Posts

Showing posts from June, 2009

Selamat Hari Bapa, Abah...

Image
Assalamualaikum w.b.t. Abah, maafkan Apis kiranya selama ini Apis telah banyak melukakan hati Abah. Benar, Apis masih anak kecil yang hanya tahu menyusahkan Abah (walaupun hingga awal dewasa ini). SELAMAT HARI BAPA, ABAH... redup kasihmu, abah akrabi hidupku. 20-06-2009 Bangsar.

Ku Cari Diriku...

Image
Kredit: Google Assalamualaikum w.b.t. Kalian, Sejak seminggu yang lalu hingga kini saya mencari-cari diri. Di tengah khalayak, di bucu meja, di tepi jalan raya sesak. Ku cari diriku, setiap ceruk waktu. Kalian, Saya akan pulang ke kampung semula. Hampir seminggu juga lamanya. Tema untuk bulan Jun ini ialah "Balik Kampung". Makanya, poket pun kosong. Huhu. Kalian, Walau apapun, semoga kalian sentiasa bahagia, ceria dan gembira. Saya akan sentiasa mendoakan agar kalian dirahmati Allah. Sampai sini dahulu. 17-06-2009 Bangsar.

Pulang Ke Kampung

Image
Kredit: Google Kredit: Google Assalamualaikum w.b.t. Apa khabar kalian? Maaf, lantaran terlalu sibuk berkerja dan 'bercuti' ke kampung, saya kesuntukan masa untuk kemaskini blog kesayangan saya. Huhu. 10 hari di kampung, terasa rindu pula. Walaupun agak penat dengan kenduri-kendara, lelah 'menepis' soalan-soalan, "Hafiz, kamu bila lagi kendurinya?" atau "Hafiz, dah ada calon belum?". Adoila... Saya faham, pak cik-pak cik dan mak cik-mak cik sudah terlalu kepingin bermenantu, tapi sabar-sabarlah ye... Masih banyak yang perlu dikecapi dan dikejar. Huhu. InsyaAllah, saya akan berkerja keras untuk merealisasikan impian mereka. Kereta sudah ada, rumah bakal menjelma... Barulah bakal isteri pula. Hehe. Kalian doakan sahaja ya. Saya akan war-war dan menjemput kalian ke majlis saya nanti. (Dah mula berangan dah...) Walau apapun, semoga kita semua sentiasa dirahmati dan dilindungi-Nya. Amin. 08-06-2009 Bangsar.