skip to main |
skip to sidebar
Salam selamat pagi .... apa khabar semuanya...sekejap je dah masuk bulan September kan.... Ramadhan juga tak lama lagi dah nak sampai kepenghujung nya. Sekejap betul masa berlalu sekarang. Dua tiga hari lepas agak busy yg entah apa apa, tak habis habis.. he..he...entry pun tak sempat nak letak. Oh ya... semalam kita semua rakyat Malaysia menyambut HARI MERDEKA yang ke 53 tahun. Alhamdulillah bertuah juga jadi rakyat Malaysia ni sebab dikurniakan Allah hidup yang serba sempurna dibumi ini. Malaysia bolih juga dikategori kan sebuah negara yang aman dan makmur, jauh sekali dari bencana yang besar besar seperti peperangan dan sebagainya.
Selalunya setiap tahun merayakan hari KEMERDEKAAN keluarga Kakintan juga meraikan hari jadi anak Kak Intan yang no 2 (KHAIRUL EZWAN)..atau Abang Ngah...tahun ni Abang ngah memasuki usia 24 tahun. HAPPY BIRTHDAY TO YOU. Semoga panjang umur, murah rezeki, sihat tubuh badan dan hidup diberkati didunia dan diakhirat.
Ok...sekian dulu catatan Kakintan pagi ni, bersua lagi dilain waktu, selamat berpuasa dan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri.... salammmm
Salam semua, selamat pagi dan selamat bersua kembali. Dah dua tiga hari Kakintan tak letak entry baru...entah lahhh... sejak akhir akhir ini masa cepat sangat berlalu macam tak cukup waktu je dibuatnya. Ada ada aje kerja rumah yang nak dibuat. Semalam semua kerja kerja dirumah Kakintan tinggalkan sekejap, tak kemana pun cuma keluar mencari keperluan untuk kerja2 menyiapkan jahitan. Keluar rumah dari jam 11 pagi sampai lah kepetang jam 6 baru sampai kerumah semula. Bila balik dah tentu penatkan, akhirnya dapor Kakintan petang semalam tak berasap. Sebelum balik Kakintan & Hubby singgah je diBazar Ramadhan Taman Keramat (AU2) berhadapan dengan pejabat Hubby membeli keperluan untuk berbuka puasa. Itu pun beli mana yang diperlukan sahaja, dan cukup untuk sorang satu. Macam biasa lah kalau minuman family suka air kacang soya. Beli yang masih panas, balik rumah nanti masa nak berbuka baru tuang dalam gelas yang berisi air batu. Tak campor air batu awal2 sebab Hubby tak suka minum yang sejuk2 masa berbuka. Sekarang ini Kakintan pun dah terikut juga sikit2 tak minum minuman yg sejuk waktu berbuka.
Lepas tu sampai kesatu lagi gerai, beli pula 3 bungkus nasi kukus ayam dara (psstt...musykil juga mana tau ayam tu dara .... he..he..), kata hubby nasi kukus yg dia jual tu sedap. Betul la agaknya, sebab masa sampai kat gerai tu bau ayam nya je dah bolih buat selera membuak buak he...he...buat batal puasa je kan. Kakintan beli 3 bungkus je sebab bujang yang dua orang lagi berbuka puasa dengan kawan kawan diorang kat luar. Cukup la tuh kan beli banyak banyak nanti bukan nya makan sangat pun. Cukuplah ala kadar sahaja. Ada juga berjalan kegerai gerai lain, tapi nampak pada mata Kakintan semuanya tak menyelerakan, tapi Ezzat beli juga lah sepotong karamel buat dessert untuk berbuka petang tu,...
Bila selesai berbuka puasa, ha....ah lahhhhh memang sedap nasi kukus yang Kakintan beli ni, nasi, sambal, kuah, juga ayam goreng nya memang secukup rasa bila dimakan.... dah cakap dengan Hubby kalau macam ni bolih lah beli selalu he...he...Ok lah sekian dulu catatan Kakintan kali ini.... bertemulagi nanti ya...salam Ramadhan dan selamat menyambut Hari Kemerdekaan yg ke53 tahun.... dan selamat berpuasa...
Salam semua, apa khabar hari ni....wah diam tak diam dah masuk 16 hari kita berpuasa kan... Malam ni kita semua menyambut malam Nuzul Al Quran, alhamdulillah setakat ini tidak ada apa apa masaalah dalam menjalankan ibadah berpuasa ini. Entry waktu berbuka puasa semalam, inilah dia nya antara lauk lauk yang Kakintan dan suami makan, anak anak masing berbuka diluar. Kebetulan semalam sewaktu nak memulakan tugas didapor untuk memasak, tengok tengok air paip tak keluar. Tunggu punya tunggu sampai jam 6.30 akhirnya bila Hubby balik dari kerja Kakintan pun ajak dia kegerai diBazar Ramadhan, beli lauk "tunjuk tunjuk" he....he.... ini pertama kali dalam Ramadhan ini Kakintan main "tunjuk tunjuk" kat Bazar Ramadhan tu. Itu pun beli ikut keperluan untuk makan 2 orang sahaja iaitu Kakintan dan Hubby.
Ikan gelama masin ni Kakintan tak beli, tapi goreng sendiri. Sesekali pekena ikan gelama masin jerok ni memang sedap...tapi tak bolih lah selalu selalu kan... takut juga BP Kakintan naik, dilawankan pula dengan sayur pucuk ubi yang dimasak bersama tempoyak dan juga udang. Memang best.... tak tau macam mana nak cakap sedapnya, hanya yang suka makan je yang tau...he...he....
Selain dari itu Kakintan beli juga pajeri nenas dan juga ikan bakar...hu...wahh.. ikan bakar memang peberet, kena pula ikan pari cicah dengan air asam..... memang "the best" lahhhh....dan yang paling last Kakintan beli air lai chi kang. Musim musim panas pekena lai chi kang memang sesuai kan
Tapi laici kang yang dijualnya ni lain sikit dari yang biasa2 Kakintan minum. Lai chi kang nya dicampor dengan buah buahan dalam tin atau pun fruit cocktail.... rasanya tetap sedap. Ok lan sekian dulu entry Kakintan pagi ini, jumpa lagi dilain waktu. Salam dan selamat menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan ini... Bye...bye...
Salam dan selamat tengahari semua. Dah ada plan ke nak masak apa petang ni untuk menu berbuka puasa nanti? Kakintan pun masih tercari cari apa lah yang dimasak juga ni. Kalau ikutkan nak je masak yang ringkas ringkas, tapi kesian pulak dengan anak2 yang tak biasa sangat makan stail2 kampong ni. Orang kampong paling best kalau lauk2 yang direbus lepas tu lawan kan pula dengan sambal belacan, ikan goring..dah cukup. He..he...ok lah terpesong pulak dari tajuk asal nya ni.
Sebenarnya hari ni 24 Ogos kan, setiap kali 24 Ogos adalah tarikh yang bersejarah dalam hidup Kakintan... sebab tarikh itulah Kakintan bergelar seorang ibu dalam hidup Kakintan. Pada 26 tahun yang lepas, masa tu hari Jumaat, lepas sahaja muslimin menunaikan solat Jumaat Kakintan sibuk keklinik...masa tu masih lagi bekerja. Ingatkan sakit perut biasa biasa sahaja...maklumlah belum ada pengalaman. Tapi bila sampai keklinik yang jadi panel office husband doktor kata Kakintan dah hampir bersalin. Apa lagi kelam kabut Kakintan dan hubby menuju keHospital Besar KL (masa tu) sekarang HKL....aduhai memang tak bolih lupa peristiwa ni. Dah sampai hospital terus je masok kat tempat bersalin...adalah gaknya dalam sejam kat situ, lepas je azan Asar berkumandang Kakintan pun bersalinlah... Alhamdulillah selamat segalanya.Apa pun Kakintan nak ucapkan HAPPY BIRTHDAY buat anak sulong Kakintan ni, semoga hidup diberkati Allah dunia dan diakhirat. Satu lagi semoga Along juga mendapat jodoh dikalangan wanita yang solehah... Aminnnn
Salam, semalam kita semua telah pun melepasi 1/3 daripada bulan Ramadhan yang sedang kita lalui, alhamdulillah setakat ini Kakintan sekeluarga tidak menghadapi apa apa masaalah setakat ini. Syukur juga kepada Nya kerana diberikan kesihatan baik dalam mengerjakan salah satu ibadah yang diberkan olih Nya... Apa pun macam biasa lah Kakintan nak berkongsi menu berbuka puasa di10 Ramadhan semalam.. He..he...macam biasa menu menu repeat aje...selain dari memakan buah kurma, Kakintan cuma masak nasi seperti hari hari biasa. Memang pada tahun ini Kakintan dah tanam niat dihati tak nak terlalu membazir, seperti yg sudah sudah memandangkan harga barang barang juga meningkat naik.
Ok lah ini lah dia nya menu Kakintan semalam iaitu nasi putih, ayam masak padprik dan juga ulam timun, serta Kakintan tambah telor masin. Masak biasa biasa sahaja.
Air yang Kakintan sediakan semalam jus orange, biasanya anak anak Kakintan suka minum air kacang soya, tak apa lah sesekali buat jus orange la pula. Kakintan pula suka minum teh o panas2, maklumlah kalau minum air batu dibulan puasa ni badan terasa lesu nanti..
Dalam pada tu Kakintan buat sedikit puding kastad sebagai makanan pencuci mulut, sedap juga ianya dimakan dengan fruit cocktail kalau disejukkan dahulu didalam fridge.
Ok lah sampai disini dulu catatan Kakintan petang ini...jumpa lagi dilain waktu, salam dan selamat menjalani ibadah puasa dibulan Ramadhan....bye.. bye...