Satu Rasa
Pagi itu ada sesuatu yang mendatangkan getar di dada. Getar itu melahirkan sebuah rasa yang aneh. Antara rasa uja dan haru... Saya tidak pasti yang mana satu yang lebih mendominasi ruang hati saya ketika itu. Derap langkah yang diatur terasa pincang sekali. Tetapi, cuba dikemaskan sedaya mungkin. Tidak mahu memperlihatkan diri seperti terlalu kekok dan tidak selesa di hadapan dua orang yang paling rapat dengan diri saya (selain bonda tercinta). Juga di hadapan mereka. Ya, mereka. Cik Editor dan semua krew penerbitan yang berada di situ telah berjaya membuatkan jantung saya bagai mahu luruh sahaja. Inilah pengalaman pertama saya datang ke rumah penerbitan bagi tujuan menandatangani sebuah perjanjian. Alhamdulillah, inilah hari yang saya nanti-nantikan selama beberapa tahun kebelakangan ini. Benarlah kata orang bahawa penantian itu amatlah menyeksakan. Tetapi, di sebalik 'keseksaan' itu terselit hikmah yang sangat membahagiakan. Usai menandatangani kontrak pe...