Posts

Showing posts from August, 2013

SALAM AIDILFITRI 1434H

Image
Assalamualaikum w.b.t. Dengan rendah hati, saya dan isteri mohon maaf jika terdapat sebarang kekurangan sepanjang perkenalan kita. Mungkin ada tutur kata yang tidak disenangi, tingkah laku yang tidak dipersetujui. Apapun, moga Aidilfitri tahun ini lebih bermakna buat kalian. Berhati-hati ketika memandu. Ingatlah insan yang tersayang. =)

#2 PANTUL KATA - Nick Vujicic

Image
Saya pernah berkongsi dengan rakan-rakan dalam bidang perancangan kewangan di Al Hafiz Consultants ketika mengendalikan sesi motivasi mingguan. Sebagai penutup sesi tersebut, saya beri kesempatan kepada mereka untuk menonton sebuah video tentang seorang lelaki yang sangat memberi inspirasi kepada saya. Seorang lelaki yang sangat tulus dalam menyampaikan rasa dan emosinya. Nick Vujicic telah datang ke Malaysia pada 22 Mei 2013 yang lalu. Sayangnya, saya tidak dapat turut serta dan terpaksa melepaskan peluang untuk bertemu dan berguru dengan beliau. Apapun, buku-buku yang ditulis oleh beliau sangat menyuntik semangat kita untuk terus maju tanpa membenarkan apa-apa had pun menghalang perjuangan kita. PANTUL KATA kali ini memetik kata-katanya dalam salah satu buku beliau, Unstoppable!

#1 PANTUL KATA - Eileen Caddy

Image
Mulai bulan Ogos 2013, saya wujudkan ruangan baru sebagai perkongsian ilmu dan refleksi kepada apa sahaja yang berlaku di sekeliling kita. Terimalah ruangan PANTUL KATA yang memuatkan kata-kata semangat daripada insan-insan yang memberi inspirasi kepada saya, dan tidak mustahil juga kepada anda!