Posts

Showing posts from October, 2009

Tiga Golongan Manusia

Image
  "Success is not the key to happiness. Happiness is the key to success!" Ada tiga golongan manusia melihat sebuah kesempatan. Dalam pepatah Mandarin (setelah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu) dikatakan; "Orang yang lemah, menunggu kesempatan; Orang yang kuat, menciptakan kesempatan; Orang yang cerdik pandai, memanfaatkan kesempatan" Bagi orang lemah, bila kesempatan belum datang, dia akan menunggu sampai kesempatan itu datang. Bila ditunggu kesempatan belum juga datang, dia berfikir, 'Ini memang nasibku.' Bagi orang kuat, bila kesempatan belum datang, dia akan menggunakan pelbagai cara dan segenap kemampuannya untuk menciptakan kesempatan itu datang kepadanya. Bagi orang cerdik pandai, dia akan memanfaatkan kesempatan kerana dia menyedari kesempatan adalah sesuatu yang berharga. Belum tentu kesempatan itu datang untuk kali kedua. Memang pada situasi tertentu, kadang munculnya kesempatan itu perlukan pematangan waktu. Kita per...

Sakit Gigi

Image
Kredit: Google Assalamualaikum w.b.t. Apa khabar kalian? Macam mana dengan wajah baru teratak saya? Harapnya kalian suka. Walaupun masih dalam pembikinan, insya-Allah, akan saya cuba sempurnakan secepat mungkin. Semalam, saya mengukir lagi satu sejarah peribadi untuk tahun ini. Setelah bertahun-tahun lamanya tidak mengalami sakit gigi, apatah lagi berjumpa dengan doktor gigi untuk melakukan rawatan (selain dari mencuci plak gigi), semalam saya berkunjung ke sana. Ya, ke klinik gigi. Sakitnya tidak tertahan lagi. Saya terpaksa membuat 3 tampalan yang mana lubangnya hampir kena di saraf. Bunyi gerudi doktor gigi amatlah menakutkan. Ngilu terasa. Sampai sekarang sakitnya masih belum juga hilang. Aduh! Walau apapun, kepada kalian, jagalah kebersihan dan kesihatan gigi kalian. Bila gigi sakit, selera pun jadi mati. Otak tertekan, mulalah asyik marah-marah sahaja. 'Sabarlah...' 20-10-2009 Teratak Bonda, Taiping.

Berbaktilah Kepada Ibu & Bapa Kita

Image
Kredit: Google Assalamualaikum w.b.t. Melalui Surah al-Isra', ayat 23, Allah mengingatkan; "Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain daripada Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara kedua-dua atau kedua-duanya sampai berumur lanjut pemeliharaanmu..." Ayat di atas menjelaskan bahawa perbuatan menyakiti hati dan menyentuh perasaan mereka walaupun hanya sekelumit perkataan 'hish!', sudah cukup membuatkan mereka berasa tersinggung. Ibnu Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda; "Orang yang membuat ibubapanya bersedih, maka ia dianggap satu penderhakaan." Dan sabdanya lagi; "Dosa besar pertama adalah mensyirikkan Allah dan yang kedua menderhaka kepada kedua-dua orang tua." Walaupun mereka mengambil keputusan secara sukarela untuk tinggal di rumah kebajikan, tetapi sebenarnya jauh di sudut hati mereka, keinginan untuk tinggal ...

'Rumah Kesyukuran'

Image
Kredit: Google Assalamualaikum w.b.t. Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang maksudnya: "Jika seorang hamba Allah kematian anak, Allah bertanya kepada Malaikat: "Adakah kamu telah mengambil nyawa anak hamba-Ku?" Malaikat menjawab: "Ya." Allah bertanya lagi: "Kamu telah mengambil nyawa buah hatinya?" Malaikat menjawab: "Ya." Allah bertanya kali ketiga: "Apakah kata hamba-Ku?" Malaikat menjawab: "Ia bersyukur pada-Mu serta mengucapkan 'dari Allah kita datang dan kepada-Nya kita kembali'. Alla Ta'ala memerintahkan Malaikat-Nya: "Binalah baginya sebuah rumah di syurga dan namakan rumah itu 'Rumah Kesyukuran'." - Hadis riwayat at-Tirmidzi dan Ibnu Hibban HURAIAN:- Apabila keimanan seseorang itu sudah kukuh dan mencapai kedudukan yang istimewa, pasti segala kejadian dan musibah yang menimpa, akan menjadi kecil pada dirinya. Dia menyerahkan segala yang menimpa kepada Allah s.w.t tanpa ...

Abah, Tenanglah Dikau Di Sana

Image
*Percutian terakhir bersama dengan ayahanda tercinta... Assalamualaikum w.b.t Kalian apa khabar? Semoga sentiasa sihat berada di bawah lindungan Allahuakbar. Tanggal 26-09-2009, pukul 10.27 pagi telah menjadi sejarah hidup yang saya tidak akan mampu  untuk lupakan sampai bila-bila. Ayahanda tercinta, ABDUL LATIFF BIN RADZUAN telah kembali ke rahmatullah, menyahut panggilan Ilahi yang lebih tahu apa yang terbaik buat hamba-hambaNya. Doa saya agar allahyarham ayahanda tercinta akan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan bertaqwa kepada Yang Maha Esa. Saya mohon agar dapat kita sama-sama sedekahkan bacaan surah Yaasin dan al-Fatihah untuk allahyarham. Semoga rohnya tenang dalam perjalanan yang abadi. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kalian yang telah sudi menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS), juga panggilan telefon serta ucapan takziah melalui laman mukabuku (Facebook). Saya sangat berterima kasih kepada Sayidah Mu'iz...