30 Jun 2009
PENGAT KELEDEK DGN SAGU BIJI....
29 Jun 2009
JALAN JALAN CARI MAKAN LAGI......
28 Jun 2009
Muffin chip chocklat yang memang selalu Kakintan buat...sebab budak budak yang paling suka dengan muffin ni...inilah antara juadah yang Kakintan bawa masa bergather gather dirumah Ghe'Teh tempoh hari......
2 minggu yang lepas Kakintan dengan geng "Mak cik Kantin" gather gather dirumah salah sorang kawan kami diAmpang Jaya....inilah antara nya menu yang Kakintan bawa kerumah Che'Teh Saadiah.....masing masing antara kami membawa menu yang berbeza untuk memeriahkan lagi suasana....Tuan rumah dan suami nya pula menyediakan roti perancis yang dicicah bersama kari daging dan juga meehon serta minuman kebetulan hari tu suami tuan rumah En.Johari bercuti dari tugas sebagai pilot dengan penerbangan MAS ..jadi Che Teh tak lah keseorangan menyediakan makanan apa apa pun "geng makcik / pakcik" enjoy dengan menu menu sedap yang dihidang kan......thanks Che Teh/ En.Johari sekeluarga diatas layanan yang diberikan....
HARI TAMPAL AWARD "SEDUNIA"
27 Jun 2009
NAK JAWAB TAG YG KAKINTAN DAPAT...
Salam semuanya...pada kawan blogger Kakintan nak mintak maaf sebab banyak tag tag yag Kakintan belum jawab..tapi jangan risau insya'allah satu hari nanti akan Kakintan jawab juga....pepagi tadi Kakintan jalan umah Ina KL..uishhhhhhhh kena tag lagi la pula....tak pe Ina ni Kakintan cuba luangkan masa menjawab nya.....
1. NAMA TIMANGAN ANDA....
Nama timang timangan Kakintan.....Hubby panggil Cekintan, family panggil Intan..arwah
mak/ayah angkat pulak panggil Nong.
2.ANDA SEORANG YANG..........
Kakintan rasanya penyabar jugalah......ada masa masanya cepat juga naik angin terutama
bila bendera "Jepun" nak berkibar, kadangkadang juga bolih jadi sensitif, tengok pada sesuatu keadaan lah....contohnya kalau tengok orang menangis...KakIntan pun akan menangis sama....
3. INSAN YANG TERISTIMEWA......
IBU....SUAMI DAN JUGA ANAK ANAK....buat masa sekarang inilah insan insan yang paling istimewa dihati KakIntan.....dan hanya inilah yang tinggal lagi.....arwah ayah serta arwah kedua ibu bapa angkat Kakintan juga adalah insan insan istimewa yang telah meninggalkan Kakintan terlebih dahulu....alFatihah buat mereka semua...
DESCIBE MENGAPA MEREKA INI TERLALU ISTIMEWA......
Ibu bapa......kerana mereka Kakintan lahir didunia....
Arwah emak/ayah angkat...kerana mereka yang telah membesarkan dan mendidik Kakintan sehingga jadi seperti sekarang.......
Suami.....seorang yang bertanggung jawab, walau pun nampak garang tapi punya hati yang baik....dan Kakintan serta anak anak bersyukur dan menerima seadanya
Anak anak....huh..inilah saja harta yang bernilai buat Kakintan didunia mahu pun diakhirat...
4. LAGU KESUKAAN ANDA.....
Suka lagu lagu yang slow,sentimental, lagu lagu asli kita....contohnya GHAZAL, DONDANG SAYANG, KERONCONG juga....he he....jangan jeles sesekali ada juga lagu rock yang Kakintan minati..tapi tak lah yang terpekik pekik entah hapa hapa tu....
5. MAKANAN KESUKAAN ANDA.....
Suka masakkan yang pedas pedas, masam masam sikit contoh nya asam pedas. tomyam ..kari pun minat juga terutama yang tak letak santan tu, lepas tu kena la pekat sikit...wahhhh best nya..........................
6. WARNA KESUKAAN....
Kalau warna pakaian...kebanyakkan nya berwarna hitam/putih memang paling digemari warna warna lain juga yang Kakintan minat purple, dan juga hijau, tentang rumah pula Kakintan suka warna warna warna yang cerah contoh nya krim atau off white sebab nak menampakkan ruang rumah yang luas.....walau pun ruang tu sempit...almaklumlah Kakintan tinggal diflat biasa sahaja....
7. SIKAP YANG MEMBUATKAN ANDA STRESS...
Kakintan paling stress bila naik kereta dengan anak anak bujang Kakintan...faham faham aje lah orang muda kalau bawa kereta kan.....keduanya kalau anak anak bujang Kakintan kemana mana tak dapat dihubungi bila Kakintan call.....atau pun mereka tidak menghubungi Kakintan dimana mereka berada....satu lagi kalau mereka balik lambat dari waktu yang biasanya mereka berada dirumah pada waktu itu...........wahhhhhhhhhhhhhh ini memang stress..tahu tahulah kalau dah nama nya duduk dalam bandar macam KL ni macam macam bolih berlaku.....setakat ini alhamdulillah dan semoga dijauhkan benda benda tu semua.....
8. 3 BENDA YANG MESTI ADA DALAM BEG....
Dompet duit berserta barang barang yang sewaktu dengan nya...
Handphone....
Tisu untuk mengelap apa yang perlu...he....he....
9. KALI TERAKHIR ANDA MENANGIS......
Semalam masa chatting dengan seorang rakan blogger yang jauh diperantauan....ada luahan perasaan antara kami......bercerita tentang hal anak anak masing masing sampai emosi...
10. TAG 6 rakan anda.....sape ekkkkkkk...jap Kakintan fikir fikirkan....
1. Amy Germany
2.Maz...kat Bahrain
3. Watierman...kat Bukit Jambul Pulau Pinang
4. As....Kat New Zealand
5. Azlina diManjung Perak...
6. Yatt Precious diDamansara Perdana....rakan EG
Pada nama nama yang tersebut diatas sila lah jawab tag tersebut ya........salammmmm semuanya....
JALAN JALAN CARI PASAL..KE RUMAH INA KL...HE...HE....
Pada sesiapa yang tak kenal Ina KL ini lah dia orang nya...sorry Ina ni gambar lama Kakintan tampal...gambar masa kita gather gather dengan Aymy Kuwait hari tu kat SOGO
25 Jun 2009
PERGINYA DUA ARTIS YANG KAK INTAN MINATI DIZAMAN PERSEKOLAHAN DULU...
SAMBUT HARI BAPA SEKELUARGA DID'STUDIO WESTERN FOOD...
21 Jun 2009
GAYA INGGERIS DAN FABRIK ROSES JUGA MENJADI PUJAAN HATIKU...
Kali ini Kakintan nak berkongsi citarasa pula dibidang hiasan dalaman rumah.....Kakintan juga meminati konsep Inggeris dengan temanya yang semestinya bertemakan bunga ros, bercorak kotak atau pun berbelang belang...entah bila impian Kakintan akan terlaksana sepenoh nya...setakat ini hanya diperingkat permulaan baru....apa apa pun kita layan dulu gambar gambar yang Kakintan ambil dikedai internet ni.....issshhhhhhhhhhh memang citarasa Kakintan lah kesemuanya ni.......kalau tak caya jum kita tengok ni.....
Pada pandangan mata Kak intan ianya cantek dan simple..tak tahulah mata orang kan....
Purple dan hijau ni juga cantek, Kakintan sudah mencuba menggunakan warna2 ini sekarang....tapi masih banyak lagi yang perlu Kakintan contohi seperti dalam gambar ini...
Langgan:
Catatan (Atom)