Warning! AKUNOI Warning!


Diingatkan, blog ni akan citer pasal me. Pasal kecomelan me, kepandaian me, kehebatan me. Akan ada entry yang menunjukkan
keriakkan me, kesombongan me, ... Segalanya about me, me, me dan me... The world does revolves around me, thingin'. Kot ada yang rasa geli-geli, meluat bila baca, me cadangkan, baik tutup jer window ni ye... Karang tak pasal-pasal korang muntah hijau plak... Anyway... pada yang tak kisah untuk muntah hijau... selamat membaca...


Showing posts with label Peristiwa. Show all posts
Showing posts with label Peristiwa. Show all posts

Saturday, May 28, 2016

Pasal... Peraduan Teka Buku

Salam,

OK Ahkak kembali lagi. Lama giler tak ber-blog. Malas or tak sempat... entah lah. A cocktail of both maybe.

Anyway, sempena jualan buku murah-murah giler-giler kat Big Bad Wolf Books yang sedang berlangsung dari 27 Mei - 5 Jun 2016 di The Mines 2, Ahkak dah hangkut satu Family Package berharga RM160 untuk satu kotak kecil dan 1 kotak besar. Dia macam konsep kotak prabayar Pos Laju la... beli kotak then isi lah barang dalam tu. Bezanya event ni, beli kotak, isi penuh-penuh buku korang nak. Asalkan penutup kotak tu bercantum elok bila ditutup, semua buku tu, ko korang punya. Tak kisah la walau pun korang bayar RM160 jer untuk kotak tapi buku dalam tu bernilai RM500! Hebat kan? Kami spent dalam 2 jam mencari dan menyusun buku (selain beratur untuk bayar dan ambil kotak di kaunter). Berbaloi-baloi.

So, Ahkak nak ajak kenalan Ahkak berkongsi rezeki dengan memenangi satu set buku cerita kanak-kanak. Macam mana? Tengok gambar kotak-kotak Ahkak hangkut semalam yang penuh buku, dan teka berapa bilangan buku yang ada dalam tu? Senang kan? Tak dapat tepat pun, sipi-sipi pun OK lah. Ahkak tak berkira sangat sebenarnya. Kehkehkeh...

Untuk mengetahui cara nak join, sila ke SINI ye'!

Good Luck!

Hadiah yang ditawarkan. 1 set buku Five-Minutes Story (9 buah buku bernilai RM72)
Kedua-dua kotak yang Ahkak hangkut
Ukuran kotak-kotak tersebut
Diantara buku-buku yang terdapat di dalam kotak kecil

Sunday, February 22, 2015

Pasal... Nak Crash Diet

Salam,

Rasa macam nak crash diet like in YuEm dulu. Sayur dan buah jer. But this time nak kena lebih bersedia. I'm thinking like sayur dengan sambal tempoyak extra pedas dan buah dengan sedikit serbuk asam. Sure lebih sedap, lebih seronok nak jadi herbivor untuk seminggu, ye dok?

Ok belanja gambo cny skit!

Sunday, October 5, 2014

Pasal... Us On AidilAdha

Salam,

Kali ni beraya kat rumah mertua.
Ibu mertua ku sayang, Hjh Zuriah masak nasi dagang. Tak makan pun sbb diet, bleh? Nasib dia kat masjid, klu tidak mesti dia suruh me makan. Silap-silap siap cedukkan nasi. Bukan tak pernah dia buat gitu. Huhuhuhuhu... Dia risau menantu hantu dia ni pitam kot... hihihihi...

Selain tu ada lemang, rendang ayam dan daging. Kak Ipar 2 plak bawa keluar kek keju oreo sempena hari jadi anak perempuannya, kakak ipar 1 dan anak lelaki sulung kakak ipar 1. Meriah!!!

So, ni gambo family Ai dalam ke-havoc-kan tadi...
Semua tersandar kekenyangan. Elia tengah mengamuk atas lantai dekat Atuk dia, mengantuk lettew.

"Say teeth...!!!"

Pasal... Salam Raya

Salam,

Request ZwanZwan raya kali ni pelik. Dia nak ayam lenyek (my simpler version of ayam penyet) untuk lauk raya.

Layan...

Dikesempatan ini Kekami ingin mengucapkan Salam AidilAdha. Semoga pengorbanan yang kita lakukan adalah keranaNya dan diberkatiNya...

ZwanZwan, terima kasih kerana terima saya yang serba kekurangan ini (termasuk kurang berat badan *wink *wink) lagi sekali...
Keikhlasan awak buat saya lagi sayang awak dan bikin ini hati jatuh cinta pada kamu... semula....
(sila muntah hijau)

Friday, October 3, 2014

Pasal... Got Sidetracked

Salam,

Adoi la... punyalah lama me terpesong. Pertandingan pun terkubur begitu saja.


Dugaan maha besar menjelang 10 tahun kawin. Dasat la sampai ke tahap nak menjurus ke arah tak jadi 10 tahun.


Nasib baik kesedaran sampai juga walaupun lambat. Kalau tak... punah ranah hancur...


OK OK... meh nak me-riak gambar percutian Sambutan Ulangtahun 10 Tahun Perkahwinan kekami kat Strawberry Park Resort haritu.












ZwanZwan kata dia suka sangat gambar ni, sbb nampak mcm me manja sangat... pffffrrrrt

Monday, July 14, 2014

Pasal... Strawberry Berbelah Bagi

Salam,

Tengah dilema nak booking ke tanak booking bilik sama, resort sama kekami pi Honeymoon 10 tahun lepas. 
Juga tengah fikir nak ambil dua malam ke, semalam saja. 
Kena juga fikir nak angkut anak-anak ke, tanak angkut... 
eh eh! Tak angkut, nak campak mana anak-anak?
Hahahhahaha...
Ada yang sanggup jaga anak-anak me semalam dua ka?

Or maybe pi Strawberry semalam, then naik ke Taiping ke... 
Aaaaah, menarik!

Hahahaha...

Ini pun mau citer ke?
Saja, meluah perasanAN

Tuesday, July 1, 2014

Pasal... Selamat Berpuasa

Salam,

Hari ke-3 puasa.
Ada yang dah ponteng ka?
Ada yang dah mula turun berat badan ka?

Saya puasa penuh setakat ni.
Saya maintain berat badan setakat ni.
Alhamdulillah...

Saya ada ternampak sapatah letak kat FB, dia punya perancangan menu seminggu berbuka puasa dan sahur. Idea menarik, maka saya pun ikut jugak.

Lepas balik opis semalam, saya pergi kedai dan beli segala bahan-bahan untuk masak selepas buat perancangan kat opis masa rehat tu.

Traffik dari kedai ke rumah selalunya kurang 5 minit waktu jalan biasa, 10 minit waktu balik opis tetapi semalam 30 minit adalah masa yang diambil untuk sampai rumah... pitam sekejap!

Sesampainya dirumah, rehat kejap dan buat apa yang patut. Kemudian mula memasak.
Lauk biasa jer, ayam goreng, bayam tumis air dan sambal ulek. Sambal ikan bilis baki semalam pun ada lagi.
Air milo panas dan tembikai.

Anyway, makanan tak penting sangat bulan ni, yang penting ibadah kita. Kalau boleh dan mampu, buat lah lebih dari biasa. Kalau dulu solat hujung-hujung waktu, bulan ni awal-awalkanlah... moga jadi tabiat baru kita. InsyaAllah...

Selamat Berpuasa buat semua muslim dimana sahaja berada! 

Sunday, August 25, 2013

Pasal... Ulang Ulang Ulang Ulang Ulang Ulang Ulang Ulang Ulang Tahun Perkahwinan

Salam,

9 tahun lepas...
Pagi ni gelut masak spegget untuk yang hadir.
Then dah bersiap semua my family gerak ke Sri Muda rumah MakCik Zuriah.
Dah kenyang semua gerak ke Masjid Shah Alam.

1 lafaz test, 1 lafaz bersungguh, me selamat jadi isteri untuk Encik Mohd Azwan.
Ambik gambo 2-3 rolls then semua balik...

By Asar, me sengsorang dalam rumah.
By Maghrib, ada makhluk bergayut kat pintu grill rumah me sambil pegang plastik lauk tersengeh-sengeh.


Happy 9th Wedding Anniversary ZwanZwan
Let's make another 9 years!

Thursday, August 22, 2013

Pasal... berSUAMISTERIrehat

Salam,

Hati agak gUmbira, dapat booked hotel untuk Sabtu ni.
Nothing fancy-smancy. Hotel kat SOrOnban jer.
Ada kenduri kawin, anak buah ZwanZwan somewhere kat sana, maka lepas kenduri dari balik berbodong-bodong, kami nak berSUAMISTERIrehat kat tempat lain plak selain rumah. Nak rasa kolam renang lain plak dari apartment RiangRia tu. Nak rasa katil lain plak dari katil kEk rumah. Nak rasa sarapan kat hotel plak dari dapur kami.

Eh, berSUAMISTERIrehat?
Oh, no no! NO pk 'tengok hasil lepas 9 bulan' ye. Tadernyer. Kilang Ai dah tOtOp!

Ini juga adalah boleh dianggap acara meraikan 9 tawOn perkahwinan.
Try to bring more sparks to the marriage. Good sparks la, macam sparks bunga api cap kucing.
gambo me ambik dari http://seribuimpian-sarnia.blogspot.com . dia dapat mana gambo tu, me pun tatau.

Tuesday, August 20, 2013

Pasal... Raya dan Makan

Salam,

Ha, apa citer raya korang?
Mine kira OK la.
Could be more gempak tapi, entah la... salah perhitungan kaedahnyer.

Pagi raya kat rumah MIL, then tengah hari gerak ke Melaka.
Kat Melaka jalan balik Masjid Tanah je. Melawat dua rumah.
Sebelum tu beraya kat rumah Mak Dua.

Isnin lepas (raya ke-5) kekami masak laksa dan lontong dan jemput kengkawan mai rumah.
Invitation last minit jer, tapi alhamdulillah yang datang boleh tahan la.

Mula dengan sepupu Adam, Didie, Anas dan Amna.
Then Sarip, Fariza dan Asyraf. 
Oli dan Faizal datang berdua. Honeymoon gitu! (kita tunggu 9 bulan lagi!)
Joe, Alia, Alayna dan Jazfit (rasa macam salah eja ni. Ampun Joe, Alia!!!)
Last sekali Nurul Hanis, Bian, Khalil dan Yasmin-min.

Makanan kira cukup la (ke tak sedap maka korang makan sikit jer?) Huhuhuhu

Now tengah berkira-kira nak buat untuk family ke tak? Hm...
Tetambah esok, anniversary wedding kami yang ke 9.

9 seh! 9 tahun dah me jadi isteri ZwanZwan. 
Dari 6 packs ke 1 barrel.
Dari pipih ke bulat.
Hahahhaha... Alhamdulillah

Untuk halwa mata:
Elia tengah QC bunga kantan

Kuah laksa. What's left from the makan-makan event


Wednesday, July 31, 2013

Pasal... Duit Raya RM500 Pak Najib

Salam,

Semalam, first time berbuka kat kedai. Kedai tomyam tepi jalan jer.
Sampai setengah jam awal. Bagi bebudak aktif riang-ria ni makan dulu.
Tapi biasalah anak-anak cerdik ka, dengan Professor Emeritus Eiman Ariq berlari kesana melompat kesini.
Dato' Dr Elia Amira plak dengan sibuk nak panjat keluar babychair dan berdiri atas meja.
By the time berbuka ZwanZwan dan me macam Ultraman lampu berkelip-kelip. Hahhahahaha

Habis makan (more like melantak hokey!) Kekami pergi ke PKNS. Cari baju Dato' Dr Elia Amira dan Professor Emeritus Eiman Ariq. Warna biru tua untuk Professor Emeritus Eiman Ariq dan biru muda untuk Dato' Dr Elia Amira; itu pun lepas meronda keluar PKNS ke kedai seberang jalan. (BTW, deret gerai tu ada jual dodol yang depa dok kacau kat situ jugak!)

Me nak cari tudung. Biru, kuning dan beige. Tapi macam biasalah, tak terbeli. 1 sebab kedai yang jual tudung yang me berkenan, peniaganya tak ada. Tak ada here meaning dok sebok gebang, tak layan pelanggan. 2 sebab kedai lain tudung-tudungnya pendek nampak ketet. Hahhahaha.

Apa-apa pun ZwanZwan lah paling lucky sebab tetiba me TERbeli kat dia baju (sahaja) melayu warna biru tua untuk dia. Happy dia! Ni kalau mood me ok, satgi nak pi cari seluar panjang warna hitam plak.

Then ZwanZwan return favor belikan me balang kuih raya sekali dengan lampu lip-lap baru since yang lama reput dan relai lepas 2 tahun tak buka kotak. Hihihihi...

Lega dah settle yang penting-penting ni. Sabtu Ahad ni kena berkurung dalam rumah jahit langsir-langsir. Lipat baju juga masuk dalam agenda selain sental lantai toilet dan lap kekipas. Malas nak pi shopping hari minggu. Ramai umat nampak macam ulat, merumut gitu. Huhuhuhu... Ai is takut anak-anak terlepas. Nauzubillah~

Makanya, macam... nampak macam me tak akan beli tudung me sampai ke sudah! Hahahhahaha... selalu macam tu. 

Itulah kisah bagaimana saya menghabiskan duit raya Pak Najib bagi... Terima kasih.
(sebenarnya itu gaji, tapi nnt masuk duit raya tu, ganti ler - GEDIK!!!)

Wednesday, July 3, 2013

Pasal... Hepi Hari Tua

Salam,

Kerana KOPIKO... mata ku buntang @ 2am.
Beg baju dah siap kemas.
Esok beg mekap (la sangat!) dan toiletries.
Then alatan 'handbag' me (pam lewww).

Klu sempat nak melawat 'bungalow' Ewan Ariff.
Then ke spa (yes people, spa) then trus ke Thistle.

Hepi Hari Tua to ME!

Tuesday, June 25, 2013

Pasal... Menjelang Hari Tua

Salam,

Lama tak update.
Bz... bila tak bz kena cari kerja bagi bz...

Ahakzzz...

So... Nak masuk 3 bulan dah kerja YuEm. Lagi 7 bulan me kena mula hantar resume semula. Klu ada kosong kat tempat korang roger-roger lah ahkak. Ahakzzz...

Tak lama lagi hari tua me.
Dah booked semalam kat hotel ni. Dapat murah dari Groupon. 
Last pi sana masa sebelum bertunang. Masa tu nama hotel tu lain, Guomon kot...

Kek pun dah order. A mini chocolate cheese cake from Larizz.
Cuma dinner malam tu tak tau lagi nak dine in or kat luar.
ZwanZwan dah warning dia bulan ni sesak. Sesesak udara kat luar sekarang ni.
Maka tak boleh mimpi surprise surprise semua la...

Well, ahkak dah biasa... 
Nak merasa diraikan, buat sendiri, keluar belanja sendiri.
Sad? Whateverlah... dah biasa...

OKlah, kena stop.
Boss baru komplain sistem dia ada masalah dan tak bleh approve cuti sakit me.
Masalah tu!

Tuesday, May 21, 2013

Saturday, May 11, 2013

Pasal... Kepulangan Yang Mengejutkan

Salam,

Rileks hari minggu...

Ingat dulu-dulu me citer pasal projek rumah tradisional me?


Projek rumah tradisional: Rumah Kutai, Perak
Dalam gambar tu kan me ada letak 'sekor' biawak komodo. (warna hijau muda)

Turned out after 3 years, the biawak really pulang ke rumah  kami...


Gambar ni ditangkap pada April 2013 di lobi apartment kekami. Besaq woooo... macam anak boya...

Monday, April 29, 2013

Pasal... Bahang Pilihanraya

Salam,

Demam pilihanraya dah dekat. Terasa bahangnya. Kalau bahang tu boleh dirasai secara zahiriah (ada ke perkataan ni?) nak jer me letak kat opis ni. Sejuk beku seh!

Me ada terima banyak SMS Tapi SMS paling menarik perhatian me sampai me reply balik adalah yang ni:
"PR ada manifestonya. BN ada akujanjinya. Antara dua mana akan anda undi? 1.PR. 2.BN. 3. Belum Pasti. Sila jawab 1, 2 atau 3. Tk."

Me reply: "undi adalah rahsia."

Hahahaha... Boleh dikatakan me tak faham kehendak soalan atau me dok atas pagar...
Anda tentukan! CeWah!

Apa-apa pun Me mengundi kat Sek Teknik Shah Alam jer...

Pasal... Parti ini dan Parti itu

Salam,

Fuuuh, masih bernafas di YuEm... walaupun gaji bulan ni tidak dibayar. Depa carry forward bulan depan.
Nasib baik emergency stash ada.

Sebelum ni me excited giler nak buat memakan laksa tapi bila tengok akaun gaji masih statik angkanya, my heart sank. Sedih woooo... maka me postponekan 'party laksa' tu (bak gelaran bebudak group wasap terato).

Tapi ZwanZwan ada kata, if takat jadi tuan rumah buat air, bebudak lain bawa makanan pot luck style, apa salahnya. Hm... maka ter-ON balik la. Cuma dah jadi 'party Jaz edar kad kawin' la plak. Huhuuhuuu!

Wednesday, February 20, 2013

Pasal... Serangan Di Rumah Oli

Salam,

Sabtu lepas, kami attacked rumah Mummy Oli!
Jumpa Ilyas, Sofia... Makin cerdik dah SUPER CUTE mereka itu!

Then Nurul Hanis and Hubby, Khalil dan anak me lagi sorang, Yasmin Saffiya sampai.
Makan, borak... Siap ada potong kek untuk befday Elia lagi you! Huwaaa, terima kasih banyak-banyak la Oli & Hubby; Faizal.

Kari ayam Oli masak sangat sedap! ZwanZwan pun puji. Dia kata if makan dengan roti, mee pun best.
Yang lauk special CNY tu pun best! First time makan. 

Tapi Oli, kuih bakul saya order tak ada looor~
Oh...

Gambar dari camera Oli. Chumil jer Elia ni (hah, puji anak sendiri!)

Oh, if nampak terconggok kat belakang in tudung putih, yes, it's me... Selain sbb mmg itu adalah tuntutan agama, sebab lain saya begitu adalah kerana:
- saya malas nak sikat rambut pepagi
- saya malas nak pk pesen apa nak ikat rambut/style pepagi
- saya malas nak matching-matching warna sepit rambut/getah rambut dengan baju
- saya malas nak sapu-sapu/apply gel/cream/moisturizer rambut
- saya malas nak syampu rambut wangi-wangi selalu

Huhuuhuuu...

Friday, February 8, 2013

Pasal... Elia Amira Lahir Ke Dunia

Salam,

That was A year Ago...
Now she is 1 year old!
Cards in the making

2 pots of speget on the stove for the Surau people in Indahria
more pics later...

Monday, February 4, 2013

Pasal... He is 6!!!

Salam,

Hari ni adalah 4hb Februari...
Maksudnya hari ni Ewan Ariff, my first born genap 6 tahun.

Semalam pergi bungalow dia. Me letak 6 kuntum bunga kemboja (yang sekecil kita), cabut skit-skit rumput, bacakan Fatihah... and leave... nak siram pokok, baru lepas hujan maaa~




So, Happy Birthday Ewan Ariff.
We miss you so much~


 A song that always remind me of Ewan Ariff...
Related Posts with Thumbnails