Warning! AKUNOI Warning!


Diingatkan, blog ni akan citer pasal me. Pasal kecomelan me, kepandaian me, kehebatan me. Akan ada entry yang menunjukkan
keriakkan me, kesombongan me, ... Segalanya about me, me, me dan me... The world does revolves around me, thingin'. Kot ada yang rasa geli-geli, meluat bila baca, me cadangkan, baik tutup jer window ni ye... Karang tak pasal-pasal korang muntah hijau plak... Anyway... pada yang tak kisah untuk muntah hijau... selamat membaca...


Showing posts with label RIAK. Show all posts
Showing posts with label RIAK. Show all posts

Saturday, May 28, 2016

Pasal... Peraduan Teka Buku

Salam,

OK Ahkak kembali lagi. Lama giler tak ber-blog. Malas or tak sempat... entah lah. A cocktail of both maybe.

Anyway, sempena jualan buku murah-murah giler-giler kat Big Bad Wolf Books yang sedang berlangsung dari 27 Mei - 5 Jun 2016 di The Mines 2, Ahkak dah hangkut satu Family Package berharga RM160 untuk satu kotak kecil dan 1 kotak besar. Dia macam konsep kotak prabayar Pos Laju la... beli kotak then isi lah barang dalam tu. Bezanya event ni, beli kotak, isi penuh-penuh buku korang nak. Asalkan penutup kotak tu bercantum elok bila ditutup, semua buku tu, ko korang punya. Tak kisah la walau pun korang bayar RM160 jer untuk kotak tapi buku dalam tu bernilai RM500! Hebat kan? Kami spent dalam 2 jam mencari dan menyusun buku (selain beratur untuk bayar dan ambil kotak di kaunter). Berbaloi-baloi.

So, Ahkak nak ajak kenalan Ahkak berkongsi rezeki dengan memenangi satu set buku cerita kanak-kanak. Macam mana? Tengok gambar kotak-kotak Ahkak hangkut semalam yang penuh buku, dan teka berapa bilangan buku yang ada dalam tu? Senang kan? Tak dapat tepat pun, sipi-sipi pun OK lah. Ahkak tak berkira sangat sebenarnya. Kehkehkeh...

Untuk mengetahui cara nak join, sila ke SINI ye'!

Good Luck!

Hadiah yang ditawarkan. 1 set buku Five-Minutes Story (9 buah buku bernilai RM72)
Kedua-dua kotak yang Ahkak hangkut
Ukuran kotak-kotak tersebut
Diantara buku-buku yang terdapat di dalam kotak kecil

Thursday, July 2, 2015

Pasal... Menang Books Voucher from BookXcess

Salam,

Ada join contest kat ig bookxcess.
Pasal father reading to the kids kind of thing. However my gambar was totally outside of the box.

Guess what?! I won!!
Dapat voucher RM20 and I spent it the same night!

The winning picture

Hasil tangkapan malam tu adalah seperti berikut:

Sunday, February 1, 2015

Pasal... Birthday Girl

Salam,

Birthday Elia is coming soon. Bermakna birthday Ewan pun dah dekat.

Sorry Ewan, macam tahun-tahun lepas celebration untuk Abang Chaq sama macam tahun lepas, insyaAllah, tader pembaharuan.

Birthday Elia pulak, nak letak tapawe kecil dengan 3 jenis candy since Elia is turning 3.

Dah tu jer nak repot...

Friday, October 3, 2014

Pasal... Got Sidetracked

Salam,

Adoi la... punyalah lama me terpesong. Pertandingan pun terkubur begitu saja.


Dugaan maha besar menjelang 10 tahun kawin. Dasat la sampai ke tahap nak menjurus ke arah tak jadi 10 tahun.


Nasib baik kesedaran sampai juga walaupun lambat. Kalau tak... punah ranah hancur...


OK OK... meh nak me-riak gambar percutian Sambutan Ulangtahun 10 Tahun Perkahwinan kekami kat Strawberry Park Resort haritu.












ZwanZwan kata dia suka sangat gambar ni, sbb nampak mcm me manja sangat... pffffrrrrt

Tuesday, July 8, 2014

Pasal... Siapa Lagi Berlagak?

Salam,

Semalam me kongsi status kat fb pasal berlagak.
Meh me citer lebih lanjut...

Lepas balik opis, macam biasa, me bawa la keter pinjam Ili tu balik. Memang dok bawa Iswara putih yang usianya kalau buat loan paling lama boleh repeat dua kali...

Keter tu pick up mabelesss tapi nampak usang la.
Dengan tinted depan agak kelabu, tadak ekon, warna luar pun nampak macam sedih jer...

Berbalik kepada citer perjalanan kembali ke rumah lepas abih kerja...
Nak masuk simpang rumah tu kena Q panjang sebab traffic light disamping ada Abang Polis.
Then stop sebelah keter me, sorang mamat Meleis, naik keter cantik, baru, ada ekon sudah pasti...
Me pandang gitu-gitu jer. Tapi mamat tu dok pandang-pandang macam dok mengejek gitu.
Nampak dimata sepet me, mamat tu dok berlagak, "Keter aku ada ekon. Keter ko tader ekon, kesian".

Me pun hangin la.
OK fine ko nak berlagak ye?
Meh aku pun nak berlagak kat kau!
Kebetulan me letak air milo tin sejuk sejuk kat seat sebelah sekali dengan kuih untuk ZwanZwan berbuka nanti. Dengan tenang dan rileks, me angkat tin tu tinggi skit, buka dan minum...
Aaaaaaaah, milo ais dipetang yang panas... Sangat nikmat!

Muka mamat tu terus bertukar macam malu gitu.
Terus pandang depan tak pusing kiri kanan dah.

Ha, ko nak berlagak sangat kan?
Nah aku lagi berlagak minum air ais sebab aku tak posa...

Kan dah kantoi satu dunia aku tak posa :P

Friday, June 7, 2013

Pasal... Esei Mee Yaki

Salam,

Sejak jadi staff gomen ni, entry tak berapa nak lebat. Bukan tader idea cuma macam malas jer nak buka blog menaip. Berblog dalam kepala jer...

Anyway, harini mood me tak elok. Dunno why. Maybe sbb 'kawan bulanan' nak mai dah kot?!

Apa-apa pun, nak menunjuk... me dapat minyak wangi dari HSBC Rewards Programme.


Me ada Issey Miyaki. Me beli tahun 2000 dulu. RM10 jer tapi bau tahan lama. That was the first time pakai minyak wangi jenama terkenal. Sampai la ni me minat Issey Miyaki tu. 

However, untuk HSBC ni, tak ada. Maka florale pun florale la! The distinctive Issey special smell masih boleh di'rasa'...

Thursday, December 13, 2012

Pasal... Selenge

Salam,

Short update!

Woooot Woooot!
Berjaya FIXED masalah tak bleh terima fax kat opis ni setelah 4 bulan terbiar.

Salah cucuk jer. Sapalah engineer bangang yang cucuk line fax kat line tepon. Bodoh melantun-lantun.
Oh wait, my boss! 
*buat muka selenge~

Thursday, July 5, 2012

Pasal... Hasil Kerja Ahkak

Salam,

Siapa sini baca newspaper the Sun? Nak baca yang online pun bleh. sila ke SINI.

Ahkak nak meriak ni, kot korang baca page nak ujung-ujung tu, kan ada section Classified tu kan? Cercari iklan dari kampeni ahkak kerja tu... Ala macam gambo bawah ni!
bukan gambo sebenaq
Ha, sepanjang minggu ni, bendalah tu Ahkak yang buat y'ol!
Minggu depan pun rasanya Ahkak buat lagi. 

Tatau bila la nak pass over kat budak degree dalam bilik tu. Byk kerja dia Ahkak buat sekarang. Nasib baik la business centre Ahkak tak buka lagi. Kalau dah buka, kirim salam la... Apakah belajar pandai tapi buat kerja tak pandai. Bukan sorang tapi 5 orang datang kat Ahkak citer budak tu slow. Ha, kan dah mengumpat... :P

Anyway, curlast ko hasil kerja masuk paper. Tapi tak bleh letak nama la ye, karang orang ingat Ahkak ni gila glemer, publisiti murahan : anak-anak terbiar...

(apsal tetiba my style penulisan ala-ala Kak Bedah Kepochi? Deymmm!)

Sunday, February 19, 2012

Pasal... Potong Rambut

Salam,

Akhirnya rambut Elia dah dipotong...

Tinggal jambul. Esok-esok Babah potong semua ye?

Monday, December 12, 2011

Pasal... Gambar-Gambar Konvo

Salam,

Gambar konvo!

Bunga tu ZwanZwan bagi.
Last me dpt bunga dari ZwanZwan adalah pada tahun 2000, dimana ia juga adalah hari konvo me kat ITTAR.
ha, masa me lepas ambik scroll, ada 1 lady in Blue kiranya tunggu dan usher masuk tempat duduk. Dia tetiba kata, "You Noi kan? Ai baca blog you!"
Hihihihi... terbayang segala entry me mengutuk OUM. Dia datang balik lepas tu cakap sorry, tapi me la patut cakap sori sbb terlalu memperjuangkan hak kebebasan bersuara. BuahahhahaN
To that Lady in Blue! Wa Caya Sama Lu Bebeh!

Thursday, December 1, 2011

Pasal... Mood Konvo Sudah Mari!

Salam,

Tengah sedih ni. Dinner yang me organise sudah kena scrap dan took over by serbIA's wife.
My macaroon dan strawberries pun kena kensel. Mampus la depa. Kalau lepas ni naik tak naik ka pangkat, me tetap akan menyerambuskan diri dari sini. BLEH?!

Anyway, now mood konvo sudah mari!!!
Maka gigih pagi tadi buka album carik gambo lama.

Terimalah!

Masa ni pakwe-makwe lagi. Bunga yang me pegang ZwanZwan bagi. Yang ZwanZwan pegang scandal manatah tah bagi. Last-last rose tu me bagi my mum's pet hamsters makan jer. Giler kejam!

Baju tu me tempah khas untuk konvo. Semeter RM28 kot, kat Kamdar. Tahun 1999 dengan gaji ciput kira mahal wooo! :P

Senyum jer muka VVIP tu. Kiranya me orang ke-2 in Q. Kena time ZwanZwan dulu, dah berapa juta-ribu-ratus, masam jer muka VVIP tu. Bikin spoil gambo orang jer.

Friday, August 19, 2011

Pasal... Sihat Didalam

Salam,

Ada orang message me, dok citer turun, turun... dari berapa kg ke berapa kg?

Adeh, malas la... tapi sebab me sayang adik ni, me bgtau lah ye...

Dari 75 ke 66 jer... 

Ok, ada nada riak disitu! Hehehehhe....
Takpa, biar me kurus meleding, janji Adik sihat didalam...

Monday, August 15, 2011

Pasal... Dengan Pewot Boyot?!

Salam,

SABTU ni exam paper Perancangan dan Pengajaran Kognitif.
Paper yang me kena repeat tak pepasal sbb tak tahu kena ambil exam yang me tangguh masa beranakkan Eiman dalam masa setahun.
Percuma pointer me jatuh merudum.

Ahad paper yang patutnya me tak payah ambik sebab dah ambik kat ITTAR dulu, Keusahawanan.

Selasa paper Kraf Tradisional.

Lepas tu abih la riwayat me sebagai student! kalau result elok dan Ayahanda Ahmad nak sponcer study me, me akan ambik Ijazah tahun depan insyaAllah...

Kalau semua berjalan lancar, me akan konvo untuk kali ke-2 dalam hidup me end of this year.
My god! Terima scroll dengan pewot boyot?! NICEY~

Thursday, June 23, 2011

Pasal... Watch Out!

Salam,

nak kongsi dengan korang voucher Pizza Hut tapi bila nak upload gambo dia kata SERVER REJECTED.
Benci tau!

Citer lain plak...
Ingat citer pasal jersey opis me tu?
Dah sampai ke UK now orang kat UK pun nak. Abih murah gila, £7 jer kalau tukar ke duit depa.
So satgi nak pi Pertama Kompleks balik, pi ukur saiz jersey sebab saiz Malaysia tak sama untuk UK.
Lepas tu balik ke opis, bagi ukuran kat depa, nanti depa bagi order. 
Nasib baik boleh claim minyak ngan parking. Kalau lunch pun boleh claim, lagi bahagia hidup:P

8 out of 9 of SiripBiru's KL Marathon runners. Others runner, Watch Out!

Sunday, June 19, 2011

Pasal... Borong KFC

Salam,

Anda dah baca pasal me borong KFC? Kalau nak baca boleh klik SINI.

Ni gambonyer kot korang rasa me temberang...
Sila tahan geram sekiranya opis anda tak menyajikan makanan sedemikian. (riak giler!)



Wednesday, June 8, 2011

Pasal... Macam Perempuan

Salam,

Ini adalah handbag yang betul-betul handbag yang me miliki selepas 11 tahun bekerja!
Beli pun sebab ada 70% diskaun.

Masa kluar pi lunch tapi, me siap kata, "Peliknya pakai handbag ni. Macam PEREMPUAN".
Encik Ying Yang Yo yang kebetulan ada kat tempat kejadian kata ayat yang last tu dia macam tak percaya.
Apakah perempuan? Sebelum ni lelaki meh?


Harga lepas diskaun adalah sangat murah. Jenama entah-apa-apa-nyer-entah...

Monday, May 30, 2011

Pasal... Saya Bau Sangat Wangi

Salam,

Semalam datang opis, carilah document sbb ingatkan ada sorang Amoi ni hantar quote.
Sekali tengok... isk isk isk...

Thank you so much Amoi Cun! You know who you are...
Saya bau sangat wangi hari ini, all thanks to you!

Even ZwanZwan pun suka~ (maybe sbb dia tak payah belikan saya perfume lepas ni :P)

Thursday, May 19, 2011

Pasal... Yang Mana Satu?

Salam,

Nak pilih reward yang mana ye?
Semua nampak menarik...

Kalau sudi, silalah beri pendapat ye :P

Boleh guna untuk masak sayur lemak, panaskan sup yang ditapau dari pasar malam. Chumiiil gitu!

Boleh buat jus buah, jaga kesihatan kan?

Kiranya ambik ni, sure ZwanZwan sengeh-sengeh ambik pakai dan last jadi hak dia... isk isk isk

Wangi gitu... Me tak pernah ada minyak wangi mahal-mahal ni.

Lagi 1 option dari DKNY... pink gitu~

My ALL TIME FAVORITE perfume!

Pasal... 1119

Salam,

HR is sinking!
And she is trying to pull everybody else to sink with her...
So, SiripBiru-an, sila berenang menjauhi HR!!!

She's like a cat on a hot tin roof now!
Tengah kumpul salah orang lain nak present kat Boss.
Tapi dia tatau bebudak lain pun tengah shield up like Fort Knox.

Hambik ko, terkluar idiomatic hari ni...
Feeling feeling 1119 gitu.

Korang tau ke 1119?
Rasanya SPM my year was the last year ada paper tu.

Wednesday, May 18, 2011

Pasal... The Reds Go Marching On!

Salam,

Amoi Cikik dan Amoi Slim pergi UK dan belikan jersey, seluar dan sock untuk Professor Emeritus Eiman Ariq. Ko-Ko Wee pun join the crowd dan dialah yang carikkan the whole things even dia bukan penyokong.

So semalam menerailah...

TerBAKO jer hati ZwanZwan tengok anak dia pakai jersey pasukan lawan.
Ada Ai kisah?! :P

Kena carik boots plak lepas ni... 



Glory glory Man United!
As the Reds go marching on on on!


Related Posts with Thumbnails