31 Julai 2010
KE KK HOME DECO WANGSA MAJU SALE....
30 Julai 2010
AKTIVITI SABTU LEPAS.
PELITA ALADDIN....
29 Julai 2010
LAKSA JOHOR...
yang Kakintan nak share kan bersama sama disini iaitu Laksa Johor. Laksa ni salah satu peberet Kakintan dan juga keluarga. Kak Intan masak petang semalam, itu pun dah ketandusan idea ... tak tahu apa selera nak makan he...he.. dekat dekat nak Ramadhan ni tekak pun pandai memilih makanan yg suka dan yg tak sukanya. Ok lah nak resepinya ke?...sebenarnya Kakintan dapat resepi ni dari sini...http://azri.free.fr/resepi/laksa_johor.php uishhh.... sedap bolih tahan juga....terima kasih Azri berkongsi resepi ya....ini Kakintan buat copy & paste je dari blog Azri ya....
Bahan-bahan:
1 paket speggetti .. direbus, toskan & gaul ngan margerin skit biar tak lekat..
6 ikan kembung.. rebus, amik isi,blend & jgn buang air rebusannya..
6 bwg merah..kisar
2 bwg putih..kisar
skit lengkuas..kisar
skit halia..kisar
2 serai..kisar
1 paket kari Adabi.. bancuh ngan air
skit asam jawa.. bancuh ngan air
skit udang kering.. tumbuk
12 cili kering.. kisar
1 sudu ketumbar.. kisar
Skit jintan.. kisar
1 biji kelapa..1/4 kerisik, 3/4 santan
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
1 ikat daun kesom
2 bunga kantan
Bahan sampingan:
Daun kesom
Daun selasih.. rasanya kat KL susah nak cari..
Kacang panjang diracik
Timun dipotong membulat..
Bawang besar dipotong membulat
Taugeh
Tauhu digoreng, dipotong kecil2
Limau kasturi
Sambal belacan.. ummpphhh.
Caranya:
Panaskan minyak dan tumis bahan2 yg dikisar tadi.
Biar sampai naik wangi..
Masukkan udang kering,rempah kari dan rebusan ikan tadi.
Masukkan ikan yg dikisar tadi.
Masukkan gula melaka, air asam jawa,kerisik, garam dan santan.
Last sekali masukkan bunga kantan ngan daun kesom.
Dah siap..
Tapi... sebelum tu nak bagi tahu jua...tak semua bahan bahan yg dalam tu Kakintan ikut ada juga satu dua bahan yang Kakintan tak buboh macam taugeh dan juga daun selasih...ermmmm anak2 tak suka...jadi Kakintan letak yg mana anak2 suka makan sahaja..Ok salammm dan bye...bye...jumpa lagi...
28 Julai 2010
KEK KUKUS BUAH BUAHAN....
KEK KUKUS BUAH-BUAHAN LEMBAB
Sumbangan: Makcik Diana
...Bahan-bahannya
1 tin (16oz) mentega Golden Churn
600 gram tepung gandum
400 gram campuran buah-buahan
2 cawan gula halus
6 biji telur
2 sudu teh bicarbonate of soda
2 sudu teh cream of tartar
1 sudu teh esen vanilla
sedikit pewarna coklat (sarsaparilla liquid brown)
kertas kuih
aluminium foil
Untuk Gula Hangus
2 cawan gula
1/2 cawan air
Cara-caranya
1. Panaskan air dalam kukusan terlebih dahulu. Tepung gandum 600 gram, ambil sedikit dan gaulkan dengan campuran buah-buahan, gaul rata untuk salutkan tepung dengan buah-buahan. Ini akan dapat mengelakkan buah-buahan dari mendak ke dasar kek sewaktu ia dikukus.
2. Tepung gandum, bicarbonate of soda dan cream of tartar diayak. Ketepikan.
3. Menggunakan whisk tangan, pukul mentega, gula sehingga kembang dan sebati. Masukkan esen vanilla dan pewarna coklat sarsaparilla brown liquid dan pukul dengan kacau dengan tangan sehingga ia sebati.
4. Masukkan telur satu persatu dan pukul dengan tangan agak-agak sudah sebati sudah mencukupi, berhenti. Bila masukkan telur tidak boleh terlalu dipukul ini akan mengakibatkan kek kukus nanti kering. Jadi memadai dengan telur dimasukkan satu persatu dan bergaul sebati dengan adunan mentega.
5. Masukkan tepung yang telah diayak kedalam adunan, gunakan spatula atau senduk plastik dan kaup balikkan satu pusing arah sehingga tepung bergaul sebati dengan adunan telur. Jangan terlalu menggaul adunan tepung, cukup dengan pusing kaup balik sehingga tepung sebati.
6. Menggunakan periuk non-stick yang ada handle, masukkan 2 cawan gula dan dengan api yang kecil masak gula sehingga ia cair dan bertukar warna coklat dan berbuih. Masukkan sedikit demi sedikit 1/2 cawan air dan kacau gula sehingga ia larut. Hati-hati gula hangus ni panas. Sewaktu gula hangus panas, ia akan cair dan bila ia sejuk selalunya ia akan keras jadi sewaktu ia panas tuang kedalam adunan tepung dan kacau menggunakan spatula dengan cepat sehingga adunan sebati. Boleh minta pertolongan seseorang untuk tolong tuangkan gula panas jika anda rasa kekok membuat sendiri.
7. Akhir sekali, masukkan campuran buah-buahan dan kaup balik adunan, jangan terlalu digaul cukup hanya bila buah-buahan bergaul rata. Ini untuk menggelakkan buah-buahan mendap kedasar kek bila ia dikukus.
8. Alaskan kertas minyak didalam loyang dan sapukan dengan mentega dan salutkan dengan tepung. Kemudian tuang adunan tepung kedalam loyang dan pastikan air kukusan telah mendidih dan tutup loyang dengan aluminium foil dan kukuslah selama 4 jam. Masa mengukus boleh dikurangkan jika mahu.
O.k Kakintan dah siap pun buat copy & paste macam mana nak membuat nya. Selamat mencuba dan salam bye...bye....pada Diana juga terima kasih berkongsi resepi kat sini....
27 Julai 2010
AYAM MASAK KARI MAMAK...
1 ekor ayam
5 biji bawang putih
3 biji bawang sederhana besar
sedikit halia - kesemuanya dikisar
kulit kayu manis
bunga cengkih
bunga lawang
buah pelaga- kesemuanya untuk ditumis
sedikit daun kari
2 helai daun pandan
air asam jawa
garam gula
cili kering yg dah diblender
rempah kari daging
Sedikit oyster sos dan juga sedikit cili sos
Minyak untuk menumis
Cara caranya:-
Ayam yg telah dipotong2 dan dibersihkan dilumur dengan garam dan kunyit.Goreng jangan sampai garing. Tumiskan didalam periuk bahan bahan penumis tadi,... biar naik baunya masukkan daun kari serta bahan bahan yang telah diblender tadi, masukkan cili kering siap blender juga. Tumiskan ssehingga bahan bahan tadi naik minyak masukkan rempah kari yg telah siap di gaulkan dengan sedikit jus asam jawa...biarkan sehingga naik minyak dan garing barulah masukkan ayam yg siap digoreng tadi. Masukkan juga daun pandan garam, sedikit gula. Kakintan juga masukkan sedikit oyster sos dan juga sedikit cili sos. Rasalah ikut citarasa masing masing. Masakkan sehingga naik minyak dan betul2 pekat barulah diangkat untuk dihidangkan.
Selamat mencuba... salam dan bye...bye...
26 Julai 2010
MAJLIS TAHLIL DAN ARWAH..
IKAN MASAK TAUCHU...
1 paket tauchu
2 ekor ikan yang siap digoreng terlebih dahulu
3 biji chili hijau dibelah 2
2 batang serai
Bawang putih dimayang
Bawang merah dimayang
Halia dimayang
Bawang besar dipotong bulat
air asam jawa
Rempah halba campur
Cara nya
Tumiskan bahan2 rempah halba campor tadi, bila naik baunya masokkan pula bahan2 yg telah dimayang, tumiskan sehingga naik baunya. Masukkan air asam jawa dan juga tauchu yang telah ditumbuk sedikit kedalam kuahnya tadi. Masukkan ikan yg telah siap digoreng biarkan sehingga mendidih, masukkah bawang besar yg telah dipotong bulat dan juga chili hijau yg telah dibelah dua tadi. Masakkan sehinga mendidih , masukkah sedikit garam rasa ikut citarasa masing masing dan angkat.