Alhamdulillah

Showing posts with label Danish. Show all posts
Showing posts with label Danish. Show all posts

Sunday, 22 October 2017

I'm back with anecdote!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Setelah sekian lama menyepi, last entry ialah pada tahun 2015! Berhabuk dah blog ni hihihi... Semoga masih ada yang sudi singgah sini hihi. Kali ni just nak share satu cerita pendek hasil perbualanku dan anak bongsuku, Danish.


Buku laili

“Mama kenapa buku laili Danish ada tiga ye?” soal Danish padaku.
Buku laili ? Apa tu?” Aku berhenti membasuh pinggan dan mendekatinya yang sedang menonton TV.
“Ni,” jawab Danish sambil menunjukkan bahagian diantara tapak kaki dan kaki bawah.
“Oh…ni buku lali (ankle) bukan buku laili,”mama menahan gelak di dalam hati.
“Mana ada tiga, dua je buku lali,”sambung mama lagi.
“Ni apa?” Tanya Danish sambil menunjukkan satu lagi benjolan lembut yang ada di kakinya. “Sakit tak?”mama bertanya sambil menekan benjolan lembut tu secara perlahan-lahan.
“Tak,”jawab Danish pendek.
“Baik… ni macam foot lumps, nanti mama bawa Danish jumpa doktor ye untuk diperiksa,”ujar mama untuk menenangkan hati si kecil. “Don’t worry!”
“Sayang mama! You are my personal doctor!” Teriak Danish.
 

“Kenapa mama tak jadi doktor?” Danish bertanya kepadaku.
“Kenapa Danish tanya macam tu?” Soalku balik sambil merenung wajah comelnya.
“Mama nampak macam doktor,”ujar si comel tu lagi.
“Doktor macam mana?”mama cuba mengorek penjelasan lanjut.
“Doktor macam mama, mama macam doktor. Jadi kenapa mama tak jadi doktor?” panjang lebar ulasan yang keluar dari mulut Danish bikin kepala mama pening berpusing-pusing. Boleh kena Vertigo mama begini.

Hmmm…Soalan Danish lagi susah dari soalan Tindakbalas Redoks yang pernah anak-anak murid mama tanya kat mama dalam kelas Kimia di sekolah.


Hihi sekian.Semoga terhibur. See u soon!

Saturday, 1 March 2014

3 cerita dalam 1 entry

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hehe just nak share rasa teruja my little Danish untuk balik ajar mama buat sandwich sardine gulung (sardine rolls). Alkisahnya, Danish belajar buat sardine rolls tu dalam satu sesi pembelajaran kat tadikanya. Danish, this year dah  5 years old (29 jun 2014 nanti).

Balik je dari tadika, terus minta mama sediakan sardine untuk inti sandwich, roti, mayonis dan gunting hehe.

5 simple steps from chef Danish:

Buang tepi roti (tak guna gunting pun...guna tangan pun boleh hihi)

Potong roti kepada 2 bahagian dan penyekkan guna sudu

Letak inti sardine

Gulung

Makan! hehe
 Bijaknya anak mama! Tahniah buat cikgu2nya yang sentiasa kreatif, sabar dan mendidik dengan pelbagai cara menarik membuatkan anak2 sentiasa teruja dan menanti2 untuk ke sekolah. Thumbs up!

*******************************
Satu lagi cerita tentang anak2 juga.  Haikal (10 tahun) dapat jemputan birthday party dari salah seorang kawan baiknya Rifqi Danish. Sebenarnya memang biasalah kita dapat jemputan dan hadir birthday party  . Cuma kali ini agak berbeza kerana kawan baiknya mengadakan majlis hari jadi di gelanggang futsal! hehe. Jemputan main futsal dulu dan selepas tu baru potong kek. Apa lagi..sukalah Haikal kerana memang minat sangat main bola. Haikal bawa hadiah B- Daman untuk Rifqi hihi.

kad jemputan majlis harijadi

Pukul 10 - 12 mlm (Hari Jumaat malam)

Sebab Haikal pergi dengan papa dan Danial..so ini saja gambar yang diambil oleh papa di sana hehe (kalau mama pergi baru meriah sikit ambil gambar haha). Mama tak pergi coz little Danish dah tidur. 
Goodies beg yang di dalamnya ada macam2 hehe. Paling sedap, ada kek keju blueberry dan kek keju coklat. Marvellous! Terima kasih tuan rumah.
Happy birthday to Rifqi. Moga menjadi anak yang soleh dan cemerlang dunia dan akhirat. Success dalam setiap lapangan yang diceburi. Semoga persahabatan Haikal dn Rifqi berpanjangan dan diberkati Allah.

************************ 
Cerita terakhir pula tentang tuan punya blog sendiri hihi. Baru2 ini saya ada menjalani Blood Screening di sebuah klinik. Saja buat blood test ini untuk mengetahui status kesihatan diri. Lama dah tak buat medical check up. Saya kena berpuasa dulu bermula pukul 10 mlm (puasa lebih kurang untuk 10 jam). Keesokkannya pukul 9.30 pagi, saya dah terpacak kat klinik tu. 3 botol kecil darah diambil. Result boleh diperolehi dalam masa 3 hari. 

gambar ihsan google~tak sempat nak snap picture sendiri 
gambar ihsan google~3 botol saiz nilah huhu

Selepas 3 hari, saya kembali dan berjumpa doktor untuk blood test review. Berdebar juga hati ni.

Doktor meneliti keputusan blood screening (sebanyak 4 muka surat). Fungsi hati, fungsi buah pinggang dan ujian tiroid semua ok. Semua normal dan sihat. Paras gula (glukos) dalam darah juga normal. Full blood count juga normal untuk sel darah merah, sel darah putih dan platlet.Tiada masalah hepatitis B, denggi dll. Alhamdulillah!

Cuma ada 2 perkara yang doktor 'highlight' iaitu jumlah kolesterol dalam darah dan uric acid slightly rise and borderline. So, after this kena jaga makan dan avoid seafood! Kan tak pasal2 pula jadi serius dan kena makan ubat kolesterol pula. Oh no!

So, kawan2..jom pakat2 buat medical check up dan jaga kesihatan. Sekian, wassalam!

Sunday, 3 November 2013

Majlis Ihtifal 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Semoga semua teman berada dalam keadaan sihat dan ceria selalu. Selamat berhujung minggu!

Seawal pukul 8.00 pagi tadi kami sekeluarga telah berada di UIAM untuk Majlis Ihtifal ke-12 tadika putera bongsu kami, Danish (4 tahun).

Kad jemputan
muka Danish mula2 sampai monyok coz x nak berpisah dari mama

Dalam Main Auditorium UIA


Si cilik 2 & 3 tahun sedang membuat persembahan. Comel saaangattt!

Graduasi murid umur 3 tahun bersama ibubapa  masing2 - dapat scroll with certificate and toys
Persembahan murid 6 tahun
majlis khatam Quran
graduasi
kalam jamaie / choral speaking
Persembahan murid 4 tahun... my little Danish...yang kedua dari kanan
Persembahan murid 4 tahun... my little Danish...yang kedua dari kanan
Danish sedang beratur untuk terima hadiah.

Danish dapat hadiah.




Ok, itu sahaja coretanku kali ini. Jangan lupa baca last entry tentang jamuan Hi-Tea ye. Terima kasih semua atas sokongan dan kesudiaan membaca entry hingga ke akhirnya.
Sekian, wassalam!

Friday, 21 June 2013

Red roses and mercury

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Teringat pula dulu-dulu selalu juga beli 'fresh flowers' untuk letak kat rumah...sebab saya ni kategori suka pada keindahan semulajadi seperti melihat bunga-bungaan hehe


red roses
Rupanya ada lagi orang lain yang suka bunga kat umah ni hehehe.
Cium bunga sampai tenggelam hidung..siap panjat kerusi lagi tu 
^
^
^
^
^
^
^
^
Pastu, hari tu terbaca pasal shark fin soup kat blog OKje.. terus teringat masa first time merasa makan sup ni kat rumah adik ipar masa weekend sesi berkumpul adik-beradik. Memang  sedap! (dan dikatakan banyak khasiatnya)  tapi tak sesuai dijadikan makanan rutin hehe bukan sebab harganya yang mahal tapi ini kerana ikan besar seperti jerung, tuna dan swordfish dikatakan mempunyak kadar methylmercury ( satu satunya logam berat yang wujud dalam bentuk cecair) yang tinggi dan tidak baik untuk kesihatan. Logam mercury juga banyak terdapat dalam kepala ikan dan sebab itulah kita tidak digalakkan memakan  kepala ikan...malah kepala ikan bilis pun kita kena buang (mesti penggemar kari kepala ikan tak dapat terima hakikat dan tak suka baca entry ni hehe)

Shark fin soup yang yummylicious!(gambar ni masa makan kat rumah adik ipar)

Apa yang penting, amalkan gaya hidup sihat dan ambil pemakanan seimbang. Jangan berlebihan dan jangan juga berkurangan. Bersederhanalah!

Sekian, wassalam!

Jumpa lagi next entry kawan-kawan

Thursday, 18 April 2013

Recite hadith from Little Danish!

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Hadith ini bermaksud," Sesungguhnya barangsiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja akan terlepas jaminan Allah dan Rasul-Nya"

Buku "70 Hadis Mudah hafal dan Mudah Amal " untuk kanak-kanak . Memang bagus dan wajar dibeli sebagai sumber rujukan  sekeluarga. Harga: RM 25. Keluaran PTS Islamika Sdn Bhd.

Sekian!