Warning! AKUNOI Warning!


Diingatkan, blog ni akan citer pasal me. Pasal kecomelan me, kepandaian me, kehebatan me. Akan ada entry yang menunjukkan
keriakkan me, kesombongan me, ... Segalanya about me, me, me dan me... The world does revolves around me, thingin'. Kot ada yang rasa geli-geli, meluat bila baca, me cadangkan, baik tutup jer window ni ye... Karang tak pasal-pasal korang muntah hijau plak... Anyway... pada yang tak kisah untuk muntah hijau... selamat membaca...


Showing posts with label Terato. Show all posts
Showing posts with label Terato. Show all posts

Friday, September 14, 2012

Pasal... Selamat Pengantin Baru

Salam,

Selamat Pengantin Baru buat kawan lama, Geng Terato Shawal Izwan dan pasangannya Maisarah.


Semoga hidup rukun aman damai, bahagia ceria sentiasa, dikurniakan anak-anak yang sihat, cerdik lagi comel... dan rumahtangga dilimpahi rezeki sampai akhir masa, amin~

Tuesday, June 21, 2011

Pasal... Cepatlah Sembuh Zahra Elena

Salam,

Minta kengkawan bloggers doakan semoga anak kawan me, Zahra Elena cepat sembuh.
Dia di kena nephrotic syndrome dimana antibodi yang terlebih sudah attack buah pinggang.
Now bengkak muka that super cute girl tu. Tak nampak mata kucing yang berharga 10 juta tu...

Pada yang nak tahu lebih lanjut boleh ke SINI.
Baca sendiri apa yang terjadi.

Again minta pembaca semua doakan semoga Zahra Elena cepat sembuh, Mamy Aan dan Dedy Elias tabah dan tenang hadapi cubaan dari Allah ni. Amin~

Monday, May 30, 2011

Pasal... Ceciter Hari Isnin

Salam,

Seriusly tader apa nak buat hari ni.
Well maybe tadi sebelum pukul 12 dimana me bertekak dengan Pak Guard Kerek IGB sebab dia tahan Uncle nak pulang kerusi.
Itu kalau me rajin, me citer... :P

So, raya tak lama lagi yek? Baju dah tempah?
Me dah siap 2 tapi bukan untuk raya tapi untuk kenduri kawin geng Terato.
Dah lama depa bersama, Alhamdulillah bersatu jugak... jodoh ye dok?
Tapi me tak ingat which wedding the Bride told me not to wear white entah?
Baju me 1 tu putih, kain biru mudah. Sekali imbas macam budak sekolah menengah la plak!
Tak perfikir pun masa beli kain haritu... (Iyerlah hari tu. Beli sejak kerja MEDIU tu)

Cakap pasal sekolah menengah, teringat sesi PJK kekami suami isteri. Me 2-3 kali ngelat berlari-larian kat stadium. Penat seh! Tapi tak bersenam tak ada stamina kompomlah naik10 anak tanggapun rasa macam nak pecah jantung, kan?

Thursday, May 12, 2011

Pasal... Bila Mendung

Salam,

Korang tau kan citer pasal 3 beradik kena sapu dengan kepala air kat Ulu Bendul?
Rasanya sampai la ni tak jumpa lagi adik yang bongsu tu. 2 tahun tau.
Allahu Akhbar. Semoga the parents tabah dan redha atas ketentuan Ilahi ini...

OK OK, me tanak citer pasal sedih-sedih. Down motivasi dengan emosi.

Nak citer pasal kepala air yang mengingatkan me kepada piknik bebudak Terato bertahun-tahun dulu.
Rasanya tu piknik paling ramai peserta.

Tengah seronok mandi, me tengok langit mendung.
Being myself, a KEPOCHI mak nenek, me pun suruhlah bebudak ni naik dulu.
Sebab me ada dengar orang kata, sungai akan naik airnya bila hujan...

Bila dah lepas 15 minit tu, tengok semua budak dah siap salin baju.
Me tanya, apsal korang salin baju ni?
Dah Kak Tatty suruh naik, kami salin la...

Hehehehhe...

Moral citer ini adalah...
Bagi mengelakkan disapu kepala air, silalah naik dan menjauhi sungai bila hujan turun renyai-renyai or better yet, bila mendung...

Monday, April 11, 2011

Pasal... Spiderman & Lucky 7

Salam,

Tader modal nak citer.
Maka citerlah citer dalam kain... bleh?

Me mula buat rutin baru bila drop off ZwanZwan kat LRT station.
Since me yang drive dan seat sebelah ada car seat Eiman, maka ZwanZwan akan duduk belakang.
So, bila stop kat trafik light, me akan dongak kepala dan ZwanZwan will do the Spiderman Kiss...
Secara tak langsung dia akan 'pakai' my lipgloss sekali la. hehehehehhe...

Camner Spiderman Kiss tu?
Gini ha....

Exclude the rain, the wet shirt, the spidy outfit of course... :P


On the other hand, we have 6 Teratorian Mummies tengah baking the bun in the oven right now.

Will Ai become the lucky 7? Dunno yet! Hahahahahha... 
Bukan ke aritu kata tanak? Entah la... dia dah start gedik balik dah... :P

Monday, November 22, 2010

Pasal... Gath Jadi Tak Jadi?

Salam,

Semalam, sepatutnya jumpa beberapa Teratorian dengan anak-anak mereka. Tapi biasalah ada yang jenis TOTALLY POYO, ada yang tunggu kita tepon baru nak bgtau tak join, ada yang nak sangat join tapi ada hal lain...

Anyway, ME SALUTE kepada Puchong/Izan, Diana dan Sarah yang mai dari jauh...
SALUTE kepada Aan, Elias dan Zahra yang redah panas even ekon keter kaput...

Cuma sayangnya tak snap gambar la plak...

Lain kali kekita pi tempat seronok skit lah ye... Piknik ke, Fun Fair ka...

Saturday, August 28, 2010

Pasal... Pelamin Anganku

Salam,

6 tahun lepas, bersama-sama fellow Teratorian meramaikan pelamin me ngan ZwanZwan.

Havoc seh!

Friday, August 27, 2010

Pasal... Award Persahabatan - Azimah

Salam,

Ni utang dari 5 Ogos aritu tu...



me terima ni dari Cik Puan Azimah yang sedang 'baking her third bun in the oven'. So cool! Eh, oven sejuk meh? keh keh keh!



Langkah-langkah pencegahan yang perlu diikuti adalah seperti berikut:

1). Nominate 5 rakan anda yang pada pendapat anda mempunyai nila-nilai persahabatan yang baik dalam dunia blogging nih.




2). Berikan nilai persahabatan yang anda rasa dimiliki oleh mereka ini.


Fellow Teratorian. 1st jumpa masa my wedding kat Shah Alam.
Sangat ambil berat tentang me, Ewan, Eiman.
Anak-anak kami dilahirkan selang sebulan dua jer, baik Nawfal dengan Ewan ataupun Maryam dengan Eiman.
Penyokong kuat penyusuan ibu...


Also a fellow Teratorian. Tak ingat bila 1st jumpa tapi selalu berjumpa masa hantar anak kat babysitter, cuma sejak bulan puasa ni tak jumpa la plak. A very fun person! Selamber! Punya anak dara yang 2 minggu muda dari Eiman. She's also ambik berat tentang me anak-beranak. Juga penyokong kuat penyusuan ibu.


My scandal kat MEDIU! Muahahhaha! NO LAH! 1st jumpa masa kat chatting online rasanya. Time tu rasa connected sebab his wife baru gugur and me pun baru gugur. 1st time jumpa me nak belanja paddlepop tapi ditolak. Huh! Encik yang rugi~ Dia jugalah yang tolong me dapatkan kerja kat MEDIU. Terima kasih. Saya suka kerja MEDIU (tolak sorang dua tu lah!). He is also a very-very good father dan dia jugaklah tempat me luah perasaan bila gaduh ngan Yzma dulu :P


Ohooo, Pegawai Saikologi kat Sepital di Sandakan. Sangat-sangat-sangat baik hati okay! Masa me mabuk ngandung Eiman, dialah dok hantar me balik rumah. Dia jugak la tukang beli nasi lemak me sarapan masa kat MEDIU. Dia jugak lah yang jadi tukang dengar merepek, layan me nyanyi kat meja depan MEDIU, mengekor me jengjalan malam minggu. Full of good stuff lah si Pojie ni, sampai me tatau nak tulis yang mana dulu. Moga Allah balas segala kebaikan yang ko buat untuk aku weh! All the best~


Ustaz AdamPelik! Soft spoken. Pandai susun ayat sampai berita buruk pupn jadi elok bila dia sampaikan. Pandai cakap arab. Pandai simpan rahsia, hormat orang tua. Also another geng tempat luah perasaan kat MEDIU. Hehehehe... La ni dia jadi Ustaz kat sekolah di Noghori. Tatau bila lagi nak jumpa...



3).Ceritakan perkara hebat yang korang lalui bersama yang boleh dijadikan ikutan dan panduan.

Maria - menjadi ibu! Saling bertukar-tukar tips dan petua serta cerita perkembangan anak-anak.

Aan - Join gathering Terato yang entah-apa-apa-nyer-entah. Then tempuh pengalaman dari single ke berkapel ke tunang ke isteri dan now a mother. Shoooo sweeet!

Axlan - Saling bagi support masa sedih. Bagi semangat dan nasihat untuk melalui hidup walau sesusah mana sekalipun.

Pojie - Bersama bersatu menentang Yzma! Hahahhaha! Klassik wooooo~

Adam - Membantu meringankan kerja kami at Student Care :D Thanks Bro!


Monday, July 19, 2010

Pasal... TAHNIAH Ahmad Izan a.k.a. Puchong

Salam,

Sorry lambat citer.

Dapat SMS dari Papa Puchong 13th July (Selasa) lepas.

"Salam tatty, anak aku selamat dilahirkan pade ari sabtu 10.7.10 kat spital ampang baby girl,pantang kat serendah"

Alhamdulillah. Selamat lahir lagi sorang Teratorian Jr.
Baby and Mama sihat. 3.5kg


Sarah Adriana Binti Ahmad Izan

Monday, May 17, 2010

INTERMISSION: Menangi 2 tiket terbang ke Medan, Indonesia!

From: http://blog.teratotech.com/?p=516

Anda ada akaun twitter? Anda mempunyai pengikut dari Malaysia yang ramai di dalam akaun tersebut? Anda suka melancong? Anda suka aplikasi iPhone?

Maaf kerana terlalu banyak bertanya.

Menangi 2 tiket penerbangan Firefly ke Medan, Indonesia (sah sehingga akhir Oktober 2010) dengan hanya ‘retweet’ dan mengikut kami di Twitter.

Sertai dengan mudah:

1) Anda perlu mempunyai akaun twitter
2) Jadi pengikut akaun twitter kami
3) Retweet topik yang berkaitan
4) Mulakan dengan klik pautan ini. (http://www.tweetswin.com/304/)

Harap maklum, acara ini hanya terbuka kepada pengguna dari Malaysia(tapi kami masih ada beberapa perancangan untuk membuka penyertaan pertandingan yang akan datang untuk pengguna luar Malaysia. Sila tunggu!).

Acara ini akan berakhir pada 31 Mei 2010 ini. Hadiah adalah sumbangan Yellow Pages Malaysia.


ENGLISH:

Do you have a Twitter account? Do you have a lot of Malaysian followers? Do you like to travel? Do you like iPhone applications?

Win 2 Firefly tickets to Medan, Indonesia (valid until the end of October 2010) by just retweeting and following us on Twitter.

How-to:

1) Get a Twitter account
2) Follow us on Twitter!
3) Retweet selected topics
4) Begin by clicking this. (http://www.tweetswin.com/304/).

Please take note that this contest is open only to Malaysian users. For Non-Malaysian users, just hold on to your hats!

The contest ends on May 31st, 2010. Prizes are courtesy of Yellow Pages Malaysia.

Saturday, April 3, 2010

Pasal... Gath Memommies

Salam,

Aritu kan poyo tak jadi. tapi pk-pk balik, jadikan jer lah. alang-alang kan?

So turned out ramai jugak yang datang.

Maria Qiqqy + Nawfal + Maryam
Abang Azli + Laili + Kasih Nur Ariana
Aan + Elias + Zahra Elena
Kekura + Anis
Henzman + Shu yang tunggu masa nak bersalin
Sarip + Fariza
Ahmad Izan + Diana yang bunting pelamin
Bakal Pengantin, Miss Bee

gambar tengah tunggu ehsan mereka yang hadir...

Wednesday, March 24, 2010

Pasal... Gather-Gather

Ditukar kepada Gath biasa TERATORIAN



Venue: Starbuck Coffee, The Gardens
Date: 3rd April 2010
Time: 2pm onward
Activities: lepak, minum, makan, ngumpat, gossip

Friday, January 29, 2010

Pasal... Enam Serangkai

Salam,

(Bukan 6 Jahanam ye)


Semalam, pepagi bangun then siapkan beg Eiman, kemas rumah skit dan dalam tengah hari kami anak-beranak pi KWSP untuk hantar borang pengeluaran utk study OUM me.


Settle tu, kami pergi BabyJaya kat Uptown shopping! Beli hooded towel (kepala hippo cute sgt!), botol susu baru (tommy tippee - lebih murah dari Avent - lagipun mana-mana pergi bersepah org pakai botol Avent - tak trill dah rasa), 2 in 1 milk warmer (bleh pakai kat rumah dan dlm keter), dan beberapa barang merapu lain.


Abih tu ke sepital untuk cucuk 6 serangkai si Eiman. makan nasi ayam, then kami pergi melawat Zahra Elena...
Mcm-mcm berborak pasal breastfeeding... well for Aan bleh la dipanggil breastfeeding, for Eiman EBM jer... hehehheh... bila tengok Aan, me teringat masa me ngan Ewan (which birthday's coming soon in 6 days!) byk benda takut-takut nak buat. Takpa Aan, soon you'll be a pro!

Nak maghrib baru kami balik (sungguh tak malu bertandang lelama kat rumah orang)


Pi Sri Muda, belikan MIL amender utk lutut lenguh dia, ZwanZwan pi beli roti john sedap kat pekan Sri Muda lama then pi rumah MIL. Eiman dah mula meragam sbb ubat mula jalan. So tak lama kat rumah MIL.


Balik rumah bagi PCM, dekat midnight baru dia tido...

Oh! Sejak kami letak tilam single kat hall ni, kami anak-beranak buat upacara tido lambak kat hall. senang! (selain sebab nak tengok gambo cantik lagi sharp kat TV baru :P - oh yes... TV samsung 6 tahun kami dah kaput~)



Wednesday, January 27, 2010

Pasal... 1st Trip

Salam,

Sabtu pagi, bangun dan kemas beg. Bebarang Eiman lagi banyak dari kami. Dengan pam susunya, warmernya, bantalnya, car seatnya... adeh~

Bertolak lepas pukul 12 tengah hari... singgah R&R Elit beli sate hasil terjumpanya RM15 dalam beg uncang me (iya saya tak punya handbeg mcm wanita-wanita lain. saya guna uncang jer... JANGAN berasa kasihan pada saya. saya senang begini)

then me hint kat ZwanZwan hiway bukit putus dah siap. kot nak balik kampung, dokek yo. Maka masuklah kami kat tol Senawang. Swing by bengkel kawan ZwanZwan then zoom ke Terachi.

hiway cantik! macam hiway simpang pulai nak ke cameron. tapi keter laju-laju. maklumlah sebelum ni jalan 2 lane pergi-balik jer.

sampai Terachi pergi rumah Mak Lang. Berlari anak Mak Lang ngan Mak Ngah sambut kami. berebut 2 beradik tu nak dukung Eiman. Mak Lang siap goren ikan ngan masak sayur khas utk me yang SEPATUTNYA masih berpantang. hihihi... segan plak, tapi ku balun licin dalan segan-segan tu.. :P

lepas lepas lebih 2 jam, kami teruskan perjalanan ke Melaka melalui jalan dalam. Sampai Merlimau dalam pukul 6, shopping dulu bebaju Eiman then jumpa Syawal kat simpang empat Serkam. Layan ikan bakar dulu!!! lauk dah habis, baru Bob sampai. borak-borak... hehehehe

memula kompius gak, sbb tempat favorite ikan bakar kami dah kena runtuh dan ganti yang baru. tapi since rasanya tak berubah, maka OK jer~ harga pun OK! ikan siakap masam manis, nasi lemak 3, nasi biasa 1, sotong goreng tepung sekilo, ikan pari, siput sudu a.k.a. kupang, air semua... dalam 68 je...

Lepas pukul 10 semua balik. sampai melaka Eiman meragam.. maklumlah 1st trip balik melaka, tak familiar dengan bau rumah GrandMama dia lagi... tapi lepas dah lelap tu, dia melorot sampai tergolek dari bantal dan berubat 90' pun tak pedulik dah!

the best thing about rumah Mama is... sejuk walau tanpa kipas (cuma my bilik belakang so angin tak banyak masuk unless me tak tutup pintu beranda ngan my bilik) dan bunyi ayam dan beburung pepagi (bunyi burung waktu malam tak best, mcm menakutkan jer)

Eiman pun seronok betul sana. round 1 rumah tingkat atas pun dah cukup seronok dari pusing rumah kami 10 kali. paling dia suka lepak beranda... bleh tgk lembu, kambing... angin pun best... hm~

Ahad kami brunch soto dan nasi lemak... lepak-lepak then kena balik dah.... short trip jer.. tapi seronok... ingat nak stay sana 1 week tapi... bleh ke ZwanZwan tahan tanpa Eiman 1 week? hehehehe... bleh ke me tahan tader orang bangun memalam panaskan susu? hahahhahha

Sunday, January 17, 2010

Pasal... Eiman's Full Moon

Salam,


Chinese Baby's Traditions: Full Moon Celebration

According to Chinese custom, when a baby turns one month old, a ceremony is held to celebrate his first full moon. This coincides with the end of the mother's confinement period, and both mother and baby are formally introduced to the extended family and friends for the first time. Before the unveiling party, the baby goes through a host of customaries. Once that is over, a party is held to celebrate the health of the baby. Relatives and friends gather to give their blessings and gifts to the new baby, and traditional treats such as ang ku kueh and red eggs are featured.

Ohooo... don't get me wrong! Me bukan nak ikut depa, tapi acara tu menarik! (selain depa pantang 30 hari jer :P)

Nothing special masa Eiman turns a month. But today... after... er... 34 hari, me buat memakan skit kat rumah, invite kengkawan yang tak tengok Eiman lagi. Simple jer. Masak laksa Penang, eskrem ngan roti dan air mata kucing.

Yang datang pun tak ramai... 7 orang jer... tapi OK la, ngam-ngam laksa abih (ke tak cukup. macam tak cukup jer)

Gambar tak snap pun. Sibuk berborak dan layan Eiman. Yang pasti, Eiman tunjuk macho depan Auntie Allia & Auntie Ika dengan tidak menangis waktu mandi. keh keh keh!

Terima kasih atas hadiah yang hebat-hebat belaka itu. Juga terima kasih sudi bertandang rumah kecil kami... :D

Saturday, January 16, 2010

Pasal... Makwe Dah Sampai

Salam,



TAHNIAH buat

Aan & Mr Comot (Elias)

diatas kelahiran Puteri Sulung mereka pada
10/01/10 (cantik sungguh nombor)
dengan keberatan 3.4kg (berat dari Eiman & Ewan tu!)
pic from: http://aandes.blogspot.com/

Moga dengan kehadiran Zahra Elena
menyerikan lagi kehidupan korang...

amin~

Thursday, December 10, 2009

Pasal... Enjek

Salam,

Selasa lepas pi jumpa Doktor Kamal. Tapi tak dpt jumpa dia sbb dia bz sunatkan budak. Dia just mai jenguk me kejap masa buat CTG.

Dr Dayang bg injection untuk matangkan peparu Abang Chik...

Then me kena mai balik hari Sabtu nie.

Lepas abih tu, jumpa Imran kat IKEA. makan lah, apa lagi... then poi rumah Neenas ambik bebarang baby. Bassinet, baju baby, botol, nursing pillow... byk!!!

Now kesan enjek tu masih bikin sengal-sengal pada sengal yg ada... hehehhehe... tak kisah lah, janji kali nie, harap sangat Allah kurniakan kami anak yang sihat... amin...

Monday, November 16, 2009

Pasal... Exam

Salam,

Tarikh exam untuk DECE batch Jan 2008, semester 6 adalah seperti berikut...


15 December: Cognitive Development In Teaching & Planning

2pm - 4.10pm


19 December: Information Technology And Applications

9am - 12.10pm
21 December:

Planning & Teaching Of Arts And Creativity For Children

2pm - 5.10pm

So... my kira hari EDD adalah 28 December.

My scan tgk saiz baby EDD adalah 18 December.

Mengikut pengalaman dan rerasa-tak-rasa me, my EDD adalah dalam minggu last November or 2 minggu pertama December...


Maka, tidak wajarlah me register utk ambil exam,
sbb rasanya tak pernah dengar lagi kes wanita dalam pantang, berkain batik, berpilis, berparam, berbengkung, badan berbau ubat herba, berbaju tebal, berstokin, duduk dalam dewan exam... yang kompomnya sejuk bagai peti ais...

Sedih, sedih, sedih... tapi lagi sedih kalau kena pi exam dan tinggal baby yang masih merah kat rumah sbb exam.

Dah la ZwanZwan ngan me susah giler nak dapatkan anak...
I mean, ngandung tak jadi hal, tu...
nak kluarkan sorang nie...

isk isk isk...
Bak kata-kata hikmat Neenas... "huhu. tul gak. takyahla. dont take the risk la. anaaakkk tuuuu. ish ish. jgn2. susah oo nk jadi sorang. dgn menanggung 9bln. me dh merasa. ktaty lagi laa. 2 kali. mesti lagi tau ape perasaan. so pendapat kami, pospone la. takpa. tak lari xm tu. :)"

next sem, study gegiler la... 6 papers in a row-row-row my boat... roughly on the sea... :P

Monday, November 9, 2009

Pasal... Menetas

Salam...

Dapat 3 SMSs special arini...

1st:
"Alhamdulillah. Kay selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.25kg pd pkul 12.45 td. Alhamdulillah selamat semuanya. Syukur." - Eddy (Teratorian Ganu) 4.18pm

2nd:
"Alhamdulillah, da selmt besalin @ hosp putrajaya. 10.17mlm 8 nov, 3.08kg. boy muhammad arsyad b. Mohd tarmizi" - RudiahPandaKutubs 6.08pm

3rd:
"Aku dh bsalin 4hb ari 2. bb boy. normal" - Niza 6.25pm (she's my best of the best of the best -with honour- friend)

TAHNIAH untuk mereka...
Juga, selamat menjalani tempoh pantang...


Sunday, September 6, 2009

Pasal... Buka Posa Terato - KGPA

Salam,

Sampai dalam pukul 7 gitu... then nampak Sarip & Fariza sampai. Then nampak auditor kita, encik Siluman hencem berbaju melayu kelabu.

Orang ramai giler! Semua berebut ambik makanan. Then kami gerak ke meja depan dan bayar duit. On the way ke meja kami, me grap rojak buah...

Dapat meja kat khemah sebelah tempat grill kambing...
Tak seronoknya, adaka nama atas meja tu depa letak ENCIK AZNIL. dah bgtau dah budak tu, "ni Aznil perempuan. Bukan Macam-macam Aznil"... Duuuuuuh~

Yang mai 8 org jer so kira just nice la. Cuma tempat ramai giler orang!!!

Then minuman sampai, dan since tak sempat ambik makanan lain, me buka posa n gan rojak jer.. then me ngap nasi ZwanZwan. Then ambik tempura, nugget, kerabu mangga, laksa penang, popia...

Lepas tu ngap ikan goreng ZwanZwan, ngendeng air asam Fariza, minta Imran ambikkan me eskrem, selamba badak minum air bandung sapa tah... Then another eskrem, then mee kari, then kamibing Fahmi skit, then ketam skit, then air lemon tea, then kek Fariza... Er tu jer kot... Oh, cempedak goerng Ili, sate Fariza... on the way balik, me ambik tempura 1... rugi tak ambik kuih yang terletak kat pintu kluar... hahahhaha...

Gerak balik dlm pukul 10 gitu... then lepak PappaRich kat 3 2 square... layan white kopi ngan fries... ujan turun lebat dlm nak pukul 2 then kami balik... sampai rumah mandi then Zzzzz...

Bangun lambat trus cuci toilet, kemas baju lama masuk kotak, baju tak pakai gi buang, kluarkan baju ngandung Khemah, spring clean bilik tidur... lipat dan susun balik bebaju dan towel. So now lemari besar kat bilik tgh ada ruang lagi utk beli MORE CADAR YAHOOOOO!!!! my target, cadar single utk katil Baby-Chan.

Satgi nak pi Giant or Tesco beli bekas nak isi kuih. Lepas ni tertunggus lumus buat CdM. Kena hantar dlm awal minggu ni sbb kalau hantar awal, akan secara tak langsung bagi masa utk prospect customers utk order KALAU depa tertarik tgk kawan depa yg dah dpt order...

Lepas tu nak try buat my old-time favorite raya cookie, Biskut Denmark. last makan masa sekolah menengah rendah... lama kan? adalah dalam empat ratus tujuh puluh tiga tahun lepas... muahahahhahhah!

So review KGPA punya ramadhan buffet? 3 out of 5 sbb makanan abih depa tak top-up! Meja depa tambah tapi makanan tak tambah. beside, depa salah letak label. patut mee kari depa letak mee rebus.

Related Posts with Thumbnails