Selamat pagi, apa khabar dihari cuti hujung hujung minggu ini. Diluar cuaca mendung sahaja nampak nya hari ini. Apa sarapan kita pagi ni ekkk?...Kak Intan pun masih belum bersarapan, rasanya hari ni bersarapan diluar nampaknya memandang hari ini Kak Intan dan Hubby je yang tinggal dirumah yang lain masing masing ada hal...
29 Januari 2011
TERIMA KIRIMAN DARI BRUNEI...
Selamat pagi, apa khabar dihari cuti hujung hujung minggu ini. Diluar cuaca mendung sahaja nampak nya hari ini. Apa sarapan kita pagi ni ekkk?...Kak Intan pun masih belum bersarapan, rasanya hari ni bersarapan diluar nampaknya memandang hari ini Kak Intan dan Hubby je yang tinggal dirumah yang lain masing masing ada hal...
27 Januari 2011
MENU 2 DALAM 1..
Jumpa lagi didalam entry menu yang seterus nya, kali ni menu yang Kak Intan masak semalam (Rabu). Bukanlah menu special sangat pun cuma yang biasa biasa sahaja. Masak kari ayam tanpa santan...kalau bolih tak nak selalu sangat guna santan sekarang ni...almaklumlah kan... dah masuk usia macam Kak Intan ni penyakit pun senang nak datang....jadi mana yang bolih dikurangkan kena lah kurangkan.
PANDAN LAYER CAKE...
Selamat malam semua. Apa khabar? Dah makan malam ke? Apalah menu hari ini ini ye? Kak Intan hari ini rasa macam sibuk sikit, tapi tak tau apa yang disibukkan tu...buat kerja itu sikit, ini sikit, tau tau hari dah nak malam. Hari ni menu pun yang ringkas ringkas sahaja Kak Intan masak. Tapi menu yang dibawah ni bukan Kak Intan yang masak. Menu ni rezeki dari pemberian orang buat minum petang....alhamdulillah rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Memang sedap pandan layer cake ni...tapi Kak Intan belum pernah lagi membuat nya. Kalau tengok kan caranya nampak macam senang je nak membuat nya, insyaallah satu hari nanti Kak Intan akan cuba membuat nya.
25 Januari 2011
PUDING KELAPA NONA.
Jumpa lagi dalam entry menu yang Kak Intan masak beberapa hari yang lepas sebagai dessert. Kali ini Kak Intan masak puding kelapa segera, dari jenama NONA. Memang senang sangat nak buat puding ni. Kata kawan Kak Intan , pejam mata pun bolih buat he...he..jangan pejam2 mata, kelain nanti jadinya..
JUMPA ECHA DAN ZAH DAUD DIFULLHOUSE -PART 3
Selamat pagi dan jumpa lagi dientry Kak Intan kali ini. Sambil sambil tu rasanya ada yang tengah bersarapan pagi....apa lah agaknya sarapan anda semua pepagi nihhhh?..... Kak Intan dah jamu perut dengan semangkok kecil nasi goreng..alhamdulillah. Kali ini nak bercerita tentang perjumpaan Kak Intan dengan Echa dan Zah diRestoren Full House lagi. Sebenarnya dah lama diorang ni buat perancangan tapi seringkali tak menjadi..maklumlah masing masing ada sahaja urusan nya. Jadi tangguh punya tangguh Sabtu lepas baru lah kami dapat berkumpul. Echa ni ada sebab nak jumpa Kak Intan, masa mula2 Kak Intan buat gathering diFullhouse dulu sepatutnya dia hadir tapi atas sebab sebab tertentu dia terpaksa cancel last minit. Duit dah bayar semua,cuma doorgift Kak Intan belum serahkan lagi...
23 Januari 2011
ASAM REBUS IKAN PATIN & TEMPOYAK
Selamat pagi semua geng geng blogger. Apa khabar? Mungkin dah ada yang tengah mencari cari apa menu yang akan dimasak untuk makan seisi keluarga hari ini kan. Yang dalam gambar ni adalah antara menu Kak Intan minggu lepas iaitu ikan patin yg dimasak asam rebus bersama sama dengan tempoyak dan juga timun.
21 Januari 2011
HUJUNG MINGGU YG MENCERIAKAN....
Jumpa lagi disini ya. Ermmmm...bukan menu masak masak lagi , tapi kisah Kak Intan mengisi masa lapang dengan mengemas rumah dihujung minggu pula. Sesekali tu ada juga rasa bosan bila tengok rumah menggunakan barang barang yang sama kan. Maklumlah sebagai surirumah tangga masa memang banyak dirumah melayan keluarga dan juga kerja kerja sampingan yang Kak Intan lakukan.
Ok lah setakat ini dulu cerita Kak Intan pagi ni ...salam dan jumpa lagi dientry seterusnya...
NASI GORENG PATAYA...
Selamat pagi hari Sabtu buat semua kawan kawan geng blogger. Hari nampak mam mendung lagi cuaca. Dah bersarapan ke? Menu Kak Intan kali ini ialah nasi goreng Pataya. Menu yang Kak Intan buat untuk sarapan pagi dan juga makan tengahari. Maklumlah masa buat nasi Pataya ni kebetulan cuti sambutan Hari Deepavali... jadi anak anak semua bangun lambat, jadi tak payah la Kak Intan buat sarapan pagi. Memandangkan lebihan nasi banyak lagi jadi Kak Intan masak nasi goring Pataya ni dengan kuah sup sayur ..sudah cukup kan.
20 Januari 2011
MASALODEH @ VADEI..
Semalam dalam hujan lebat petang, perut terasa lapar sangat tak tahu nak makan apa, tiba tiba teringat bancuhan kacang dhal yang masih banyak lagi tersimpan dalam peti ais. Bancuhan ni masik elok lagi , Kak Intan buat beberapa hari yang lepas. Resepinya Kak Intan dapat dari kawan kawan diFacebook. Terima kasih kepada kawan kawan semua yang memberikan tunjuk ajar. He.he..ada yang kata senang je...memang pun senang tapi nak bagi tambah sedap tu yang Kak Intan nak tau sebenarnya.
Bahan bahan nya:-
Kacang dhal direndam, kemudian Kak Intan blender, dan tapis toskan airnya
Bawang besar dipotong dadu
Cili hijau/cili merah dipotong nipis
Cili padi- sebab Kak Intan nak tambah pedas
Daun kari dipotong halus
cili powder
sedikit garam
sedikit tepong beras
sedikit rempah jintan manis, jintan kasar,ketumbar (mmg sentiasa ada dalam simpanan Kak Intan siap goreng dan diblender halus.
Caranya :-
Gaul semua bahan bahan tadi masukkan semuanya kedalam kacang Dhal yg dah diblender tadi, bila semuanya sudah sebati, bentukkan bulat2 dan leperkan sedikit. Goreng dalam minyak panas sehingga warnanya keemasan.Angkat dan bolih lah dibuat minum petang ....selamat mencuba. Salam
KUEW TEOW SUP THAILAND...
Ini menu yang entah bila Kak Intan masak , dah lupa dah, rasanya dalam seminggu yang lepas. Menu yang sesuai kalau dimakan untuk orang orang yang kurang berselera nak makan nasi atau pun baru baik dari demam juga sesuai. Rsepi nya Kak Intan dapat dari jiran belakang rumah.Kak Intan memang suka sangat dengan menu ni. Nak cuba buat tak? Kejap ya Kak Intan letak resepinya...mana tahu bolih juga cuba masak hujung minggu nanti kan...
Untuk sup nya-
Udang basah
Ayam yang dipotong kecil atau pun tulang rangka ayam pun sedap
Serai dimayang-diblender
bawang besar-diblender
Bawang putih diblender
Cili api- jangan banyak sangat ya..-diblender
Halia- dititik
Kulit kayu manis
Buah pelaga
Bunga lawang
Bunga Cengkih
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit susu cair
Sedikit fish ball dibelah 2
Sedikit fish cake dipotong potong
Sayur bunga kobis, baby corn, carrot yg dipotong nipis
daun sup dimayang halus
Garam
Sedikit gula
Caranya :-
Tumis rempah2 kulit kayu manis,cengkih, bunga lawang dan juga buat pelaga. Bila naik baunya masukkan pula bahan bahan yang diblender tadi kedalam periuk tadi tumiskan sehingga betul2 garing dan masak masukkan ayam atau tulang2 ayam, masukkan juga air sebanyak mana ianya diperlukan . Bila mendidih masuk kan fish ball dan juga fish cake , susu cair , garam dan juga sedikit gula kedalam nya letakkan juga halia yang telah dititik bersama sama dengan serai masakkan sehingga mendidih lagi ..akhir sekali masukkan udang basah tadi.Akhir sekali masukkan sayur sayuran tadi. Rasa masam masin manis nya sebelum diangkat. Bolih juga dihidangkan bersama dengan meehoon atau juga mee kuning ..taburkan diatasnya dengan bawang goreng cili potong dan juga daun sup yang telah dimayang...salam dan selamat mencuba.
Langgan:
Catatan (Atom)