Posts

Showing posts from January, 2010

Beberapa Catatan Januari

Image
Kredit: Google Assalamualaikum w.b.t. Syukur ke hadrat Allah s.w.t, kerana tahun baru ini aku telah menerima satu khabar berita yang menggembirakan. Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, bibir bonda dan ayahanda tidak pernah kering dari menyebutkan ayat ini; "Sambunglah belajar..." Dan Alhamdulillah, 8 Januari 2010 yang lalu, aku melangkah kembali ke dalam dunia seorang pelajar. Ya, aku menjadi pelajar jarak jauh di Universiti Putra Malaysia (UPM), mengambil jurusan Bacelor Pentadbiran Perniagaan (BBA). Amanat arwah ayahanda ketika saat-saat akhir arwah sakit, aku laksanakan. Jadual semakin bertambah sibuk kini. Kerjaya sangat menuntut komitmen yang tinggi, begitu juga apabila menjadi pelajar jarak jauh ini. Semua perkara perlu dilakukan sendiri. Teknologi yang ada ini diguna-pakai sebaiknya. Ya Allah, Kau berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi semua ini. Bonda yang merestui perjalanan ini amat memahami hati puteranya. Antara berbelah-bahag...

Selamat Tahun Baru Masihi

Image
Kredit: Google Assalamualaikum w.b.t. MALAM ini sangat indah dan mengujakan bagi sesetengah orang. Di kota metropolitan itu, pastinya mereka  sedang berhimpit-himpit untuk memenuhkan ruang-ruang di hadapan bagi menyaksikan persembahan-persembahan sempena kedatangan tahun baru. Berbondong-bondong manusia di kiri, kanan, hadapan dan belakang. Namun, aku tetap di sini. Menyembunyikan diri di dalam 'dunia' kecilku, bertemankan bunyi cengkerik dan mesranya alam. Sangat mengasyikkan! Setagal, aku melangkah ke luar rumah. Mendongak ke dada langit. Jika di Kuala Lumpur, pastinya dada langit sekarang sedang berdebar-debar kerana sebentar lagi bakal dipanah percikan bunga api. Tetapi di sini, aku hanya memerhati dada langit yang tidak jemu dikunjung rembulan dan bebintang. Ya, aku lebih gemar memuja bulan dan bintang jika dibandingkan dengan cantiknya percikan bunga api itu. Apapun, Selamat Tahun Baru Masihi kepada semua pengujung teratak kecil ini. 0...