Posts

Showing posts from September, 2009

20-09-2009, Takbir Bergema

Assalamualaikum w.b.t. Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Awal pagi ini, saya bangun untuk menunaikan solat subuh dan seterusnya bersiap untuk meraikan hari kemenangan ummat Islam, setelah sebulan menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan. Ya, Ramadhan telah pun berlalu pergi meninggalkan kita, dan saya mengharapkan agar Allah s.w.t memberi kesempatan dan peluang kepada saya dan juga kalian untuk bertemu lagi dengan Ramadhan di masa-masa hadapan. Fajar Syawal kunjung tiba. Setelah 23 tahun menyambut Aidilfitri di Bota, Perak... Tahun ini, setelah berumur 24 tahun, saya menyambut Aidilfitri di Taiping buat pertama kalinya. Ya, atas tanggungjawab dan amanah yang dijunjung sebagai ketua keluarga (menggantikan ayahanda yang uzur dan masih berada di hospital), saya kuatkan semangat dan tabah harungi ujian Allah s.w.t ini. Gema takbir di pagi raya ini sangat menyayat hati. Teringat datuk yang juga sedang sakit, saudara-mara dan teman-teman yang berada di kampung halaman, teri...

Air Mata Wanita...

Image
Kredit: Google Assalamualaikum w.b.t. Suatu ketika, ada seorang anak lelaki yang bertanya kepada ibunya. "Ibu, mengapa ibu menangis?" Ibunya menjawab, "Sebab ibu wanita." "Saya tidak mengerti," kata si anak lagi. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kamu memang tidak akan mengerti..." Kemudian, anak itu bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis?" Ayahnya menjawab, "Semua wanita memang menangis tanpa ada alasan." Hanya itu jawapan yang dapat diberikan oleh ayahnya. Lama kemudian, si anak itu menjadi remaja dan tetap bertanya-tanya, mengapa wanita menangis. Pada suatu malam, dia bermimpi dan mendapat petunjuk daripada ALLAH mengapa wanita mudah sekali menangis. Saat ALLAH menciptakan wanita, DIA membuat wanita menjadi sangat penting. ALLAH ciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya. Walaupun bahu itu cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tidur....

Pertanyaan Yang Sering Diungkapkan...

Image
Kredit: Google Assalamualaikum w.b.t. Kalian, apakah pertanyaan yang sering kita ungkapkan? Dahulu, saya sering mengungkapkan pertanyaan ini pada diri sendiri. Seringkali bermonolog sendirian, "Kenapa aku tidak dapat apa yang aku inginkan? Mengapa semua ini terjadi kepada aku? Apa salah aku?" Saya selalu menyalahkan takdir dan diri sendiri, lagak seolah lupa qada' dan qadar yang ditetapkan olehNya. Ya, kadang-kadang kita sekalian hambaNya lupa, dan kerana itu kita perlu sentiasa diingatkan. Kembali muhasabah diri. Ingat apa yang dipelajari. Alhamdulillah, ada sesuatu yang masih diingati. Al-Quran, kitab suci yang diperturunkan kepada kita ummat Nabi Muhammad s.a.w. menjawab pertanyaan saya tadi. "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu. Boleh jadi kamu menyayangi sesuatu padahal ia buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah al-Baqarah, ayat 216. Maka, kalian, saya menyeru diri sendiri da...

09-09-09

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah, hari ini, 09-09-09, ayahanda saya telah dipindahkan semula ke Hospital Taiping. Keadaan beliau agak stabil dan diharapkan agar ayahanda saya terus tabah berjuang. Doakan yang terbaik untuk beliau, insya-Allah. Terima kasih kepada kalian yang telah menyokong saya selama ini. Semoga Allah membalas segala jasa baik kalian. Insya-Allah, saya akan teruskan perjuangan ini. 09-09-09 Teratak Bonda, Taiping.

Ujian Yang Indah

Image
Assalamualaikum w.b.t. Saya sangat yakin dan pasti bahawa setiap daripada kita, sekalian hambaNya, pernah diuji, sedang diuji dan akan diuji. Setiap daripada kita tidak akan terlepas daripada ujianNya, bukan? "Adakah kamu akan dibiarkan berkata, kami sudah beriman, sedangkan kamu masih belum diuji?" - Firman Allah s.w.t Ya, sekarang saya diuji. Namun, jujurnya ujian ini adalah yang maha indah. Terkandung banyak hikmah yang sama ada tersurat mahupun tersirat di depan mata saya sendiri, dan mungkin juga orang-orang di sekeliling saya. Harapan saya agar ayahanda tercinta, Abdul Latiff bin Radizuan tabah untuk meneruskan perjuangan hidupnya. Moga beliau kental dan kuat semangat untuk menghadapi ujian Allah s.w.t. "Abah, insyaAllah, selagi Hafiz terdaya, Hafiz akan tetap sentiasa di sisi Abah, menemani Abah sepanjang perjuangan ini. Sabarlah dengan ujian ini, Abah. Hafiz, Mama dan Adik akan sentiasa menyokong Abah." *Gambar ini diambil ketika be...