Saturday, October 31, 2009

Nuuuuurrrr ya kasihhh

At least there's something I can look forward to on Friday nites. I set my time to be home by 9 to watch NurKasih. Tak, I tak tengok from the start pun, baru je start tengok 3-4 weeks ago and may be 1-2 episodes prior to that. Ada kawan tanya, ada ke orang sebaik Nur tu? I think ada, may be tak ramai. Tapi Insya Allah dalam dunia ni ada lagi orang yang baik. Sesekali I nak jadi optimis, boleh kan.

Ada orang memang baik hati dan ada jugak orang yang taklah baik sangat tapi tak ada pilihan kecuali berbuat baik pasal dia tak sampai hati nak buat jahat kat orang.

Ada lagi ke 'Aidil' yg single? If you know any, point me to him please... show me which bookshop he goes to... so I can buat2 terbeli buku yang dia nak ;)


Love, in a coffee cup.
I guess I'll be ok without love, but not without coffee!!




Facebook connects... and sometimes it 'accidentally' connects you to people yang kita duk doa takkan jumpa balik seumur hidup... and sometimes even a glance at a photo could lead you to memories that you wished you could delete from your system.


Have a good weekend, beautiful ppl!!




.

Tuesday, October 20, 2009

Donut




Dah banyak kali cuba nak update, tapi sekerat jalan, save, tak sambung2 dah.

Harap maaf jika kadar kemaskini blog ni mengalahkan siput, sila salahkan kewujudan facebook :)

Hari Jumaat lepas, saya keluar makan malam Jepun sorang-sorang (nota: Sila jangan bertanggapan bahawa makan seorang diri di restoran itu suatu perlakuan pelik ya. Perlakuan makan hanya perlu melibatkan usaha persendirian, bukannya 'i kunyah you telan'.) . Lepas dah makan 4 pinggan dan satu mangkuk (isi pinggan dan mangkuk tu la, saya belum ada bakat nak makan pinggan), dan dah bayar, saya jalanlah dalam komplek beli belah, cuba nak melangkah seratus... dan kalau boleh sejuta tapak nak membakar kalori yang terkumpul. Ternampak pulak kedai donat yang baru buka. Macamlah tak cukup makan lagi, laju je kaki melangkah masuk.

Hajat dalam hati.. donat tajuk ni belum pernah cuba, nak try lah SATU.

Kak, nak berapa? 6? 12?

Tak nak banyak, 1..... ermm 2 je kot.

ala kak, beli 5 percuma satu. 6 lah kak.

ok, make it 6. (Cisss, tak de pendirian langsung kau ya!)

(Alah... biarlah... try rasa lain-lain, bukannya tak boleh share.)

*bayar.*

*Bawak donat sekotak, lalu tempat orang promo kerusi urut.*

Kak... (budak promo hulur phamplet)

*sign tangan politely refuse* (Aku bukan jenis ambik phamplet pastu buang dalam tong sampah ya, tak apalah aku kurang mesra manusia, tapi aku nak mesra alam! Pesanan khidmat masyarakat, kalau kertas/phamplet/brochure tu kita tak nak baca, tak nak guna, jangan ambik, kalau takat ambik untuk buang, baca pun tidak, apekepekdahnye tu?)

Ambik lah kak, tengok, cuba urut2 dulu.

Tak apa, tak nak, tima kasih. ( aku dah refuse elok2 ni, jangan push boleh tak?)

kak....

Tak pe, tak nak... *walk away*


KAK... KAKAK MAKAN DONAT TU BANYAK2... KAKAK TAK URUT2, TAK EXERCISE, NANTI BADAN JADI MACAM DONAT KAK!



Dalam hati: kuang hajo kau dik!.. nasib baik akak mood elok hari ni. akak gelak aje. kalau mood akak tak baik, nahas kau dik!


.

Sampai di rumah, baru teringat, flatmate tak ada, dia balik kampung terus lepas kerja. Habis tu siapa nak habiskan donat stengah dozen ni?

Jangan tanya siapa makan. Akhirnya kotak tu kosong.


.



Sunday, October 11, 2009

In touch with mother nature



I want to just sit here, do nothing and listen to the music of the forest.






Waterfall ini sangat best!




Jambatan nak balik east coast




Rafflesia, belum kembang


Monday, October 05, 2009

Dikala Rembulan Bermain Biola


Oh bidadari
Berulaskan syair oleh awan
Sang rembulan tidak putus menyeret tawa biola

Memujuk Bidadari
Agar tidak membilang lawan
Agar menghentikan getar-getar yang berkelana di ratusan jiwa


Dikala Rembulan Bermain Biola- Hujan




~ rising moon~






Ada orang tu pegi pasar malam sorang-sorang. Tiba-tiba dia ternampak bulan... orang lain duk bersesak beli barang kat pasar malam, dia dah tak kisah nak beli barang dah... bila nampak bulan, lapar pun boleh kenyang.


*Bulan malam ini lebih cantik dari yang tergambar dalam foto di atas, tapi nak buat macam mana, takat tu aje kamera cikai saya boleh tangkap, tak dapat capture 'mood' yang sebenar.



.