Warning! AKUNOI Warning!


Diingatkan, blog ni akan citer pasal me. Pasal kecomelan me, kepandaian me, kehebatan me. Akan ada entry yang menunjukkan
keriakkan me, kesombongan me, ... Segalanya about me, me, me dan me... The world does revolves around me, thingin'. Kot ada yang rasa geli-geli, meluat bila baca, me cadangkan, baik tutup jer window ni ye... Karang tak pasal-pasal korang muntah hijau plak... Anyway... pada yang tak kisah untuk muntah hijau... selamat membaca...


Showing posts with label Ewan Ariff. Show all posts
Showing posts with label Ewan Ariff. Show all posts

Wednesday, February 26, 2014

Pasal... Terpanggil Hendak Bercerita

Salam,

Rasanya ramai kat FB dah tau pasal Adra anak kepada pengacara TV tu yang mengidap biliary atresia.

Sebak dada baca. Bergenang mata bila tengok gambar. Terus me teringat Ewan Ariff...
Tatau nak cerita macam mana perasaan masa Dr pakar SJMC cakap dia tanak ambil kes ni sebab Ewan dah 'tua' sangat, risiko tinggi sangat. 
Tatau nak rate perasaan geram kat sepital Melaka kursusnya dan that Dr perempuan muda khasnya yang cakap selagi poo-poo Ewan tak pucat macam mayonis, kes dia tak serius which by right adalah tooooooooooo late!

Anyway... me just nak kenang yang baik-baik jer.
Macam how ZwanZwan nangis masa Ewan 'keluar', seronok sangat dapat baby lepas me gugur sebelum tu, lepas dekat 2 tahun kawin.
Macam mana Ewan berebut lollipop dengan ZwanZwan.
Macam mana Ewan pandang kerek kat ZwanZwan sebab minum Vitagen dia.
Macam mana Ewan gigih usaha nak grap my phone tiap kali dia nampak me pegang phone depan dia.
Macam mana dia bau setiap pagi... (ini adalah satu ketagihan! wajib kiss gomol-gomol dia to wake him up)
Macam mana dia sengeh and coo-ed bila kena agah.
Macam mana dia pujuk me, tiap kali me nangis...

WoooWoooWooo...

Anyway, semoga parents and family adik Adra tabah dan bersedia mental dan fizikal untuk kebarang kemungkinan, baik atau buruk... Teruskan usaha dan doa... 

Tapi JIKA Allah ambil dia, redhakan... Senyum dan bersyukur sebab dia sudah pasti jadi penghuni syurga. Dia pasti datang dengan air penghilang dahaga waktu matahari sejengkal atas kepala kita. Dia pasti jemput kita dengan senyuman paling manis, badan paling segak 'di sana' kelak.

Ewan Ariff, Ibu miss you~

Wednesday, June 26, 2013

Pasal... Terasa Tulang Ikan Di Kerongkong

Salam,

Dalam seronok-seronok nak sambut hari tua... me baru teringat tadi...
A day before my hari tua is hari Ewan Ariff pergi...

Telan air liur terasa macam ada tulang ikan melekat kat kerongkong...

3 Julai ni bersamaan 5 tahun Ewan pergi...
Hm...

Friday, March 22, 2013

Pasal... Ini Nombor Ewan Ariff?

Salam,

Dalam pukul 11:30 pagi tadi, tengah pam susu untuk anak-anak solehah me Elia Amira dan Yasmin Saffiya yang bijaksana lagi cantik akhlak dan rupa. Then ada call in. Hati berdetik kata, 'UM kot", tapi bila nampak nombor akhir 900, hati me kata, "Eh Aida kot", member yang kerja JenGJengJobs. Sekali angkat dengar suara lelaki cina. "Hello, ini nombor Ewan Ariff?". "Saya mak dia".
Turn out, he just want to ask an update on Ewan. Dia tengah kumpul data semua patients Biliary Atresia yang pernah buat rawatan kat PPUM. Dia ada juga bagitau, 'Lepas dia dapatkan rawatan dengan kami, dia pergi balik ke HUKM kan?".

I just told me, "Ewan dah meninggal 3 Julai 2008." I even told him how he was on his last moment. Difficulty in breathing, blue-ing finger tips. he said sorry but I said, 'don't be'. Maybe I should continue by saying "... don't be. We're not because he when to a place where there is no pain, no hunger" tapi tak terucapkan.

Lepas letak phone, me rasa sebak sangat-sangat. Me menangis meleleh-leleh air mata. THEN me stop! Me takut susu tanak keluar sebab emosi terganggu. 

Hahahha, sorry Ewan, bukan Ibu tanak masuk dalam sudut sedih-medih tadi, tapi Ibu pun ada anak-anak lain yang nak difikirkan. Ibu dulukan depa sebab depa masih rasa lapar, masih rasa sakit. Esok-esok time 'diawang-awangan' Ibu revisit our moment balik ye...?

Sayang, sayang Ewan Ariff~

Monday, February 4, 2013

Pasal... He is 6!!!

Salam,

Hari ni adalah 4hb Februari...
Maksudnya hari ni Ewan Ariff, my first born genap 6 tahun.

Semalam pergi bungalow dia. Me letak 6 kuntum bunga kemboja (yang sekecil kita), cabut skit-skit rumput, bacakan Fatihah... and leave... nak siram pokok, baru lepas hujan maaa~




So, Happy Birthday Ewan Ariff.
We miss you so much~


 A song that always remind me of Ewan Ariff...

Friday, July 20, 2012

Pasal... EBM dan BaPak BeSaQ Deep Freezer

Salam,

Esok puasa ye? Alhamdulillah jumpa jugak Ramadhan tahun ni. Then raya ber-4, anak sepasang. Seronok tolak part Ewan  tak ada la. If ada, ranap My Katak tu dgn 3 anak, 2 toddlers car seat dan 1 baby car seat. Beg baju ZwanZwan and Me. Beg anak-anak, diapers lagi. Bantal busuk sorang 1 lagi. Raga isi makanan lagi. Kesian My Katak!

OOT: Kena tukar kereta tu... ALZA!!! :P | ngidam dah lama, tunggu gaji revise lepas abih probation ni tengok :P

Anyway... Hari ni kena pi kutip balik EBM kat rumah Ili. Masuk deep freezer Bapak Besaq! tu. (YES, I named it Bapak Besaq! penyebutannya adalah Ba-Pak Be-SaQ! tekankan bunyi pada sukukata berhuruf besar tu). Then 2 kali trip dari rumah MIL. Lepas tu nak sort balik semua EBM. Hari tu dah sort tapi rasanya buang karan je sebab bukan semua stok ada. Half here, half there. 

Nak kutip jugak plastik bag byk-byk, beli sticker so senang tampal jer note kat plastik bag tu. Now main stapler. Tarik kuat skit jer tercabut. Nak kena masukkan all EBM by weeks. Roughly ada minumum 8 ketul, 6oz susu per week. Max so far adalah dalam 24 ketul. Tapi rasanya weeks sejak me mula kerja kurang sbb ZwanZwan guna utk stok ke rumah Mama Ruby. Stok bulan 3 pun rasanya ada tak byk sbb me bagi kat Ilyas :D

Tak kisah. 
Yang me kisah, bila Elia nak mula minum EBM ni? Peti BaPak BeSaQ pun akan penuh if stok tak berjalan. Tapi... rasanya, minggu ni ngan minggu depan stok kurang kot sbb semalam pi berurut kat Mak Cik Ju, dia kata my peranakan kembang dan turun ke bawah. Tanda-tanda nak dapat lawatan 'My Monthly Best Friend'.. OH MY PERIOD! tak dapek la posa penuh gini :P

Wednesday, July 4, 2012

Pasal... Hari Tua - Hepi Befday to ME!

Salam,

4hb Julai!!!

Dah tempah kek eskrem BR Jumaat lepas.
Balik kerja hari ni, pi Plaza Masalam untuk dinner dan pick up kek eskrem tu.

Tak mengharapkan sebarang hadiah dari ZwanZwan since dia pun sesak lately. Hehehehehe...

Tengah tunggu duit dari Prudential so bleh la  beli hadiah untuk diri sendiri. (insurance korang ada macam ni? bleh keluarkan duit untuk berjoli sesuka hati? if tidak, blum terlambat untuk bertukar ke yang ini :P - promo sekejap)

Niat dihati nak buat kenduri tahlil untuk Ewan Ariff dan doa selamat untuk Kami-Kami tapi rezeki tu bukan hak kami, maka diam-diam duduk saja la...

Akhir kata...

Thursday, February 16, 2012

Pasal... Indah-Riang-Ria

Salam,

Angin tau dgn kontraktor kabinet dapur ni.
Ke kami yg lambat nak bagi kata putus?
Now nothing happen yet in our rumah. 
Tunggu paling cepat 2 minggu lagi la untuk masuk Indah-Riang-Ria.

Now tgh nego qoutation harga.
Kompom kalu bayar 30% dan order barang ambik dalam 2 minggu untuk siap.
Pasang 1 hari jer.
Sementara tu, once meter air dah dipasang ZwanZwan bleh mula cuci rumah, bersihkan cat lebih yang sapuannya comot semua. Kering rumah bleh minta kedai perabot hantar bebarang. 2 kali depa called tanya bila mau angkat barang. Iyalah, depa pun nak clear up stor depa maaa...
Pada masa yang sama jugak kena spent some time pi PAS ambik langsir dan pasang railing kat bilik Professor Emeritus dan Adik. 
Settle ni semua, bleh mula pindah barang dari Subang Mas ke sana... 
Tidak ketinggalan kena baca yassin dan doa selamat masuk rumah... hm...

Saturday, February 11, 2012

Pasal... Update Dalam Pantang

Salam,

Seriusly me teringin nak berpantang macam cerita-cerita indah yang me pernah dengar.
Yakni, mak akan jaga makan minum kita, jaga baby bangun tengah malam semua, salin lampin cuci berak and such!

Me ada dengar mak tido sekatil dengan anak untuk jaga cucu.
Ada citer mak akan suruh anak tido bila cucu tido, makan bila cucu makan.
Ada juga yang mak siap atau carikan orang untuk urut, param pilis bengkung semua.
Menu makanan pun memang untuk orang pantang.

Well, this not going to happen since my Mum moden ma...
Lagipun me tak pantang kat rumah dia. Sendiri cari pasal kan? hahhahahaah

Luahan hati lebihan hormon ngandung la ni.

Adik ada kuning skit pagi tadi. Muka merah betul. Dengan segera ZwanZwan dan Abang Professor Emeritus Eiman Ariq pi cari susu kambing, susu ke2 terbaik selepas susu ibu! Alhamdulillah Adik minum dan nampak kulit dia balik ke biasa balik. 

Me pagi tadi dah masuk jari kaki nak meroyan sebab tetiba teringat Ewan. Apa hal anak aku nak kena kuning balik sedang anak sulung aku dah korban nyawa dulu?! Marah woooo! So now, 3 jam sekali gerak Adik minum. Me pun lepas susukan dia me pam susu. Walaupun la ni baru dapat stok 4oz tapi OK la, pelan-pelan kayuh ye dok?

Eiman plak kengkadang buat perangai. Oleh kerana ZwanZwan dan me penat dan tak cukup tido layan Adik awal pagi buta tadi, banyak kali la jugak Eiman kena pukul. Kesian dia... Salah kami la... salah kami...

Penerimaan Eiman terhadap kehadiran Adik so far OK, should improve within time, insyaAllah...
Doakan kami agar diberi kekuatan melayan kerenah anak 2 orang ni. Sungguhpun kami anak dah 3 tapi kami 2 kali berpantang anak sorang. Hihihihihi.

RUmah baru? Nak pasang meter air. Once dah pasang bleh mula bina dapur. Ambik simple jer sebab budget bocor masuk sepital dan operate masa cuti umum. Adeh~ 2K lari. hehehehhe... Sepital kerajaan tanak. Gatal hehhehhe...

Oh me ada berita baik untuk mereka yang bersalin operate. Me pakai corset ni, sedap dan selesa. MIL dan SIL pun bagi komen betapa me bleh jalan laju dan berdiri elok. Nanti me citer bendalah tu bila ada mood :P

Saturday, February 4, 2012

Pasal... Ewan Ariff

Salam,

Hepi 5th Befday Ewan Ariff!!!

Thursday, February 2, 2012

Pasal... Nafsu

Salam,

Tadi borak ngan Ili cakap nak guna duit claim bebulan lepas beli meja makan set putih dgn table top white marble. Tapi baru sat tadi nampak iklan kat Kami Jual Beli Avent IQ ISIS Duo pada separuh harga dijual, me trus sms owner tanya.

La ni tengah berdebar tunggu owner reply my sms.
My IQ ISIS Uno motornya rosak. Bagi lagi pinjam kat orang.

Then ada owner online shopping ni tag me kat barang dia. RM39 lebih murah! Cuma dia dah pakai dalam 6 bulan sekali-sekala la. Ah gila! Me kata tunggu petang sikit sbb tunggu owner 1st reply. If tak reply me sauk dia punya jer la. 

Jimat dalam RM900 wooooo compare kalau beli yang baru! Duit lebih dari beli yang 'previously owned' ni bleh guna untuk beli my dream dining table ye dok?

Ah nafsu!!!
Eh Ai bernafsu dengan standard Ai jer. Ai sedar diri. Kalau tak sedar diri Ai kawin dengan Jude Law ke, Ewan McGregor ke... BuahahhahahahaN.

Er Encik Azwan Sabtu ni jangan lupa kita pi Bungalow Ewan. 5 tahun dah sepatutnya Angel kita tu.
Then 10 hari lepas tu awak jangan lupa bagi saya bunga ke, coklat ke, kek ke... set 'buaya pink' yang saya minat tu ke... 13 tahun dah tau Ai ngorat you!!!

Wednesday, January 25, 2012

Pasal... 10 hari lagi!!!

Salam,

Lagi 10 hari befday Ewan Ariff!
Yay Yay!
5 tahun weh, 5 tahun!!!
Dah masuk prasekolah dah.
Dah pandai baca, menulis, mengira!
Dah pandai naik basikal, dah pandai jaga adik.

Tapi... tu KALAU Ewan Ariff hidup lagi la.
La ni, yang ada 2 batu nisan, 1 pokok tinggi!

sayang sayang Babah, sayang sayang Ibu, sayang sayang Ewan, sayang semua

Wednesday, January 4, 2012

Pasal... Ewan Masuk Prasekolah

Salam,

Terdetik kejap kat hati dan minda separuh sedar me, kalaulah Ewan masih ada, hari ni sure me ngan ZwanZwan tengah menyibuk menyepit kat mana-mana prasekolah menghantar Ewan Ariff. Sepatutnya Ewan akan masuk 5 tahun Februari ni. Huhuuhuuu... Tak sempat...
5 tahun seh! 
me 5 tahun dulu tak kenal ABC. masa nak masuk 6 tahun baru My Mum ajar. Masa 5 tahun yang me tau bangun pagi mandi makan main... Budak la ni, by 5 tahun tak tau ABC, abih la! Masuk darjah 1 dah kena tau membaca. Baca bukan jenis KV-KV hokey! Baca ayat penuh gitu. Pengsan!

Harap me bleh mengaplikasikan sepenuhnya ilmu ECE untuk Eiman dan Adik nanti, insyaAllah...

Sunday, December 18, 2011

Tuesday, August 2, 2011

Pasal... SUPER TENAGA

Salam,

Makin kurang morning/all day sickness tapi bila masuk pukul 5 petang, jaga-jaga la.
Selalunya me akan tido pukul 9 lepas mengosongkan isi pewot.
Terpaksa paksa diri makan nasi dalam 5-6 suap so tak kena gastrik.
Gaviscon Advance pun dah nak abih. Nak jumpa Doktor Kamal pun lambat lagi.

Rasa-rasa lelaki ke pompuan?
Entah la... Me kuat makan asam. Me tak suka sayur tapi minat giler bebuah.
Currently minat giler dengan Sour Plum.
Kena pulak aritu ZwanZwan beli yang rangup krup-krup, sedap!

Puasa?
Alamak!
Kalau bangun pagi sendawa bertalu-talu then muntah selambak dan lembek sepanjang hari, camner nak posa?
Ganti pun ganti la. Dari paksa diri buat benda merosak badan, kan?
Islam beri kelonggaran... Islam tak kejam...

Eiman? Kesian dia, macam terabai jer lately.
Bukan me nak tapi tak terkejar.
Berdesup lari! Tiba-tiba dah atas lemari sedia nak lompat turun.
Macam Energiser Bunny hokey tenaga dia!
ZwanZwan pun semput. 

Macam semalam, 3-4 kali kepala tu berlaga dinding la, lantai la.
Ada dia serik? Nangis la kejap, lepas kami gosok-gosok, dia buat balik.
Lasak weh!
Memang betul la me kata dulu, ni Eiman punya tenaga PLUS Ewan punya tenaga.
SUPER TENAGA.
Lembek kami suami-isteri melayannya...

Saturday, June 18, 2011

Pasal... Sofa Baru

Salam,

Masa korang baca ni Professor Emeritus Eiman Ariq and me dah selamat kat PD teman ZwanZwan main paintball.

So cuci mata jer la.
Kami pi cari shirt opis semalam kat Pyramid. Tak jumpa, tapi jumpa bendalah lain.
So terus beli sebab dah laaaamaaa sangat nak beli tapi tak terbeli sejak zaman Ewan lagi.

Eiman lepas nangis sebab kena letak oleh ZwanZwan yang nak pakai socks, tapi sempat posing bila nampak camera diangkat.

Wednesday, May 25, 2011

Pasal... Air Mata Dah Meleleh

Salam,

23rd May, me dapat 1 SMS dari kenalan baru yang mengharungi dugaan seperti me dulu.

"Akun kak Aznil, sory bru leh nk blas msg akak hr 2.. nma sya Syasya.. hr hpital aminah jb, tp kmi da blik hr sbtu 2.. sya tgk bby mcm xbrpe nk sihat la mean dia ashik muntah je pas bg susu. Da 2 hr mcm ni, da kurus je skrg. Badan sentiasa pnas, mmg mcm ni ke keadaan ewan dlu kak.."

Lepas me baca SMS ni, me terus pi toilet... nangis.
Seriusly me teringat Ewan masa last day kami ambik dia dari rumah MIL.
Selalu me akan minum dulu sebelum ambik dia kat bilik atas tapi hari tu me terus ambik dia lepas masuk rumah MIL. Bawa turun then me suapkan dia makan. MIL masak lemak hari tu. Tak jadi masalah to him sebab dia memang makan pedas.

Bila dalam keter, ZwanZwan dan me borak macam selalu, gelak-gelak tapi me heran, kenapa Ewan diam jer? "Ewan, Ewan...", me panggil tapi still no reply. Me buka lampu keter nampak dia dah muntah, banyak. Mengelupur me angkat dia pangku dan bersihkan dia. Ewan tetap diam. Lemah jer badan. Dah la dia demam.

Then semalam baru me reply msg Syasya. Tapi hati me strong rasa ada 'sesuatu' dah jadi. Tiba-tiba Syasya called. Tenang saja dia cakap, lembut, teratur... "Sebenarnya kak, baby dah tak ada. Dia dah pergi petang tadi...", me just boleh cakap... Oooo. Air mata dah meleleh.

Me doakan semua Ibu-Ibu yang diuji sebegini dikurniakan kekuatan mental dan fizikal mengharung hari-hari yang penuh dugaan ini. Ingatlah, sekiranya anak kita diambil, kita kena redha. Kita jaga mereka sebaik mungkin, selagi daya. Anak tu amanah yang dipinjamkan saja.

I even joke about it, a harsh joke, "Ewan tu ada faulty, so kami pulang balik to his maker...", sambil gelak tak senonoh. Orang tengok sure ada terselit rasa, 'mak tader perasaan'. But for me, buat apa me nak meraung tepuk-tepuk dada, koyak-koyak baju, tarik-tarik rambut meratap Ewan pergi? Dia boleh hidup balik meh? NO. NO! NO! NO!

Oklah, me minta pembaca blog me, kalau sudi, sedekahkan Al-Fatihan buat Bby (seriusly I had no idea what that baby name is. Tanya pun tak.)... Doakan juga semoga parents dia tabah. Makasih...

Thursday, May 5, 2011

Pasal... Faedah Kita Bersama

Salam,

Gambar disnap pagi tadi on the way ke rumah Mama Ruby.

Ni pulak gambar Abang Chaq, Ewan Ariff dengan buku ceritanya. Entah apa yang lawak tu me pun tatau...
Adik-adik dan kawan-kawan,
Membacalah buku pelajaran,
Surat khabar dan buku cerita,
Untuk faedah kita bersama...

Wednesday, April 20, 2011

Pasal... Kapit - Sempit - Kepit

Salam,

Sakit tekak.... suara serak...
Semalam pukul 1pagi terjaga, makan keropok 2 keping then tak boleh tido sampai pukul 2 lebih.
Not just me ZwanZwan pun sama.

Tak pasti pukul berapa, tetiba Eiman panggil dahn masuk bilik panjat katil tido dengan kami.
Kilat sambar menyambar. Lama Eiman tak tido kapit dengan me.
Bila nak subuh, baru terasa lengan lenguh. Semangat anak Ibu ni...

Ewan dulu cukup suka tido kapit. 
Dia kan tak boleh tido baring telentang. So bila tido kapit, badan dia mengereng. 
Then dia kan pegang my idung. Oh oh oh~
Miss him lah!

Oh, Eiman dah tak tido dengan kami dah sekarang. 
Dia akan tido kat hall. Not that dia nak tido sambil tengok TV, maybe sebab dia boleh tido rentas hall tu. 
Kalau tido dengan kami, kawasan sempit.
Nantilah Eiman, masuk rumah baru kita beli katil untuk kami ye...

Friday, April 1, 2011

Pasal... It Should Be...

Salam,

Dah reda skit dah pasal Susu Ibu dan Cacat itu.
Pada yang nak tau boleh ke 'Fan Pagenya' di sini.

Me kompius...
Kata BF tapi pakai botol... hehehhehe. Salah istilah tu.

Dulu... masa dengan Arwah Ewan Ariff, me tak dapat fully BF sebab tak reti dan tak kuat semangat.
Me campur FM sebab tak yakin boleh bagi Ewan kenyang.
Tapi me still pam susu dan bagi direct. Masuk kerja me pam susu 2 kali, dalam toilet tau! Dalam toilet! Pam manual lagi. Semangat!

Ewan minum BM dan FM.
Dia direct dengan me sampai 11 bulan lepas tu dia tanak tanak tanak.
Heran, frust pun ada. But later found out that I was pregnant.... patutlah!
Then Ewan dah tak directly BF dengan me. Just layan EBM jer.

Then come Eiman. Nipple confuse! SANGAT!
Semua sebab me malas nak segera susukan dia lepas kluar. Atas alasan sakit, pewot kena potong.
Then nurse plak bagi dia puting kosong.
Minum plak formula. Adalah dalam 1 week layan FM.
Balik rumah, me gigih pam susu. 3 jam sekali. Tengah malam, 3 pagi, 6 pagi... selamber!
Sebab nak rasa title FULLY ON BREAST MILK. Abih, title fully breast feed dah tak dapat.
Alhamdulillah, lepas 1st week tu, dengan bangganya me declare Eiman Ariq minum susu badan me SEPENUHNYA sampai er... setahun kot? tak ingat.

Itu pun me down sgt-sgt sebab ada orang kata, orang yang tak direct BF anak depa tak bleh geng dengan depa. Kiranya macam second class gitu. Me nangis sampai bengkak mata hokey! Me rasa me sampai  bebila pun tak bleh jadi Ibu yang baik.

Alhamdulliah, rupanya adik-lain ibu-lain ayah me pun sama jugak. Dia citer dia pun main pam jer, tak direct. Kalau hidup dalam dunia kartun, kiranya ada matahari terbit la masa Neena cakap tu. Seriusly me rasa dunia kembali cerah.

Thanks Neena. I will be forever grateful to you!

So, kesimpulannya...
Kalau kita rasa kita hebat, kita jgn cemuh orang lain.
OR... it should be...
Kita rasa kita malang, ada yang sama nasib dengan kita. Pepandai la carik...
OR... it should be...
Usaha tangga kejayaan
OR... it should be...
Saya telah melakukan sehabis baik untuk anak-anak saya
OR... OR... OR


Tuesday, March 29, 2011

Contest... Giveaway 'Entry Pertama Saya'

Salam,

Nak cuba nasib. Untung-untung dapat key-chain :)

Giveaway contest dari

Related Posts with Thumbnails