Tuesday, November 30, 2010

the Change

“When we least expect it, life sets us a challenge to test our courage and willingness to change; at such a moment, there is no point in pretending that nothing has happened or in saying that we are not ready. The challenge will not wait. Life does not look back. A week is more than enough time for us to decide whether or not to accept our destiny." ~Paulo Coelho

Seriously Coelho,  a WEEK? a short freakin' week? I need longer, say, a year?

What?... tomorrow IS December? already?






.

Sunday, November 21, 2010

Ahad

Ahad means singular...


 


Now we share the same bright sun,
The same round moon
Why don’t we share the same love?



(ini Maher Zain tanya)


Tell me why not?


Ya, bulan itu satu... dan malam ini tenggelam dek awan kelabu. 




*****

Aktiviti buang tebiat pagi Ahad...




Cubaan membakar lemak dengan berlari di jambatan.



While running and walking today, I couldn't help but notice people with well toned legs. 

Yes, I adore beautiful legs!


... and this is what I bought to help me get beautiful well-toned legs (in my dreams!).






The advert claims that RunTone encourages more activation in key leg muscles like the calves and quads and reduces overall body stress.

We'll see if they really work.




I will use this.


I will run.


I promise!


(ask me again next month... entah-entah tak lari pun!)





.
.

Friday, November 19, 2010

Plastic bag

Katy Perry kata,


'Do you ever feel like a plastic bag
Drifting through the wind
Wanting to start again'

Saya tak tahu apa rasanya jadi beg plastik, kompleks sikit metafora Puan Brand  ni.
Adalah itu bermakna awak tu pencemar alam sekitar?
Yang saya tahu, kalau awak beg plastik, awak takkan diberi percuma pada hari Isnin, Selasa & Rabu di pulau ni.
On other days you'll be given out for free.
Tahun depan, langsung takkan diberi, dengar-dengarnya la.
Tapi mungkin sedih kalau jadi beg plastik, sudah isinya diambil, awak dibuang..
dan selalunya jadi bekas isi sampah...
...atau pengganti 'air sickness bag'... euuwwwww.

Kasihan kamu, beg plastik.

.

Wednesday, November 17, 2010

Salam Aidil Adha

Salam Aidil Adha to all...



“ It is not their meat nor their blood, that reaches Allah: it is your piety that reaches Him: He has thus made them subject to you, that ye may glorify Allah for His guidance to you: And proclaim the Good News to all who do right.”  Qur'an,  22 : 37

I'm spending my Raya Haji alone in the island.


Selamat berkorban...



.

Sunday, November 14, 2010

Pasal

Kadang-kadang, dalam hidup ni, tak pasal-pasal kita cari pasal.
Hidup yang tenang itu kononnya tak seronok, monotonous, tiada cabaran.
Yang complicated tu la yang kita suka, yang kita cari...  interesting, kononnya.
Yang senang ada, tapi senang sangat, tak best.
Lepastu serabut.
Haha, padan muka.

Kerja banyak, jiwa kacau.
Not a good combination.


*Mungkin hari ini saya serabut kerana disumpah dek biawak yang saya tergilis ekor dia tadi. Sumpah tak sengaja!

*****



Saya suka ini!



.

Tuesday, November 09, 2010

Siapa peduli jika awak tak setuju?

Lagu tema untuk hari ini... Sara is good, she says things that I wanna say in the form of a song!

FB Sara Bareilles kata her genre is 'super tuesday music'. So have a SUPER TUESDAY everyone!


"I hate to break it to you babe, but I’m not drowning
There’s no one here to save"





Terima kasih CikMonday kerana berkongsi lagu ini. Saya sangat suka!




.

Friday, November 05, 2010

life, in shoe boxes.

 Budak gemuk ini suka main air banjir. Dulu bawah rumah ada perahu, kalau banjir pun tak apa. Boleh main perahu :)



Pagi ini saya menyedut angin segar yang bertiup dari Laut China Selatan. Mentari bersinar... mengeringkan sedikit takungan air dek curahan hujan malam tadi. Pagi saya hari ini meriah dengan kicauan burung dan bunyi ayam. Pada saya itu bahagia. Alhamdulillah... 

Semalam, saya mengorek kembali kisah silam dalam puluhan kotak memori. Kotak memori itu bukannya metafora, ia memang kotak-kotak kasut yang saya isi dengan artifak hidup saya. Kotak-kotak berdebu itu saya buka dan satu persatu isinya saya lihat. Ada yang membuatkan saya ketawa, ada yang buat saya tersenyum, ada juga yang membuatkan saya terdiam seketika. L.P Hartley kata  'the past is a foreign country; they do things differently there'. Memang, pada masa silam, saya lakukan semuanya dengan cara yang berbeza daripada saya yang sekarang. Saya rasa saya kelakar ketika itu. Saya yang dahulu berjaya membuatkan saya hari ini ketawa menggelekek. Saya harap saya masih boleh menjadi sekelakar itu lagi. Apabila membelek helaian memori itu, cerita bertajuk "what if" bermain di minda. Apa agaknya yang berlaku andai saya membuat pilihan-pilihan yang berbeza dalam hidup saya ketika itu ya? Adakah saya akan menjadi seperti saya hari ini? Entah.Yang pasti... saya bersyukur dengan apa yang saya ada. Hidup saya tidaklah sempurna, tapi saya gembira. Alhamdulillah.

Saya berterima kasih kepada setiap wajah yang muncul di minda apabila saya melihat gambar-gambar, nota-nota, surat-surat, hadiah-hadiah dan kad-kad lama. Antara sedar atau tidak, orang-orang yang pernah saya jumpa membantu saya memahami hidup dan membentuk diri saya hari ini. Jutaan maaf juga saya pinta kepada mereka yang pernah saya sakiti atau lukai hatinya. Ampun. 
 
Saya ambil beg plastik hitam.. ada benda-benda yang perlu dibuang. Puluhan kotak itu terlalu banyak. Saya buang sedikit untuk memberi ruang dalam hidup dan memori saya. Macam komputer la juga kan? sekali sekala 'delete' lah benda-benda yang tidak perlu, nanti semak.


.


Mak is unwell... I'm worried. I hate the fact that I can't always be here.



.

Monday, November 01, 2010

Hujan November

CikMonday, saya tahu Oktober dah habis tau.

Hujan sejak pagi lagi. Sejuk. Indahnya kalau boleh berselimut dan tak perlu ke mana-mana.
Tapi saya kuli, kena juga bangun, pergi kerja. 





Guns'n'Roses kata 'nothin' lasts forever.. &  hearts can change'...
Tenanglah wahai hati, jangan berubah...
....dan JANGAN GEDIK! boleh?

Ah... dia memang, kalau jiwa sedikit kacau, dia rajin sikit update blog.


Foto terkini. Apalah nasib ijakari* saya ni... dulu dah kena, sekarang sakit lagi.


Tapi saya bersyukur, masih boleh berjalan. Alhamdulillah. Lepas doktor dah toreh-toreh, korek-korek, letak ubat, balut-balut... terus pergi kerja balik.

Hujan masih turun... dan saya belum lagi ulangkaji untuk peperiksaan BM lusa. Matilah....

Lagu tema hari ini, selain 'Hujan November' ialah... 'kenapa singgah kalau tak masuk'?

Cubalah bagi salam elok-elok!





*Ijakari = Ibu Jari Kaki Kiri


.