Alhamdulillah

Showing posts with label Kidzania. Show all posts
Showing posts with label Kidzania. Show all posts

Thursday, 21 November 2013

Tengok persembahan teater , paramediks dan buat coklat Cadbury di Kidzania Part 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Baru berkesempatan mengadap komputer untuk menulis entry sambungan pengembaraan anak-anak tersayang di Kidzania hehe ( pagi tadi bawa anak2 beriadah di taman berhampiran dan lepas tu singgah ke sekolah jap kerana mama ada kerja nak disetelkan). Walaupun cuti sekolah tapi kerja-kerja cikgu ni macam tak pernah habis je..

Sebelum tu nak minta maaf juga kerana kualiti gambar kurang memuaskan kerana ada yang blur, bergetar, gelap dan sebagainya. Almaklumlah..susah betul nak ambil gambar anak2 i ni coz depa memang aktif bergerak sana sini ditambah pula dalam Kidzania ni memang semuanya menarik perhatian mereka hehe. Mama nak suruh 'stand still' sekejap nak ambil gambar pun susah.

Jom tengok persembahan teater pendek cerita Dora Goes Camping
Dalam Theatre
Persembahan dari pengunjung Kidzania yang masuk Kelab Teater!


Bergambar di depan  Theatre
Selepas tengok persembahan teater yang dilakonkan pelakon2 cilik...Haikal dan Danial berkejar untuk jadi paramedik pula
Danish bergaya dengan ambulan
Pakai apron hijau~international apron for medical field
Paramediks bergaya dengan pesakit (berbaju merah) hehe
Danish bergaya dengan ambulan

Paramediks...operasi menyelamat..ada orang cedera!
Danial menunggu pesakit hehe
Ni 2 beradik ni tengah beratur untuk masuk kilang buat coklat Cadbury pulak!

Tak sempat masuk ke kilang buat biskut Oreo bersebelahan Cadbury
Tak sempat juga masuk ke kilang buat air mineral yang terletak berhadapan dengan Cadbury



Masukkan coklat dalam fridge
Mama hanya boleh tengok telatah mereka dari luar sahaja hehe

Danish pun setia menuggu abang2 di luar bersama2 mama





 Berakhirlah journey kami di Kidzania untuk kali ini. Anak2 memang ajak pergi lagi sebab masih banyak yang belum sempat mereka cuba seperti jadi Special Agent, photographer, CSI, wartawan, pembaca berita, Hakim, model Poney (haha) dll.

Sekian, wassalam. Semoga terhibur dan memberi info yang menarik untuk kita semua.
Ini sekadar perkongsian.


Jangan lupa baca juga entry Kidzania Part 1 dan Kidzania Part 2 ye.








Wednesday, 20 November 2013

Lagi-lagi Kidzania~ Part 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kali ni nak share lagi pengalaman menarik anak2 di Kidzania. 
Jangan boring tau tengok gambar yang banyak ni (dalam hati berangan nak miliki camera Samsung Galaxy atau DSLR hehe)!

patient tengah tunggu dentist check gigi hehe
Haikal tengah tunggu untuk check mata sebelum buat lesen memandu
Tengah beratur untuk masuk ke hospital KPJ untuk jadi doktor
Haikal join activity @ KZ National Painting School
Haikal join activity KZ National Painting School
Danial tengah kira duit hehe
Persembahan dari kelab tarian amatur

Beratur nak jadi 'police' pulak
Contoh lokap
Danish setia disamping mama dan tak nak ikut abang2 join aktiviti
Danish si  mata bulat hehe
Sedang beratur untuk ikuti kelas belajar buat silap mata (magic lesson)
DELL Notebook factory
DELL Notebook factory
DELL Notebook factory

Buat burger Marrybrown



Secara rumusannya...memang best bawa anak2 ke sini. Nampak anak2 sangat teruja sampai tak mau balik hehe. Kita orang dewasa pun cukup gembira tengok segala aktiviti di sini.
Sampai sini dulu...to be continued...Kidzania Part 3 hehe.
Jangan lupa baca Part 1 ye.
Wassalam!


Birthday Danial!

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Entry kali ini nak wish Selamat Hari Lahir untuk putera kedua kami..Nik Muhammad Danial yang menyambut hari lahir ke-8 tahun pada 18 November 2013 lalu. Hehe lewat 2 hari mama post entry ni.
Hari lahir Danial ialah hari yang sama kami ke Kidzania. Kira tu hadiah hari jadi dari mama dan papa hehe. Tok ma dan tok bah juga tak lupa bagi hadiah RM100 sempena hari jadi Danial.Terima kasih buat tokma & tokbah!

Semoga Danial membesar menjadi anak yang soleh, ceria, bijak, sihat walafiat dan cemerlang dunia dan akhirat.

Aksi Danial sebelum potong cake hehe
Birthday disambut sederhana di rumah
Tiramisu ice cream cake
My heroes!



Sekian, wassalam. 
Jangan lupa baca entry seterusnya tentang pengembaraan kami di Kidzania Part 2.
Tata!
Selamat bercuti sekolah!