Salam semuanya....pepagi tadi Kakintan jalan jalan la kat "rumah" kawan kawan disini.Bila patah balik masuk "rumah" Kakintan sendiri terus Kakintan nampak mesej dari sorang kawan Kakintan yang sorang ni...jauh tu..dari Jepun. Sebelum ni Kakintan ada baca kat blog dia katanya nak pindah ke dua rumah baru...tapi Kakintan masa tu agak "blur" sikit, tak faham apa yang dia maksud kan, bila baca lagi sekali baru la faham. Hari ni masa kerumah maya nya dia kasi pulak "door gift"...jadi Kakintan pun cepat cepatlah ambil dan gantung kat sini...Terima kasih ya Ros.....cantek doorgift ni....sapa sapa yang nak bolih la pergi ke"rumahnya" tu ya....O.k layan dulu gambar tu ya....lepas tu bolih la melawat rumah baru Ros...
31 Disember 2009
TAHUN BARU....RUMAH BARU...TAHNIAH YA...
Salam semuanya....pepagi tadi Kakintan jalan jalan la kat "rumah" kawan kawan disini.Bila patah balik masuk "rumah" Kakintan sendiri terus Kakintan nampak mesej dari sorang kawan Kakintan yang sorang ni...jauh tu..dari Jepun. Sebelum ni Kakintan ada baca kat blog dia katanya nak pindah ke dua rumah baru...tapi Kakintan masa tu agak "blur" sikit, tak faham apa yang dia maksud kan, bila baca lagi sekali baru la faham. Hari ni masa kerumah maya nya dia kasi pulak "door gift"...jadi Kakintan pun cepat cepatlah ambil dan gantung kat sini...Terima kasih ya Ros.....cantek doorgift ni....sapa sapa yang nak bolih la pergi ke"rumahnya" tu ya....O.k layan dulu gambar tu ya....lepas tu bolih la melawat rumah baru Ros...
LAYAN 2 ORANG MAMAT NI.....
30 Disember 2009
GOOD BYE 2009....
29 Disember 2009
KALI NI TERSAMPUK LAGI....
TAPAI PULUT DAN KARI KEPALA IKAN SENANGIN.
28 Disember 2009
KAK INTAN MELAPIS LAGI....
1 setengah cawan tepong gandum
2 sudu besar tepong beras
2 sudu besar tepong kastad/jagong
3/4 cawan gula pasir
4 cawan santan pekat
secubit garam
pewarna merah dan hijau
Caranya...
Camporkan kesemua bahan bahan tersebut kecuali pewarna.
Kacau hingga betul betul sebati. Kemudian tapiskan supaya tidak ada yang bergentel. Bahagikan kepada 3 bahagian.Letakkan pewarna masing masing dengan warna hijau, merah dan sebahagian lagi dibiarkan berwarna asal iaitu putih. Panaskan pengukus, sapukan loyang dengan sedikit minyak. Masukkan aduanan sebanyak sesenduk , kukuskan lebih kurang 5 minit, masukkan pula lapisan kedua secara berselang seli warnanya sehingga habis. Bila masak, sejukkan terlebih dahulu, barulah dipotong. Selamat mencuba..ok...
27 Disember 2009
CUBA CUBA BUAT DOOR GIFT.....
BREAKFAST PAGI NI....ROTI LAGI.....
26 Disember 2009
MEE REBUS....
Sebenarnya ini bukannya menu baru..dah lupa bila Kakintan buat he...he...cuma baru hari ni Kakintan nak letak kat sini. Rasanya adalah dua tiga minggu yang sudah Kakintan masak...tapi tak apa lah jum tengo apa bahan bahan yang Kakintan gunakan:-
Mee kuning- dicelur sekejap
Telur yang direbus
Tahu yang digoreng dan dipotong potong..
Cili hijau /cili api dipotong potong
Daun sup.-dimayang
Bawang goreng untuk ditabur.
Untuk kuahnya:-
2 ketul ubi keledek sederhana besarnya direbus dan dilecek halus
100 gram udang kering diblender
sedikit cili kering- dikisar
2 sudu rempah kari
6 ulas bawang merah- dikisar
2 ulas bawang putih- dikisar
200 daging direbus dan dipotong
sedikit garam dan lada sulah
sedikit gula...sedap juga kalau gunakan gula melaka
Air
Caranya:-
Panaskan minyak, kita tumiskan bahan bahan yang dikisar tadi, masukkan rempah kari , biarkan ianya masak sehingga naik baunya kemudian masukan air daging kita merebusnya tadi. Bila mendidih kita masukkan ubi keledek yang siap dilecek, garam gula lada sulah/lada putih dan daging yang telah dipotong potong tadi. Masakkan sehingga mendidih dan agak pekat, bila betul betul masak angkat. Untuk menyediakan nya...mee yg siap dicelur tadi kita letakkan dalam bekas dan taburkan dengan bawang goring , daun sup yang dimayang, cili hijau/cili api yang dipotong, tahu goring, dan curahkan dengan kuahnya...ermmmmm ok siap untuk dimakan....
ESOK 10 MUHARRAM ...HARI ASSYURA....
25 Disember 2009
SERONOK MEMBORONG DI KK HOME....
24 Disember 2009
GENG "MAKCIK KANTIN" DI TIMES SQUARE....
Yang berbaju merah ini pula dari pasukan KLDC (KUALA LUMPUR DRUM CORP), yang mana sebahagian dari para pesertanya adalah bekas pelajar VICCB juga. Pasangan yang digandingkan juga adalah peserta dari Thailand, mereka juga adalah pasangan yang serasi sejak tahun lepas lagi, tetapi Thailand tetap memegang title juara.
Dah penat posing sana posing sini...kami pun isi perut kat restoren seberang jalan tu...he..he...Teh..thanks banyak banyak ya...belanja kami makan dan minum..ok...layan la gambar gambar ni dulu...salammmmmmmmmmm...
23 Disember 2009
MEE HOON SUP UTARA & PUDING MANGGA..
Lepas tu kita masukkan dalam acuan dan sejukkan ..dah siap untuk dihidangkan...dah selalu buat puding mangga ni dan kerana disukai family Kakintan.
HOBI TETAP HOBI SIBUK MACAM MANA SEKALI PUN...
NAK YANG MANA SATU?. ...PILIH LA...
Langgan:
Catatan (Atom)