Posts

Showing posts from August, 2009

Marhaban Ya Ramadhan...

Image
Kredit: Google Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah, kita diberi peluang dan kesempatan oleh Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang untuk bertemu semula dengan bulan yang penuh keberkatan iaitu bulan Ramadhan al-Mubarak. Marilah kita sekalian hambaNya meningkatkan kualiti diri dengan menjalani ibadah puasa dengan hati yang ikhlas dan terbuka. Marilah kita merebut peluang yang datang ini dengan penuh rasa teruja. Penuhi ruang di masjid mahupun surau untuk melakukan solat sunat terawih, lakukan solat-solat sunat yang lain di samping melakukan juga amalan-amalan sampingan yang lain juga. Marilah kita bersama-sama mencari dan menikmati malam Lailatul Qadar. Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan dan kebahagiaan buat diri kita sekalian hambaNya. Doa saya agar semua pembaca di blog ini terus menyokong saya, diberkati Allah s.w.t., diluaskan rezeki dan mencapai kualiti diri yang diingini. InsyaAllah, saya akan cuba berkongsi pengalaman-pengalaman terkini lagi sens...

Tersentuh...

Image
Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum w.b.t. Buat tatapan kita sekalian hambaNya... Moga-moga mendapat segala keberkatan dan kebahagiaan sepanjang menempuh jalan hidup yang kita pilih. Kalian pernah rasa tersentuh? Saya sangat yakin dan pasti bahawasanya setiap dari kita sekalian hambaNya ini pernah merasa tersentuh, terutamanya ketika indera lihat kita mengesan sesuatu atau seseorang. Betul kan? Alhamdulillah, pada 10 Ogos yang lalu, saya dan beberapa orang teman seperjuangan di Agensi Sterling Consultants sempat berkunjung ke Rumah Kasih Sayang yang bertempat di Bandar Puteri, Rawang, Selangor. Melihat adik-adik dari sekecil 2 tahun hinggalah ke belasan tahun, ada satu rasa yang menabrak masuk terus ke ulu hati saya. Mereka bahagia walaupun hidup dalam keadaan yang sangat sederhana. Mereka gembira dan bergurau sesama mereka kerana mereka hanya ada mereka. Saling membantu, berkongsi segala yang diberikan bersama-sama. Ya, memang ada juga yang bersifat...

Emosi

Image
Kredit: Google Assalamualaikum w.b.t. Kalian apa khabar? Maaf kerana saya membiarkan teratak kecil saya ini bersawang hampir sebulan lamanya (setelah diingatkan oleh beberapa orang teman dan juga Ustaz Zulkifli Khair). Bicara tentang emosi, apa definisi anda? Adakah emosi sangat berkait rapat dengan hati dan perasaan ataupun emosi memang tidak boleh dipisahkan dari melibatkan hati dan perasaan? Mana satu pilihan jawapan anda? Bagi saya, emosi sangat berkait rapat dengan hati dan perasaan. Emosi seperti pasaran saham. Ada masa emosi ghairah mendaki tangga, ada masa emosi terjunam ke lembah duka, ada masa emosi menjadi tidak stabil. Sekejap mendaki, sekejap yang lain pula menjunam. Walau apapun, kita yang perlu mengawal emosi kita. I AM A MENTAL WARRIOR! 08-08-2009 Bangsar.