Posts

Showing posts from March, 2012

Komitmen

Image
Sengaja saya memilih tarikh hari ini untuk menulis entri berkenaan komitmen. Apa kaitan tarikh hari ini dengan apa yang bakal saya kongsikan dengan anda? Secara jujurnya, saya tidak tahu sama ada ianya mempunyai kaitan dengan anda ataupun tidak. Tetapi, jutaan terima kasih ingin diucapkan atas kesudian kalian untuk terus membaca entri kali ini. Komitmen? Semenjak dahulu, perkataan komitmen ini sangat dekat dengan saya. Malah, mungkin juga perkataan ini dekat dengan anda semua. Namun, sedekat mana pun perkataan ini dengan kita, sejauh mana pula kita mengikat rasa komitmen itu dengan diri kita? Sungguh, dalam setiap apa sahaja yang kita lakukan, kita harus memberikan komitmen sepenuhnya! Tidak kiralah kerjaya, percintaan, persahabatan, keluarga, mahupun apa sahaja yang sedang anda usahakan. Komitmen antara kata kunci utama untuk kita menjayakan sesuatu. Dan sempena 11 Mac 2012 ini, saya mengikat rasa komitmen itu seketat-ketatnya dengan mengumumkan beberapa perkara (deng...