skip to main |
skip to sidebar

Assalamualaikum,
Bertemu lagi pagi ini dengan entry sarapan pagi yang Kak Intan buat minggu lepas. Kali ini meehoon goreng yang dicampurkan lada hitam. Selalunya buat meehon goring biasa yang dicamporkan cili sos atau pun cili kering yg telah diblender, kali ni buat la yg lain sikit. Lagipun dalam cuaca sejuk sejuk begini elok juga kalau kita makan lada hitam untuk memanaskan badan.
Bahan bahan nya:-
Meehoon - direndam sehingga lembut
Bawang putih
Bawang merah
Sos tiram
Black pepper sos
Sedikit taugeh
Daun sup dimayang halus
sedikit minyak bijan
lada hitam serbuk
sedikit udang
sedikit minyak untuk menumis.
Caranya :-
Tumis bahan bahan penumis iaitu, bawang merah, dan bawang putih, masukkan sedikit garam kacau sehingga naik bau nya. Masukkan sedikit air, sos tiram, black pepper sos dan juga udang, biarkan sekejap, masukkan meehon yg telah lembut, gaulkan sebati. Masukkan pula sayur2 mengikut kesukaan anda, seperti taugeh atau sedikit sawi. Tapi dirumah Kak Intan kalau goreng meehon ni kena asingkan sapa yg nak sayur dan sapa yg tak nak sayur...sapa yang nak sayur tu memang Kak Intan masukkan sayurnya kemudian sekali terutamanya sayur taugeh...memang ramai yg tak suka dengan sayur ni. Taburkan juga dengan serbuk lada hitam dan gaulkan hingga sebati. Ok lah dah siap bolih lah hidangkan dengan taburan bawang goreng dan juga potongan daun sup serta cili merah...Selamat mencuba
Assalamualaikum,
Jumpa lagi dientry kedua Kak Intan petang ini. Bukan nya apa ni mood rajin dah datang he..he... kena layan betul betul, kalau mood malas yg datang aduhaiiii.....sabar je lahhh...Kak Intan kena stop sekejap kat sini ya...petir dentum dentam diluar tu ..nanti kita sambung lagi ye... insyaallahhh..
Ok....nasi tomato dan ayam masak merah ni Kak Intan buat untuk menu seisi keluarga. Dah tak tahu apa nak masak dihari tersebut, jadi fikir punya fikir masak je lah nasi tomato, lagipun stok beras basmathi masih ada sedikit sahaja lagi, sebelum didatangi "penghuni" baik Kak Intan masak cepat cepat.
Resepi ni Kak Intan main belasah sahaja tak ikut mana mana resepi, dulu dulu selalu juga tengok arwah emak masak nasi ni jadi ikut sahaja apa yang arwah ni buat dulu...
Bahan bahan:-
Beras basmathi 3 pot (guna pot susu)
bawang merah- dimayang halus
bawang putih- dimayang halus
halia-dimayang halus
Kulit kayu manis
bunga lawang
buah pelaga
bunga cengkih
1/2 cawan susu cair
1/2 tin tomato puree
sedikit garam
3 pot susu air
Daun pandan
Minyak sapi untuk menumis ( Kak Intan guna majerin je kali ni)
Cara nya.
Basuh beras bersih2. Toskan terlebih dahulu.
Tumiskan bahan2 rempah sehingga naik baunya didalam minyak sapi yg telah dipanas kan terlebih dahulu didalam periuk, apabila garing masukkan bahan bahan yg dimayang halus tadi, kacau lagi sehingga garing, masukkan air, susu cair, dan juga tomato puree. Masukkan sedikit garam dan daun pandan yang telah disimpulkan. Apabila sudah menggelegak masukkan pula beras yg telah dibersihkan tadi, gaulkan sebati dan biarkan ianya hingga kering dan masak. Hidangkan dengan taburan bawang goreng dan juga daun sup ikut kesukaan masing masing.
AYAM MASAK MERAH
Bahan bahan:-
Seekor ayam yang telah siap dibersihkan digaul bersama garam dan kunyit. Digoreng separuh masak
sedikit chili sos
bawang merah
bawang putih
chili kering yg siap diblender
kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih buah pelaga-ubtuk ditumis
bawang besar dipotong melintang
Cara nya :-
Tumiskan rempah2 penumis tadi sehingga naik baunya, masukkan pula bahan bahan yang diblender, cili kering, bawang putih dan bawang merah, biarkan sehingga garing dan betul2 masak, masukkan pula sedikit cili sos, garam mengikut rasa, sedikit gula dan akhir sekali masukkan ayam yg telah siap digoreng tadi serta potongan bawang besar , gaulkan hingga sebati dan angkat. Ok siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba.
Assalamualaikum ,
Menu pada hari Sabtu yang lepas antara lauk yang Kak Intan masak ialah daging masak kicap. Dah lama tak buat daging masak kicap ni. Selalu nya kalau ada stok daging Kak Intan masak kari, atau pun masak lemak cili api dengan kentang atau pun masak dendeng.
Kali ini Kak Intan buat masak kicap lain dari yang selalu Kak Intan buat, sebab selalunya Kak Intan tak camporkan oyster sos, dan juga sos black pepper serta sedikit chili sos.Kali ini ketiga2 soso ini Kak Intan campor kan serba sedikit, selalin dari itu segala rempah untuk menumis nya seperti kulit kaju manis, bunga cengkih, bunga lawang dan juga buah pelaga Kak Intan tumbuk halus, begitu juga bawang putih bawang merah, serta halia juga Kak Intan tumbuk halus, dah tu tumis sehingga betul2 garing dan naik baunya baru Kak Intan masukkan sedikit air dan juga kicap...tutup kuali rapat2 dalam 20 minit sehingga daging betul2 empuk baru masukkan sos2 tu semua tadi. Jangan buboh garam banyak2 sebab kicap kadang2 dah cukup masin. Selain lebih sedap kuah nya juga agak pekat. Ok lah selamat mencuba, terima kasih.
Assalamualaikum semua.
Semalam 20.o2.2011 bersamaan hari Ahad, Kak Intan dan suami menghadiri majlis pertunangan antara Norsham dan juga Wan diTaman Sri Gombak. Majlis bermula dalam jam 10 pagi dikediaman abang kepada Hubby En.Nordin Bahar dan isterinya Kak Noraishah. Norsham adalah anak ke4 mereka juga merupakan anak paling bongsu dalam keluarga tersebut.
Pihak lelaki datang datang dengan 6 buah kereta. Agak ramai juga rombongan yang datang dari pihak lelaki ini.
Seperti yang telah dijanjikan pihak lelaki datang tepat pada masa nya iaitu dalam jam 1tengahari. Mereka datang membawa 5 dulang hantaran.Antara barang barang yang dibawa merupakan 2 bentuk cincin, salah satunya cincin merisik, dan yg satu lagi cincin pertunangan, sireh junjung, bunga rampai, kek,dan juga cupcake.
Pihak perempuan membalas nya dengan 7 dulang hantaran. Antaranya sireh junjung, bunga potpuri, kek, choklat, buah buahan, gula manisan,dan juga sepersalinan kain untuk baju melayu.
Dalam majnlis tersebut En Hubby telah menjadi wakil kepada tuan rumah untuk menerima peminangan tersebut. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar,selesai upacara peminangan , rombongan dari pihak lelaki telah dihidangkan dengan makanan tengahari. Hidangan disediakan dari catering merupan nasi putih, ayam masak lemak chili padi + kentang, sayur campor, ikan masin, sambal belacan berserta ulam ulaman dan juga rendang daging. Agar agar santan disediakan sebagai pencuci mulut dan juga air sirap sebagai minuman nya. Ok lah...sampai disini dulu catatan Kak Intan pagi ni, wassalam...jumpa lagi dientry seterusnya...
Dalam gambar Norsham (berbaju merah) sedang bergambar bersama sama sebahagian dari kawan kawan setugas nya di majlis pertunangan nya semalam. Semoga Norsham dan Wan kekal hingga kejinjang pelamin.