Warning! AKUNOI Warning!


Diingatkan, blog ni akan citer pasal me. Pasal kecomelan me, kepandaian me, kehebatan me. Akan ada entry yang menunjukkan
keriakkan me, kesombongan me, ... Segalanya about me, me, me dan me... The world does revolves around me, thingin'. Kot ada yang rasa geli-geli, meluat bila baca, me cadangkan, baik tutup jer window ni ye... Karang tak pasal-pasal korang muntah hijau plak... Anyway... pada yang tak kisah untuk muntah hijau... selamat membaca...


Showing posts with label Contest. Show all posts
Showing posts with label Contest. Show all posts

Saturday, May 28, 2016

Pasal... Peraduan Teka Buku

Salam,

OK Ahkak kembali lagi. Lama giler tak ber-blog. Malas or tak sempat... entah lah. A cocktail of both maybe.

Anyway, sempena jualan buku murah-murah giler-giler kat Big Bad Wolf Books yang sedang berlangsung dari 27 Mei - 5 Jun 2016 di The Mines 2, Ahkak dah hangkut satu Family Package berharga RM160 untuk satu kotak kecil dan 1 kotak besar. Dia macam konsep kotak prabayar Pos Laju la... beli kotak then isi lah barang dalam tu. Bezanya event ni, beli kotak, isi penuh-penuh buku korang nak. Asalkan penutup kotak tu bercantum elok bila ditutup, semua buku tu, ko korang punya. Tak kisah la walau pun korang bayar RM160 jer untuk kotak tapi buku dalam tu bernilai RM500! Hebat kan? Kami spent dalam 2 jam mencari dan menyusun buku (selain beratur untuk bayar dan ambil kotak di kaunter). Berbaloi-baloi.

So, Ahkak nak ajak kenalan Ahkak berkongsi rezeki dengan memenangi satu set buku cerita kanak-kanak. Macam mana? Tengok gambar kotak-kotak Ahkak hangkut semalam yang penuh buku, dan teka berapa bilangan buku yang ada dalam tu? Senang kan? Tak dapat tepat pun, sipi-sipi pun OK lah. Ahkak tak berkira sangat sebenarnya. Kehkehkeh...

Untuk mengetahui cara nak join, sila ke SINI ye'!

Good Luck!

Hadiah yang ditawarkan. 1 set buku Five-Minutes Story (9 buah buku bernilai RM72)
Kedua-dua kotak yang Ahkak hangkut
Ukuran kotak-kotak tersebut
Diantara buku-buku yang terdapat di dalam kotak kecil

Thursday, July 2, 2015

Pasal... Menang Books Voucher from BookXcess

Salam,

Ada join contest kat ig bookxcess.
Pasal father reading to the kids kind of thing. However my gambar was totally outside of the box.

Guess what?! I won!!
Dapat voucher RM20 and I spent it the same night!

The winning picture

Hasil tangkapan malam tu adalah seperti berikut:

Friday, June 10, 2011

Pasal... Dan Pemenangnya Adalah...

Salam,

Let's cut to the chase!


1st place: Ayu
2nd place: juelee

Gambar Terbaik: mummyHaza
Cerita Terbaik: Nana


1st place - Ayu
Komen juri: Cerita yang disusun dengan kata-kata yang simple tapi penuh bermakna ditambah gambar yang diambil less then a minute after Airis were borned adalah kombinasi terbaik yang melayakkan anda untuk mendapat tempat pertama.

2nd place - JueLe
Komen juri: Pengalaman anda menyusukan Ar-Rayyan walaupun menghadapai pelbagai kesukaran really moves us. Gambar yang diambil menampakkan kemesraan antara anak dan Ibu tanpa rehearse.

3rd place - Aan Andas
Komen juri: Nothing make a mother happier than seing the love of a father and their child! The picture are absolutely out of the box!

Gambar Terbaik:
Gambar ini nampak penuh menunjukkan kemesraan hubungan adik-beradik lelaki dengan gurau-gurau kasar mereka serta ibu yang sentiasa rileks jer walau apa pun yg melanda:P

Cerita Terbaik:
Walau dibaca 4-5 kali kami still tak bleh nak elak at least sengeh sampai tinger if not mengekek gelak... Kudos Nana.


Tahniah pada pemenang.
Pada yang tidak berjaya boleh cuba lagi dilain contest.

Terima kasih kerana sudi join my contest.

Hadiah akan dihantar menggunakan PosLaju maka para pemenang silalah email kepada saya Nama Penuh, Alamat dan Nombor Telefon ke znilluvzwan@yahoo.com dengan tajuknya SAYA MENANG!!!

Saturday, May 28, 2011

Pasal... Colan-Colannnya

~ENTRY MELEKAT~
~sila scroll kebawah untuk entry terbaru~

Salam,

Disenaraikan nama mereka yang bermurah hati spend some precious time untuk buat entry sempena my Hari Ibu.

8. Nana
9. Just
12. ayu
13. aNiM
14.Nida

Humang aih, 17 orang? Macam tak percaya jer...
Maklumlah selalu contest me tak sampai 5-6 kerat...

Apa-apa pun, sila double check the link, betul atau tidak... just to be safe~


SPECIAL JURIES AWARDS


Gambar Paling BEST dan Cerita Paling BEST
Tiap pemenang akan memenangi Voucher bernilai RM20

Monday, May 23, 2011

Pasal... YA AMPUN~

Salam,

Peserta contest me, minta maaf sangat-sangat tak sempat nak letak siapa-siapa pemenangnya...

BZ BZ BZ!
Sabtu ada kelas then balik Melaka...
Ahad abihkan masa lepak-ing dengan My Mama dan Farhan... lama tak balik kan...?
Malam ni nak pi hantar kain buat baju raya...
Bukan 1, bukan 2, bukan 3 tapi 10 baju kurung, 1  baju melayu dan 1 kurta.
Esok? Esok nampak macam ada masa sikit.... insyaAllah...

Vouchers dah ada, tapi segan nak snap gambo since Boss ada kat sebelah. :P

Wednesday, May 18, 2011

Pasal... Aku Noi The Joy of Motherhood Contest DITUTUP




Apa yang perlu anda lakukan?
  • Jadi FOLLOWER blog AkuNoi. Maka pada mereka yang bukan follower tetapi ingin ikut menyertai peraduan ini, silalah jadi pengikut ajaran sosat blog me yang tidak sepertinya ini.
  • Anda hanya perlu ceritakan secara ringkas (kira-kira 100 patah perkataan) pengamalan yang paling seronok, paling sedih, paling geram, paling giler atau sewaktu dengannya antara anda dengan anak/anak-anak anda.
  • Anda HARUS sertakan sekeping gambar yang pada pendapat anda paling menggambarkan kemesraan perasaan kasih sayang anda kepada anak/anak-anak anda.
  • Letakkan gambar header peraduan ini di entry penyertaan anda dan tinggalkan link entry anda itu disini.
  • Tarikh tutup penyertaan dilanjutkan ke hari Ahad, 15hb Mei 2011 kerana sambutan kureng... bleh? hahahahahha
SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU BUAT SEMUA IBU TIDAK KIRA DIMANA SAHAJA

    Hadiah-hadiah yang ditawarkan:
    • Pemenang Pertama:Voucher Jaya Jusco dan MPH bernilai RM50
    • Pemenang Kedua: Voucher Jaya Jusco dan MPH bernilai RM30
    • Pemenang Ketiga: Voucher Jaya Jusco dan MPH bernilai RM20
     Pemilihan Pemenang adalah berdasarkan gabungan cerita yang kreatif dan gambar yang menarik oleh juri-juri jemputan.

    Monday, May 16, 2011

    Pasal... Ditutup

    Salam,

    Adalah dengan ini diumumkan peraduan AkuNoi The Joy Of Motherhood Contest sudah ditutup.

    Pemilihan pemenang akan dibuat mulai esok dan keputusan akan diumumkan pada selewat-lewatnya Ahad depan (22/5/11)

    Harap bersabar dan terima kasih kerana kesudian anda menyertai contest yangtidak sepertinya ini.

    Monday, May 9, 2011

    Pasal... Dialah Pemenang

    Salam,

    Ada orang tanya kat FB, camner me nak pilih pemenang.
    Betul jugak kan?
    Nak buat camner? 
    Main pejam mata then 'eeny meeny miny no'?
    Tak adillah!

    Camni le Cik Adik yang tanya tapi tanak me letak nama :P
    Me akan minta juri-juri baca cerita then depa bagi markah.
    Then minta depa tengok gambar dan bagi markah.
    Peserta yang dapat markah keseluruhan paling tinggi, dialah pemenang...

    Gitulah kaedahnya...

    Friday, January 7, 2011

    Pasal... Flaunt It Contest

    Salam,

    Sila-silalah vote for me.
    Tapi macamlah menang ye?
    Ah, tak salah cuba...


    Taip Flaunt it! Contest kat Searh box in Facebook


    Klik tab Flaunt Your Bump dan scroll cari my picture. Klik my picture.


    Bila kluar yang macam gambar tu, silalah klik button VOTE NOW!



    Kerjasama dari pihak anda amat saya hargai.
    Nanti me ajak datang rumah makan laksa as upah.
    Vote hari-hari tau! Dia jarak 1 vote to another vote adalah 24 jam.

    Terima kasih limau kedangsa,
    Kalau berjaya me belanja laksa!


    Related Posts with Thumbnails