Alhamdulillah

Showing posts with label novel. Show all posts
Showing posts with label novel. Show all posts

Sunday, 12 January 2014

Sekali sekala entry gedik !

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hehe 'entry' kali ni agak gedik sedikit hehe. Ini hasil rembatan dari Sogo (kebetulan ada sales).

Tadaaa!

Hand bag (Carlo Rino tetap dihati) dan purse baru gitu (iiii menunjuk la pulak)


Beg Bobby Franz~ untuk beg kerja (first time beli brand ni).
Anak2 pakat gelak je kat mama. Depa cakap mama ni macam budak2 choose beg ni hehe

Hehe jangan marah ye kawan2! Boleh klik juga 2 link di bawah untuk baca 'entry' tentang 'shopping handbag' ni .




Sini juga nak kongsi 2 buah novel baru (tapi tuan empunya belum sempat baca lagi untuk buat book review).


1. Kerana Dia, Ratu Sehari (RM38)~ Noor Suraya
2. The Wedding Breaker(RM25)~Evelyn Rose
^
^
^
^
^
^
Satu lagi pesanan penaja (cheewwwahh) sebelum mengakhiri 'entry' hari ini, jangan lupa jaga kesihatan anda dan makan ubat cacing setiap 3 bulan sekali ye (dulu setiap 6 bulan sekali). Bukan kanak2 sahaja kena makan ubat cacing, orang dewasa pun kena tau (ramai yang abaikan pengambilan ubat cacing secara berkala ni).

Ini contoh ubat cacing brand Zentel. Dalam bentuk tablet. Boleh didapati disemua farmasi.


Sekian sahaja untuk kali ini. Wassalam!

Friday, 6 December 2013

Dia...Isteri Luar Biasa

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Topic for today ..another book review.

RM24, 616 m/s, novel


Sedikit sinopsis:

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

SINGLE is simple, double is trouble...

Itu moto hidup Dewi Yusra. Katanya, dia boleh hidup tanpa lelaki, lagi mudah dan tidak serabut otak. Lelaki menyusahkan, suka ambil kesempatan!

Perempuan tak kahwin pun boleh ada anaklah! Bukan spesies angkat-angkat ya, yang asli datang dari rahim Dewi Yusra. Kau gila ke Dewi, ingat nak buat anak tu semudah buat nasi ayam ke? Hesy... Mesti ada jalanlah…

Dewi serius! Walau dengan apa cara pun, Dewi tetap ingin punya anak dari darah dagingnya. Anak yang akan mewarisi syarikat perniagaan Cik NAB a.k.a Nasi Ayam Bonda.

“Aku akan kahwin! Syaratnya aku nak kahwin sampai mengandung aje ya, lepas tu aku chaw. No husband anymore. Sebelum aku sakit hati ditinggalkan, lebih baik aku blah dahulu” - DEWI YUSRA

Maka bermulalah usaha Dewi untuk mendapatkan ‘Suami Sementara­’ dari lelaki baik-baik, gen terhebat, genius dan stok sembahyang atas kapal terbang. 

“Saya Amzar... errr... Radin Amzar yang duduk sebelah you dalam flight dari Heathrow hari tu...” - RADEN AMZAR

Bagai nak tercabut jantung Dewi dengar. Lelaki edisi terhad tu hubungi dia? Macam tak percaya pun ada. Ingatkan lelaki itu akan terus hilang. Tuhan berikan Dewi peluang ke ni?

Berjayakah rancangan Dewi Yusra untuk memerangkap Dr. Radin Amzar, lelaki terpilih sebagai ‘Suami Sementara’nya untuk seorang zuriat? Bagaimana pula rancangan Kamarul yang terlalu menyintainya?

Temui jawapannya dalam DIA... Isteri Luar Biasa, kisah seorang gadis yang terpaksa bangkit dari peristiwa kelam hidupnya.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^


Jangan lupa juga kawan2 untuk dapatkan Majalah Gen-Q edisi 28 dipasaran.



Ok ..itu sahaja untuk kali ini.. jumpa lagi ye.Wassalam!

Tuesday, 3 December 2013

Sonata Cinta Afro

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Lama tak 'share' tentang buku. Kali ni nak buat Book Review tentang 2 buah novel yang baru di beli dan telah habis dibaca.
(Dah lama sebenarnya tak sempat nak baca novel)

Harga :RM20, 478 m/s

Sedikit sinopsis:


Kenangan I

“Memang dasar lembiklah kau ni! Macam pondan... itu pun dah nak nangis, cubalah tahan sikit!”

“Mana ada budak jantan yang nak kawan dengan dia. Itu fasallah dia pun lembik macam perempuan!” kata Leman Kemek sambil ketawa.


Kenangan II

“Oiii… lembam, kau cari apa tu?” tanya Atan Gemuk sambil mengunyah tebu.

“Amboi, ko tengok tu! Bukan main sombong lagi labi-labi sekor ni. Aku tanya pun tak nak jawab!” Leman Kemek menongkat basikalnya.

“Ipin!” Mereka menjerit nama Ipin serentak.

“Adoiii!!!” jerit Ipin kuat; sambil menyapu mukanya yang berlumur 'krim' betik.


Ipin atau Ariffin, sentiasa dibuli oleh Leman Kemek, Jemair, Pejai dan Atan Gemuk. Salmah, Hanim dan Latifahlah menjadi heroin yang selalu menyelamatkannya. Hidup dia sentiasa diuji. Dia kehilangan emaknya ketika berusia 12 tahun. Dia terpaksa berhenti sekolah kerana menjaga ayahnya yang dikatakan gila. Bagaimana Ipin dapat menghadapi liku-liku hidup yang penuh dengan ujian ini sehingga dewasa?


Oh ya, macam mana pula akhir kisah cintanya dengan heroin Kampung Sempadan Hulu, Cik Tipah Loyar tu? Amboi, tak padan dengan lurus bendul, ada hati dengan anak ketua kampung!

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Harga RM17, 432 m/s
Sedikit sinopsis:

Nama aku Mohd Hakim, tapi orang panggil aku Afro. Sebab apa Afro? Entah… sebab rambut aku kut. Kembang macam sarang tebuan!

Hidup aku luar biasa sikit. Ada keluarga tapi macam tak ada aje. Maklumlah… anak angkat. Tapi aku tak kisah asal ada tempat menumpang, cukuplah…

Cinta? Siapa yang tak mahu bercinta? Aku pun ada perasaan juga. Orang yang aku minat ni lain daripada yang lain. Dia punya karakter yang sangat istimewa bagi aku. Puas aku ngorat dia, boleh dia buat tak layan.

“Lepas tengok awak sanggup berkubang macam tu semalam, hati saya yakin, awaklah lelaki terbaik untuk saya.” - Samira.

“Bila saya dah macam kerbau berkubang, baru awak nak. Awak ni sebenarnya suka dekat saya ke, kat kerbau?” - Afro.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^


Memang kedua-dua novel ini menghiburkan dan tak rugi jika anda memilikinya hehe. Ada sedih, kelakar, romantik dan pelbagai rasa lagi. Ada perkara yang boleh dijadikan  pengajaran di dalam kedua2 novel ini.
Kalau nak tahu apa cerita selanjutnya...kenalah baca sendiri tau. Jangan marah!



p/s: oppps jangan lupa mengunjungi Big Bad Wolf Book Sale 2013 bertempat di The Mines.


Sekian , wassalam!