Warning! AKUNOI Warning!


Diingatkan, blog ni akan citer pasal me. Pasal kecomelan me, kepandaian me, kehebatan me. Akan ada entry yang menunjukkan
keriakkan me, kesombongan me, ... Segalanya about me, me, me dan me... The world does revolves around me, thingin'. Kot ada yang rasa geli-geli, meluat bila baca, me cadangkan, baik tutup jer window ni ye... Karang tak pasal-pasal korang muntah hijau plak... Anyway... pada yang tak kisah untuk muntah hijau... selamat membaca...


Showing posts with label Office. Show all posts
Showing posts with label Office. Show all posts

Saturday, August 8, 2015

Pasal... Jamuan Raya Aidilfitri Pos Laju HQ

Salam,

Event Khamis lepas. Meriah walau ada banyak hick-up.



  





Wednesday, July 1, 2015

Pasal... Caterer Kensel Last Minit

Salam,

Semalam majlis buka posa kat opis. 2 katerer. 1 buat nasi ayam hailam dan 1 lagi bihun sup dan capati cicah kari sardin kentang. Dalam pukul 11:30 ZwanZwan called cakap kareter ke2 tak bleh masak. Anak dia xcden. Maka, Ahkak la kena balik rumah masak.

Pi kedai beli barang untuk masak laksa Penang dan Speget. Dengan belakang sakit dan bengkak Ahkak gigihkan diri masak. Maka dalam 2 jam setengah siaplah ke2 menu tu. Ahkak pun bersiap dan pi opis balik.

Lepas abih event, kemas basuh bagai, sampai rumah mandi semua. Baru sedar both kaki sakit sbb berdiri lama.

Takpa la, janji puas hati...

Monday, February 9, 2015

Pasal... Sesat Di Hujung Jalan

Salam,

Tadi kena pi Puchong pulangkan stok event Sabtu lepas. Bawa keter putih legend tu.

Sampai trafik light pertama jem teruk. OK masih boleh tahan kepanasan. Then nampak rintik-rintik hujan. Adoi, Ai is mengelabah! Kereta kalau on aircon takut temperature naik. Nasib baik lepas lampu isyarat hijau, hujan stop.

5 minit on the road teringat depan ada toll. Duit seringgit-seringgit tadi semua kat opis. Ah sudah. Stop kat petrol station. Raba-raba beg jumpa RM5. Fuuuh lega.

Sampai sana dengan selamat dan pulangkan stok. Gerak balik dengan kelajuan tidak laju takut terlepas simpang.

Bayar toll dan increased laju. Nampak jalan yang selalu ambil masa kelaz kat Serdang dulu. Sekali tengok jalan tu tutup dan jadi tempat u-turn. Adoi la. Slow-slow bawa, masuk simpang Putra Height dan cari jalan patah balik. Luckly jumpa. Kali ni penuh confident bawa sampai rumah.

Sekian cerita sesat di hujung jalan saya.

Saturday, January 31, 2015

Let's zumba!!!

Salam,

Diantara usaha-usaha nak kuruskan badan... Zumba!

Dah 2 minggu try coordinate tapi tak jadi sebab lambat nak confirm kan instructor. Selain tak cukup orang.

Alhamdulillah this week jadi sebab terlebih-lebih orang lagi. Instructor best gile! Certified zumba's instructor. Wanita berusia, tapi she moved like she's 16 babe!!! (If nak nombor dia, pm saya)

12 lagu semuanya kot, lost count. 3 kali me stop minum air dan beberapa kali stop lap peluh. Basah sampai ke anak baju weh!

Anyway, ni gambo kelabu di hari kejadian...

Tuesday, December 16, 2014

Pasal... I Knew You Were Trouble

Salam,

Macam lirik lagu Taylor Swift, "aku tau ko adalah masalah masa ko melangkah masuk". Macam tu la me rasa masa budak department sebelah nak masuk unit me.

Dah sebulan or more kot, me tunggu ganti staff. Dah dapat idaman kalbu, sekali mamat ni potong jalan.

Me ada tanya dia, "apa yg ko tau pasal unit event? Ko rasa kitaorang buat apa?" Jawapan dia buat me rasa macam lower than dirt kot... "Jaga event dan cari quotation". The hell jawapan. Bila me bgtau "we are more than jaga booth dan cari quotation", jaw ko dropped!

Dia mc masa hari pertama lapor diri. Tak msg me, dia msg boss lama dia. Time tu me dah rasa, ko tak bleh cari nombor aku bgtau ke 'dol? Boleh jer tanya kawan unit baru ko yang jaga depan tu kan?

Dia tanak tukar tempat baru. Nak dok tempat lama, unit lama lagi.

Dia masih buat kerja lama dia sbb boss lama suruh.

Dia tak nak buat kerja yang me suruh dia buat yang memaksa me sendiri usung 2 kotak 15kg turun bawah, masuk keter bagai. Nasib baik kawan unit ko tu tolong. Klu tak mmg me mengamuk tadi. Lagi lawak, lepas ko tanak buat, ko hilang pi isap rokok! Hebat!!!

Me dah deal dgn IT set email dia kat tempat baru, dia kata tak boleh sbb masih kena buat kerja lama. Tak ada orang ganti. Me ketap bibir jer nak kata, "tu bukan masalah aku sbb by right pengganti ko dah ada tapi boss unit lama ko gedik tukar ke unit lain plak apahal?". Tapi tu la, tak terkata.

Maka esok kena bagi ultimatum agar dia selesaikan semua kerja unit lama by this friday or i'll go to HR on monday and request dia digugurkan.

Nak kesian unit lama dia... Er, unit lama me sapa nak kesian? Kerja dia yang sepatutnya buat, sapa nak buat? Me lagi?

Geramnya... Marahnya...
Giler tak sangka budak gini paksa me keluarkan kuku... Argh!

Monday, November 24, 2014

Pasal... Sneezing And Mascara

Salam,

Sneezing and mascara can't go together.
This is what happen when you sneeze right after putting on mascara...
SMUDGE!!!

BTW, insyaAllah our holiday plan to Penang is on track so far. But i was told by muy boss to bring my laptop along since PL have 2 big events happening next week; World Youth Stamp Exhibition dan l Movie Night Out...

Kiranya, cuti tapi kerja la... WFH; Work From Hotel, 'a bird' by The Beach Penang or something something... (sempat lagi meriak!)... TQ ZwanZwan sudi bawa kekami jengjalan...

Thursday, September 26, 2013

Pasal... Lenses Den Botingkek-tingkek

Salam,

BZ
BZ
BZ

Dengan kelas dah nak mula next week... Harap Allah bagi kekuatan for me untuk jadi Isteri, Ibu, Pekerja dan Pelajar... insyaAllah, Amin.

OK, ni antara hasil kerja me i.e. dari menguruskan dokumen untuk dept procurement, meeting jawatankuasa, meeting rundingan harga, bla bla bla...
Soon nak tagging plak. Then arrange payment lagi.



Ni antara kamera-kamera yang dibeli oleh unit me. Kamera dan aksesori.
Sayang me tak minat kamera, kalau tidak sure dah tergedik-gedik nak pinjam. Ahaks!

Friday, July 19, 2013

Pasal... In Waiting Mode Again

Salam,

Hadoi la... lama tak masuk sini.
Kali ni memang super-duper bz!

Me buat procurement untuk pembelian barang unit me. Ratus ribu la, maka dokumen dihiasi red tapes berjela pun ratus ribu la. 3 minggu tonggang terbalik buat. Siap, hantar. Tup-tup depa mai balik kata tak lengkap. Buat lagi tapi tak sempat nak masuk meeting. Time ni mmg feeling down sgt sbb dah buat sebaik mungkin tapi tak lepas.

Tak kisah la. Me  teruskan juga buat. Next meeting lagi 2 minggu. 
Please bear in mind me buat ni dengan bantuan orang yang tak pernah buat procurement. Dah macam the blind leading the blind hokey! Tanya sana, tanya sini.

Yang tak syok tanya salah orang, or tanya orang yang tau prosedur separuh jer. Maka inilah jadinya.
Siap pegawai pangkat besar turun tu, mai tanya me mana yang me tak paham, lepas boss me sent email to ketua mereka citer apa yang terjadi.

Ni citer lawak: Hari Khamis. tengah tonggang terbalik taip dokumen, siap minta sorang mamat unit me ni tolong taip masuk borang yang depa kata dok tunggu kami hantar tapi tak hantar-hantar, sedangkan boss me suruh depa buat kerja cepat; yang kami tak hantar sebab tunggu info lanjut dari vendor; tapi depa kata takyah tunggu isi jer biar lebih jangan kurang. (paham tak ni?! tak paham buat-buat paham jer la)... tup-tup depa call kata, 'eh korang beli barang kecik-kecik kan? (kami beli kamera dan aksesori). tader barang tunggal yang harga 50K kan? maka, takpayah isi borang tu.!'

WTH!!! apa korang rasa lepas tu? Kiranya minggu ni punya kerja, sebenarnya tak payah buat!
Arghhhhhhhhhh! 
Tapi still, depa suruh call vendor minta 1 tiny info lagi la... info yg maybe depa patut habaq awai-awai dulu so tak jadi macam ni? dunno la...
Maka... i'm in waiting mode again lor...

Eh wait! Tadi masuk sini, me nak citer pasal OUM. Camner terciter pasal lain plak ni?
Sah masih pening procurement lagi ni... Aiyaaaak!

Friday, June 28, 2013

Pasal... Mungkin Kemungkinan Memungkinkan Pemungkinan

Salam,

Tadi pagi borak-borak kat group wassap terato, terbuka pasal surprise ZwanZwan untuk me. Macam biasalah bebudak tu dengan cerita-cerita lawak merapu depa tu. Me pun gigih la citer cerita sedih hal book sendiri bayar sendiri hotel kek bagai. Ada citer pasal spa. Then it tick me!
I'm doing the spa thingy too!

Hebat, hebat... tapi macam forever alone kah sendiri book sendiri bayar?
Ke independance sangat?

Dua kemungkinan:
1. ZwanZwan senang hati sebab me tak kacau dia dan poket dia
2. ZwanZwan fed-up sebab semua me buat sendiri, macam tak perlukan dia

Hm... camner?
Nak kata gelas tu separuh kosong kah, separuh penuh kah?

Heh~
Me pilih untuk bersangka baik.
Ahaks!

Apa apa jer la entry me.
Tak ada kerja.. I mean, kerja ada tapi kena tunggu sorang tu buat part dia baru me bleh proceed bahagian me... Ohooo

Friday, May 17, 2013

Pasal... Air, Paip

Salam,

Nak mengadu.... 

Tadi lepas lunch, time dalam toilet, sedang baik punya 'bertahta' adalah minah ni... Masa me memula masuk toilet tu dia tengah ambik wuduq. Then dia masuk kubikel sebelah nak cuci kaki la tu. Tapi dia buka air paip tu siap mercik kena kaki me! WHAT THE HELL?!!! Kiranya dia pulas kepala paip tu semaksima mungkin dan water came out besar dan deras!
'Eh eh minah ni! Mental hapa?!' Dah percuma basah kaki kain me...

Bila me keluar kibas-kibas kaki kain me yang basah tu dia buat muka tak berdosa jer. 

Now tadi, again nature call... me masuk, minah manatah keluar dari kubikel sebelah. Dari bunyi me dengar dari dalam tu, sure minah tu terus ambil wuduq. Masalahnya, air paip kubikel yang dia guna tad tui, dia tak tutup habis... dah lencun banjir air dari kubikel tu masuk kubikel me. I was like, 'Great, another aRsew|pe tak ada sivik!' Paling hebat, lepas dia tak tutup air paip tu, lepas dia ambik wuduq kat sinki luar, dia cuci kaki dia kat other kubikel. Meaning, kubikel yang dia lencur banjirkan tadi dia tak masuk. AND minah tu lencun banjirkan plak kubikel yang baru plak! 

Me? Being TERextra concern, me pi la tutup paip terbuka tu dan blah secepatnya dari toilet tu. Malas nak ngadap mereka perangai tak senonoh ni. 

Yes it's only air paip tak tutup habis jer pun. Tapi ko tak fikir ke akak cleaner tu nak kena mop lantai tiap masa tetambah la ni musim audit dan orang audit tu buat undang-undang, toilet tak bleh lenjun. Ko tak fikir duit gomen habis bayar air yang ko bazirkan? (ini bukan Selangor - air FREE hokey!). Ko tak fikir, perangai buruk ko tu menyusahkan orang lain? Entah macam mana la perangai ko kat rumah, ye? Mahamalas mana la?!

 (Toilet sini papan adang jenis tak sampai bawah terus. Ada dalam setengah kaki terbuka. Klu basah lantai tu, bleh nampak reflection orang sebelah) 

Thursday, May 16, 2013

Pasal... Rezeki (Final Part) ... so far~

Salam,

OK Ahkak malas nak taip panjang... Ahkak letak gambo dan short story jer ler...

Gambo 1:
Dalam kes Ahkak: Opis sabo kena paksa-rela terima VSS. Dapat kerja baru tapi tak ketahuan hala. Rupa-rupanya nak dapat yang lebih elok dah secure skit (even for a year)...
Gambo 2:
Opis baru Ahkak~
Dan kendian, Subahanallah,Allah tambah lagi rezeki Ahkak sekeluarga...

Grand prize winner untuk pusingan ke2 anjuran BookXcess; an iPhone 5, Mac Pro and a Viva. The other guy is the owner of BookXcess; Andrew.

Friday, May 10, 2013

Pasal... Rezeki (Part 4)

Salam...

OK... Maka sekarang bermastautinlah ahkak di UM ni untuk setahun...
Lepas tu tatau la nak merempat kat mana plak.
Disambung pun elok juga. Diserap lagi elok. Wallahhualam~

OK, begitulah citer rezeki tak disangka-sangka me.
Dari frust tertonggeng ke happy. Then frust kecIwa tup-tup good news...
Ai yai yai!
Alhamdulillah...

Thursday, May 9, 2013

Pasal... Rezeki (Part 2)

Salam,

Citer pasal penungguan suatu penyiksaan pula...

Masa pergi interview kat UM tu, me pakai baju kurung chomel-chomel la. Naik tingkat 7 jumpa adalah sorang pegawai tu. Lepak 5 minit then turun ke tingkat 3 (kot). Sementara tunggu interviewer tetiba datang sorang lagi cOlan, Siti Faeizah. Nampak muda. Wow! 

Tetiba dapat call dari budak opis tanya me kat mana. Dia nak ambik barang kat opis. Siot betul! Tader tader! kali ni persetankannya. Masuk bilik interview ada 3 orang, sorang mat salleh botak dan 2 Malay ladies. Sorang muka nampak lembut sorang lagi muka macam 'ko kerek, ko kena!'. 

Bla bla bla... settle. Depa kata dalam DUA (2) hari depa akan bagi jawapan. Me tunggu... 1 hari... Nothing... 2 hari... Nothing. Maybe depa bagi jawapan minggu depan kot. Tunggu lagi... still nothing. Me siap SMS budak yang email me details interview if dah ada keputusan ke? Dia reply. "Tader lagi tapi patutnya HR akan contact. Tunggu dulu la". Bila dah genap seminggu dari tarikh pi interview me dah panas... Me sms mamat tu lagi, "Jika dah buat keputusan untuk tidak pilih me, bgtau la. Boleh berhenti berharap. No reply. Frust tertonggeng... 

Maka me teruskan hidup dalam keadaan tidak tidak tidak happy sangat bekerja dengan boss yang... WOW! Masuk minggu ke2 lepas interview, isnin. Me malas masuk kerja, me sambung tido lepas subuh. Dalam pukul 9++ ada call in. Dalam keadaan mamai-mamai tu me angkat phone. 

"Puan Nurul, saya A*** dari Universiti Malaya. Saya nak tanya, puan dah dapat ke offer letter kitaorang?"
"Hah?! Offer letter? Tak dapat pun. (time ni masih mamai) Eh, kiranya ni saya dapat la kerja tu ye?" (time ni me macam baru lepas kena curah air ais!)"
"Iyer Puan. Itu yang saya call tanya bila Puan boleh lapor diri"...

The rest is history...

Wednesday, May 8, 2013

Pasal... Rezeki (Part 1)

Salam,

Nak citer pasal rezeki...

Rasanya ramai tau dulu me kena sabotage dgn opis SiripBiru dan terpaksa terima kind of VSS lepas habis 2 bulan cuti bersalin dan 1 bulan cuti tanpa gaji. Menganggurlah me lagi sebulan.

Me dapat kerja kat JenJENGJobs awal bulan Jun tapi kerja 5 bulan jer. Sebab apa? Sebab me diberi tugasan untuk jaga phone calls virtual dan serviced offices selain kerja JenJENGJobs. Dah la tader job descriptions.

Then me dapat kerja yang me biasa buat, admin, kat opis orang Belanda. Situ lagi gila. Me developed phobia bila nampak keter sama jenis atau yang nampak sama jenis dengan keter boss. Ada sampai tetiba mulut kering, jantung berdebar laju dan rasa nak pitam punyalah takut! Selain seksaan mental yang sampai ZwanZwan kata, "Boss awak tu GILA!". 

2 kali me pi interview kerja lain dia macam tau dan ada jer calls, sms dari dia dan Amoi opis tu. Sekali tu, me sampai tak habis jawap soalan sebab panik byk sgt calls and sms. Sekali nanhadolahnyernyah!

MAKA... sehari lepas frust tertonggeng interview dengan kampeni bagus kena sabo, me masuk opis dengan rasa down-down-down sangat. Me buka pc dan do a search; 'jawatan kosong'. Nampak 1 forum yang me selalu masuk; Cari, dan 1 posting dari forummer ni. Walaupun iklan tu untuk jawatan bulan 2, but heck it!

Me called tanya ada ke kosong untuk Admin. That nice lady jawap;
"Kebetulan petang ni saya nak submit resume kat Pengarah." 
"Saya ada 2 diploma; IT dan Early Childhood Education. Now tengah sambung kat OUM ambik degree..."
"Kami nak yang ada diploma."
"Then boleh lor."
"Jawatan ni kerja dengan Professor bangsa asing. Jadi nak yang ada good English lah."
"Er... saya tak tau la sebagus mana English saya tapi saya pernah kerja 6 tahun dengan English coordinator dan kebanyakan boss saya memang Mat Salleh."
"Kalau macam tu, cik email kepada saya bla bla bla..."

And just like that she received my resume and application.
And just like that I was called for an interview 2 days after my call.
Though they did tortured me for like almost 3 weeks to told me that I got the job... Still Alhamdulillah I got the job.
(Oh pasal tortured tu nanti lain kali me citer :P)

Thursday, May 2, 2013

Pasal... Kempen Parti Laksa

Salam,

Aritu me niat, dapat kerja YuEm ni, gaji first me nak buat makan-makan laksa.
Me yang mengelupur ni dah keco-keco invite semua... Sekali gaji bulan lepas tak masuk daaa... YuEm sekalikan dengan gaji bulan ni. Terduduk, terhenyak rasanya.

Maka ZwanZwan terpaksa jadi ATM me. Tapi kejap jer la. Sementara me nak keluarkan emergency stach me.

Anyway... akhirnya dicongak-congak JADI jugak makan-makan er.... kempen Parti Laksa Sabtu ni, insyaAllah. Dah beli bebahan. ZwanZwan beli. Excited dia. Kami pun dah kemas-kemas rumah bagi elok skit. Maklumlah rumah besar kandang Sha... Er kandang Lembu... kena susun elok-elok barangan dalamnya, bagi tak nampak sendat.

Sebelum korang bleh tOtOp window blog me ni, terimalah gambo makcik gomen bercamwhoring dalam toilet...


Tuesday, April 30, 2013

Pasal... Shake Things Around

Salam,

Bengang ni!!!
Masuk kerja dah hampir 4 minggu.
Dapat kad access dah nak masuk 2 minggu. Tapi kad tu jadi hiasan gantungan leher jer la.
Tak boleh guna untuk masuk opis!

Bgtau IT, dia respon minggu seterusnya kata itu bukan bawah tanggungjawap dia. WTH?!
Me email orang sepatutnya. Dia plak MC hari ni. 
ADOI LA!!!

Prof dah naik muak tolong bukakan pintu untuk me pepagi.
I mean, faham la, nak aktifkan kad bukan lama sangat. Paling 'langsat' pun 5 minit jika segalanya berjalan mengikut SOP sepatutnya. Tapi la ni 2 minggu! 2 minggu still nothing!!!

Jadi, apa penyelesaiannya?
Me kena pi bahagian IT jugak la. Shake things around...

Thursday, April 11, 2013

Pasal... YuEm Day 3

Salam,

Hari ke-3 kat YuEm.
Masih tak dapat PC. Power plug pun tak ada kat meja me.
Ni online pun pakai laptop sendiri. Apa-apa jer la.

Boss... opsss Ai mean Prof sangat baik! Ai yang memalu kucing.
Pegawai atas Ai sangat kerek. Ai kena rub him in the right place jika nak selamat dan hidup kat sini.
Kawan Ai, awek Arab, pegawai R&D gitu lah. Rambut hitam, lebat berkilat. Kulit merah-merah tak payah pakai blusher. Muda 2 tahun dari me dan ada master.
Sorang lagi mamat kurus dari MMU. Itu jenis selamber dia jer. Semalam datang pakai shirt hijau, hari ni pun pakai baju sama. nasib baik tader bau tak best! Hahahaha.
Lagi sorang timbalan amender tah akan join bilatah.
2 pegawai lain, melayu, muda. Sorang tu cute, Ai suka tengok dia. Hahahhaha.
Sorang lagi jenis suka ampu ketua. Hahahahha...

OK gelak jer...

Kerja dapat sikit-sikit. Prof pun baik sabar ajar Ai buat kerja.
Makanan? Hm, baru sekali makan kat dalam ni. OK la. Harga pun, boleh la. Sebab student kan? Takan nak jual nasi ayam RM10 sepinggan. Ada kedai yang kena bakar ni.

Now dah dekat pukul 5. 30 minit lagi balik.
Yang Ai perasan sini la kan, kerja lambat buat ke, nak tido ke, nak mengular ke, boleh TAPI kena masuk opis on time! Itu penting. Bebudak lelaki melayu tu, masuk pukul 7.30am! Gila ah! Yang atas Ai tu, 6.45! Ko bersiap atas sejadah, azan jer ko terus solat dan lepas doa ambik kunci keter dan drive ke opis ka? Giler ah!


Thursday, April 4, 2013

Pasal... Tiba-tiba Terfikir (yang panjang)

Salam,

Tiba-tiba terfikir, adakah my replacement nanti boleh cari apa-apa dokumen atau info yang dia nak dengan mudah? Me rasa me dah failkan segala maklumat seeloknya (mengikut style me yang me belajar dari kerja-kerja dulu la). 

Tanak la nanti ada jer call tanya ni mana, tu mana. Dah la tadi org YuEm call cakap boss tu dok tanya-tanya bila me nak mula kerja. Nanti me sedang seronok tumpu perhatian belajar benda baru kat sana, depa EAAS dok tepon tepon, sms sms, email email tanya ni, tanya tu. Tak bagus la macam tu. Takut boss baru ingat me cabut tinggal semua tunggang-langgang.

Me masa baru kerja kat EAAS ni, semua bersepah (bleh baca entry me yg lama-lama dulu). Me susun balik, key-in data in excel so senang nak rujuk. Labelling fail pun kemas senang nampak, petty cash ada buku, forms pun ada macam-macam jenis.

Opsss pasal forms tu, me rasa me nak ambil balik SEMUA. Dari form claim, cuti, requisition, job application, OT dan salary slip, semua me nak ambik balik. Guna la balik resit Salary Voucher of the rack tu.  Boleh ka me buat camtu? Ke salah? If ada yang sudi, please advise~ For me la, if boss EAAS bising, me akan jawap, "You did not pay me enough to automate your office!". Your little sad office.

Sangat sad sampai memang mengganggu emosi me. ZwanZwan ada cakap 1-2 kali, me nampak mandom jer, tader semangat. Ada sekali dua jugak sampai menangis tak tahan kena 'torture' dengan boss sekarang. Tak pernah kena sampai macam ni sebelum ni weh! Me tak pernah tinggikan suara lawan cakap boss. Dia cakap suara kuat, me pun cakap suara lagi kuat. Sebab me tau me betul dan dia hanya nak dengar apa yang dia nak dengar jer! If berita tak elok, dia tanak dengar. Tapi itulah, dia tak dengar, esok-esok perkara tu naik balik, dia kata me tak update dia. Ko nak kata apa?

Anyway, me ambik pengalaman kerja sini sebagai training agar me lebih bersabar, jgn takut untuk bersuara bila benar, jgn sesenang bagi org buli DAN sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. 

Pada yang sudi, doakan me cemerlang kat YuEm nanti, even kontrak. If lagi sudi, doakan me sambung kontrak OR better, diserap permanent. Me rasa, pada usia ni, me dah malas nak buat kerja yang memerlukan me sentiasa kreatif, innovatif dan proaktif... selalu! setiap masa! nak buat kerja generik plak. Huhuhu... sungguh tidak berkembang minda ~

Wednesday, April 3, 2013

Pasal... Kepala Ditunjal Lebih Nikmat

Salam,

Dah siap update rekod payment, simpan dokumen.
If nak last day harini pun boleh tapi kena bayar 4 hari la plak! banyak tu.
Maka esok kena pi opis lagi la, dan esok.

Tapi lepas tu, minggu depan sure banyak calls, sms dan email masuk dari dia. 
Sure dia marah, geram dan segalanya. Kalaulah dia boleh datang bulan, sure akan termiss 4-5 hari.
Kalaulah dia boleh produce susu, sure akan kurang separuh hasil tuaian harian.
Yes, that's the ordeal he had put me sepanjang hampir 5 bulan ni.
Not to mention the feeling he made you experience every single day working here.
Perasaan kepala ko ditunjal lebih nikmat dari kepala ko ditekan ke tanah mencium debu. Itulah yang me rasa.

OKlah, semoga perjalanan selepas ini lancar dan mudah, insyaAllah...
Amin amin amin.

*sedang menahan diri dari lapar dan dahaga serta perkara yang membatalkannya sempena menunaikan hajat yang dibuat semasa pergi interview haritu; "kalau dapat kerja ni, me nak posa 2 hari".

Tuesday, April 2, 2013

Pasal... Baca, Faham, Amal

Salam,

Kena baca dan fahamkan serta kemudian, amalkan...


Related Posts with Thumbnails