Alhamdulillah

Showing posts with label Carlo Rino. Show all posts
Showing posts with label Carlo Rino. Show all posts

Tuesday, 20 May 2014

Oh wanita!...Bila nafsu merajai diri

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sempena bulan Mei yang penuh dengan hari2 istimewa tetiba diri rasa terpanggil untuk mencoret sesuatu. Mentang2 bulan Mei ni ada Hari Ibu dan Hari Guru (yang berkait dengan diriku)..tetiba rasa ter'shopping' sangat extra dari kebiasaannya...fuiyo..ayat 'ter' yang tak tahan tu.

Kebetulan tema sambutan Hari Guru peringkat sekolahku tahun ini (yang bakal disambut pada 27 Mei nanti) ialah kuning diraja with a little bit white and black, terus macam2 la i ter'shopping' semata-mata untuk menepati tema itu hehe. Maklumlah nama sambut hari guru tapi sebenarnya macam cecikgu ni syok sendiri je huk huk..cikgu yang sendiri keluar duit (nak harap ada pihak sponsored...memang takde aa), susah payah anjur dan plan pelbagai aktiviti sendiri, cikgu sambut and cikgu wish sesama sendiri huhu. Kesian cikgu kan?! 

Baju dah tempah (belum siap)...kali ni aku hanya menempah sepasang baju kurung moden kain chiffon berwarna kuning. Memandangkan tahun ini aku merupakan salah seorang AJK Kelab Guru...so memang akan busy untuk menguruskan majlis itu nanti. So pilihan baju yang mudah untuk bergerak ke sana sini hehe (takde can aa ni nak menang best dress hehe).

Shawl pun dah ada hehe. Mula2 tempah 1 tetiba terbeli 1 satu lagi. Haisshhh...nak pakai mana satu ni hehe. Dua2 pun cantik bagiku.


Shawl ni di tempah dari seorang teman
Shawl ready-made koleksi dari Amra Collection

Kasut dan hand bag pun dah beli baru. Hand bag memang over la...bukan 1 ye...sampai 3 bijik i beli dalam bulan ni (2 biji beli bersama hubby..yang satu lagi beli tanpa pengetahuan dia huhu). Harap2 dia x baca entry ni hehe.





Sempat juga beli aksesori kerongsang hehe..kebetulan cari hadiah untuk seseorang, dan terus beli satu untuk diri sendiri.

Kerongsang dan Inspired Pandora. Loket bunga  tu tetiba beli sebab warna kuning. Aii selagi majlis ni belum berakhir memang dok nampak item warna kuning, putih dan hitam je.
Sempat juga beli Parfume dari Lancome dan blusher serta eye shadow dari The Body Shop. (Actually, masih ada beberapa botol parfume yang baru dibeli dan belum digunakan dalam koleksi peribadiku...oh no!).



p/s: Last minute, saya terpaksa cari baju lain kerana baju yang ditempah tailor ada tersilap jahit huhu.

So...saya beli ready-made dress di Lidya Couture KL, Busana@Menara MARA KL

Maaf ye teman2 andai entry ini memang tidak dapat memberi apa2 manfaat untuk anda. Memang bila di tengok semula rasa sangat tidak patut ber'shopping ' sakan begini.
In sha Allah, selepas ini akan lebih berhemah dalam berbelanja. (Jangan tiru macam saya!!)

p/s: Kebetulan encik hubby baru dapat bonus hehe.. tu yang sakan belanja anak2 dan 'wife'nya ni hihi. Lagipun sempena satu lagi hari istimewa kami yang akan disambut pada 31 mei nanti iaitu ulangtahun perkahwinan kami yang ke - 11.
 Tq, dear!

Sekian, wassalam!

Sunday, 13 April 2014

Carlo Rino Fashion Show 2014~ here i come!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini saya berpeluang menghadirkan diri ke Carlo Rino Fashion Show 2014 di Mid Valley Megamall. Memang teruja apabila mendapat jemputan dari pihak penganjur (via e-mail & sms ). Saya memang peminat & pengguna setia Carlo Rino sejak sekian lama.

gambar kad jemputan via e-mail



Pentas peragaan serba putih
Sesi pendaftaran untuk tetamu jemputan oleh pihak Carlo Rino (termasuk i hehe) bermula pada pukul 12.30 tengahari. Ramai wakil media dan pengunjung Mid Valley memenuhi kawasan sekitar pentas peragaan dan balkoni tingkat 1-3 untuk melihat acara ini. Yang bestnya kami (tetamu jemputan) dapat free gift voucher Carlo Rino dan sample parfume Carlo Rino serta dapat membeli barangan di butik Carlo Rino dengan harga diskaun pada hari ini.

Model sedang menggayakan koleksi handbag dan kasut dari Carlo Rino
Model sedang menggayakan koleksi handbag dan kasut dari Carlo Rino
Oleh sebab modelnya seksi (ada ke model x seksi hehe), i hanya tengok sekejap sahaja fashion show tu and after that terus naik ke butik Carlo Rino untuk redeem free gift dan cuci mata (usha handbags hihi) .

Tengah bincang sesuatu hihi
Parfume Carlo Rino

Sempat juga saya join contest Carlo Rino ni tapi sayang kami balik dulu sebelum pemenang diumumkan huhu




Wajah ceria sebab dah dapat sesuatu haha.. dapat apa ye?
Tadaa...!

Free gift: sample parfume dan voucher RM100 (Setiap voucher RM50 boleh digunakan sekiranya anda membeli 1 item Carlo Rino yang berharga RM300 ke atas).

^
^
^
^
^
^
 ^
Jam tangan baru (free rantai)
Namun sempat juga saya membeli jam tangan Carlo Rino yang kebetulan ada diskaun separuh harga tadi (tapi takleh guna voucher masa pembelian jam tangan ni tadi kerana memang jam tersebut sudah harga promotion~special price gitu). Hai macam2 syarat ye..pandai depa bisnes! kui kui kui. Takpe..voucher tu simpan dulu ...

Itu sahaja serba sedikit cerita hujung minggu kami. Harap tak bosan ye. Letak juga kat sini sebab first time dapat jemputan untuk hadir ke fashion show gitu hehe.

Sekian, wassalam!

Sunday, 12 January 2014

Sekali sekala entry gedik !

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hehe 'entry' kali ni agak gedik sedikit hehe. Ini hasil rembatan dari Sogo (kebetulan ada sales).

Tadaaa!

Hand bag (Carlo Rino tetap dihati) dan purse baru gitu (iiii menunjuk la pulak)


Beg Bobby Franz~ untuk beg kerja (first time beli brand ni).
Anak2 pakat gelak je kat mama. Depa cakap mama ni macam budak2 choose beg ni hehe

Hehe jangan marah ye kawan2! Boleh klik juga 2 link di bawah untuk baca 'entry' tentang 'shopping handbag' ni .




Sini juga nak kongsi 2 buah novel baru (tapi tuan empunya belum sempat baca lagi untuk buat book review).


1. Kerana Dia, Ratu Sehari (RM38)~ Noor Suraya
2. The Wedding Breaker(RM25)~Evelyn Rose
^
^
^
^
^
^
Satu lagi pesanan penaja (cheewwwahh) sebelum mengakhiri 'entry' hari ini, jangan lupa jaga kesihatan anda dan makan ubat cacing setiap 3 bulan sekali ye (dulu setiap 6 bulan sekali). Bukan kanak2 sahaja kena makan ubat cacing, orang dewasa pun kena tau (ramai yang abaikan pengambilan ubat cacing secara berkala ni).

Ini contoh ubat cacing brand Zentel. Dalam bentuk tablet. Boleh didapati disemua farmasi.


Sekian sahaja untuk kali ini. Wassalam!

Sunday, 7 July 2013

Panggilan Carlo Rino

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hehe kelakar tak tajuk tu? Pagi tadi sempat berkunjung ke butik Carlo Rino, Midvalley. Sebab baru dapat voucher RM100 daripada Carlo Rino sempena 'besday'ku pada bulan Julai ini. So, tak menyempat2 terus pergi beli handbag (padahal birthdayku hujung bulan ni hehe).


Untuk pengetahuan semua, memang saya pengguna & peminat tegar handbag Carlo Rino sejak bertahun -tahun lamanya hehe.

Ada satu entry sebelum ni pun tentang Carlo Rino. Boleh klik di sini.

^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^

Inilah rupa handbag yang baru dibeli tadi (full leather). Lembut sangat kulitnya. 

Sekian. Itu sahaja untuk kali ini. Wassalam.