skip to main |
skip to sidebar
Salam... makan makan lagi cerita kali ini. Selagi hidup selagi itu kita perlukan makanan kan... ada ke yang hidup tapi tak perlukan makanan?.. Berpuasa sekali pun cukup waktu nya kita perlukan makanan juga kan.
Kali ni menu yang Kakintan masak 2 hari yang lepas, agak lama juga dah Kakintan tak masak menu asam pedas ikan duri ni.Bukan nya apa ini menu kegemaran arwah emak Kakintan. Selalunya kalau dia datang kerumah Kakintan semasa hayatnya, inilah lauk peberet dia yang Kakintan masakkan. Tengoklah nanti punyalah seronok dia makan sambil menghirup kuah asam pedas tu. Nak pulak kalau ada kepala ikan tu lagi sedap dia makan. Semalam 29hb September, genap dah 3 bulan arwah emak kembali kerahmatullah. Alfatihah buat emak...semoga emak tenang disana.... Amin...salammmm
Salam ... pada malam minggu yang lepas Kakintan dan suami telah dijemput kemajlis rumah terbuka Dr Saifudin/Linda dirumah mereka diWangsa Melawati. Wahhhhh........ bukan main meriah lagi, mana tidaknya sebab sebahagian dari jemputan yang hadir adalah geng kami iaitu GENG MAKCIK KANTIN ( sebenarnya ianya adalah geng ibu ibu yang anaknya belajar diVI dan anak anak ini pula adalah sebahagian daripada ahli VICCB).
Kami sebenarnya dah lama juga tak bertemu sebab sibuk dengan hal masing masing, lagi pun anak anak kami juga sibuk dengan exam, aktiviti anak anak juga tak banyak buat masa sekarang, jadi bila geng geng ibu ibu ni sesekali bertemu suasana pastinya gamat.
Antara yang menggamatkan suasana malam tu sapa lagi kalau bukan Teh Saadiah, anggun lagi malam tu...Kakintan suka tengok Teh dengan baju biru dia ni... walau pun dah kategori warga emas tapi tetap maintain cunnnnn..kih..kih.... sorry Teh..ikhlas ni...
Mary (Mariam) dan Shasha juga ada, Sha dah sihat, sebelum ni Sha masuk hospital beberapa hari kerana denggi..alhamdulillah cepat semboh ya Sha.. entah apa la yang diborakkan nya dengan Mariam ni, maklumlah ...kami ni semua dah agak lama tak jumpa...Sha dan Mariam adalah ibu ibu yang bekerja, tak macam Kakintan yang banyak masa dirumah dengan anak anak.
Alamak tak nampak la pulak muka tuan rumah ni, Linda tengah sibuk melayan tetamu yang hadir. Malam tu Linda santai berbaju T hijau muda tu, malam tu kami disajikan dengan berbagai bagai makanan termasuklah kambing panggang, ramai yang suka tu, tapi Kakintan tak makan, memang sejak azali lagi tak makan he...he...tak tau kenapa. Kami berborak sampai hampir 1 pagi. Dah ramai ramai macam tu bila sesekali bertemu tak sedar masa cepat berlalu. Apa apa pun terima kasih pada tuan rumah yang menjemput kami serta keluarga kemajlis tersebut. Semoga kita bertemu lagi diAidilfitri tahun depan sekiranya dipanjangkan usia, dan semoga persahabatan kita juga akan kekal sehingga bila bila.
Sampai disini dulu coretan Kakintan pagi ni. Salam dan semoga bertemu lagi dilain waktu.
Salam pagi Jumaat... bersua lagi dipagi pagi ini...sambil sambil tu jum layan sarapan pagi Kakintan hari ni...he..he...yang lain lain tu dah breakfast ke. Entah kenapa mood rajin datang pepagi ni nak masak kuew teow goring, kebetulan stok bahan bahan semuanya ada..apa lagi menjadi la jawab nya.
Nak tahu apa yang Kakintan gunakan masa masak tadi...
Bahan2nya..
4 ulas bawang putih.
sesudu cili kering diblender.
Sos chili LIFE
Soo tiram LIFE
Kicap pekat
sedikit daun sup
sedikit kobis
sebiji telor
Udang
sebungkus kuew teow
sedikit garam
Caranya :-
Tumiskan bawang putih yg dah siap ditumbuk, sehingga garing masukkan cili kering yg siap diblender tadi, masak sampai betul2 garing masukkan sos chili, sos tiram dan sedikit kicap. Masokkan sedikit garam dan juga sedikit air, bila air nampak menggelegak masokkan telor pecahkan bagi hancur, masukkan kuew teow, dan juga sayur serta udang. Masak hingga sebati. Rasa garam nya, angkat dan taburkan daun sup dan juga bawang goreng. Ok sedia untuk dimakan bersama dengan limau kasturi yg diperahkan jus nya. Salam dan selamat bersarapan...
Salam dan selamat bersua lagi dipagi yang indah ini. Sesungguh nya Kakintan bersyukur sesangat dihari yang bertuah ini sempena menyambut hari kelahiran Kakintan sendiri yang ke49 tahun. Pada usia yang sebegini Kakintan diberikan kesihatan yang baik, keluarga yang baik juga serta teman teman yang selalu memberikan sokongan dan semangat untuk meneruskan lagi perjalanan hidup ini. Apa pun Kakintan bersyukur sangat sangat dengan apa yang telah Kakintan hadapi dan perolehi selama hidup ini...amin...aminnnn..aminnnn ya Allah...Seperkara lagi yang tak kan Kakintan lupakan disetiap tarikh kelahiran Kakintan saban tahun ialah pada tarikh yang sama Kakintan kehilangan arwah ayah yang tersayang 16 tahun yang lalu. Sewaktu tu Kakintan menyambut hari lahir yang ke33 tahun. Masih ingat lagi hari tu paginya Kakintan menerima sejambak bunga rose merah dari suami tersayang, sebelah petang nya pula Kakintan menerima panggilan talipon mengatakan arwah ayah meninggal dunia....masa tu gelap sekejap rasanya dunia ni...apa pun Kakintan redha atas pemergian nya setelah terlantar sakit selama 3 bulan. Alfatihah buat arwah ayah SHAHRANI BIN SULAIMAN, semoga arwah tenang disana bersama sama orang orang yang beriman...aminnnn
Ok lah sampai disini dulu catatan Kakintan buat tatapan anda semua pagi ini. Salam dan jumpa lagi dilain waktu.....
Salam semua pengikut2 blog Kakintan, SELAMAT BERHARI RAYA pada semua. Rasanya masa ni masih ramai yang berhari raya kerumah kawan kawan mungkin ada antaranya sudah mula membuat acara rumah terbuka (OPEN HOUSE) dan tak kurang juga mungkin ramai juga yang dah menerima jemputan. Entah lah..pada Kakintan tahun tak ada buat rasanya, lagi pun akhir akhir ni semuanya kurang sihat, jadi mood raya pun agak berkurangan. Entry kali ni nak share disini apa yang Kakintan masak pada hari raya pertama dikampong, seperti selalu nya menu ni Kakintan tak pernah buat dihari pertama Hari Raya, tapi kali ini buat kelainan la sikit masak la spaghetti bolognese, lagi pun anak anak pun minat dengan menu ni. jadi buat la cukup2 untuk anak beranak je, rupanya tak cukup juga terpaksa la masak lagi bila anak anak buah yang lain datang berhari raya diorang pun suka dan minat. he..he...tak apa tak cukup bolih tambah lagi masak, stok kan ade....
Selain dari spaghetti Kakintan macam biasa masak nasi impit segera, masa arwah mak ada pun nasi impit ni satu kemestian pada dia. Arwah mak suka makan dengan kuah kacang yang dimasak bercampor dengan daging, sedap juga rasanya. sesekali terasa macam makan satay. Tapi kali ini Kakintan tak masak pun kuah kacang tu sebab menu tu diserahkan kepada adik Kakintan yang membuatnya.
Kakintan juga menyediakan rendang ayam untuk dimakan bersama dengan nasi impit segera. Kali ini Kakintan korbankan 2 ekor ayam sahaja, sebab kami adik beradik dah berjanji nak berkumpul dirumah arwah mak pada 2 hari raya, jadi tak lah perlu masak banyak banyak kan. Bukan apa sayang kalau basi nanti.
Ada juga masak sedikit kuah lodeh, yang ni kegemaran Kakintan, anak anak semuanya tak minat, jadi kita pun masak tak lah sebanyak mana. Orang kata masak je secukupnya untuk anak beranak itu pun berlebih juga.
Ok lah layan dulu lah menu menu yang Kakintan masak dipagi Aidilfitri yang lepas. Salam dan Selamat berhari raya dan selamat bercuti 1 Malaysia...