Hari ni, terbaca kat suratkhabar dalam talian, hospital di NZ dah bagi amaran pada Granny Dumpers atau terjemahannya 'pembuang datuk & nenek' agar tidak membuang ibu bapa dan datuk nenek mereka yang dah tua di hospital. Kisahnya, setiap tahun bila musim cuti dah dekat banyak la pulak anak-anak tak tau diuntung ni hantar mak bapak diorang masuk hospital, lepas tu tak jenguk-jenguk sampailah dah habis musim cuti. Sepanjang masa ditinggalkan tu anak-anak keparat tu pergi la melancong cuti-cuti nuzelen ker, cuti-cuti ostolia ke, pusing dunia ke (harapnya tak ada yg buat perangai mcm tu utk pegi haji & umrah)... semua talian telefon tetap atau mudah alih/susah alih semua dimatikan. Jadi sementara anak-anak tu bercuti gembira sakan, mak bapak tu duduk la raya krismas kat hospital. Kejam.
Aku harap sangat di tanahair aku tak ada la yang buat perangai keparat macam tu. Keji ok. Tapi dalam tak nampak tren macam tu, aku rasa ada jugak yang buat, buang saudara yang tua, sakit, uzur, apa lagi kalau sakit mental. Nak dijadikan cerita, bulan Oktober lepas (ketika dia Malaysia) aku beli 'prepaid pack' Celc0m Biru di pasar malam. Dah memang lazimlah nombor telefon mudah alih baru ni kebanyakannya dikitar semula dari nombor-nombor lama yang dah luput. Suatu hari tu, pagi-pagi lagi masa masuk pejabat, tiba-tiba aku dapat panggilan dari nombor tak dikenali,
Hello, ini saya ***** (tak dapat tangkap nama dia), ini saya telefon dari Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, ni berkenaan dengan pesakit kita ****** bin ******** (pun tak dapat ingat nama).Ya encik, encik nak cakap dengan siapa ni?Ni bukan ke nombor telefon ******** , anak pesakit di sini? nombor telefon 013*******Nombor tu betul, tapi ni nombor telefon saya baru beli, baru guna. Mungkin orang encik nak contact tu dah tukar nombor.Oh, dia cuma tinggal nombor ni saja pada kita. Dah cuba nak contact saudara mara pesakit kita ni tak dapat-dapat. Mintak maaf ya cik.Aku tergelak lepas tu, mungkin kerana aku pun ada stigma, mentertawakan imej hospital mental tanjung rambutan sebagai tempat orang gila. Tapi aku lupa tak ada siapa pun yang sengaja nak masuk hospital jiwa. Tak ada orang sengaja nak jadi gila (unless you've killed someone and pretend that you were insane). Kita yang waras ni pun, confirm ke kita boleh sihat mental sampai bila-bila? Dah lepas gelak baru la aku sedar balik yang aku tak sepatutnya ketawa pasal tu. Kesian pulak kat pesakit tu. Dah la sakit, anak-anak tak lawat. Kalaulah dia sakit tenat ke, meninggal ke, langsung tak dijenguk sampai mati, macam mana?
Semalam pun, masa tengah sarapan pagi dengan lempeng tak sedap tu, aku sayu betul bila melihat nenek-nenek yang berjalan keseorangan beli barang dan sarapan pagi di cafe. Rupanya nenek-nenek ni keluar shopping pagi-pagi, berduyun-duyun warga tua masuk mall masa tu tapi semuanya sendirian, ada pakai tongkat, ada naik shopping scooter, ada yang jalan perlahan-lahan, terketar-ketar. Kesian sungguh. Agaknya tua esok-esok macam tu jugak ke aku? Ada sorang nenek tu siap datang kat meja aku, menyapa, "Good morning my dear, what's the occasion? you both look so pretty today." Aku cerita la kat dia, aku raya hari tu. Kembang la orang dah kata pretty tu kan. Hahaha... Sebenarnya baju kurung pun semua aku dah hantar balik Malaya, pakai pun baju pinjam, nasib baik ade saiz. Mesti diorang ni rasa aku overdress.
Oh, akhir kata , pesanan penaja, sayangi mak bapak pakcik makcik anda yang dah tua.
Kesian. Sekian.