam
skang ni dah smpi nampak izzue islam berlakon mcm shah rukh khan! 
betul korang....cara dia senyum and buat memek muka tu sebjik SRK!
blh gitu?
hahahaha


itu dulu...bye semua!


dah jumaat...esok sabtu..pastu ahad :-)

assalammualaikum =)

eh? eh? dah jumaat semula ya hihihi...
rasanya baru jer sabtu ahad, tetiba dah jumaat lagi
cepat btl minggu ni berlalu rasanya
maybe sy rasa cepat sbb longgokan kerja sgtttt byk minggu ni
aduhai...busy wei
nak update blog pun tak sempat
harap2 sgt nazir dtg isnin depan
asik tertangguh jer sgt lar tak best
sebab selagi dia tak datang selagi tu keje byk
PdP pun kena sentiasa dlm keadaan luar biasa bersedia
minggu ni juga busy dengan latihan sukan
next week dah mula sukan awal dan temasya sukan pula berlansung pd hari sabtu 29jun.
pack sungguh semua nak selesai sebelum ramadhan

btw..abang iman pun busy dengan latihan sukan minggu ni
kan ke jerebu sekarang
hasilnya skrng ni iman batuk2 dan selsema.
adik dia pun sama
kesian sgt
tapi takde lar teruk...masih terkawal
buat masa ni sy hanya guna Drsneeze utk anak2.
stop pengambilan dadah sekejap
kesian plak kat anak2 dah mcm immune dgn dadah huhu

temasya sukan sekolah iman serentak plak dgn sukan di sbpisb
dia dah excited suh kami dtg tgk dia bersukan
dah tu camne??
emm...tgk ler nnt camne. 
harap2 mama dan abah dapat lari sekejap dr sukan sbpisb utk pi sek iman
dpt dtg sekejap tunjuk muka kat dia pun jadilah huhuhu..
sedih gak sbnrnya
ikut hati mama nak jd pom pom girl pegang rumbai2 tali kat tgn utk sokong iman hahaha
dulu masa kat preschool bila mama bgtau nak buat mcm tu
cuak btl dia hehehe...kecik2 dah tau malu ya :p

iman pow milo ais dr abah lepas balik dr sekolah hehe
ais tak elok kan??
tapi bayangkan dgn cuaca panas mcm skang ni dpt minum ais perghhhhh
mmg best
mama pun skang ni selalu beno beli coconut shake special kat tepi jalan bno tu
sedap woooo...
minum sambil drive
sampai umah jer coconut shake pun habis
takpelah perut moncitt sket asalkan hati gembira hahaha

itu dulu beelan di hari jumaat
TA nak cont buat keje...

bye semua!!

p/s: ptg ni TA nak pi hantar tempahan tudung
alhamdulillah tempahan untuk tudung raya rancak juga nampaknya
kalau ada yg nak tempah email TA ya
azima03@yahoo.com

bye!

Wednesday, June 19, 2013

Anak baru

Assalammualaikum =)
TA tgh attend contact hour ni. 2pm-3pm setiap hr rabu. Pastu kul 3pm nnt ada sukantara plak kat padang. Klu tgk cuaca sekarang ni yg tgh panas terik..rasa gerun nak ke padang. Panas wooo! Tp dah namanya tanggung jawab, maka dgn rela hati membiarkan diri di panah mentari. Ecewahhhhh ayat serius tak blh blah hahaha...
Last monday TA dpt anak baru lg dlm program 'mentor mentee' sekolah. Keluarga SBP sebelum ni dimansuhkan. Taktau ler apa reason dr pihak atasan. Kami ni cikgu2 akur jer lar hehehe...
So introducing my new childs at sbpisb dr dorm khalid al walid. All boys ok hehe...
Itu dulu..bye semua!

Tuesday, June 18, 2013

Me at kawad kaki daerah

Assalammualaikum =)

TA x pi sek hr ni..sbb bertugas jd guru pengiring pertandingan kawad kaki peringkat sekolah. Baru jer mula. Cikgu2 pengiring ni bkn buat apa, melangut jer haha...pastu gossiping :p
Harap cepat ler habis...panas ni huhu.
Itu dulu..bye semua!

Monday, June 17, 2013

my weekend random story

assalammualaikum =)

weekend dah pun berlalu
sila bekerja dgn tekun dan ikhlas untuk 5 hari ini lagi hahaha

so apa citer weekend you all?
my weekend going sooo fast..i rasa lar.

 jumaat mlm sabtu abang iman ada latihan taekwando
so sy tggl berdua dgn amal
masa sy layan citer 'sebenarnya saya isteri dia', amal layan ultraman kat tab
amal ni mmg gini, klu abg dia takde, dia jadi taktau nak buat apa. mujur ada tab dan ipad
or else dia akan melekap jer dgn mama hehehe

 aktiviti hujung minggu tak sah klu takde aktiviti membongkar mainan mcm ni
but this time diorang kemas sendiri mlm lepas main tu
kemas cara budak...mama kena gak touch up sket2
tp takde complaint apa lar...siap ucap terima kasih n bagi puji-pujian lg kat anak lepas kemas tu hehehe
haaa tu iman dah tido lps penat main
masa main ni diorang siap on econ tu yg lama2 jd ngantuk kot
lg pun abg iman bgn awal jgk masa pagi tu
lepas solat subuh dia cuma lelap kejap jer.

 ptg sabtu bawa anak2 main kat playground

 since dah pandai membaca ni, semua benda nak di baca. good boy my son!
ada gaya jd ahli politik tak? muahaha...harap2 tidak lar
byk lagi kerjaya lain yg lbh byk manfaatnya :-)

 ketawa besar diorang masa ni
sonok jer tgk

hari ahad, abah takde
anak2 tetap meneruskan aktiviti diorang
pastu dah kul 2pm mama kerah semua tido

dah kul 5pm pun tak bgn tido lg
dptler mama on laptop untuk up new entry dlm blog ni
termasuklar beberapa scheduled entry hehehe

itu jer lar ringkasan weekend kami
bye semua!


ciri-ciri suami romantik

assalammualaikum =)

terjumpa ni ha dlm satu blog
tumpang share kat sini yer tuan blog hehe

14 ciri-ciri suami romantik:

1. Call isteri time waktu keje sebab nak cakap rindu.
2. Peluk isteri secara tiba-tiba.
3. Puji isteri cantik.
4. Bergurau senda dengan isteri time baru balik keje.
5. Kemas rumah atau masak bersama isteri kat dapur.
6. Urut bahu atau picit kepala isteri dengan sukarela time tengah santai-santai duduk kat sofa sambil tengok TV
7. Tolak stroller baby atau dukung anak time shopping bersama isteri.
8. Berada di sisi isteri time isteri melahirkan anak.
9. Sanggup bangun pagi dan masak breakfast untuk isteri.
10. Belanja isteri pergi shopping sakan dengan ikhlas dan gembira.
11. Bagi hadiah atau bunga kat isteri walaupun bukan pada hari anniversary ataupun birthday.
12. Dengar luahan isteri time isteri tengah sedih akibat PMS sambil bagi kata-kata semangat.
13. Rajin solat berjemaah bersama isteri dan cenderung mengajak isteri lebih dekat dengan Allah.
14. Buat candle light dinner secara mengejut

*ehemmm*

cer korang tick yg mana husband korang ada buat. my husband? biarlah rahsia hihihi :-)
tp sy rasa klu dpt tick more than 7 pun dah syukur alhamdulillah sgt2 kan?

happy working on monday!

Sunday, June 16, 2013

happy daddy's day!

assalammualaikum =)

my life consists of two wonderful sons who keep me busy and an amazing husband who keeps me feel sexy! *ehem*
and today is my husband BIG day as a daddy to my sons!
HAPPY DADDY'S DAY abang!
honestly i feel million proud to have him as my kid's daddy.
syukur alhamdulillah ya Allah for sending him to my life!

with my little Iman

 with my little Amal

with both of them

*sajer letak gambar lama*

tp hari ni dia ada keja plak :-(
ni sedang menanti kepulangan dia..harap2 blh sampai before maghrib :-)

hadiah untuk hubby? dah bagi dah sebulan yg lepas hehehe

itu dulu..bye semua!

Friday, June 14, 2013

are you ready for the future?

assalammualaikum =)
salam hari Jumaat buat semua

yeayy dah jumaat!
minggu ni btl2 terasa pantas
sbb byk btl program, tugasan, kerja dan sebagainya di sbpisb ni
semuanya menuntut komitmen dan masa
tu yg tak berapa nyempat nak update blog
new entry untuk awal2 minggu hr tu pun scheduled post jer sbnrnya..nasiblar...
nazir sbt pun tak dtg2 lagi
selagi dia tak dtg selagi tu ler kerja2 utk pemantauan sbt perlu dibuat
so itulah keadaan warga sbpisb dlm minggu ni hehe

btw..SBPISB layak untuk menerima tawaran baru pengetua @ new deals @ baiah lagi untuk tahun ni
3 tahun berturut2!
syukur alhamdulillah sgt2! 
dengar khabar nya...klu dpt utk 3thn berturut ni, ada additional untuk imbuhan sedia ada
wahhhhh best sgt tu!
insyaallah hujung tahun ni abg iman nak bersunat
so ada lah rezeki nak buat kenduri doa selamat utk dia nnt
rezeki anak2 yg Allah SWT turunkan melalui kami 
alhamdulillah sekali lagi :)

no more jalan2 cuti malaysia after this
konon lar 'no more' tu
1 lagi voucher dr matta fair yg blm digunakan ni nak campak mana??
hahaha sabor jer lar kan

apa lagi ya nak share kat sini..
haaaaaaaaaaaaaaa
gembira ni sbb silibus sains tingkatan 3 dah habis untuk kedua2 kelas yg sy ajar
sekarang tgh masuk fasa ulangkaji dlm bentuk latih tubi
pastu untuk form 2 dah selesai smpi bab 4. next week masuk bab 5 plak.
agak lambat dr biasa..apa nak di kata, nak PBS sgt kan..inilah akibatnya...nanges!


last but not least

are you ready for the future??
oh ya
kalau ada sesiapa nak tempah tudung, email saya ya
proses tempahan masih berjalan seperti biasa :)
just click pada page tudung kat atas tu untuk info lanjut

itu dulu...bye semua!

Thursday, June 13, 2013

PHFTP- The Little Big Club - The Barney House

assalammualaikum =)

ok ok yg ni btl2 entry terakhir cerita pasal Puteri Harbour Family Theme Park
sedikit perkongisan ilmu gambar mengenai The Barney House
actually ini tempat pertama yg kita jumpa setelah melangkah masuk ke The Little Big Club
berada di sebelah kiri pintu masuk, setentang dgn stage.

kat sini lbh sesuai untuk kanak-kanak umur 1-2thn bermain
keluar masuk lorong tersembungi...lari2..mcm tulah hehe
my kids ada lar dlm 5min jer kat sini
tak mencabar utk mereka kot

 inilah rupnya rumah barney


ni static barney di hadapan rumahnya
 itu jer gambor kat sini yg ada hehe

ni plak gambar2 masa kami nak keluar
tggl sy dan abg iman jer
amal dah turun dulu dgn abah sbb dah mula merengek nak air laici
air laici kami tgglkan dlm locker di bawah
oh ya, outside food are not allowed to bring here
so kena lar beli hotdog super duper mahal sebanyak 4ketul kat sini sbb anak2 nak makan
aiskrim lagiii ler mahal huhu

 me and my little boyfriend :-)

 me and my handsome boy =P

sayang sgt kat abang iman!

bila mama suh posing, itu gaya yg dia buat hahaha
pastu merungut2 xnak ambik gambo kat pink love ni
tp mama paksa jgk

 lagi kena paksa

dan lagi...

ok habis dah citer...
lepas ni nak citer pasal kunjugan kami ke pusat sains negara plak tehehe
bertabahlar

ok itu dulu...bye semua!

Wednesday, June 12, 2013

PHFTP- 3RD FLOOR- Thomas and Friends

ASSALAMMUALAIKUM =)

maybe entry terakhir mengenai Puteri Harbour Family Theme Park ya
The Little Big Club ni kat 2nd floor and 3rd floor
actually sy tertinggal the Barney house punya entry
lain kalilah
jom kita tgk apa ada kat 3rd floor
kat sini games dia dah mcm kat fun fair tu
but still dgn theme yg sama which is kat sini adalah house of Thomas and friends
jom tgk gambar!



 gambar2 kat atas ni adalah tempat di mana kanak2 kena mencari sendiri laluan panjang yg berliku2
untuk keluar di exit yg berlainan
besar sungguh tempat ni
so take time jgk ler depa nak mencari jalan keluar

 tapi dont worry
ada tempat lepak yg sgt best kat sini ha
sementara anak2 main, mak bapak blh lah bercintan cintun kat sini
paling tidak blh ler update blog through smartphone hahaha

 ini apa yg ada di 3rd floor, sy snap pic ni dr tempat lepat td
nmpk kanan tu ada bus
ada bumper car
hujung sekali ada helicopter
naik jer lar byk kali pun..takde kena byr dah

 mama kena buli dgn abah naik windmill ni dgn anak2 hahaha

 masa ni tak ramai lg kat 3rd floor ni so puas hati main lama2

 naik helicopter plak

 pastu mama buli plak abah naik choo-choo train dgn anak2 hehehe

sonok depa dpt naik thomas

dpt gak kitorang bergambar dgn err-sape-ke-nama-dia-ni dah lupa

ok itu dulu...bye semua!

Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH