Apa khabar agak nya, selamat menjalankan ibadah puasa dibulan Ramadhan dan juga selamat berbuka puasa. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi kita semua umat Islam akan merayakan Aidilfitri. Dikesempatan ini Kak Intan mengucapkan selamat menyambut Aidilfitri , mohon ampun dan maaf zahir dan batin sekiranya ada salah silap terkasar bahasa, terasa dihati melalui cerita cerita diblog Kak Intan ini.Mohon ampun dan maaf juga sebab tak dapat menjawab komen komen yang diberikan buat sementara waktu ini. Kak Intan agak sibuk dalam sebulan Ramadhan ini dengan tempahan2 dari kawan kawan. Apa pun alhamdulillah semuanya rezeki dari Nya.
25 Ogos 2011
KAD RAYA UNTUK SEMUA.

13 Ogos 2011
HIAS TIE BACK CURTAIN DAN JUGA PENGEPIT CURTAIN
Selamat pagi dan selamat berhujung minggu. Apa khabar dan apa aktiviti hari ni. Mungkin ada yang dah mula nak kemas kemas rumah untuk sambut Aidilfitri yg bakal menjelma tak lama lagi...Kalau ada yg nak kemas2 rumah atau nak tukar2 curtain lama nampak baru jum cuba macam yg Kak Intan lakukan ini. Tapi Kak Intan bukan suruh tukar curtain nya cuma tie back dan juga pengepit nya sahaja kasi nampak macam baru...cuma keluarkan sikit modal kita tambah2 apa yang patut kasi nampak baru...
Contoh yang mula2 sekali ialah tali ni (tassle) dulu ramai yang guna tassle ni sekarang mungkin dah ramai yg tak minat, jadi nak kasi nampak baru kita tambah kan renda dan juga bunga bunga disekeliling nya..ok la kan...
11 Ogos 2011
TETAMU WANITA HARI INI TV3
Selamat pagi dan selamat menjani ibadah puasa disepanjang bulan Ramadhan ini. Semoga puasa kita lebih baik hari ini dari yang lepas ya. Semalam 11 Ogos 2011 Kak Intan telah diundang menjadi tetamu dalam rancangan WANITA HARI INI diTV3. Terima kasih banyak2 pada penerbit dan crew2 WHI yang menjayakan rancangan tersebut, gugup, gigil semuanya ada dalam diri Kak Intan semalam, almaklumlah tak biasa dengan kamera besar besar distudio tersebut...dah tu ianya dibuat secara LIVE pulak nya, he...he.... apa pun alhamdulillah dah pun selesai semuanya. Jum tengok antara gambar2 yang sempat Kak Intan ambil semalam....
Sikecik Zahara Danisya yang Kak Intan bawa seronok dilayan olih pengacara Azura
08 Ogos 2011
TABLE RUNNER DARI KAIN2 ELYZA...
Selamat pagi semua dan selamat menjalani ibadah puasa, apa aktiviti pepagi ni?..Kak Intan nak share kat sini table2 runner yang Kak Intan dapat dari seorang kawan yang punya kedai menjahit ni...Cantek tak? semuanya diperbuat dari kain kain Elyza....sesiapa yang meminati deco Inggeris ala ala country memang sesuai ni kalau nak menghias sempena menyambut Syawal yang akan datang, jummm tengok...
Yang ini sebenarnya warna purple..
LAYAN MATA DENGAN SARUNG SARUNG KERUSI..
Assalamualaikum,
Layan dulu ya mata tu dengan sarung2 kerusi ni..mana tahu dapat idea nak buat untuk hari raya nanti...Kak Intan out dulu nanti kita sambung cerita ya.... wassalam
Langgan:
Catatan (Atom)