Sejarah
Assalamualaikum w.b.t. Kita semua telah, sedang dan akan mencipta sejarah! Percaya atau tidak, saya akan buktikan bahawa kita semua telah, sedang dan akan mencipta sejarah. Pada tanggal hari kelahiran kita, secara tidak langsung kita telah pun mencipta sejarah, sama ada peribadi kepada diri sendiri mahupun kepada keluarga kita. Kita melakar sejarah baru saat sebaik sahaja kita keluar daripada rahim ibu kita. Kini, kita sedang mencipta sejarah. Malah, saat saya menulis entri ini, saya sebenarnya sedang mencipta sejarah saya yang tersendiri. Begitu juga dengan anda yang sedang membaca entri ini, anda sedang mencipta sejarah anda. Sejarah walaupun pada dasarnya mungkin untuk perkara yang lepas-lepas, tetapi sedang dan akan itu lebih mengujakan daripada telah. Seorang teman berkongsi ayat ini dengan saya; “Kita tidak akan mencipta sejarah baru jika kita membenarkan diri kita terikat dengan sejarah lama!” Kredit: Google Dan kerana itu, 29 Februari 2012 merupakan titik ...