Warning! AKUNOI Warning!


Diingatkan, blog ni akan citer pasal me. Pasal kecomelan me, kepandaian me, kehebatan me. Akan ada entry yang menunjukkan
keriakkan me, kesombongan me, ... Segalanya about me, me, me dan me... The world does revolves around me, thingin'. Kot ada yang rasa geli-geli, meluat bila baca, me cadangkan, baik tutup jer window ni ye... Karang tak pasal-pasal korang muntah hijau plak... Anyway... pada yang tak kisah untuk muntah hijau... selamat membaca...


Showing posts with label Shopping. Show all posts
Showing posts with label Shopping. Show all posts

Saturday, May 28, 2016

Pasal... Peraduan Teka Buku

Salam,

OK Ahkak kembali lagi. Lama giler tak ber-blog. Malas or tak sempat... entah lah. A cocktail of both maybe.

Anyway, sempena jualan buku murah-murah giler-giler kat Big Bad Wolf Books yang sedang berlangsung dari 27 Mei - 5 Jun 2016 di The Mines 2, Ahkak dah hangkut satu Family Package berharga RM160 untuk satu kotak kecil dan 1 kotak besar. Dia macam konsep kotak prabayar Pos Laju la... beli kotak then isi lah barang dalam tu. Bezanya event ni, beli kotak, isi penuh-penuh buku korang nak. Asalkan penutup kotak tu bercantum elok bila ditutup, semua buku tu, ko korang punya. Tak kisah la walau pun korang bayar RM160 jer untuk kotak tapi buku dalam tu bernilai RM500! Hebat kan? Kami spent dalam 2 jam mencari dan menyusun buku (selain beratur untuk bayar dan ambil kotak di kaunter). Berbaloi-baloi.

So, Ahkak nak ajak kenalan Ahkak berkongsi rezeki dengan memenangi satu set buku cerita kanak-kanak. Macam mana? Tengok gambar kotak-kotak Ahkak hangkut semalam yang penuh buku, dan teka berapa bilangan buku yang ada dalam tu? Senang kan? Tak dapat tepat pun, sipi-sipi pun OK lah. Ahkak tak berkira sangat sebenarnya. Kehkehkeh...

Untuk mengetahui cara nak join, sila ke SINI ye'!

Good Luck!

Hadiah yang ditawarkan. 1 set buku Five-Minutes Story (9 buah buku bernilai RM72)
Kedua-dua kotak yang Ahkak hangkut
Ukuran kotak-kotak tersebut
Diantara buku-buku yang terdapat di dalam kotak kecil

Wednesday, July 31, 2013

Pasal... Duit Raya RM500 Pak Najib

Salam,

Semalam, first time berbuka kat kedai. Kedai tomyam tepi jalan jer.
Sampai setengah jam awal. Bagi bebudak aktif riang-ria ni makan dulu.
Tapi biasalah anak-anak cerdik ka, dengan Professor Emeritus Eiman Ariq berlari kesana melompat kesini.
Dato' Dr Elia Amira plak dengan sibuk nak panjat keluar babychair dan berdiri atas meja.
By the time berbuka ZwanZwan dan me macam Ultraman lampu berkelip-kelip. Hahhahahaha

Habis makan (more like melantak hokey!) Kekami pergi ke PKNS. Cari baju Dato' Dr Elia Amira dan Professor Emeritus Eiman Ariq. Warna biru tua untuk Professor Emeritus Eiman Ariq dan biru muda untuk Dato' Dr Elia Amira; itu pun lepas meronda keluar PKNS ke kedai seberang jalan. (BTW, deret gerai tu ada jual dodol yang depa dok kacau kat situ jugak!)

Me nak cari tudung. Biru, kuning dan beige. Tapi macam biasalah, tak terbeli. 1 sebab kedai yang jual tudung yang me berkenan, peniaganya tak ada. Tak ada here meaning dok sebok gebang, tak layan pelanggan. 2 sebab kedai lain tudung-tudungnya pendek nampak ketet. Hahhahaha.

Apa-apa pun ZwanZwan lah paling lucky sebab tetiba me TERbeli kat dia baju (sahaja) melayu warna biru tua untuk dia. Happy dia! Ni kalau mood me ok, satgi nak pi cari seluar panjang warna hitam plak.

Then ZwanZwan return favor belikan me balang kuih raya sekali dengan lampu lip-lap baru since yang lama reput dan relai lepas 2 tahun tak buka kotak. Hihihihi...

Lega dah settle yang penting-penting ni. Sabtu Ahad ni kena berkurung dalam rumah jahit langsir-langsir. Lipat baju juga masuk dalam agenda selain sental lantai toilet dan lap kekipas. Malas nak pi shopping hari minggu. Ramai umat nampak macam ulat, merumut gitu. Huhuhuhu... Ai is takut anak-anak terlepas. Nauzubillah~

Makanya, macam... nampak macam me tak akan beli tudung me sampai ke sudah! Hahahhahaha... selalu macam tu. 

Itulah kisah bagaimana saya menghabiskan duit raya Pak Najib bagi... Terima kasih.
(sebenarnya itu gaji, tapi nnt masuk duit raya tu, ganti ler - GEDIK!!!)

Friday, June 7, 2013

Pasal... Esei Mee Yaki

Salam,

Sejak jadi staff gomen ni, entry tak berapa nak lebat. Bukan tader idea cuma macam malas jer nak buka blog menaip. Berblog dalam kepala jer...

Anyway, harini mood me tak elok. Dunno why. Maybe sbb 'kawan bulanan' nak mai dah kot?!

Apa-apa pun, nak menunjuk... me dapat minyak wangi dari HSBC Rewards Programme.


Me ada Issey Miyaki. Me beli tahun 2000 dulu. RM10 jer tapi bau tahan lama. That was the first time pakai minyak wangi jenama terkenal. Sampai la ni me minat Issey Miyaki tu. 

However, untuk HSBC ni, tak ada. Maka florale pun florale la! The distinctive Issey special smell masih boleh di'rasa'...

Friday, September 14, 2012

Pasal... Beg DIVA Keluaran MR

Salam,

Hati saya berbunga-bunga.
Se-berbunga beg baru saya ini...

Lepas ni, dengan sepenuh hati kembang setaman me usung colaman berisi alatan mengepam me kehulu-kehilir since dia ada sarung beg cantik macam ni.

Berkenan ke? bleh konteki MakCik Rehan untuk memilikinya.

MR, if roh menjarum beg ni mai lagi, habaq tau. Me nak beli 1 lagi untuk coleman besaq plak :D

Ni review me:
Kain best. Mmg jenis hi kualiti. 
Jahitan; komen bagi me orang yang reti jahit lurus je... BAGUS!!!
Masa nak masuk coleman tu ketat skit la. Biasalah, extra virgin coconut oil lagi.
Walaupun extra 2 inci ukuran dari saiz coleman tapi tak nampak baggy.
Poket tu if naikkan tinggi ke atas lagi sangat best.
If poket ada flap/penutup even tader button or velcro sure lagi gempak. So bebarang dlm tu tak senang sangat terkeluar.

Me bagi 4 stars out of 5 buat masa ni.
Maybe beg lepas ni InsyaAllah bleh 5 stars plak!

Monday, July 30, 2012

Pasal... Murah Seh!

Salam,

Happy BELATED Birthday to ME!


Ada hikmah sebenarnya byk sgt halangan untuk me beli blender ni. Bukan sekali tapi 3 kali. Nak beli jer, duit kena guna untuk lain hal... Again dan again.

Tapi tadi lepas borong diapers kat Baby Expo kat Mid Valley, me nekad nak beli blender. Cuma masa tu me nak beli blender saja sebab me rasa harga RM258 tu mahal. Berkorbanlah lagi dan lagi...

Pi carik kat rak Philips, panggil orang jaga, sekali dia tunjuk harga yang me rasa tak percaya jer. Lagi lawak ZwanZwan bisik, "Shhhhh, biar jer. Kalau salah pun kita untung."
APAKAH?!!!

Buka carik, inspect dan pi bayar. Murah seh! I mean for us RM199 memang murah dari harga asal :P

Maka, Happy BELATED Birthday to ME!

Friday, July 13, 2012

Pasal... Anniversary Comes Early

Salam,

Redeem points kad utang. Pilihan antara my favorite perfum Essay Miyaki or jam untuk ZwanZwan since the last jam that I brought for him patah. (Patah ye, bukan putus)
Pk punya pk, punya pk, sekali Jam menang.

Maka semalam sampai la jam Casio Edifice untuk ZwanZwan.
For me OK la jam tu. Yang me minat points dia tinggi sgt. Me still kena simpan point untuk redeem perfum plak. Tanak membezir points :P

Camner ghuper jam tu? Beginilah... Nampak smart kat lengan ZwanZwan tapi kena ekjas kasi kecil. Ini adalah jam ke-3 me redeem dari HSBC. 1st jam Nike tahun 2008. Philippe Renault was second back in 2010 and now a Casio. 1st redemption me buat adalah 1 set cadar Akemi.
Tak snap gambar tapi me gugel jer...

Masa me keluarkan jam tu dari kotak, nak tergelak bila nampak muka ZwanZwan. Muka excited nak kan sesuatu barang. 

First mula perasan muka tu adalah masa kat ITTAR time me beli buah sour plum 2 biji. Dia datang kat me dengan muka camtu cakap, "Eh Nurul, sedapnya buah tu. Minta sikit." Me yang baik hati pun bagi. Sekali dia ngap, separuh buah tu ilang. Takan nak ngap sisa dia kan? So me bagi sebiji tu kat dia. Dia sengeh-sengeh cakap, "Terima kasih, buat susah-susah jer." Siot, lepas tu hari-hari dia paw me!

Anyway, Our 8th Anniversary comes early this year for ZwanZwan:D

Tuesday, July 10, 2012

Pasal... Deep Freezer Sudah Dijual

Salam,

Deep freezer sudah dijual.
Sorry pada yang lambat.

Terima kasih.

Thursday, February 2, 2012

Pasal... Nafsu

Salam,

Tadi borak ngan Ili cakap nak guna duit claim bebulan lepas beli meja makan set putih dgn table top white marble. Tapi baru sat tadi nampak iklan kat Kami Jual Beli Avent IQ ISIS Duo pada separuh harga dijual, me trus sms owner tanya.

La ni tengah berdebar tunggu owner reply my sms.
My IQ ISIS Uno motornya rosak. Bagi lagi pinjam kat orang.

Then ada owner online shopping ni tag me kat barang dia. RM39 lebih murah! Cuma dia dah pakai dalam 6 bulan sekali-sekala la. Ah gila! Me kata tunggu petang sikit sbb tunggu owner 1st reply. If tak reply me sauk dia punya jer la. 

Jimat dalam RM900 wooooo compare kalau beli yang baru! Duit lebih dari beli yang 'previously owned' ni bleh guna untuk beli my dream dining table ye dok?

Ah nafsu!!!
Eh Ai bernafsu dengan standard Ai jer. Ai sedar diri. Kalau tak sedar diri Ai kawin dengan Jude Law ke, Ewan McGregor ke... BuahahhahahahaN.

Er Encik Azwan Sabtu ni jangan lupa kita pi Bungalow Ewan. 5 tahun dah sepatutnya Angel kita tu.
Then 10 hari lepas tu awak jangan lupa bagi saya bunga ke, coklat ke, kek ke... set 'buaya pink' yang saya minat tu ke... 13 tahun dah tau Ai ngorat you!!!

Monday, December 12, 2011

Pasal... Kasut

Salam,

Short update.
This is the pair of shoes that I bought without asking or looking for it price.
Fell like a rip off to my pocket but it made me feel good inside for putting something that expensive (for me la!) on my feet.

pic from: http://shopping.yahoo.com
Rockport women's grace bow slingback wedge

Thursday, December 1, 2011

Pasal... Beli Tanpa Tengok Harga + Post ke-1000

Salam,

Tadi nak pi shopping kat Jusco, sekali Jusco member's card sale la!!!
Masuk dalam kejap, then patah balik keluar. HORROR!!!

Then pi kedai bata. Nampak 1 kasut ni, design OK la, tapi yang penting bila sarung kat kaki, SELESA yang amat-amat!
Terus me pi kaunter nak bayar. Sekali kluar nombor 3 angka, terkejut tapi ku telan!
Hey, dah abih belajar kan? Tak layak ke diri terima barang harga macam tu? Pujuk akal me.
So what the heck! Bayar jer la.

Lepas tu pi cari baju. Minah salesgirl tu bagi me 6 pasang baju untuk dicuba, tapi me cuba 2 jer. Ikutkan nak beli de2 tapi nak pakai pi mana? So beli 1 jer... gambo? Tunggu lepas abih dinner Sabtu ni dan konvo minggu depan :P

Apa-apa pun inilah baju yang me tak beli...
I just realise my twin adalah tidak sefahaman. Muahahhaha (paham ke?)

Tuesday, September 13, 2011

Pasal... Dipukau, Terpukau, Memukau

Salam,

Semalam ingat nak pi beli klip rambut, sepit rambut, cekak rambut... nak mengebat untuk kenduri sepupu kaedahnyer...
Tapi sedar-sedar, tengah bayar kasut dan baju-baju untuk hero-hero.
PELIK!
HERAN!
AJAIB!

kena pukau ke?

maka inilah hasil 'pukauan' semalam...
sepit, klip, cekak rambut jadi kasut,  baju-baju...

Baju sleeveless untuk Eiman dan shirt unta aktif untuk ZwanZwan

Perkataan surfing tu buat me tak pk panjang untuk merembat bayarnya time-time tu jugak!
Related Posts with Thumbnails