Perjalanan Jatuh Dan Bangun
Assalamualaikum w.b.t. Setiap daripada kita melalui perjalanan dan bahagian hidup masing-masing. Semuanya telah ditetapkan oleh Allah terhadap kita, hamba-Nya. Ada yang akan melalui jalan yang sukar, ada yang senang. Dan saya percaya, walau sesukar mana hidup, pasti akan ada kesenangannya. Walau sesenang mana hidup pula, kita kena sentiasa beringat bahawa langit tidak selalu cerah. Alhamdulillah, tahun ini banyak juga tawaran yang saya dapat dalam bidang penulisan. Manakala, dalam bidang perancangan kewangan, syukur kerana saya dilimpahkan rezeki yang tidak pernah putus. Saya tidak mahu berceloteh panjang dalam entri kali ini. Cuma, apa yang ingin disampaikan adalah; “Perjalanan kita punya jatuh dan bangun yang sangat banyak. Adakalanya mungkin sahaja melelahkan. Namun, kita tetap harus percaya bahawa itulah yang mematangkan kita, itulah yang membuatkan hidup kita berasa seronok.” – Hafiz Latiff Dalam perjalanan jatuh-bangun saya selama beberapa tahun ini, terutamanya ke...