Alhamdulillah

Showing posts with label kasih sayang. Show all posts
Showing posts with label kasih sayang. Show all posts

Thursday, 30 May 2013

Sedekad Bersama!

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Semoga semua teman-teman berada dalam keadaan sihat dan ceria selalu.

Ni entry nak setel hutang. Ingat lagi tak janji saya dalam entry lepas bertajuk Mei yang manis.

Pejam-celik - pejam- celik...sekejap ja masa berlalukan?? Tup-tup dah nak masuk bulan Jun 2013. Semoga kita semua memanfaatkan setiap saat yang kita ada dengan perkara-perkara yang baik dan berfaedah. Jangan lupa luangkan masa bersama keluarga... takut terlalu sibuk dengan tugasan duniawi hingga terlepas pandang saat -saat indah tumbesaran anak2!k
Hargailah apa yang anda miliki sekarang kerana itu semua hanya pinjaman daripada Allah. 'Any time'...Allah boleh tarik semula pinjaman yang diberikan...kasih sayang, kesihatan, anak-anak, pasangan hidup, ibu bapa, keluarga, kerjaya, harta benda, masa lapang dan lain2. Semuanya milik Allah. Malah, setiap anggota tubuh kita juga milik Nya. Subhanallah! Kita hidup di dunia yang sementara ini dengan ihsan dan kasih sayang Allah. 
Manusia...janganlah engkau sombong hidup di dunia ini!

'Entry' kali ini juga khas untuk mengingati tarikh manis bagi ku dan encik suami.  
31 Mei 2003 hingga 31 Mei 2013....menjadi saksi 10 tahun kami hidup bersama! Wah... sedekad bersama. Syukran, Ya Allah! Terima kasih atas rahmat mu ini. Sepanjang sedekad bersama, kami juga dikurniakan 3 orang putera penghibur jiwa, pengikat kasih sayang!

Hidup berumahtangga memang satu amanah yang berat dan penuh tanggungjawab. Banyak dugaan yang melanda dan perlu dihadapi bersama-sama . Ada 'ups and downs'! Suka duka dikongsi bersama. Walaupun kami pernah dilanda ujian yang hebat dan terpaksa melalui detik2 sukar, alhamdulillah, hari ini kami masih bersama sebagai satu keluarga (cthnya tahun 2011 merupakan tahun bersedih buatku huhu...if possible, tak mau dikenang-kenang lagi ). Setiap sesuatu yang berlaku itu adalah dengan kehendak Allah .
Apa yang akan berlaku pada masa depan tidak siapa dapat menduga...jadi bersyukur dan hargailah apa yang anda masih miliki pada saat ini! Kita merancang, tetapi perancangan dan ketentuan Alah itu lebih hebat! Akal manusia terlalu terhad untuk memikirkan segala yang Allah tentukan!

Just believe!

Sunday, 12 May 2013

Ma...i love u!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sempena tarikh 12 Mei 2013, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Selamat Hari Ibu" kepada semua wanita di dunia yang bergelar ibu (terutama kepada ibuku dan ibu mertuaku), juga selamat "Hari Jururawat" untuk semua jururawat di dunia ini. Pengorbanan mu ibu tidak mampu kubalas dan jasamu jururawat sentiasa dikenang!



Warkah ini ditujukan khas  untuk menghargai ibuku yang kupanggil Ma. Ma, terima kasih kerana telah melahirkan kak long (1979) dan adik (1987), mendidik dan membesarkan kami adik -beradik (kami 2 beradik je) dengan penuh kasih sayang (tak pernah berbelah bagi). Ma sentiasa sabar dengan semua kerenah kami serta sentiasa cuba menunaikan segala permintaan kami dan merealisasikan impian kami. Ma sentiasa berlembut dalam mendidik anak2 serta sentiasa mendoakan kami setiap masa. Ma tidak pernah jemu menasihati dan menunjuk contoh teladan yang baik untuk kami adik beradik.
Ma seorang wanita yang berkerjaya yang sangat berdedikasi serta cekap mengurus masa dan segala tugasannya  di tempat kerja dan di rumah. Ma juga seorang yang amat mementingkan kesihatan dan kebersihan. Ma sentiasa menjadikan ilmu penyuluh hidup dan sentiasa berpegang kepada kata-kata,"menuntut ilmu bermula sejak di dalam rahim ibu hinggalah ke liang lahad". 
Ma disenangi oleh hampir semua teman-temannya, saudara-mara dan jiran-jiran kerana sikap lembut, berhemah, prihatin dan baik hatinya. Ma sentiasa menjadi isteri kesayangan abah (chewwahh!) dan mama kesayangan kak long dan adik! 
We love you so much!

Istimewa untuk Ma , kak long sentiasa menyayangi Ma setiap masa dan ketika. Terima kasih atas segala tunjuk ajar, nasihat dan doa Ma. Ma  sentiasa bersama-sama Kak Long ketika susah dan senang serta jatuh dan bangun kak long. Maafkan kak long kerana sentiasa menyusahkan Ma. Mungkin kak long tak sempat meluahkan segala ini di hari-hari lain...jadi, dilembaran warkah ini, kak long ingin mencurahkan segalanya.. Ma, engkau ratu hatiku!

Selamat Hari Ibu dan Selamat Hari Jururawat untuk ibu tercinta! 
(Walaupun Ma dah bersara daripada kerjaya jururawat yang dicintainya hehe)

Ini antara timbunan sijil Ma dalam dunia kerjayanya (memang banyak sungguh sijil2 Ma)








Ma juga pernah dinobatkan sebagai Ketua Jururawat (Sister) paling berbudi bahasa oleh HUSM Kubang Kerian pada tahun 1988. Siap gambar Ma keluar suratkhabar lagi hihi..Tahniah!


Tapi nama pada sijil ni silap ejaan sedikit

Ma


Picture of us! 
Hehe...kami sekeluarga bersama-sama ma dan abah tersayang

Sekian, wassalam.



p/s:'entry' ini auto publish.

Friday, 12 April 2013

Surat dari dia...!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Selamat hari Jumaat, penghulu segala hari. Hari yang penuh keberkatan dan kemuliaan. 

Hari ni  nak 'share' sepucuk surat daripada yang tersayang hehe..jeng...jeng..jeng... surat daripada anak sulungku yang berumur 9 tahun. 


Terharunya... masa tu mama baru lepas marah anak2 (situasi agak biasa bagi yang ada 3 anak lelaki hehe). Sebentar kemudian tengok anak sulungku (Haikal), telah lekatkan surat ni di pintu 'fridge'. Huhu terus lembut hati mama dan terpadam segala api kemarahan... Sesungguhnya...anak itu satu amanah untuk kedua ibu bapanya. Mereka ibarat kain putih...yang suci dan bersih...kitalah yang bertanggungjawab untuk mencorakkan mereka...

Semoga kita semua berjaya mendidik anak2 menjadi insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat. Amin!

wajah kesayangan hamba!

Saturday, 2 February 2013

Tribute untuk Abah!

Assalamualaikum...dan salam sejahtera untuk semua...Berjumpa kita untuk kali ini dengan sedikit coretan penghargaanku untuk abah tersayang sempena hari lahirnya yang ke 63 tahun hari ini.



Coretan ini khas buat abah tersayang yang sentiasa disisi saat susah dan senangku sejak kecil hingga dewasa. Moga Allah memberikan kesihatan yang baik kepada abah, murahkan rezeki yang halal serta berkati hidup abah tersayang yang banyak berkorban untuk kami sekeluarga.

Abah, 

Tiada kata-kata indah yang dapat kulafazkan untuk mengganbarkan dirimu dengan tepat. Abah memang seorang yang penyayang, bertanggungjawab, baik,gigih berkerja, bijak serta sentiasa berfikiran jauh dan positif. Abah juga sentiasa mengikut perintah Allah serta meninggalkan segala laranganNya. Abah memberikan didikan agama yang cukup kepada kami dan mahukan kami berjaya cemerlang dunia dan akhirat. Abah juga adalah sang suami yang setia dan penyayang kepada ma (ibuku)....chewwwaahhhh!

Abah,
Sesungguhnya kami sangat bertuah dianugerahkan abah sepertimu. Jasamu membesarkan kami tidak mungkin dapat dibalas..Tidak dapat kubayangkan hidupku tanpa abah disisi...(walaupun saat itu akan pasti tiba jua kerana janji Allah itu pasti).

dari kiri: ma,abah,my hubby, adik, adik iparku.
dihadapan: anak anakku ;Danial, Danish & Haikal

abah dan adikku


Abah,
 Terima kasih dan selamat hari lahir yang ke-63 tahun (2 February 1950 - 2 February 2013).
Kami sayang abah!