31 Oktober 2009
RALAT DAN TERKILAN....
GARTHER2 DIMAJLIS PERKAHWINAN ADIK DR.INAHAR ALI....
30 Oktober 2009
PUDING KASTAD BUAHBUAHAN....
I paket agar agar....Kakintan rendam terlebih dahulu sebelum memasaknya....
Gula
Esen Vanilla
3 sudu besar tepong kastad
I tin buah buahan campuran dalam tin
1 tin susu cair atau pun susu segar
Caranya....
Masak kan agar agar tadi sehingga hancur. Air yang Kakintan perlukan biasa nya Kakintan sukat mengikut sukatan agar agar yang telah direndam tadi...sekiranya agar agar tu sukatan nya semangkuk basuh tangan Kakintan gunakan sukatan 3 mangkuk yg sama menyukat agar agar tadi. Bila agar agar betul hancur masukkan gula mengikut kemanisan yang anda sendiri perlukan. Masak sehingga mendidih, masukkan sebanyak satu sudu kecil esen vanilla, dan juga tepong kastad yang telah dilarutkan dengan sedikit air terlebih dahulu. Masakkan lagi sehingga mendidih , camporkan sekali air yang terdapat dalam campuran buahbuahan dalam tin tadi.Bila betul betul masak sejukkan dalam acuan yang disukai. Bila menghidangkan nya curahkan sedikit susu cair dan juga taburkan buah buahan campuran tadi....ok.....lagi sejuk lagi sedap rasanya.
TUKAR SELERA SIKIT...NASI LEMAK HIJAU...
Yang ini pula sambal tumisnya....selalunya Kakintan buat sambal tumis ikan bilis. dimana...ikan bilisnya digoreng terlebih dahulu....tapi kali ni Kakintan tak buat macam tu...
Sambal tersebut ikan bilis nya Kakintan blender berasingan dan dimasukkan kedalam cili dan bawangnya yang telah ditumis terlebih dahulu, bila ianya sudah terbit minyak baru Kakintan masukkan ikan bilis yg telah diblender tadi kedalam cili yg ditumis terlebih dahulu, Kalau nak sedap mengikut kata arwah mak angkat Kakintan sambal tu kita blend bersama sebiji bawang putih, masak lagi sehingga betul betul garing .....iaitu terbit minyak sekali lagi. Akhir sekali masukkan sedikit garam, air asam jawa dan juga sedikit gula....masak sampai agak pekat.
29 Oktober 2009
TERIMA KASIH PADA SEMUA YANG MENDOAKAN KAKINTAN DAN SUAMI SERTA YANG MEMBERIKAN UCAPAN DILAMAN BLOG KAKINTAN INI.
WALAUPUN SEKADAR UCAPAN DAN DOA YANG DIBERIKAN IANYA CUKUP PERMAKNA BUAT DIRI KAKINTAN.....SEMOGA TALI PERSAHABATAN ANTARA KITA DISINI AKAN TERUS KUKUH DAN JUGA BERPANJANGAN SAMPAI BILA BILA. SEMOGA ANDA SEMUA JUGA BERBAHAGIA DISAMPING KELUARGA TERSAYANG. AMINNN.......
Inilah antaranya yang Kakintan terima semalam.....kad cyber dengan ros kuning...dari HAMSIAH JUNID (airuti.blogspot.com)....Ham...cantek rose tu....ianya akan sentiasa terpahat disini sampai bila bila...thanks ya....
Ni lagi satu.....roses juga....merah gitu....memang akak suka kalau ada roses2 ni....yang ni pula dapat dari MAZ yang tinggal jauh diBAHRAIN (nak mal blogspot.com)....bestnya MAZ...roses ni tiap satu ada tertulis HAPPY ANNIVERSARY ....terima kasih banyak banyak ya MAZ...walau pun kedua dua kad ini adalah dari cyber tetapi ianya memberi erti yg sangat mendalam buat Kakintan....

YANG INI PULA DARI ANAK ANAK.....terima kasih juga yang tak terhingga....belum buka lagi tu ...masih dalam kotak....tapi mesti dah tau apa isi dalam nya tu kan..
INGAT LAGI TAK? BARANG KIRIMAN DARI MANCHESTER...INILAH DIA....
Dan....isi yang terdapat didalam nya adalah.........tali pinggang dan juga dompet duit....yang ini memang Kakintan belikan khusus untuk En.Hubby sebagai hadiah harijadinya yang ke51 tahun pada 1 Oktober lepas merangkap sekali dengan anniversary kami....
Yang ini pula handbag untuk Kakintan la.....dari jenama LIZ CLAIBOURNE...errrrmmmm rasanya kalau diKL ni tak terbeli pun beg ni.....dan Kakintan pun tak pernah terfikir juga dengan jenama ni...tapi MONA yang pilihkan....apaapa pun thanks buat MONA. Sebenarnya barang2 ni Kakintan kirim dari MONA yang tinggal disana setelah di"offer" olih MONA sendiri bila dia datang keblog Kakintan terbaca tentang kisah Kakintan keSOGO yang sentiasa sesak untuk mendapatkan dua barang ni pada harga yang murah...He..he..tapi kat SOGO mana ada handbag tu pada harga yang murah kan.Kalau nak jumpa pun maybe kat tempat macam diPAVILLION kut. Sebelum tu Kakintan ni duk simpan la sedikit BONUS yang Kakintan dapat dari En Hubby untuk hari raya yang lepas, dan untuk mendapatkan hasilnya inilah dianya....Kakintan anggapkan ianya juga sebagai hadiah pada diri Kakintan juga....Pada MONA terima kasih banyak banyak sangattttttttt....lain kali bolih buat kiriman lagi ya...
28 Oktober 2009
MENGENANG MASA 26 TAHUN YANG LALU....
Kali ni saja je Kakintan nak berkongsi cerita lebih kurang 26tahun yang lalu...gambar gambar yang ada ni semuanya dari album lama lama.....dulu dulu mana ada komputer nak simpan gambar macam sekarang ..harapkan kamera yang guna gulungan filem itu je....tak lah secanggih macam sekarang.....gambar yang dibawah ni sewaktu Kakintan baru je berusia 21 tahun....waktu ni Kakintan bekerja dengan sebuah syarikat pengedar kereta diKampong Bharu Kuala Lumpur......masa ni juga Kakintan baru sahaja bertunang sebulan dengan En Hubby yang waktu bertugas dengan MARA Holding....

Gambar sewaktu Kakintan bertunang, majlis diadakan kecil kecilan sahaja...yang datang hanyalah keluarga dikedua belah pihak. Dulu dulu kalau majlis bertunang tak segah seperti yang dilakukan sekarang. Masih ingatlagi cincin yang disarungkan diatasnya tertulis huruf "K"...(KAMARUDIN) bukan Dato'K tau he...he...masa tu Kakintan pakai songket warna merah hati sedondon dengan selendang nya.....

Inilah gambar hari pernikahan Kakintan dan En.Hubby dikampong.... Teluk Intan Perak....masa nak melangsungkan pernikahan tu kami memilih baju berwarna putih sedondon juga. Kain yang kami gunakan tersebut kami beli sama sama sewaktu shopping diSingapura. Semua barang barang hantaran juga kami beli dari sana...waktu tu harga barang barang diSingapura memang murah murah kesemuanya dan pada pendapat Kakintan adalah agak berkualiti, selain dari pakaian Kakintan dan En Hubby juga membeli kasut dari jenama BONIA, begitu juga dengan beg tangan jenama BONIA. Masa tu jenama tu lah mahal seperti harga yang ada sekarang. Selain dari itu cincin pernikahan pun kami beli disana dengan pertolongan ibu saudara dan sepupu Kakintan yang tinggal di situ....Barang barang tu masih elok dalam simpanan Kakintan dan ianya akan dijadikan kenangan seumur hidup....

O.k setakat ini dulu yang dapat Kakintan ceritakan tentang kenangan Kakintan 26 tahun yang lalu semoga kenangan ini akan terus bersama kami hingga akhir hayat....doa dan ucapan kawan kawan semua akan tetap terpahat disini dan juga dihati Kakintan sempena ulang tahun perkahwinan Kakintan yang ke26 ini.....Rasa begitu terharu sesangat...ada juga yang bagi kad ucapan dan juga melalui alam maya ini tapi tak pe....semuanya Kakintan hargai....terima kasih banyak banyak ya..nanti Kakintan nak tempek kat sini...sabarrrrr tau...
Gambar sewaktu Kakintan bertunang, majlis diadakan kecil kecilan sahaja...yang datang hanyalah keluarga dikedua belah pihak. Dulu dulu kalau majlis bertunang tak segah seperti yang dilakukan sekarang. Masih ingatlagi cincin yang disarungkan diatasnya tertulis huruf "K"...(KAMARUDIN) bukan Dato'K tau he...he...masa tu Kakintan pakai songket warna merah hati sedondon dengan selendang nya.....
Inilah gambar hari pernikahan Kakintan dan En.Hubby dikampong.... Teluk Intan Perak....masa nak melangsungkan pernikahan tu kami memilih baju berwarna putih sedondon juga. Kain yang kami gunakan tersebut kami beli sama sama sewaktu shopping diSingapura. Semua barang barang hantaran juga kami beli dari sana...waktu tu harga barang barang diSingapura memang murah murah kesemuanya dan pada pendapat Kakintan adalah agak berkualiti, selain dari pakaian Kakintan dan En Hubby juga membeli kasut dari jenama BONIA, begitu juga dengan beg tangan jenama BONIA. Masa tu jenama tu lah mahal seperti harga yang ada sekarang. Selain dari itu cincin pernikahan pun kami beli disana dengan pertolongan ibu saudara dan sepupu Kakintan yang tinggal di situ....Barang barang tu masih elok dalam simpanan Kakintan dan ianya akan dijadikan kenangan seumur hidup....
O.k setakat ini dulu yang dapat Kakintan ceritakan tentang kenangan Kakintan 26 tahun yang lalu semoga kenangan ini akan terus bersama kami hingga akhir hayat....doa dan ucapan kawan kawan semua akan tetap terpahat disini dan juga dihati Kakintan sempena ulang tahun perkahwinan Kakintan yang ke26 ini.....Rasa begitu terharu sesangat...ada juga yang bagi kad ucapan dan juga melalui alam maya ini tapi tak pe....semuanya Kakintan hargai....terima kasih banyak banyak ya..nanti Kakintan nak tempek kat sini...sabarrrrr tau...
ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KE26.
Alhamdulillah syukur dah 26 tahun usia perkahwinan Kakintan hari ini......29 Oktober,1983 adalah tarikh Kakintan bernikah dengan En.Hubby setelah berkawan selama 3 bulan dan juga ditunangkan selama 9 bulan. Semoga perkahwinan ini kekal hingga sampai akhir hayat.Kepada kawan kawan yang memberikan ucapan dan juga doa ...terima kasih banyak banyak Kakintan ucapkan, semoga doa anda semua dimakbulkan olih Nya....ok layan ni dulu ya...esok kita sambung lagi cerita......
BAJU BARU LEPAS RAYA....
27 Oktober 2009
ASAM REBUS IKAN KEMBUNG DENGAN TEMPOYAK.
Sebenarnya hari ni rasa macam malas je Kakintan nak masak , selera nak makan pun tak ada tapi perut tu ada juga terasa lapar. Fikir punya fikir Kakintan pun buat lah menu ni untuk dibuat lauk tengah hari semalam, Nak tau apa menunya ni lah dia...asam rebus ikan kembung dicamporkan dengan tempoyak. Harap harap ianya pembuka selera la kan....kalau nak tau apa bahan yang Kakintan gunakan ni la dia nya.....
Bahan bahan nya...
2 ekor ikan kembong
5 biji cili merah*
5 biji cili api*
sedikit kunyit hidup*
2 sudu tempoyak
sehelai daun kunyit
sebatang serai
5 biji bawang merah*
1 biji timun buang kulitnya dan dipotong2 serong
Caranya.....
Blender kesemua bahan bahan yang bertanda * sehingga halus .
Masukkan kedalam periuk bahan bahan yang sudah diblender tadi.
Masukkan ikan kembung, serai yg telah diketuk , air yang nak dijadikan kuah (mengikut banyak mana yang kita rasa perlukan) dan juga tempoyak.
Masakkan sehingga mendidih kemudian masukkan pula daun kunyit yang telah dicarik carikkan dan juga timun yang telah dipotong potongkan. Masukkan sedikit garam mengikut citarasa anda. Kakintan juga masukkan sedikit gula....jangan terlalu banyak cukuplah dalam sesudu kecil sahaja. Masakkan lag i sehingga mendidih lagi. Angkat....kalau makan dengan nasi panas panas ni memang lah berselera bagi Kakintan ......ok...bolih la kalau nak mencubanya.....layannnnnnnn
25 Oktober 2009
KES TERLIOR LA NI..........
Salam semuanya yang datang berkunjung kesini, apa khabar?....ni Kakintan nak ceritalah sikit tentang menu yang didalam gambar tu.....pada petang Isnin yang baru lepas Kakintan ni seperti biasalah duk "jalan jalan" dari satu blog kesatu blog kawan kawan kita yang lain tu kan. Lepas tu blog terakhir yang Kakintan singgah ialah blog CikMin...errrrmmmmmm masuk situ nampak lah dia punya masakkan , mula mula masak asam pedas ikan parang, lepas tu sebelah bawahnya adalah pulak tumis daun selom. bawahnya pulak ni ha dia "Yong Tau Foo" resepi dia punya sendiri.....isshhhh Cik Min oiiiiiiii...nak tau tak sebenar nya dah lama Kakintan tak pekena Yong Tau Foo ni, sesekali nampak Cik Min punya tu terus je terlior dibuat nya......he...he...nasib baik lah hari Isnin tu ada Pasar Malam dikawasan perumahan Kakintan ni. Lepas je solat maghrib Kakintan pun cepat cepat lah pergi kesitu...konon nya nak cari Yong Tau Foo ni....memang yang berniaganya pun orang lama kat situ. Kakintan beli pilih la mana yang Kakintan berkenan kan adalah dalam $7/= sebungkus tu, kuah nya pula ada dua jenis satu sup dan satu lagi yang biasa tu lah yang pedas. Kakintan suka yang pedas....balik rumah dengan begitu bersemangatnya Kakintan ni nak makan....tapi kannnnn ingatkan pedas rupanya manissssss.....aduhai terus hilang selera nak makan......yang tolong habiskan anak Kakintan siEzzat.Mujurlah ada yang sudi mengabiskan nya, kalau tak masuk tong la rasanya........
JUMPA KELUARGA CIK MIN DINANDO'S ALPHA ANGLE WANGSA MAJU PULA........
yang masih maintain....
Maseh lagi cerita tentang gather gather dengan rakan rakan blogger, kali ni dgn Cik min pula....walau pun cerita ni dah basi tapi tak pe kan ini .......ini dari blog Kakintan pula.....Kakintan sambung lain kali pula ya...masa tak mengizinkan Kakintan..dan nanti Kakintan akan sambung lagi ceritanya...begitu juga dengan gambar gambarnya...he...he....sekali pandang muka CikKamal tu ala ala siMAWI la Cik Min ...sorry Min ya Kakintan gurau gurau ya......
TETAMU DIPENGHUJUNG SYAWAL.
TAAA......RA......RA........inilah dia kawan kita dari geng MyResepi yang datang berkunjung hari Ahad 2 minggu yang lepas, kiranya Ahad tu dah hampir penghujung Syawal masa tu....
Gambar dari bahagian belakang kawan kita ni tengah menjamu selera makan tengah hari , kebetulan masa Anizah sampai waktu tu time lunch, jadi kita pun jamu la dia dengan nasi serta lauk pauk yang sewaktu dengan nya.....he...he...
Salam semua pengunjung, seperti yang dijanjikan Kakintan beberapa hari yang lepas siapakah geng MyResepi yang datang berkunjung kerumah Kakintan dipenghujung Syawal tempohari, inilah dia orang nya Anizah (Nyczar686) . Anizah datang sekeluarga sekali dengan bibik nya .....Kakintan rasa berbesar hati dan seronok sebenarnya dengan kunjungan rakan rakan cyber kerumah Kakintan yang tak sepertinya ini.Kepada Anizah dan En.Rahmat sekeluarga Kakintan ucapkan berbanyak banyak terima kasih ya, sekiranya layanan kurang memuaskan dari segi makan dan minum maafkan lah ya....Gambar gambar kat atas tu En.Hubby sedang melayan Anizah sekeluarga yang sedang makan tengah hari...ok...layan dulu gambar ni...
24 Oktober 2009
MENYEPI SEKETIKA
Salam semua pengunjung blog Kakintan, nampaknya dalam seminggu dua ni Kakintan tak dapat nak berkongsi cerita dan aktiviti seharian Kakintan disini.....apa apa pun sekiranya keadaan sudah pulih seperti sedia kala insyaallah Kakintan akan kembali berkongsi cerita melalui laman blog Kakintan ini.....o.k...
21 Oktober 2009
ADA LAGI GENG MY RESEPI DATANG RUMAH, SIAPA DIA?..JUM TENGOK...
Langgan:
Catatan (Atom)