Warning! AKUNOI Warning!


Diingatkan, blog ni akan citer pasal me. Pasal kecomelan me, kepandaian me, kehebatan me. Akan ada entry yang menunjukkan
keriakkan me, kesombongan me, ... Segalanya about me, me, me dan me... The world does revolves around me, thingin'. Kot ada yang rasa geli-geli, meluat bila baca, me cadangkan, baik tutup jer window ni ye... Karang tak pasal-pasal korang muntah hijau plak... Anyway... pada yang tak kisah untuk muntah hijau... selamat membaca...


Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Sunday, March 16, 2014

Pasal... Masak Merah My Style

Salam,

Hokey, dah tau masak nasi meh masak lauknya plak!

My resepi for masak merah ni adalah cheating sebab pakai sos tomato dan senang dibuat. Pada yang tak suka sos tomato me minta pertimbangkannya semula. Hahahaha...

Ni me punya sukatan untuk nasi 2 cawan tadi...

Bahannya:
Ayam separuh ekor (adalah dalam 12 ketul)
Serbuk kunyit
Cili kering segenggam (rendam atau rebus kasi kembang dulu)
Bawang besar 2 biji - 1 potong bulat, 1 untuk diblend
Sos tomato separuh botol yang kecil tu or satu cawan
Bawang merah, putih (2-3 ulas)
Tomato sebiji potong lapan
Halia beso separuh ibu jari
Minyak untuk menggoreng
Garam
Kacang peas dalam tin jika mahu

Mari masak!
Goreng ayam yang telah dilumur serbuk kunyit dan garam 3/4 masak tapi klu nak all the way pun boleh.
Angkat ayam dan tos minyak.
Blend cili kering dengan halia dan 3 jenis bawang.
Tumis semuanya guna minyak baki goreng ayam tadi.
Masuk sekali tomato hidup.
Dah pecah minyak/cili dah masak masukkan sos tomato.
Kacau bagi sebati then masuk bawang besar dan ayam.
Kacau bagi semua ayam disalut kuah dan tabur kacang peas.
Matikan api.

Siap!

Good luck!!!

Pasal... Nasi Beringin

Salam,

Dulu, tak berapa lama dulu la... ZwanZwan and Ai, suka pi makan nasi beringin yang mana kedainya terletak kat jalan menuju ke bandar Muar. Sejak baru kawin sampai anak dah 3-2-5 ni la...

Kemudian satu hari tu, me rasa eh try masak sendiri la. Lagipun tak lama dulu dah tengok satu citer RTM ni ada sorang chef pi kenduri kat area Melaka dan depa masak nasi tumis. Nasi tumis ni Mak Penakan ku sayang i.e. Puan Zarimah pernah masak sekali.

Maka merujuk kepada pengalaman-pengalaman lampau dan pembelajaran yang baru diterima (mac buat tugasan Cognitive Development plak), me try lah masak my own version of nasi beringin which to my suprise mendapat pujian "Lebih sedap dari kedai tu", oleh ZwanZwan.

Ini resepinya:

Brasmathi (me guna 2 cawan jer)
Butter dalam 2-3 sudu besar
Bawang putih, merah 2-3 ulas
Halia dalam besar ibu jari orang debok macam me
Minyak masak
Bawang besar sebiji dipotong memanjang
Air untuk beras (me guna 3 cawan)
Garam

Cara memasaknya:
Basuh beras dan tos.
Blend bawang-bawang dan halia.
Panaskan kuali or like me the pot masak of the periuk.
Masukkan minyak masak dan butter.
Kacau jgn smpi butter terbakar (jadi hitam)
Dah cair semua butter masukkan bahan blend dan bawang besar.
Dah layu dan naik bau masukkan beras kacau bagi semua beras kena bahan tumis tu.
Tuang air dan perisakan dengan garam.
Alih pot periuk tu masuk periuk nasi dan masak nasi mac biasa.
Bila dah masak (yg kita tekan utk masak nasi tu naik) kacau nasi dengan garfu dan tabur bawang goreng kalau nak.

Siap!

Basically, nasi beringin ni macam nasi tumis atau nasi minyak jer. Or ada yang panggil nasi orang kenduri kawin.
Lauk yang sedap dilawan dengan nasi ni adalah masak merah, korma, kari... pilihan vege plak macam kerabu/jelatah timun nenas, acar rampai.

Good luck!!!

Friday, February 21, 2014

Pasal... Sambal Ulek - Untuk MamaPanda-Rudiah

Salam,

My Dear Rudiah the Ever Cute MamaPanda, ini resepinya:

Me ubah skit dari resepi asal sebab yang asal pedas sampai rasa nak bergolek atas lantai.

Segenggam cili padi (tapi me tambah cili merah biasa separuh)
Belacan skit jer (sama saiz kuku jari kelingking kasi bau jer)
Tomato 3 biji
Bawang besar
Minyak masak
Gula dan Garam

Cara-Caranya:
Potong cili-cili tersebut (ZwanZwan kata ketuk bagi pecah-pecah pun OK)
Potong dadu tomato
Potong menegak bawang besar
Panaskan kuali, masukkan minyak dan masukkan semua bahan diatas kecuali gula dan garam.
Kacau sekali-sekala. 
Bila dah pecah minyak dan cili dah lembek tambah gula dan garam.
Lenyeklah sambal itu guna lesung batu (me lenyek jer terus dalam kuali tu)

SIAP!

Senang jer...
Ayamnyer kami kontrakkan kepada Azwan dimana dia goreng dengan kunyit dan garam jer.
Sup kami buat sup sayur.
Serta ulam-ulaman...

Selamat mencuba!

Friday, October 18, 2013

Pasal... Nasi Daging Korban

Salam,

Dua malam berturut-turut ZwanZwan minta me masak nasi daging. Maklumlah daging dapat dari hari korban haritu kan banyak. Terima kasih pada yang buat korban tu, semoga Allah murahkan rezeki korang, sihat selalu... amin...


Nasi daging, Air asam, kerabu manggatimuncarrot dan daging goreng kunyit
Anyway... ada yang tanya, macam mana resepi... ala, ngader la you ni... Ai tak pandai masak, reti masak jer.

Apa-apa pun, inilah resepi campak-campak me... Selamat mencuba pada yang sudi... Kalau sedap, boleh masak lagi. Kalau tak sedap, sila modified sendiri :P

NASI DAGING
Bahan-Bahannya
  • Basmathi
  • Daging
  • Halia
  • Bawang putih
  • Bawang besar
  • Serbuk sup
  • Butter
  • Minyak masak
  • Garam
  • Air
  • Daun pandan
  • Bawang goreng
(sukatan pandai-pandailah sendiri. me hantam keromo je)

Cara-Caranya
  • Basuh beras dan toskan airnya
  • Blend halia, bawang putih dan bawang besar (sebelah saja)
  • Potong baki bawang besar vertically
  • Tenggek pot periuk nasi atas stove, masukkan minyak masak sedikit dan masukkan butter (kalau sayang pot nasi tu, pakai periuk biasa dulu)
  • Bila butter dah cair masukkan bahan yang dah diblend tadi
  • Masukkan serbuk sup (dalam 1 sudu makan gitu)
  • Masukkan daging dan kacau (nampak warna daging bertukar, ok lettew)
  • Masukkan beras dan kacau. Tambah air dan garam
  • Tutup api dan alih pot nasi ke dalam periuknye
  • Letak daun pandan (kalau mau)
  • Masaklah nasi macam biasa.
  • Kacau nasi selepas masak dengan garfu
  • Tabur bawang goreng sebelum dihidang


AIR ASAM
Bahan-Bahannya

  • Cili merah
  • Cili padi
  • Limau kasturi/nipis
  • Belacan
  • Gula
  • Garam
  • Tomato
  • Bawang besar
  • Kicap
Cara-Caranya
(Ni cara malas ye)

  • Blend cili merah dan cili padi bersama belacan, gula, garam dan jus limau
  • Tuang dalam mangkuk dan rasa
  • Tak cukup masam kalu boleh perah limau lagi OR tambah air asam jawa
  • Masukkan tomato, bawang besar dan cili padi yang dipotong kecik-kecik
  • Tambah kicap sikit (dalam 1 sudu teh jer)


Untuk resepi kerabu dan daging kunyit, nanti-nanti me kongsi.
Kerja sudah datang bertalu-talu... HuHuHu~

Monday, September 2, 2013

Pasal... Chocolate Pudding (Easy Recipe)

Salam,

Selamat Hari Merdeka!!!

OK, tanak citer pasal Merdeka (dan kes air tadak).
Nak citer pasal puding coklat.

Me google dan dapat resepi ni.
Me baru cuba sekali jer.
Feedback dari ZwanZwan dia kata macam yang dok beli selalu tu.
Professor Emeritus Eiman Ariq dan Doktor Elia Amira pun suka!
Kos? Tak kira lagi. Tapi mahal jugak la.
Patut la kat kedai jual mahal!

Chocolate Pudding

Bahan-bahannya:
2 3/4 cawan susu segar (low fat, fresh, skim, hi cal - terpulang)
1/2 cawan gula
3 sudu makan serbuk koko (unsweetened)
1/4 cawan tepung jagung
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu makan butter (room temperature)
Garam secukup rasa

Cara-caranya:
Masukkan gula, serbuk koko, tepung jagung dan garam dalam periuk. Gaul kasi sebati.
Letak periuk atas aip sederhana, dan masukkan susu sedikit demi sedikit.
Kacau constantly dalam 10-20 minit gitu (tgk api korang besar mana la).
Bila mixture pekat (melekat elok kat belakang sudu besi) tutup api.
Campak butter dan esen vanilla. Kacau sampai larut.
Kalau rajin, tapis mixture tu masuk dalam bekas yang senang nak tuang dalam bekas kecik-kecik.
Kalau korang malas, dari periuk tu terus jer senduk masuk bekas.
Tunggu sejuk skit dan masuk simpan dalam peti sejuk.
Tahan 3 hari jer tau! (Kalau sempat sampai 3 hari la!)

Mixture ni bleh buat 8 bekas plastik kecik macam dalam gambar me tu...

Wednesday, January 25, 2012

pasal... Sardin La Plak!

Salam,

Lama tak buat entry pasal masak-masak.
Malas nak usung camera ke dapur.
Ke sebab malu dapur semak? Iya la kot.

La ni yang masak kat rumah tu ZwanZwan jer.
Ayam kicap, telur kicap, daging kicap.
Kengkadang ayam masak lemak. SEDAP!!! Tak tipu.
Laki korang hader masak ayam masak lemak? Hahhahha... RIAK TAKBUR disitu!

Last me masak yang boleh dikira complete menu adalah 3 minggu lepas kot. Masa tu masak sardin campak, telur dadar dan bawang+tomato+cili+limau+cili padi. Makan dengan nasi putih panas-panas yang dilebihkan airnya, PEH!!!

Kot sesapa nak try sardin campak, inilah resepinya...

Bebahannya:
Sardin (sudah tentu!)
Cili padi dibelah tengah (nak pedas letak lebih)
Bawang besar dipotong-potong (nak bulat ke, bujur-lalu-melintang-patahke, ikut suka!)
Bawang putih (untuk tumis disamping sebagai bahan cure-all-penyakit)
jus limau
garam & gula (kalau nak)
cili giling/boh (jika nak pedas lebih)

Cecaranya:
Tumis bawang putih. Dah kuning masukkan cili giling/boh. Goreng sampai garing then campakkan bawang besar dan cili padi. Bila bahan tu dah layu, campak plak isi tin sardin dalam kuali tu. kacau-kacau dan masukkan sedikit air (if nak kuah lebih). Perah limau dan tambahkan garam & gula. Sedap ka? Cukup rasa ka? Cukup kalu, sila tutup api dan pi la cedok nasi, senduk kuah, makan depan TV.... LAYAN!

Monday, September 12, 2011

Pasal... 2 Mangkuk BesO

Salam,

AHAD~
Nak makan apa?
Minta ZwanZwan pi beli bebahan...

Cili blend, otak udang, kacang tanah tumbuk, belacan penang, gula, kicap, asam jawa, timun, nenas, sengkuang, kangkung, kacang panjang, taugeh. Gaul sesedap rasa...

Rojak petis SIAP! 2 mangkuk besO ni, kami anak-beranak makan... isk isk isk... Macam nak buat l agi jer hari ni. Nyum! nyum!

Saturday, April 16, 2011

Pasal... Laksa Penang Noi Punya

Salam,

Semalam buat laksa.
Hari ni kuah dia sudah sebati maka rasanya lebih sedap dari biasa, kata ZwanZwan.
Then me buat bubur pulut hitam. Santan tambah kendian as per ZwanZwan request.

Me ada dapat pertanyaan dari beberapa orang, susah ke nak buat laksa sebab ada 2-3 kali me citer balik dari opis masak laksa. Sejam dah terconggok depan TV dengan a big bowl of laksa panas berasap.

For me, alhamdulillah bertahun buat laksa, me rasa senang jer. 
Part yang leceh adalah asing tulang dan isi.

Camner ye...?
Nak mudah, beli ikan yang kedai boleh siangkan. But if kena siang sendiri, tak susah.
Takat buang insang jer. Then cuci bersih masuk periuk letak 2-3 keping asam keping rebus.
Sebelum tu, rendam isi laksa dalam air panas. By the time ikan sedang direbus, isi tu dah lembut.
Masa korang rendam isi laksa tu, tenggek kuali/periuk besar air dan on kan api, yang kecik ye.
Bila air menggelegak, korang tuang jer isi laksa yang lembut tu dalam kuali. Sekali sekala kalih-kalih.

Masa nak tunggu isi laksa masak tu, blend cili, bawang besar, belacan penang. Kalau nak pedas tambah cili padi. Kalau nak bagi kuah lebih pekat boleh tambah sejorong dua nenas. Then bila air rebus ikan mula nak mengelegak, tutup api dan angkat ikan tu letak dalam raga/bakul. Jangan tindan-tindan ikan tu, nanti lambat sejuk. 

Letak periuk isi air ikan rebus tadi tu sebelah, korang tuanglah cili blended tadi. Masukkan daun kesum, bunga kantan. Nak kuah lebih wangi, lebihkan lah daun kesum. Lepas tu check isi laksa. Rasanya dah masak, angkat, tuang dalam bakul dan tos airnya. For me, nak bagi isi laksa tahan lama skit (letak luar semalaman tak basi) me bilas dengan air kosong dan tos sekali lagi. This will stop the isi laksa from terus masak. Of course lah kanji dah tak ada, maka kuah tak melekat dengan isi. But hey, this is not pasta! :P

Now the renyah part, asingkan tulang dan isi. Me letak 2 mangkuk untuk tulang (kepala, tulang tepi dan tulang tgh) dan untuk isi. 1 lagi mangkuk berisi air senang nak celup tangan dalam tu bila ada tulang tanak go off from my finger. Abih tu, dengan blender bekas cili tadi, masukkan isi ikan tambah air, blend. Untuk tulang adalah afdal blend 2 kali, meaning masuk tulang + air -> blend. Tuang dalam periuk (sila guna penapis ye) then tuang balik tulang dalam blender tambah air dan blend lagi sekali dan tuang.....

Now, apa lagi, jeranglah periuk kuah laksa korang. Kalau boleh dengan api yang kecil. Jangan letak garam dulu. Tunggu sampai kuah nak mula mendidih or as for me, me pi mandi dulu (me mandi burung jer, 5 minit dah siap). Lepas campur garam, kacau lagi dan besarkan api sampai menbuak-buak. Matikan api then apa lagi tunggu? MAKAN LER!!!

Opsss... apa garnish yang me guna ye?
For me bahan paling basic adalah timun, bawang besar, limau.
Tapi bahan OK adalah timun, bawang besar, limau, nenas, salad.
Bahan SYOK GILER adalah timun, bawangbesar, limau, nenas, salad, lobak masin, daun selom, cili padi, bunga kantan, otak udang.

YAY!
Susah nak bayangkan kan?
Kena buat 1 carta gant baru boleh paham ye?
Visio tader ler :P
Apa-apa pun, selamat mencuba laksa Penang... hehehehe

Friday, April 1, 2011

Pasal... Murtabak Megi

Salam,

Request dari Mama Panda; Rudiah

Murtabak Megi Versi AkuNoi

Bahan-bahan asas:
1 peket megi kari - tak kisah apa brand, janji kari
bawang besaq
cili padi/cili merah
Telur 2 biji
Bahan-bahan optional
cili jeruk/jelapeno - trust me, SEDAP!
lobak merah, cendawan tiram, lobak putih, kobis, sawi, daun sup

Cara-caranya:
Ramas bagi hancur megi tu kemudian rebus.
Toskan air.
Masukkan bawang dan cili yang dah dipotong/mayang/racik halus dalam 1 mangkuk besar.
Masukkan megi yg dah kembang.
Pecahkan telur.
Masukkan separuh serbuk megi kari - jgn lebih, nanti masin
kacau sampai sebati - megi disaluti telur.
Panaskan kuali, letak minyak sikit.
Scoop adunan dan tuang dalam kuali. Ratakan macam nak buat lempeng.
Balikkan bila dah warna perang-perang.

Siaplah murtabak megi...
Selamat makan...

Sunday, January 16, 2011

Pasal... Uli, Gentil, Kutil

Salam,

Duuuluuu ada kata nak bagi resepi nak buat play doh sendiri.
Hutang lama tak bayaq lagi no?

Bahan-bahannya:
3 cawan tepung gandum diayak
1 1/2 cawan garam
3 cawan air
1 sudu makan minyak masak
1 sudu makan cream of tartar
pewarna makanan - ikut suka
(tapi me cadang guna 3 warna asas - kuning, biru dan merah. mix these colours then you can have another 3 secondary colours - ungu, oren dan hijau)

Cara-caranya:
1. masukkan tepung, garam dan air dalam periuk
2. kacau atas api perlahan sampai adunan yang memula melekit melekat kat periuk tak melekat dah dan tutup api
3. biarkan doh tu suam-suam
4. keluarkan doh dan bahagi ikut bilangan warna yang korang nak buat
5. titiskan pewarna atas doh yang suam-suam tu dan uli sampai warnanya sebati
6. simpanlah doh ni dalam bekas kedap udara bila tanak main dah

The good things with this doh are:
1. murah dan mudah nak buat
2. non-toxic. anak termakan pun OK tapi depa sure terpempan dengan rasa masin jer la

WHY PLAY DOH?

Anak-anak akan main doh ni, uli sini, gentel sana, kutil sinun. buat bentuk ni, bentuk tu.
Ini adalah proses belajar dan latihan.

Latihan untuk motor halus depa. Latih depa guna jari dengan lebih baik. Dari sini baru kita boleh ajar depa pegang pencil dengan betul, menaip kat keyboard dengan pantas dan sebagainya.

Belajar membentuk dan padan warna akan kluarkan kretiviti depa.
Depa akan cuba buat bentuk yang depa pernah tengok. Kita boleh tengok sejauh mana depa punya luahan idea. Sejauhmana depa paham tentang bentuk objek yang depa hasilkan.

GOOD LUCK!

Monday, May 17, 2010

Pasal... Sotong Kangkung

Salam,

Bebahan:

Sotong kembang
Kangkung
Kicap manis
Otak Udang
Cili giling/boh
Gula
Garam
Air asam jawa
Kacang tanah
Bijan

Cecara:
Jerang air dan masukkan garam.
Bila air mendidih celur sotong dalam 3-4 minit.
Angkat dan toskan sotong.
Masukkan kangkung dan biarkan sampai layu.
Angkat dan toskan.

Masukkan cili giling + otak udang ... kacau/gaul...
+ kicap + air asam jawa ... kacau/gaul...
didalam mangkuk dan gaul sampai gula larut (sila masukkan bebahan 1 by 1)
(lagi sedap if kuah dibiar semalaman dalam peti ais... lebih pekat)

Letak sotong dan kangkung dalam pinggan, tuang kuah... tabur kacang tanah digoreng tanpa minyak dan ditumbuk..

SETTLE!

Monday, October 19, 2009

Pasal... Minum Minuman

Salam,

Tengah hari tadi, kejap panas, kejap redup... tapi bila panas tu, hati bagai dipukul-pukul nak minum air tebu. kebetulan nak kena pi cari daun kesom... so pusinglah area dekat rumah ni cari... tader la plak...


Tadi baru balik tengok anak buah kat sepital. Kesian dia kena cirit-birit. Tapi muka rilek jer. like nothing happen :P...


Balik tu, me minta ZwanZwan belikan kelapa muda. RM3.50 sebijik. mahal gak eh?
Then beli eskrem vanilla kat kedai bawah...

Apa lagi? tuang air kelapa tambah eskrem tambah es kiub.... blend sama dia... Voila... COCONUT SHAKE. 1 glass for ZwanZwan, 1 jug blender for me :P (tak sempat nak tuang dalam gelas, minum trus jer dari blender tu :P)


Now Abang Chik tengah berdansing sakan dalam pewot. Aik dah sampai ke coconut shake tu ke dia? Hehehehhe...

pic from: http://cadonuts.com/

Tuesday, September 15, 2009

Pasal... Bihun Goreng

Salam,

Me lagi sanggup masak laksa dari goreng bihun. Cukup takut nak kacau bihun tu bagi sebati dengan rencah-rencahnya. Takut bihun hancur. Maybe sbb dari kecik dah biasa makan bihun yang panjang, sekali ceduk 1 mangkuk tersauk sekali.

3 malam lepas, tengok citer Anna Maria, Fahrin ngan Elly Mazlin berlakon kot... entah tak kenal... tapi ada part sarapan makan bihun goreng. Ya Allah! Nampak sedap sgt... So Ahad lepas bungkus bihun goreng makan kat rumah MIL. Tapi dari rupa dah tau bihun tu tak sedap, so me makan bihun goreng tu dengan kuah laksa. Sedap wooo... typical orang Penang tau la kot menu ni... :P... teringat time sekolah kat Penang dulu. Waktu rehat berebut beli bihun goreng then minta Pak Cik kantin tambah kuah laksa. Macam pelik kan? Tapi korang jgn buat muka geli-geli kalau tak pernah cuba lagi... satgi dah cuba trus jatuh cinta...

Then tak puas hati, semalam berkobar-kobar masak sendiri. Tapi rencahnya fishball jer, no udang, no sotong, no ayam, apa lagi daging. Sayur taugeh ngan kobis. Simple-simple jer...

Tapi garnishnya me letak tauhu goreng potong, telur dadar nipis dimayang halus, daun sup dan bawang, cili merah... bawang goreng jer tader... Bihun ni makan ngan cili merah potong + jus limau + sos tomato + kicap! SEDAP wa cakap lu!!! cubalah!

Selain tu, buat tauhu sumbat. Kuah pekat kali ni, syok lagi terasa bila dimakan!

Sorry tader gambo... lapaq sgt!

Apa-apa pun, me masih takut nak masak bihun goreng... :P

Tuesday, September 1, 2009

Pasal... Flaws

Salam,

Akhirnya jumpa jugak flaws Cornflakes dari Marikh tu...
Dia lepas 4-5 hari akan tak rangup dah... SEDIHNYA.
Atas cadangan Farhan, adikku yang mmg terrer bab-bab rasa-merasa-kritik-mengkritik ni, dia suruh tambah beberapa lagi bebahan agar CdM ni jadi macam powerbar.

So pada mereka yang dah order, harap tak terkejutlah bila ngap CdM ada 1-2 bahan yang tak ada dalam sample.

Er... by right korang dpt lebih maaa... takan nak marah kot? :P

Maaf sesangat!!! Tapi kot ada nak kensel oder, saya tak marah la... saya paham... uhuk uhuk uhuk!~

Saturday, July 25, 2009

Pasal... Gulai Ikan Talang Ngan Nenas

Salam,

Lama tak makan lauk ni. Aritu tertengok kat FB Bee masak masak lemak ikan kering ngan nenas, me trus terliur. Walaupun dia masak style masak lemak... bahan utamanya sama jer... ikan kering ngan nenas...

Maka lepas meroyan kat ZwanZwan dia pun belilah nenas dan santan. Sesambil layan Friends tadi masak la gulai ikan talang ngan nenas... style tumis darat jer... saya akui, saya mmg tak reti bebuat tak reti masak lemak.

Then santan ada lebih, buat sayur lemak kobis. sepatutnya gulai ni kena lawan ngan ikan kembung goreng garing ngan sambal belacan, tapi belacan dah abih, ikan pun tader... 2 lauk tu jer la...

Er... pada yg tak tau apa tu tumis darat... dia camni tau... gulai tu, kita main rebus jer. letak rempah + air + santan cair + nenas dalam periuk then jerang. mendidih masuk ikan kering then gula + garam... tutup api. dah abih tu, bawang putih dan merah yg dimayang halus + halba campur + daun kari digoreng/tumis dlm kuali. bila bawang dah tukar brown, angkat kuali tuang semua isi dlm periuk. kacau isi periuk dan tutup.... siaplah!

lauk lain guna masak cara ni adalah kuah dalca! PEH!!! sedapnya...
tapi ni cara yg Mak Tam saya ajaq la... kami orang Balik Pulau+Teluk Kumbar... tempat lain tatau la camne depa masak :D

Tuesday, January 13, 2009

Pasal... Bekas Daun Pandan Kuih Tako

Salam,

TORA datang lagi! not~

Step by step... uuuh bebeh cara nak buat bekas kuih tako dari daun pandan...

bebahan:
daun pandan yg agak lebar dalam 4-5cm gitu
gunting
stapler
acuan bekas (bleh guna sebarang kotak segi empat sama)

caranya:
sediakan bebahan
potong hujung pandan yang kita nak guna. lilit daun pandan pada acuan. ambil sisi pendek gulung sampai overlap sisi mula tadi. disini anda bleh tgk saya tak guna kotak diatas, tapi saya guna kepala plug sbb bentuk dia lebih comel.
potong hujung yang lebih
gunting bucu-bucu daun sampai bahagian tengah daun
selepas dipotong dan dibuka, daun akan kelihatan begini
lipat daun... tgk gambo, tak reti nak terangkan...
teruskan sampai semua jadi cam dalam gambo... edge yang awal, dok bawah bucu yang atas...
like so...
lipat bahagian daun yang lebih tu dari bawah keatas, then... stapler sama dia kasi melekat

ni pandangan dari buntut... so bleh tgk lebih jelas camner nak lipat susun daun tu... kalau buntut bekas ni berlubang, potong sedikit daun pandan dan lapik bekas tu (dari dalam)
maka... siaplah...

Good Luck!

Friday, January 9, 2009

Pasal... Membuat Kuih Tako

Salam,

Bahan lapisan bawah/hijau
- sengkuang cina/water cheastnut dikupas dan didadu kecil
- 1 bekas/peket tepung Hoen Kwe hijau
- 1 cawan gula pasir
- 4 cawan jus pandan (air kosong pun boleh)
Bahan lapisan atas/putih
- 1 kotak santan (300ml)
- 3 cawan air
- garam secukup rasa
- 5 sudu makan tepung jagung

Caranya...
1. sediakan bekas... kalau rajin bleh buat bekas dengan daun pandan (i'll teach in my next entry later). kalau tanak, bekas lain pun OK
2. tabur sengkuang cina seadanya. tabur sedikit gula pasir sewujudnya :P
3. masukkan gula + air jus pandan + tepung dalam periuk dan kacau rata, then hidupkan api
4. kacau constantly sampai sebatian bertukar warna
5. tuang ke dalam bekas
6. basuh periuk utk lapisan atas plak...
7. masukkan santan, air dan garam juga tepung jagung dalam periuk dan kacau rata
8. hidupkan api dan kacau constantly sampai sebatian likat
9. tuang dalam bekas
10. hias semahunya dan biarkan sejuk pada suhu bilik sebelum dimasukkan dalam peti sejuk, sebelum dinikmati

Wednesday, November 26, 2008

Pasal... Fav Drink! (modified)

Salam,

Dalam bebanyak minuman, me suka sangat-sangat kat Pina Colada! Virgin of course!

First dengar masa kerja kat ECP, tahun 2000 dulu.
First minum masa kat PD, 2003. Sedap giler!
Then last minum masa kat Souled Out, 2006.

Now teringin balik. Godek-godek google, jumpa la resepinya.
Senang jer nak buat... cis cis cis. Nyesal tak belek awal dulu!


Pina Colada

Bahan-bahannya:
3 keping nenas dalam tin in heavy syrup (me guna cap ayam)
2 sudu besar santan kelapa pekat dalam kotak
1/2 cawan ais ketul yang dah dihancurkan

Cara-caranya:
Blend semua bahan diatas bersama 4 sudu heavy syrup nenas tu
Hidangkan dalam gelas yang cantik.
Bleh letak payung/hirisan nenas dan ceri kat bibir gelas.
Sedia diminum

* santan boleh digantikan dengan susu condensed.
*menghasilkan 1 cawan pina colada
*tambah gula if anda suka manis
* piccy from http://www.istockphoto.com/index.php


Wednesday, September 24, 2008

Pasal... Macam Tak Percaya

Salam,

Semalam lepas mengisi mana yang patut, terus pergi mengeluar. Keluar separuh niatnya. Bila tengok macam tak percaya. Betul ke bilangan tu. So kelip-kelipkan mata sepet me ni. Eh betul la...
Then kaut setengah, nampak yang belen... Woish! Betul ke ni? Dasat. Kemudian, malam tu jugak, lepas pegang tak lebih dari 3 jam, separuh dari setengah dah hilang. Tapi bila tengok rekod yang ada, masih macam tak percaya...

Pagi tadi, jumpa CD mp3 dalam kotak bebarang me dari CfBT. Ada 3-4 keping. Tak ada label. Masuk keter pasang tgk... Auw... lagu best!

Dengar-dengar-dengar... sampai kat lagu Estranged; Itu Kamu. Teringat me selalu nyanyi lagu tu kat Ewan dengan lirik yang 'dirosakkan'.

"Kau terindah, masih ada, yang ter ENCEM, itu Ewan"

Hehehehhehe...

Resepi Kuih Main-Main 1

1 bar cooking chocolate
1/8 bar butter
wee bit of salt
2 cups of Rice Krispies
paper cup
untuk hiasan boleh guna ceri, coloured chocolate rice, badam dicincang... whatever la.

caranya:
cairkan coklat dan butter dalam double boiler. tambah garam. bila semua dah cair, campurkan rice krispies dan gaul bagi almost semua disaluti coklat. spoon it up dalam paper cup dan tabur hiasan. bagi betul-betul sejuk then masuk tapawe.

tahan sebulan.

good luck!

Related Posts with Thumbnails