Alhamdulillah

Showing posts with label Ikea. Show all posts
Showing posts with label Ikea. Show all posts

Monday, 26 January 2015

Tips renovate & make over kondominium kecil

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kembali bersiaran di alam blog hehe. Kali ini nak 'share' sedikit tips dekorasi  kondominium  kecil hihi. Kondo ni merupakan unit kondo lama dan hiasan dalamannya memang 'out dated'.

Jangan jemu dan 'frust' ye dengan perkongsian ilmu daripada 'interior designer' yang amatur dan tak bertauliah ini hihi.

Fokus 'make over ':

* Cat semula semua dinding dalaman unit kondo (keseluruhan). Kondominium ini berkeluasan 1100 square feet.
* Gantikan kitchen cabinet lama dengan kitchen cabinet baru.
*Tukar jubin dapur, bilik air dan balkoni.
* Buat built-in wardrobe untuk bilik tetamu.
*Tukar lampu dan tambah ceilling fan.
*Tukar perabot lama kepada perabot baru ( sofa, meja makan, katil kelamin, katil & tilam kids, almari buku, meja study, meja komputer dll).

So, dengan bajet yang terhad, kami cuba merealisasikan impian kami untuk menjadikan kediaman kami ini lebih selesa, cantik, praktikal dan selamat untuk didiami.

Ruang tamu SEBELUM renovation
Ruang tamu SELEPAS renovation
Sofa baru (Cream with stripes cushion) , credit to homelife.
Price sofa 4 seater = RM1900


Langsir baru (warna kelabu kain guni ~rm45 per meter), saya beli dan terus upah jahit di Kedai Langsir Sri Maju, Nilai 3. Siap jahit dalam masa 2 jam. Cepat sangat! 
Balik rumah boleh terus gantung langsir.

Price curtain untuk satu rumah :RM1840
 _________________________________________________________________________________ 

Ruang  menonton tv SEBELUM renovation

Ruang  menonton tv SELEPAS renovation
___________________________________________ 

Kitchen cabinet lama (L-shaped) -SEBELUM Renovation

Drawing untuk kitchen cabinet baru (dapur basah)



Kitchen cabinet baru (dapur basah)~SELEPAS Renovation
__________________________________________________________________________

SEBELUM Renovation
(ruang dapur bersepah kerana tiada ruang storage)
Drawing untuk kitchen cabinet (dapur kering)
Kitchen cabinet baru (dapur kering)~ SELEPAS Renovation

Dapur memasak lama ( SEBELUM renovation)

Dapur memasak baru (SELEPAS renovation )


Kitchen cabinet, credit to Fudec Kitchen System.
Price kitchen cabinet : RM7400 (Design Quality Melamine Panels = Jamila Stripes)
___________________________________________ 

Sebelum renovation
Ruang yang sama selepas renovation.
Divider kayu, credit to Fudec
(Price divider kayu RM1400)

Set meja makan 6 kerusi credit to homelife
(Price :RM2600)
Selepas renovation
Selepas renovation
Selepas renovation


Khat Printed on Art Canvas ~ Ayat Qursi credit to
Alyaa Deon Canvas (Size 2ft x 4ft) ~ RM540
 (Included postage)


Khat Printed on Art Canvas ~ Ayat 1000 Dinar credit to
Alyaa Deon Canvas (Size 1.5ft x 3.5ft) ~ RM400
 (Included postage)


Pintu toilet Bi- fold  King Vitally (RM500 termasuk charge pemasangan). Design pintu boleh pilih dalam katalog.  
________________________________________ 

Jubin balcony lama ~ SEBELUM renovation

Jubin balcony baru~ SELEPAS renovation
(Jubin White Horse Ceramics)

Memang sangat bising dan sakit telinga bunyi drill semasa proses untuk buka dan pecahkan jubin lama untuk ganti jubin baru.

Bidai lama ~ SEBELUM renovation

Bidai baru (felton outdoor timber blinds walnut)~ SELEPAS renovation
Credit to Houz Depot (RM109 each)
Bidai baru (felton outdoor timber blinds walnut)~ SELEPAS renovation

Dustbin 20 L = RM89.90 (Parkson)
Stainless steel hanger RM220

__________________________________________ 
Bilik tidur putera sulung dan putera kedua.


Katil 2 tingkat  ~credit to Maju Home One Stop Furniture Mall (RM1350 tidak termasuk harga tilam)


Meja study dan kerusi credit to Ikea (Micke Desk RM169 each, red chair RM40 each)
__________________________________________ 

Bilik tidur tetamu.


Built in wardrobe (RM2800). 6ft panjang, 10ft tinggi. Pintu sliding.
Credit to Fudec
Carpet from Ikea
Drawing untuk built-in wardrobe
Tujuan buat built- in wardrobe  sehingga mencecah ceilling adalah untuk 'storage' barangan seperti pakaian, cadar, towel, comforter, bantal dll supaya tidak kelihatan bersepah. Master bedroom juga sudah dilengkapi built in wardrobe.
_________________________________________ 

Suis di rumah juga ditukar kepada suis jenis ini
6 tin cat 5 liter digunakan untuk mengecat kondominium 3 bilik ini. Kos 6 tin cat RM1000.
Jubin Guocera  dan White Horse
Beli katil saiz Queen ni di Ikea

Syukur, Alhamdulillah!

Ok, in sha allah sampai sini dulu perkongsian daripada saya. Moga memberi manfaat, ada rezeki, mmg kami ada perancangan lagi untuk menyambung 'make over' ini. Biarlah rahsia dulu. Dah tercapai, baru kita share kat sini ye.

p/s: kalau sudi boleh jenguk sini untuk tips dekorasi rumah.
Wassalam!



Tuesday, 27 August 2013

Trial SPM, Coway water Purifier & Ikea extra charge?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sebelum terlambat , nak wish good luck untuk semua pelajarku (tingkatan 5) yang sedang menduduki peperiksaan percubaan SPM bermula hari isnin (26/8/13). Buat yang terbaik ya!!!


Minggu lepas, ada satu lagi 'pembantu baru' dari Korea di dapurku hehe...tadaa! !
(sila rujuk gambar di bawah).
 Alhamdulillah

Coway water purifier (model : Petit )

Minggu lepas juga sesi menggantikan aircond lama yang rosak (dah tak dapat dibaiki lagi ) kepada aircond baru (dalam bilik tidur utama). Pendek kata, memang banyak la benda baru sehari dua ni kat rumah ni. Kebetulan sebenarnya.

Hari ahad (25/8/13), kami sempat berkunjung ke Ikea untuk mencari barang yang sekian lama diminta oleh our little Danish hehe. Tau apa yang Danish nak? Danish nak 'display cabinet' untuk simpan semua kereta mainannya hehe. Danish dapat idea ni semasa berkunjung ke rumah ibu saudaraku yang kebetulannya memang ada satu unit display cabinet utk toys anak2nya di rumahnya. Tapi kami tak beli  display cabinet yang diperbuat daripada glass kerana takut mudah pecah dan membahaya pada anak2ku. Kami pilih bookcases berpintu kaca.

seronok sangat naik troli barang hehe
best sangat gi Ikea kan. Sumer nampak cantik je hehehe
Almari putih tulah yang Danish punya.
Baru sampai tadi (Selasa, 27 /8/13) jadi belum sempat isi mainan Danish lagi.
Almari ni berpintu kaca
Mama Danish tak sempat lagi nak simpan semua kereta Danish.
Tu yang sikit tu Danish yang simpan sendiri hihi

Sebenarnya ada sedikit rasa sangsi dan tak puas hati semasa pemasangan unit kabinet ni tadi di rumahku. Ini kerana aku dikenakan caj tambahan untuk 'drill' satu lubang pada dinding supaya almari ni 'attached' pada dinding dan tak mudah terbalik. Padahal memang dah ada dalam manual pemasangan yang almari ni perlu di 'attach' pada dinding pada bahagian atasnya. 

Manual Pengguna


Mengapa mesti kena caj tambahan sebanyak rm65  untu tebuk satu lubang di dinding? Atau aku kena kelentong dekat pekerja Ikea yang datang pasang tadi? Sebab segala kos penghantaran dan pemasangan telah dijelaskan di Ikea pada hari kami membeli produk ini.


details yang telah dijelaskan bayarannya di Ikea (ini untuk satu item sahaja):

Billy Olsbo glass (pintu cabinet) = RM80.00
Billy bookcases (almari) = RM125.00
Home delivery charge(penghantaran) =rm75
Assembly charge (pemasangan) = 16.40

tetiba today, masa pemasangan, Mat Bangla tu cakap kena bayar lagi extra rm65. Tak puas hati betul tapi malas nak tanya lebih2 sebab my hubby pun takde kat rumah...i'm alone je huhu. Kan takut diapa2kan pulak. Nauzubillah!


Sekian, wassalam!
Jumpa lagi next entry!