Alhamdulillah

Showing posts with label bahagia. Show all posts
Showing posts with label bahagia. Show all posts

Tuesday, 3 December 2013

Isteri jadi tarzan!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Musim cuti sekolah! Cuti bermula untuk anak2. Cuti juga bermula untuk diriku yang bergelar guru (walaupun bercuti masih ada kerja2 sekolah yang perlu dibuat) hehe. Hurray! Yelah siapa tak nak cuti kan, bila dah setahun berpenat lelah bekerja. But, the truth is seorang wanita tak pernah ada istilah bercutikan haha.

Gambar ihsan google...Jangan mare!!!

Ini pengalaman diriku dalam menangani 3 orang anak lelaki yang sedang membesar (9,8 & 4 tahun) dan sangat aktif. Wah...semakin besar, semakin banyak cabarannya ya. Aku memang tidak pernah mempunyai pembantu rumah. So semua kerja2 rumah memang buat sendiri. Cuti sekolah ni nampak gayanya memang bil elektrik akan melambung haha (standby ye papa). Mana taknya...24 jam aircond dan tv on. Betul juga kata2 seorang teman blogger..kicap pun cepat habis time cuti sekolah hehe. Bukan kicap sahaja sebenarnya..semuanya! Anak2 tengah membesar dan makan pun berselera. Bab depa nak makan tak kisah...bab nak clear lepas makan tu yang jenuh mak ni hehe. Makan kalau tak tumpah, tak sah. Itu belum masuk bab pakaian kotor dan barang mainan mereka yang bersepah2 di setiap ruang. Belum campur lagi bab main kejar2 , main bola , main camping2 dalam rumah dengan memunggah habis bantal, selimut, kerusi dll. Aishh..kalau ada tetamu datang mengejut..mmg maknya dulu yang terkejut dan jatuh pengsan! Hahaha. So, sesapa yang nak datang rumah i tu call dulu kalau boleh 2 jam sebelum datang.

its so true rite??

So, ada banyak aktiviti yang boleh dibuat dirumah bersama anak2 untuk mengisi masa terluang mereka. Control supaya mereka tidak hanya main game di PSP dan gajet2 elektronik atau hanya menonton kartun di tv. Teman mereka melakukan aktiviti luar seperti bermain bola, berenang dan berbasikal. Buat eksperimen mudah di rumah bersama anak2. Ajar mereka melakukan kerja rumah yang mudah2. Beri galakan untuk mereka buat sesuatu yang digemari seperti melukis, mewarna, origami, puzzle dll (setiap anak berbeza minat dan kemahiran. Setiap anak adalah unik dan mempunyai kelebihan dan kekurangan masing2). Galakkan mereka membaca Al Quran dan buku. Bawa mereka jalan2 , balik kampung ziarah saudara mara atau melancong.


betul ke ni??

So, para suami di luar sana jangan complaint bila balik kerja tengok rumah bersepah dan keadaan isteri yang tak terurus. Mungkin sudah 30x isterinya mengemas rumah untuk hari itu tetapi kebetulan bila suami balik rumah, anak baru sepahkan lagi bakul mainannya kan?!!
Isteri pun mungkin sudah bersedia lawa2 untuk sambut kepulangan suami tercinta tapi dek kerana suami pulang lewat atau masa tak menentu dan ditambah pelbagai tugasan isteri di rumah...isteri nampak comot semula. So, jangan cepat melatah untuk mencari wanita lain wahai suami coz wanita teman barumu tidak semestinya sanggup mengambil alih tugas isterimu..(wah berbelit2 bahasaku, faham tak kawan2?hehe)



Nampaknya jadi tarzan la i di rumah sepanjang cuti sekolah ni...oooooooooooooooo..ooo...oooooooooo!

^
^
^
^
^
^


But walaupun i mengomel panjang disini...anak-anakku adalah anugerah terindah dalam hidupku, Mama sangat menyayangi putera bertiga (Haikal, Danial n Danish) dan hidup mama tentu tidak akan bermakna tanpa putera2 bertiga. Setiap saat bersamamu adalah saat terindah dan membahagiakan. Mama ingin sentiasa disampingmu!
Mama sayang famili kita!


Sekian, wassalam!