Alhamdulillah

Showing posts with label famili. Show all posts
Showing posts with label famili. Show all posts

Saturday, 8 March 2014

Teruja jumpa hero Cicakman 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Nampaknya lately pelbagai ujian datang untuk menguji kita. Dengan cuaca panas terik, kemarau dan catuan air (rumahku juga terlibat~ 2 hari ada dan 2 hari tiada bekalan air) . 2 hari tanpa air memang terasa susahnya hidup kerana banyak kerja2 rutin harian yang jadi terbengkalai . Yalah air adalah salah satu keperluan asas yang amat penting. Mari kita sesama berdoa agar bencana alam ini tidak berterusan.

gambar ihsan google

Berita terkini pula tentang kehilangan pesawat MAS MH370 ( penerbangan KL ke Beijing). Pesawat dan semua penumpang masih tidak dapat dikesan (buat masa ini). Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan. Mari kita sesama doakan yang terbaik untuk SEMUA penumpang dan anak kapal MH370.

gambar ihsan google

Lastly nak share rasa teruja anak2ku tersayang kerana dapat berjumpa Zizan di Restoran Leha Kelfood hehe.

Haikal teruja dapat jumpa Zizan

Sekian, Wassalam!

Friday, 21 February 2014

Pasar Seni @ Central Market

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Alkisah setelah memberi laluan kepada 'entry ' bermanja-manja di Spa, barulah idea nak menulis tentang Pasar Seni datang.
Pada hari ahad lepas (16 feb 2014), kami ke Pasar Seni / Central Market (CM). Beriya-iya i ajak my hubby bawa i ke CM dengan alasan untuk mencari bahan bagi projek Persatuan Usahawan Muda (Young Entrepreneur). I selaku guru penasihat hehe. Seawal jam 10 pagi kami sekeluarga dah terpacak di pintu masuk CM ni hehe.

Central Market Since 1888
Sebenarnya memang dah agak lama saya tak menjejak kaki di CM ni (dah lupa bila kali terakhir datang sini). Pelbagai barangan ada dijual disini.


Beraneka gelang berwarna-warni dan  pelbagai corak
  




Sempat juga singgah ke butik tudung bawal Aidijuma yang terdapat di  Central Market ni. First time singgah dan beli tudung bawal dari Aidijuma ni.



Pilihan corak & warna tudung bawal yang terdapat disini

Pilihan corak & warna tudung bawal yang terdapat disini

Pilihan corak & warna tudung bawal yang terdapat disini

Ini tudung bawal Aidijuma yang menjadi pilihanku pada hari itu.
Setiap satu berharga RM39. Cantik2 jugakan coraknya. Harga pun berpatutan sangat.

LEGO

Muka ceria anak-anak tersayang

Watak LEGO baru dalam koleksi anak2

Barang2 yang dicari untuk projek Y.E Club juga telah dibeli. Tungguuu entry seterusnya ya...!

Sampai sini dulu, Sekian.
Wassalam!


Tuesday, 4 February 2014

Rumah Api Bukit Jugra & Kerepek Banting

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Ini sambungan  'entry' cerita kami di Pantai Morib. Kali ni nak bercerita tentang Rumah Api Bukit Jugra dan Kerepek Banting.

Bukit Jugra ni terkenal dengan rumah api, aktiviti paragliding dan sebagai balai cerap

Berlatar belakangkan rumah api



Sayangnya masa kami berkunjung ke sini, tiada aktiviti paragliding. Huhu melepas peluang nak tengok dengan mata sendiri. Maybe next time kami akan datang lagi.

Paragliding~gambar ihsan google
Paragliding~gambar ihsan google

Pemandangan dari atas Bukit Jugra

Rumah Api Bukit Jugra

Ada juga tangan2 yang gatal vandalisme pada mercu tanda Bukit Jugra ni. Penuh tulisan.

Datang Banting memang tak sah kalau tak singgah beli kerepek Banting.


Macam2 jenis kerepek ada kat sini

Kami pun sempat juga beli beberapa jenis kerepek untuk dibawa pulang.

Selamat datang ke Banting, Selangor
Sekian dulu untuk kali ini. Wassalam!

Sunday, 2 February 2014

Pantai Morib...kami datang!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Semoga semua teman2 masih mengingati diri ini. Lama betul tak sempat bersiaran hehe.

Kali ini nak 'share' sedikit tentang Pantai Morib yang terletak di Banting, Selangor. (Kami sempat datang ke sini pada 31 jan-1 feb 2014).

Mercu tanda Pantai Morib

 
main layang-layang






Kami menginap di Hotel Impian Morib. Memang kami pergi 'gamble' ja tak 'booking' hotel dulu pun. Nasib baik masih ada bilik kosong. Alhamdulillah!
Hanya ada bilik Superior sahaja yang masih kosong. Room rate per nite per room ialah RM220 (with breakfast for 2 person). 1 katil queen dan 1 katil single sahaja. 

Hotel Impian Morib.
Terletak di tepi Pantai Morib dan bersebelahan dengan padang golf
Lobi hotel


Bilik kami
Cantik...! Pemandangan dari tingkap bilik kami..walaupun kolam renang ni tak sebesar 'water theme park' dekat Gold Coast Morib Resort...anak-anakku  tetap riang dan ceria!
memang suka sangat berendam dan main air!

Danish bersantai gitu!



Malam pula kami mencari ikan bakar untuk 'dinner'. Kami singgah di Restoran Juvita Seafood yang terletak di Jalan Kenanga, Kanchong Darat. Dekat sahaja dengan lokasi hotel kami.


Restoran ini katanya pernah masuk dalam rancangan tv Jalan-jalan cari makan (JJCM)~The best ikan bakar in Banting gitu.

Ikan cencaru bakar

Lauk-pauk lain pun semua ok..not bad!
Otak-otak pun ada

****************************** 
Pagi esoknya kami sarapan di hotel sahaja.

Temasya Restaurant ( Restaurant hotel )


Rate for breakfast, lunch and dinner

Kopi panas yang masih berasap!






Secara keseluruhannya tak banyak pilihan makanan disediakan  untuk sarapan di hotel ini dan rasa makanan juga biasa2 sahaja.

Jangan lupa baca sambungan kisah kami di Morib ni dalam 'entry' akan datang ye.
Sekian, wassalam!