Assalamualaikum...
Apa khabar semua pengunjung TMK, diharap semuanya baik2 jer.SAFFRON menjadi tajuk n3 pada hari ni..Mesti ada yg sudah pernah melihat. mendengar dan tahu pasal saffron ni.Dan mungkin juga ada yg tidak tahu apa2 pasal saffron ni.Secara jujurnya saya sndri baru pertama kali melihat secara live saffron bagaimana rupa dan rasanya.Patutla harga nya sangat mahal sebab dari satu pkok hanya dapat menghasilkan 3 stigma sahaja dan ianya mempunyai 1001 khasiat...sebab itulah saffron ni dikenali sebagai Herba Termahal di dunia...Khasiat dari segi perubatan tu korang boleh gugel sndri.Antaranya bagus untuk sistem penghadaman, menguatkan ingatan..saya pun dan cuba minum air rendaman saffron ni..guna 3 lai jer hihi....selebihnya kita buat masak2 tp kena kedekut siket la sbb mahal kikiiiii...
Salam semua,dah lama dok cari2 produk set bersalin...sekarang ni terlalu byk dlm pasaran, sampai tak tau mana nak pilih..survey punya servey..tnya kawan2 depa kata try la NR ni..pi la ronda area Bkt Jambul..seb baik ada kedai NR ni...Jangan ada yg salah faham lak..saya bkn meniaga produk ni tau..saja nak tayang hehehe..harap2 serasilah ngan produk ni..So far myk telon utk baby blom beli lagi..klau kwn2 tau produk yg bagus, tolong la share kat sini ya..dah lama xde baby cam nk dapat anak sulung lak rasanya..
Salam,
Saja nak tayang gambo biji ketumbar ni sbb ari tu aku hampir2 tersilap ngan biji lada putih, sekali tgk cam nak sama jer...almaklumlah bukan pakar sgt dlm bab2 rempah ratus ni..Kalau tak de tulisan kat paket tu mmg sah la tersilap ambik...Selalunya dlm mskn aku gunakan yg serbuk jer, senang kije xyah nk sangai, tumbuk dan segala bagai lagi...hmm tak rajin la katakan...
Ni la rupa biji ketumbar, sekali tgk nk sama cam biji lada putih kan??Tapi kecik sket dr segi size...
Ni clear sket biji2 ketumbar neh..
1 paket yg dipacking cantik ni (50g )..aku beli rm1.50jer ..rasanya murah la kan??
Sup Tulang ni memang peberet kami sekeluarga, pelan asal nak wat sup tulang pedas masam , cek dalam esbok cabai melaka lak tadak. Err..korang tau ke cabai melaka tu apa? cili padi yea kawan2.Saya guna tulang rusuk, yang best tu, kali ni dapat lak tulang rusuk yang banyak isi, berbaloi rebus lama pun puas hati mkn. Anak2 pun suka makan, hirup kuah sampai licin. Cuma kali ni saya lebihkan seleri memang suka mkn seleri ni krup..krap..best..Meh kita tgk khasiat seleri ni.
Khasiat seleri:
Saya nak kongsikan sedikit info tentang khasiat seleri, bagi yg dah tau tu abaikan je la ya.
Seleri ni memang kaya ngan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, karotin, vitaminA, B-komplek dan C dan magnesium.
seleri dipercayai boleh menurunkan tekanan darah tinggi dgn cara dimasak sup atau rebus
Ia juga melancarkan pengaliran darah dan pusingan haid dan juga mengatasi masalah keputihan.
Mungkin ramai yang dah tahu tentang khasiat pegaga ni, tapi bagi yang belom tau, meh la saya kongsikan sedikit info. Pokok pegaga juga dikenali sebagai pokok antanan pokok ulaman yang tumbuh subur di negara kita Malaysia dan juga negara2ASEAN.Pegaga yang ada kat Malaysia ni pun byk jenis tau antaranya ialah:
Pegaga cina atau pegaga nyonya yang berdaun kecil
Pokok Pegaga Daun Lebar
Pokok Pegaga Kelantan
Pokok Pegaga Renek
Pokok Pegaga Salad
Pokok Pegaga Gajah
Pokok Pegaga Brunei
Pegaga kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi, vitamin A dan C. Amalan memakan daun pegaga dipercayai boleh mengekalkan awet muda serta mengelakkan masalah kegemukan.
Antara khasiat lain pegaga ialah:
penawar alahan
anti kanser
melawaskan air kencing
penawar batu karang
penawar kencing berdarah
penawar ulser
merangsang peredaran darah
merawat cirit birit
menurunkan tekanan darah
Emm..bagi sesiapa yang nak cantik dan slim tu kena la amalkan minum jus pegaga atau jadi ulam.pastu kekal jelita sentiasa.Dah tau khasiat pegaga ni, apalagi jom la minum jus pegaga ni.Ada sapa2 nak join tak? Meh la..
Dah citer panjang lebar pasal pegaga, lupa lak nak gitau resepi jus pegaga ni kepunyaan dayangjack, dyg kite copy & paste resepi kat sini ya:
Bahan-bahan (1-2 gelas)
100 gm pegaga (cuci dgn air garam bsama akarnya sekali)
3 camb gula perang (blh tmbah atau kurangkan)
500 ml air masak
5-7 ketul ais
Cara-cara
Masukkan air masak ke dlm periuk bersama gula perang dan masak sehingga mendidih. Sejukkan.
Kemudian kisar daun pegaga bersama air gula td. Tapiskan jusnya.
Masukkan semula jus td ke dlm pengisar dan kisar bersama ketulan ais selama 1 minit.
Semua bahan dan konten dalam blog Teratak Mutiara Kasih adalah hak cipta terpelihara.Sebarang ulang siar sama ada dalam bentuk cetakan atau maya tidak dibenarkan tanpa kebenaran.